Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Thursday, April 6, 2017

road trip 2016 | menjejaki tasik cermin dan kampung papan



Rutin biasa setiap pagi, aku jadi orang terakhir yang akan gunakan bilik air. Pagi ni kami takde nak rushing, tapi takde lah lewat sangat check out. Malam tadi kitorang dah google tempat best nak breakfast pagi ni. Dah siap semua, lepas check out kitorang ke arah Arked MARA, Kampung Permatang Tok Mahat. Kitorang nak breakfast kat Pak Non Ali Station, khabarnya roti goyang kat situ best!

Tempat kami bermalam di Nibong Tebal ni tak jauh dengan Parit Buntar, berjiran je. Sebelum ni masa aku join Parit Buntar Kampung Run 2016, aku datang dari arah Selatan, so takde lah ke Nibong Tebal. Lokasi kitorang jumpa, tapi kedainya tutup pulak. Dalam berpusing2 mencari tempat nak breakfast, kitorang jumpa kawasan ala2 medan selera and settle kat one of this kedai makan. Kami dah nak habis breakfast masa kawan Ira sampai. Hari ni kitorang will part with Ira and the rest of us will continue our road trip.  

Lepas hi hi bye bye dengan Ira, kitorang mencari lokasi Pasar Kemboja. Ini bukan pasar yang kat Permatang Tok Mahat tapi pasar borong yang dibukak setiap hari. Jenuh kitorang berpusing2 ikut gps, masuk ke kawasan perindustrian, tapi bayang Kompleks Pasar Kemboja tak nampak jugak. Last2 kitorang give up dan decide untuk teruskan perjalanan. 

Dari Parit Buntar kami menghala ke arah selatan. Kali ni kitorang tak singgah di Kuala Sepetang dan Taiping. Instead of lalu jalan luar jalan paling hampir dengan pantai kami detour masuk ke Ipoh. Hari masa kami ke Ipoh tempoh hari hujan, so kitorang skip dulu dan plan nak singgah masa balik. Setelah melalui jalan yang berliku dan beberapa kali berhenti tepi jalan, google pasal location dan u-turn, akhirnya kami jumpa jalan nak masuk ke Tasik Cermin. Laluan agak mengelirukan dan keadaan jalan agak teruk, sesuai dengan jalan yang menjadi laluan kenderaan berat. 

Kitorang berhenti depan pagar kawasan kuari yang ada banglo putih. Menurut cik google maps, kitorang dah sampai. Tapi aku tak nampak sebarang kenderaan lain selain dari pekerja kuari yang tengah busy bekerja. Aku drive ke depan sikit dan bila keadaan makin sunyi, aku patah balik. Masa aku berhenti kali kedua kat tempat yang sama, ada sebuah kereta masuk dan gaya dorang macam nak ke tempat yang sama macam kitorang. Tapi dia laju je ke depan. Lepas ding dong dan bersoal jawab, kitorang decide nak follow kereta tadi. Elok je kitorang u-turn, dorang muncul balik dan kali ni aku bagi isyarat suruh berhenti dan tanya dorang lokasi Tasik Cermin. Dorang kata Tasik Cermin tutup, ada batu jatuh. Betullah masuk ikut laluan banglo tu. Kecewa, tapi apa boleh buat. Hasrat nak menjejaki keindahan Tasik Cermin terkubur. Dan bila aku google, rupa2nya tasik tu dah ditutup since December, sebabnya ada batu jatuh. Terus double kecewa sebab tak boleh nak ke sana dah 😞😞.

Keluar dari area kuari, kami menghala ke arah Kampung Papan. I have no idea how the direction to Kampung Papan could be. There is no signboard with regard to place name Papan or Pusing. What I could remember, we're passing lots of lorries and there is no sign of kampung alongside the road. I drove as instructed by google maps, until I've seen small signboard written Pusing/Papan on the right, at the junction. I'd overshoot as gps didn't ask for right turn and I make a u-turn and then turn left at the junction. I slowly droves till we see the old buildings at roadside. 

Macam rusa masuk kampung, itu kot yang sesuai nak describe keadaan kitorang masa tu. Keadaan sunyi, ada kereta dan aku parking bawah pokok depan bangunan yang panjang. Depan sikit dari tempat aku parking, aku 2 lelaki Cina tengah bersembang dan aku interrupt asking for Istana Raja Billah. Uncle yang aku tanya tu pointing bangunan depan dan kata 'sana'. Aku reconfirm and said thanks. Aku tengok bangunan depan tu, tak macam rupa istana lama pun. Tapi kitorang berjalan ke depan sikit, ada sekolah belah kanan. But still, aku terfikir2 pasal istana.


