Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Wednesday, July 20, 2016

team malaysia fan run 2016

Setelah hampir 2 bulan berehat dari sebarang aktiviti melarikan diri, Ahad lepas aku akhirnya kembali ke jalan raya. Bukan mudah nak paksa diri untuk lari, sementelah lemak semakin membiak dengan jayanya. Lepas Subuh aku keluar dan terus ke Putrajaya. Awal pagi, traffic agak smooth kecuali tersangkut lama di traffic light Kota Warisan dan simpang 4 Dengkil. 

Semasa aku mencari parking, tempat yang biasa aku parking dah penuh. Ini kerana mereka yang mengambil bahagian dalam half marathon dah bermula jam 6.00 pagi. Aku parking agak jauh sedikit, eloklah untuk aku. Boleh warm up sikit sesambil tu. Dah lah plan nak training Sabtu tu hancusss. 


Lagi 10 minit nak flag off, dah ramai yang masuk ke starting point. Since aku datang sengsorang dan tak dapat contact kekawan lain, aku pun turut sama berkumpul.


Hari dah siang dan kitorang masih belum bermula lagi. 

Tepat jam 7.00 pagi kami dilepaskan. Entah di mana silapnya, aku rasa pelepasan macam hambar. Aku sendiri keliru sama ada dah dilepaskan ke belum, tu belum lagi bisik2 sekeliling yang bertanya dah ke belum. Tapi bila crowd makin bergerak ke depan, maka confirmlah kami semua dah dilepaskan untuk 10km.


Laluan untuk Team Malaysia Fan Run sedikit berbeza dari larian lain yang aku pernah masuk. Depan PICC ni instead of ke kiri, we were directed to the right. 

Tapi tak sampai 1km lepas PICC tu, kitorang semua kena turn left dan dalam 1km lebih lepas tu, kitorang dah lalu jalan sama macam larian sebelum ni. Masa tengah lalu kat laluan sebelum check point, aku nampak pelari half marathon kat atas flyover. Maybe dorang dah nak sampai ke finishing line dan kitorang masih lagi berbaki lebih separuh perjalanan. 

Alhamdulillah, kaki aku behave kecuali ada blister kat both heels. Yang aku paling takut kalau2 kaki cramp, sebab dah lama tak exercise. Masa untuk habiskan larian pun masih dalam range walaupun aku tak puas hati sangat. Lepas larian kitorang diberi nasi lemak dan drinking water. Takde lori milo yang menunggu. Sudahnya, sebelum sampai rumah aku singgah beli milo. Tapi feeling dapat minum dari lori milo lagi best sebenarnya.


Medal untuk finisher 10km, bertambah lagi satu koleksi medal aku.

Hujung minggu ni aku ada lagi satu larian yang dah menanti. Harap2 aku mampu habiskan. Risau jugak dengan halangan yang menunggu di sepanjang trek larian. Apa pun, ia mungkin akan jadi kenangan dan pengalaman baru buat aku, insya Allah.


Sunday, April 17, 2016

100 plus outrunner 2016

Tahun ni dah masuk bulan ke empat, baru 2 kali aku join larian. Yang first adalah kampung run hujung February lepas. Aku banyak skip bila registration fee mahal berganda, kalau ada yang mampu register, date pulak tak ngam. Sabtu malam 100 plus outrunner adalah first night run untuk tahun ni.

Lepas Maghrib aku baru keluar rumah. Kalau ikutkan jarak, takde lah jauh mana rumah aku dengan Putrajaya. Tapi kadang2 tersangkut kat traffic light yang jadi lama tu. Sampai depan PICC, jalan biasa aku lalu nak ke parking site tutup pulak. Gigih aku cari jalan lain, sesat barat jugaklah. Jalan yang aku biasa pun tutup jugak, last2 aku terpaksa ikut jalan Desa Pinggiran Putra. Masa aku baru u-turn nak cari parking, bunga api dah diletupkan. Confirm perlepasan untuk kategori 10km.

Berpusing2 aku cari parking, sambil2 tu duk menjeling pelari berbaju putih tinggalkan starting point. Last2 aku parking kat tepi jalan nak masuk ke parking. Kelam kabut aku sarung stokin dan pakai kasut. Campak selipar masuk dalam kereta, capai pouch bag dan aku berlari ke starting point. Ada few peoples yang sama2 terlambat baru nak mulakan larian. Gigih aku kerah tenaga untuk tidak jadi yang terakhir. Masa sampai selekoh dekat dengan water station yang pertama, aku dah berada dalam kelompok pelari lain. 

Selain dari starting point yang di ubah, tak banyak beza laluan untuk larian 10km kali ni. Cuaca panas sekarang memang cepat je rasa dahaga. Walaupun malam, panas tetap terasa. Aku risau sebab sebelum larian ni aku langsung takde exercise. Last adalah masa aku berlari untuk kampung run. Lepas tu aku menternak lemak dengan jayanya. Alhamdulillah, kaki aku behave malam tadi. Cuma aku takde lah nak paksa diri beria, asalkan tak jadi yang terakhir aku sudah cukup berpuas hati. 

Pendapat peribadi aku, organizer tahun ni agak kelam kabut. Ini takde kena mengena dengan kelewatan aku. Tempat nak ambik snack pack jauh giler, dah lah takde signage. Bila aku tanya volunteer masa ambik medal, dia kata kat hujung. Jalan straight je. Tapi nan hado nya. Dah lah kawasan tu gelap, patut kena letak spotlight. Entah lah, dengan khemah air kat hujung sini, khemah snack pack kat hujung sana, memang berterabur. Kalau sebelum ni elok je, lepas dapat medal, depan sikit dah jumpa khemah untuk snack pack. Goodies bag pun takde :(

Snack pack pulak macam tak practical lah kali ni. Dorang bagi pisang sebijik dengan bihun yang dah sejuk dan keras. Aku tengok berlambak dorang buang dan tinggalkan merata kat kawasan lapang. Air kena pegi ambik kat khemah lain pulak. Leceh lah. Bihun tu tak patut pun, seharusnya bagi je roti macam biasa. Yang penting air, sebab masing2 dahaga akulah tu

Sebab dah kelam kabut dan frust, aku langsung tak ambik gambar kat tempat kejadian. Aku terus drive balik, singgah McD Kota Warisan tapau milo ais. Kecewa lagi bila minum tak rasa milo, dah lah cair, tak rasa manis langsung. Dengan kecewa berganda aku balik ke rumah. Nak singgah 7E pun dah takde hati.


Bib number dan medal.


Macam tahun lepas, medal tahun ni kecik cinonet jugak. Besar 2 jari je kot, bayar fee boleh tahan jugak mahalnya.


Sunday, October 18, 2015

kte - szb - klia | transfer dari airport ke airport

Ni cerita masa aku balik kampung hujung Ogos lepas. Masa aku pegi panjat Bukit Keluang dulu tu. Cerita pasal Bukit Keluang dah lama aku up. Aku memang plan nak up pasal airport transfer dari airport ke airport, tapi aku bagi laluan untuk habiskan entry Lombok dulu. 

Selalunya bila aku balik kampung, aku mesti akan drive. Sebabnya kalau aku balik naik bas atau flight, aku mesti patah kaki kat umah. Motor memang aku tak reti nak bawak. Tapi semenjak aku gilir2 tinggalkan antara si kuning dan si biru kat kampung, aku ada option untuk tak payah drive balik kampung lagi. So, masa balik hari tu aku naik bas dari Putrajaya Sentral dan balik ke KL aku naik Malindo Air.

Dah beli tiket flight baru aku realize yang aku nak kena transfer dari Subang Airport ke Putrajaya Sentral, sebab aku tinggal kereta kat Putrajaya Sentral. Gigih aku carik info sebelum balik, last2 aku jumpa option ambik SkyPark shuttle bus dari Skypark ke LRT Kelana Jaya, then ambik bas rapid ke Putrajaya Sentral. Tapi info tu tak sure reliable ke tak sebab aku tak jumpa orang yang guna route tu. 


Masjid sebelah bangunan terminal Airport Kerteh. Airport ni dibuka pada 15 Ogos 1985 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Rumah aku dekat dengan airport Kerteh, tak sampai setengah jam pun. Sebab tu aku ambik flight dari sini instead of KT. Punyalah airport ni bukak dah lama, tapi inilah pertama kali aku jejak dalam ni. Selalu tinjau dari luar je. Untuk pengetahuan, airport Kerteh bukan dibawah pengurusan Malaysia Airport Berhad, tapi dibawah pengurusan Petronas. 

Flight aku pukul 5.40 petang. Tapi sebab airport kecik, datang lambat pun takde hal. Tak payah nak tergesa2 sangat. Airlines yang fly antara Kerteh dan Subang adalah Malindo dan Firefly. Both ada dua flight setiap hari, pagi dan petang. Malindo flies 5 days a week and Firefly flies 3 days a week. Masing2 guna flight ATR. Dulu2 ada Asmara Air fly route Kerteh - Subang, tapi kejap je sebelum tutup kedai. Airport Kerteh mainly served for transporting workers of Petronas and ExxonMobil to various oil platform. Helicopter operator pulak ada dua, MHS Aviation used to be the main operator dan Weststar Aviation Services.

Cuaca petang tu agak berjerebu. Pilot pun ada mention pasal haze kat Subang with limited visibility. Dalam flight dapatlah air mineral cup dengan biskut sepaket. Naik ATR takde in-flight movie, masa aku naik 737-NG sempat layan movie lagi. 


Memang Subang berjerebu, dah nak touchdown baru nampak warna kat bawah. Kalau tak kelam je dari atas. 

Rindunya lah dengan runway Subang Airport ni, selalu lalu kat luar je. Lepas last flight for solo check in June 2005, aku dah tak beramah mesra dengan runway lagi. Cuma sesekali bila ada kerja kat Subang, aku intai dari jauh je. Sekadar melepas rindu kata orang. 


Masa tengah taxiing ke terminal. Airport Subang sekarang dah makin meriah, dah banyak company general aviation kat sini. Dah makin busy lah airport Subang sekarang ni. 

Lepas ambik luggage, aku memang dah aim nak carik SkyPark shuttle bus je. Tapi masa aku nak keluar tu, aku nampak banner shuttle bas ke KLIA/KLIA2. Keluar je dari arrival, aku ke kanan dan nampak kaunter shuttle kat tengah2 tu. Next bas pukul 7.00 katanya, ada masa lagi dalam 10 minit dan aku terus beli tiket ke KLIA. Aku ada ambik brochure, tapi hilang pulak bila aku nak ambik gambar. Tapi takpe, korang boleh bukak website dorang kat sini. Selain dari KLIA/KLIA2, shuttle bus ni jugak ke KL Sentral dan tambangnya RM 10 sehala. Bas baru dan selesa. Tapi pening jugaklah sebab bau kedai kuat sangat. Bas ni ke KLIA2 dulu dan dropkan penumpang kat ground floor tempat terminal bas sebab aku nampak banyak bas lain kat situ. Kat KLIA bas ni drop penumpang kat terminal bas dan teksi, ground floor bangunan terminal.

Sebab masa terhad, tak sempat aku nak merayau nak cari kaunter SkyPark shuttle bus dalam bangunan terminal tu. Katanya tiket boleh beli kat Transport Facility Counter. Tapi untuk info korang boleh check kat sini. Aku tak boleh nak komen lebih2 pasal shuttle ni sebab aku tak ambik. 

Dengan info yang sedikit ni, harap2 dapatlah membantu sesiapa yang carik public transport ke Subang Airport. Pasal parking rate aku tak sure sebab kalau sekejap aku beranilah tinggal kereta kat depan ATC tower. Kat situ foc tapi risiko tanggung sendiri. Pun aku pernah parking sebelah parking berbayar yang entrance dia adalah entrance ke Eurocopter lama. Sekarang Eurocopter situ dah tutup, pindah tempat lain area bangunan Zetro. Situ pun foc jugak tapi risiko sendiri tanggung. So far aku parking pagi dan balik malam, Alhamdulillah masih selamat. Kalau jadi pape jangan salahkan aku pulak. Kalau aku ada kerja kat MAS, aku parking dalam je.


Monday, April 13, 2015

kehujanan

Untuk bulan April ni, larian aku adalah pada Sabtu lepas. Since aku masih keuzuran, aku keluar agak awal sebab tak perlu tunggu Maghrib. Flag off dijadualkan pada pukul 8.00 malam dan sejam sebelum tu aku dah keluar rumah. Masa aku keluar rumah, langit dah gelap semacam. Tanda2 nak hujan kelihatan, tapi aku tawakal ajelah. Harap2 sempat sampai ke Putrajaya sebelum hujan turun.

Elok je aku lepas dari traffic light simpang empat Dengkil / Putrajaya, hujan turun selebat2nya bagaikan air yang dicurah2. Dengan kilat dan guruh, angin lagi, visibility memang teruk. Line putih jalan raya memang langsung tak nampak, lampu kereta depan pun berbalam2 je. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa cuak dan takutnya aku. Duk terbayang2 insiden kereta aku kena lightning strike tahun lepas. Aku masih fobia dengan kilat dan hujan lebat sebenarnya, tambah pulak kalau tengah drive. Gigil seh!

Aku sampai kat parking, hujan masih turun beserta angin. Aku tengok ramai yang redah hujan menuju ke starting point. Lama aku melepak dalam kereta sebelum akhirnya berpayung, sama macam dorang. Khemah depan tu kosong, runners masing2 menumpang teduh dalam bangunan sekitar, termasuklah aku. 

Around 8.15pm camtu, ada announcement dari main stage. Tapi masing2 tak jelas dengan apa yang diberitahu. 5 minit kemudian datanglah sorang minah urusetia ni berpayung ke arah kami. Katanya the longest organizer could delay is 30 minutes, which is another 10 minutes to go. Kalau hujan masih turun, they have to cancel the race due to safety reason and all runners can collect goodies bag and race runner are entitled for the medal. Lepas tu minah tadi pegi to another group.

Another 5 minutes to 8.30pm, aku tengok semua orang bergerak ke khemah tengah jalan tu. Confuse aku, sebabnya tak tau dorang tu pegi collect goodies bag ke atau standby nak berlari. Hujan masih lagi renyai2, announcement pun memang tak jelas. Aku assume dorang pegi collect goodies bag. So, dengan senang hati aku pergi ambik gambar.

  
Nampak macam tak hujan, tapi masih renyai2 dan aku tetaplah gigih berpayung.


Lampu tetap terpasang. Masa aku tengah ambik gambar ni baru aku perasan yang semua orang dah masuk starting area. Cepat2 aku ke arah crowd dan masa lalu depan information counter, aku tanya adik kat situ. 

Katanya the run is on and about to start for 11.2km. Gelabah jugaklah aku sekejap, sebabnya kasut dah basah, so macam takde mood nak berlari. Aku mintak izin nak tinggalkan payung kat khemah dia tu, dia suruh aku tinggalkan kat khemah hujung. Memikirkan nak ke hujung sana, run pun dah nak start, last2 aku tinggal kat tepi tiang khemah sebelah. Sebelah tu ada tong sampah, so kalau aku dah habis lari aku boleh cam tong sampah tu. Dalam hati aku dah pasrah kalau2 lepas lari nanti payung aku hilang. Kalau ada rezeki, adalah payung tu kat situ. 


Semuanya kuning di sana dan sini. Just before the count down. Larian yang paling lesu so far based on experience aku sebab takde fireworks. Cameraman pun tak seramai dan tak semeriah larian yang sebelum2 ni.

Straight dari depan Palace of Justice, pastu ke kiri sebelah bangunan Majlis Peguam pastu ikut jambatan depan PICC dan laluan sama macam 100plus night run sebelum ni. Cuma dah dekat nak sampai tu, kitorang kena ke depan lagi, pastu U-turn sebelum terus je sampai depan Palace of Justice balik. Aku rasa dorang letak sign KM left tu sesuka hati je. Jarak antara 3KM to 2KM left dekat giler, tapi dari 1KM left ke finishing line jauh teramat. 


Sempat aku berhenti ambik gambar jambatan tu. Alah, aku pun banyak berjalan dari berlari, hihi.

Sepanjang 11.2km tu, ada 2 check point. Seksa nak abiskan tuhan je yang tahu. Mana taknya, tengah2 lari hujan renyai2 turun. Kasut memang dah sedia lencun, jari kaki dah berenang2 dalam kasut tu. Rambut basah macam baru lepas mandi tapi memang mandi hujan pun. Sejuk di luar, panas kat dalam.

Bila dah sampai tu lega yang teramat rasanya. Lepas ambik medal dan snack, on the way nak ambik goodies bag tu, aku tinjau tempat aku tinggalkan payung tu. Confirm! Payung aku dah hilang, tapi langsung tak ralat.

Since aku sorang, Kak tak datang malam tu, lepas dah settle semua aku terus balik. Lama jugak aku lepak kat parking, tunggu kaki dah okay sikit baru drive balik. Mujur aku bawak selipar, lepas tukar selipar barulah kaki aku rasa bernafas. Kalau tak lemas semacam je dalam kasut tu. 


Medal ke tiga untuk tahun ni dan ke lima dalam koleksi.


Wednesday, March 25, 2015

cerita hari sabtu

Punyalah kemalasan melanda, cerita Sabtu lepas baru nak update. Malas betul nak curik masa nak update barang sebaris dua ayat. Erk, kalau dah update haruslah berbaris2 ayat.

Sabtu lepas aku plan nak jjcm, semuanya kerana pengaruh blog Nilli. Lepas service si kuning, aku berjanji nak jumpa dorang kat rumah Fathi. Kekonon lunch date lah. Aku tak boleh nak set cik gps kat kete, so aku guna maps kat phone. Bila maps gagal tunjuk jalan yang benar, aku beralih pada waze. Pun sama jugak, dah patut masuk simpang baru nak bagitau, terhegeh2. Sudahnya aku termasuk ke SKVE. Dari Putrajaya nak ke Taman Puncak Jalil takdelah jauh mana. Tapi sebab termakan langsat, triple extra jauh jadinya. 

Last2 aku call Fathi bagitau jumpa kat Masjid Kinrara terus. Itu pun banyak kali jugak aku tersalah simpang. Asyiklah cik gps me'recalculating route'. Hampir 1.00 tengah hari jugak baru sampai ke destinasi, serentak dengan Kak dan Fathi. 


Signboard besar dalam kafe. Hati dah menggebu2 nak makan, maklumlah dari pagi simpan perut semata2 nak makan kat sini.

Ada dua tiga orang je selain kami. Dari rumah aku dah plan nak makan nasi minyak, sekali habis. Tukar menu lain pulak. Aku tersilap faham, ingatkan sentiasa ada dari pagi sampai ke malam. Rupa2nya menu tu semua untuk breakfast, kalau habis habislah. Tengah hari dan malam biasanya goreng2. So, kalau korang nak datang terjah, datanglah waktu pagi.  


Nasi dagang ikan aye tongkol. Ternyata masih ada rezeki buat kami.

Rasanya macam ada yang kurang, tak kick kalau menurut piawaian lidah aku. Mungkin jugak sebab dah sejuk, so aku abaikan rasa kurang tu. Still boleh mengubat rindu nak makan nasi dagang. Lepas ni aku kena datang pagi, nak cuba nasi minyak pulak. Lagipun hari kitorang pergi tu, keropok lekor pun dah habis. Dah habis makan, perut dah kenyang, kitorang terus balik. Tak singgah ke mana2 sebabnya aku perlukan rehat yang cukup. Malam karang nak berlari-larian berkejaran pulak. 

Lepas Maghrib aku bergegas ke Putrajaya. Konon nak keluar awal, sudahnya terlewat jugak. Kebetulan flag off yang dijadualkan pukul 8.15 malam tertangguh. Nearly 8.30 pm jugak baru flag off. Since kali ni aku tak sempat nak register untuk 12km, maka pilihan yang ada cuma fun run 5km. Jadilah untuk keluarkan segala peluh jantan betina. 

Since 5km je, memang alasan untuk training memang taklah. Yang selalu aku duk ulang tayang 'takpe, 5km je pun. No need for training.' Giler poyo statement untuk diri sendiri. Natijahnya, kaki sakit macam biasa. Cuma kali ni tak seteruk masa aku berlari Januari lepas. Bila ramai yang jalan berlenggang, aku jadi terikut sama. Dah syok berjalan, malas nak berlari.


Putrajaya Sabtu malam yang lepas diwarnai pink dan merah. Almost all runner dah sampai ke finishing line pun, both 12km and 5km. 

Dah hilang semput, peluh dah kering, kitorang ke food court Presint 9. Mujurlah kali ni takde kejadian mengelap meja kitorang. Dah settle, masing2 bawak haluan sendiri. 


Kali ni aku berlari anjuran Men'sHealth Women'sHealth magazine. 

Untuk pertama kalinya sejak aku berkecimpung dalam aktiviti lari2 ni padahal baru setahun jagung goodies bag yang inilah paling meriah. Berbaloi rasanya bayar registration fee's mahal2. Oh ya, bajunya pun cantik! Selain dari travel, lari malam dah jadi aktiviti kesukaan aku dah. Cumanya aku hanya akan join kalau event tu Sabtu malam. 


Sunday, January 25, 2015

lari malam

Malam tadi aku lari lagi. Larian yang pertama untuk tahun ni. Dari hujung tahun lepas kononnya nak training, tapi takde maknanya. Asal pagi Sabtu dan Ahad je, katil dan bantal duklah memanggil2. Susah betul nak tinggalkan. Sampailah pagi semalam, aku langsung tak training pape. 

Flag off untuk 9km pukul 8.15 malam. Since Maghrib sekarang lambat, kelam kabutlah jadinya. Just nice aku sampai few minutes before flag off. Itupun aku dah langgar lampu merah, harap2 tak kena saman.

Masa aku sampai tu, Kak baru je sampai kat parking. So, bila flag off aku terus jelah lari dulu. Lepas first kilometer, ankle aku sakit giler. Nak pijak pun rasa macam nak terpeleok kaki. Start from that, aku banyak berjalan je. After 3 kilometers barulah aku rasa okay sikit. Route untuk 100 Plus outrunner ni berbeza dari route Putrajaya Night Marathon yang pernah aku join. Route best sebab lalu area yang viewnya lebih cun.

Takde gambar sebab aku takde mood nak ambik gambar. Kamera aku bawak je, tapi nak keluarkan kamera tu rasa macam berat je. Sampai ke sudah langsung takde gambar. 

Lepas settle larian, aku dengan Kak ke food court Presint 9 mencari milo. Aku frust sebab takde lori milo, yang ada cuma 100 plus. Masa kitorang dah habis makan kami berkongsi makan roti john, pekerja datang ambik pinggan. Okay, kitorang biarkan je sambil minum dan bersembang. Tup2 dia ambik kain dan lap meja kitorang. Kami masing2 angkat gelas sambil buat muka pelik. Okay, aku bersangka baik yang dia nak bersihkan mayonis dan sos yang jatuh atas meja. Selang seminit lepas tu, mamat pekerja tu datang lagi. Kali ni dia mop keliling meja kitorang pulak! Sudah, double pelik nih. Sedangkan meja sebelah yang takde orang tu tak pulak dia mop, lagilah kat bawah meja tu bersepah dengan sisa makanan. Rengsa dengan mamat rajin tak bertempat tu, kitorang terus angkat kaki. Stress!


Bukti yang aku benar2 berlari malam tadi, walaupun lebih banyak berjalan sebenarnya. Masa sampai kat finishing line, aku nampak clock timer 1 jam 37 minit dan lupa saat berapa. Actual time aku tak check lagi, lebih kuranglah kot. I have another 2 confirmed run, in March and April. 


Sunday, October 20, 2013

aktiviti malam

Dah lama aku teringin nak join night marathon kat Putrajaya. Tapi selalunya aku memang sentiasa missed. Lucky enough tahun ni aku akhirnya berjaya register for the event. Dari banyak2 aku pilih untuk jarak larian 10 km. 5 km pendek sangat, 21 km dah jauh bebenor, 42 km lagilah aku tak mampu. Silap2 pengsan kat tengah jalan. 10 km tu pun aku tak berapa nak yakin boleh habiskan. 

Sabtu malam, sesudah maghrib baru aku keluar dari rumah since larian untuk 10 km pukul 8.40 malam. Risau jugak kalau hujan turun sebab since pagi lagi cuaca tak menentu. Sampai2 je tengok parking semua penuh, last2 kitorang parking kat tepi jalan. Not long after that, ramai yang parking belakang kitorang. 


Semua sedang berkumpul sebelum dilepaskan. Aku tengok depan-belakang-kiri-kanan semua orang tengah warm up. Kitorang je relaks. Aku awal2 lagi dah pesan kat member, kita jalan je tau.. lari sikit2 sudah.. kikiki.


Oren mewarnai malam, masing2 berlari ke depan bila dilepaskan. Aku je lenggang kangkung kat belakang, mission aku bukan nak menang pun dah tahu diri tak mampu tapi lebih kepada mencabar diri sebenarnya. Elok je separuh participants dah ke depan, hujan rintik2 turun. Aku risaukan kamera, takut rosak kena hujan. Tapi Alhamdulillah, hujan rintik2 tadinya berhenti tak lama lepas tu. Tapi merasa basah jugaklah. 


Masa aku sampai depan ni, pelari2 tegar dah patah balik pun. Aku estimate there are about 8 km to go from this point to the finishing line. Ramai jugak yang macam aku, lebih banyak berjalan dari berlari.


Bekas minuman yang dibuang oleh pelari terdahulu. Penuh jalan dengan bekas minuman ni. Erk, gambar yang ni dah hujung2, tak ketara sangat sampahnya.


 Putrajaya yang bercahaya di malam hari.


Masa yang aku ambik untuk habiskan 10 km. Sebenarnya ni cubaan ketiga untuk ambik gambar ni, the first two memang teruk sebab tangan aku shaking. Mungkin untuk tahun akan datang aku boleh target untuk kurangkan nombor ni. 


Walaupun rumput ni basah, ramai je yang melepak lepas habis larian. Masa ni aku rasa more than half dah balik. 


Palace of Justice di malam hari. Selalunya kat depan ni lah event takes place. Main stage untuk night marathon ni pun depan Palace of Justice, khemah yang bercahaya kat tengah tu. 


Last view before heading back home.


My unlucky number and medal. 45 tu represent half of my car plate number, oppss!

Overall, aku enjoy this night marathon very much even though on the first half kilometer tu kaki aku sakit. Tapi lepas tu dah okay. Melayan view malam di Putrajaya, sambil bermandikan gerimis dan jugak peluh, memang berbaloi2. 


Saturday, October 6, 2012

jalan kaki yang pertama

Selama ni aku selalu je terlepas event kat Putrajaya. Memang teringin bebenor nak join night marathon, charity walk, dan macam2 lagilah. Last month my friend ajak join this charity walk. Lepas check schedule dan aku memang free, so pucuk dicita ulam mendatanglah kiranya. 

Tapi malangnya, tetiba pulak this weekend ada kelas. Patutnya Sabtu free dan exam hari ahad, tapi exam postponed to the next Sunday and class which supposed to be on the next weekend were bring forward to this weekend. Even the event will start at 6pm, but t-shirt collection is available from 1.00 to 4.30pm. Luckily, my friend's collected the t-shirt for me and right after class I drove to Putrajaya. Sudahlah jalan biasa yang aku selalu ambik nak ke dataran tu tutup pulak, kecoh betullah. Terpaksalah aku ikut laluan alternatif. 


Masa ni kitorang tengah tunggu 4 orang brother dengan paraglider land bawak turun setiap sorang beras, jagung, gandum dan jagung, simbolik makanan ruji masyarakat dunia. Tapi masa ni angin kuat, bukan aku je yang cuak bila payung sorang glider tu hampir kuncup ditiup angin. Cuak weh! Last2 diorang landing sebelah Wisma Tani instead of depan main stage. 


Lepas brother2 paraglider bawak turun makanan tu, YM Tunku Zarith Sofia selaku tetamu kehormat dan VIP lain masukkan dalam bekas, treler ni pulak lalu. Konon2 utk bring the foods into the containerlah gamaknya.  


Semua orang dah ready nak berjalan2. Masing2 tengah countdown ramai2. 


Belon dah lepas beterbangan, maka bermulalah acara.

Walkathon ni ada dua option, sama ada pilih untuk jalan 3km atau 5km. Tapi aku nampak ramai yang pilih untuk jalan 5km. Orang kelainan upaya (OKU) pun ramai yang join this walkathon. Yang sihat walafiat memang ramailah. 


Dah hampir separuh perjalanan dah ni. PICC dah nampak jelas kat depan mata. Kami bermula depan Palace of Justice, pastu u-turn depan PICC dan finishing point depan Palace of Justice tu jugak. 


Masa ni aku dah u-turn. Kami ni sibuk ambik gambar, banyak sangat pit stop. Bukannya betul2 concentrate berjalan. Maklumlah, kalau nak diharapkan saja2 datang sini ambik gambar, memang tidaklah. Kiranya sambil menyelam minum airlah ni. 

  
Sempat lagi layan sunset. Bukan kami berdua je, ramai lagi yang join sekali. 



Finally, lepas berjalan sejauh 5km dengan masa lebih kurang 1 jam 15 minit dicampur dengan berhenti ambil gambar di sana sini. Alhamdulillah, tak terasa 5km tu.


Muka2 kepenatan selepas berjalan kaki beramai2 berlatar belakangkan Palace of Justice. Kami rehat sekejap sebelum kembali ke pangkal jalan pulang.


Aku termiss HOPE, rasanya ada banyak lagi yang aku tak perasan. Maklumlah orang ramai, ini pun kalau nak tunggu tak ada orang baru nak tangkap gambar, memang tak dapatlah. 

Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan event hari ni. My first walk, World Hunger Relief 2012 Charity Walk. Walaupun ini adalah jalan kaki aku yang pertama, Alhamdulillah aku berjaya habiskan. Kalau lari, rasanya aku cepat pancit. Insya Allah, kalau ada peluang aku nak join lagi. Night marathon mesti best, dapat menikmati pemandangan Putrajaya waktu malam. 

footnote: kisah perjalanan di Vietnam terbengkalai buat sementara, akan disambung bila idea dan mood datang menyerang. Maaf kalau ada yang tertunggu2 mode perasan, haha


Saturday, January 16, 2010

sepetang di Putrajaya

Petang tadi aku ke Alamanda Putrajaya selepas Zohor. Hajat di hati nak cuci mata di sekitar Alamanda sambil membeli sedikit keperluan harian. Sesampai je aku dah hilang mood sebab cari parking punyalah seksa, terpaksa ke aras yang lebih tinggi. Selalunya ada je parking untuk aku kat aras bawah tu. Agaknya ramai orang habiskan masa kat Alamanda hari ni walaupun this week bukanlah pay day.

Hangin betul aku bila ramai yang berkeluarga bawak anak2. On top of it aku tak kisah pun, baguslah keluar jalan2 dengan isteri dan anak2. Yang membuatkan aku hangin bila anak2 dibiarkan lepas bebas tanpa kawalan. Kalau diikutkan rasa marah, nak je aku sondol dengan troli. Tapi aku masih ada rasa waras dan timbang rasa walaupun dalam hati penuh dengan sumpah seranah. Memang aku ni hot temper pun (pengakuan jujur dan ikhlas, hahaha....).

Lepas shopping ala kadar, sekadar membeli keperluan untuk minggu ni aje aku terus keluar dari parking. Nak balik rumah rasa macam malas je lagi, so aku pun decide untuk ke Tasik Putrajaya. First location yang aku tuju ialah Masjid Besi yang baru siap hujung tahun lepas. Tapi aku tak ke masjid tu pun sebab lupa bawak tudung, kalau tidak boleh je aku solat Asar kat situ sebab by the time aku sampai tu, azan Asar sedang berkumandang.


Gambar Masjid Besi ni aku capture dari pelantar Monumen Alaf Baru. Agak senget sedikit gambar tu sebab aku melawan kesilauan, hehehe.....


Menara Monumen yang megah berdiri dan menjadi mercu tanda di pesisiran tasik ni. Aku park Qaseh kat front parking and walk through this way. Walaupun jam dah hampir 5 petang, matahari masih lagi tegak berdiri dan kepanasan tetap terasa.


Gambar Jambatan Wawasan ni pun aku capture dari pelantar Monumen Alaf Baru (betul ke nama monumen tu? Aku ni main tulis je...). Masa on the way balik aku lalu atas jambatan ni dan aku nampak ada production tengah prepare untuk buat shooting. Entah dari mana ntah production tu, malas nak ambik tahu, just passing by je. Yang aku nampak kereta warna biru yang aku rasa akan digunakan dalam shooting tu, yang dah menarik2 mata aku dari jauh.


Dari jauh kelihatan Masjid Putra, Bangunan JPM and building nearby. Cantiklah gambar ni, hahaha.... masuk bakul angkat sendiri.


Kat tiang monumen yang tegak berdiri tu ada ditulis rukun negara yang lima tu. Kat atas tu pun ada something cuma aku tak pasti apa yang ditulis sebab malas nak mendongak.


Kalau korang nak tahu, di sepanjang laluan monumen ni tercetak sejarah tanah air seawal zaman Parameswara, tapi aku tak tengok plak bila tahun terakhir sebab ada couple duk bertenggek kat situ. Malas nak buat2 sibuk, so aku pun turun je ke bawah untuk melangkah pulang.


On the way balik aku berhenti kat tepi jalan and snap this picture. Kalau kita perasan Masjid Putra di teluk sebelah sini dan Masjid Besi kat teluk sebelah sana. Namun Masjid Putra lebih ramai pengunjung kalau nak compare dengan Masjid Besi. Mungkin sebab Masjid Besi masih baru dan dalam proses untuk mencantikkan lanskap berbanding Masjid Putra yang dah cukup dikenali namanya dan juga keindahan lanskap.

footnote: sebenarnya banyak jugak tempat yang menarik kat Putrajaya ni, sehari pun rasanya tak habis kalau nak explore satu Putrajaya. Kalau ada masa aku nak explore pulak taman2 yang ada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...