Bangunan ni depan sekolah, sebelah building yang aku tanya uncle tadi.


Tak pasti ruang ni berpenghuni ke tidak, sunyi tapi ada langsir.


Another old buiding, and this one is occupied.

Dari main road, kami ke bahagian belakang bangunan tempat aku parking. Tapi tak jauh kami merayau, belakang tu sikit je. Seram kot nak pergi lebih jauh, haha. Nun kat belakang sana aku cuma nampak semak samun di sebalik rumah dan bangunan lama yang terbiar.

Jangankan aku, even my parent pun tak lahir lagi waktu bangunan ini dibina.


Belah kanan dari tempat kitorang datang, belah kiri bangunan ni yang aku kata ada semak samun. Depan bangunan ni ada kawasan kosong.


Suka aku tengok tingkap dorang. Semua sepesen je, menarik!

Sebelah belakang bangunan ni ada orang tinggal, aku menjenguk sebab dengar suara orang berbual. Keadaannya sedikit bersih dan kemas kalau nak dibandingkan dengan kawasan kat depan main road tempat kitorang parking tu. Manakala sebelah kanan bangunan ni seberang lorong, bangunan lama sedang dibaikpulih. 

Kampung Papan antara kampung lama yang pernah pesat dan membangun dengan aktiviti ekonomi suatu ketika dahulu, kini sunyi sepi tanpa sebarang pembangunan. Hanya tinggal beberapa keluarga yang masih menetap di sini dalam bangunan rumah kedai yang usang dan tidak terjaga. Selebihnya mungkin sudah lama berhijrah mencari kehidupan yang lebih baik. Sayang sungguh bila sejarah negara dibiarkan begitu saja tanpa sebarang usaha untuk mengekalkan warisan.

Masa aku kat belakang ni, talian telefon dan internet dapatlah jugak walaupun weak. So, aku try google lokasi Istana Raja Billah. Sekali, jarak yang terpapar cuma beberapa ratus meter je dari tempat aku berdiri. Setelah diteliti, rupa2 menghala ke arah bahagian yang uncle tadi tunjukkan. Now I get it, rupa2nya uncle tadi bukan tunjukkan bangunan depan tu, tapi kawasan belakang bangunan tu. Lega sebab aku tak berputus asa.

Jejak sejarah kami belum berakhir, akan disambung.....


Sunday, April 2, 2017

road trip 2016 | dari kedah bermalam di penang

Entry ini sambungan dari road trip 2016 | dari bendang ke muzium.


Keluar dari Muzium Arkeologi Lembah Bujang, kami kembali ambil laluan masa kitorang datang tadi. Tapi kali ni kami pergi straight instead of ke kanan, menghala ke arah Tanjung Dawai. Tak susah nak mencari sebab laluannya sehala je, takde simpang yang mengelirukan. Sampai hujung tu ada signage Tanjung Dawai dan belah kanan ada bangunan pasar. Kawasan sekitar tu ramai yang berniaga dan parking agak penuh. Aku try luck cuba cari parking kosong depan bangunan pasar, ada rezeki kitorang bila ada kereta keluar. 

Lepas parking, kitorang pusing kawasan pasar. Kat bahagian bawah tu ada jugak kedai makan, nak makan macam takde selera. So kitorang just jalan2 je. Kat bahagian atas banyak dijual produk hasil laut. Ada jugak makanan kering yang dijual, sama keadaannya macam pasar2 di tempat lain. Dah habis meninjau kami ke bahagian belakang pasar, ada jeti. 


Jeti ni tempat dorang ambik bot ke Pantai Merdeka belah sana. Kalau nak sewa bot pusing2 kawasan sekeliling pun boleh. Charge sewa aku dah lupa.


Bot nelayan mula meninggalkan jeti untuk ke laut.


Pantai Merdeka nun di seberang sana. Kami tak ambik bot ke sana, sekadar ushar dari belah sini je.

Kami tinggalkan Tanjung Dawai menuju ke arah Kota Kuala Muda. Sewaktu menghampiri Kota Kuala Muda, kami ternampak signboard Pintu Kota Kuala Muda. Memandangkan signboard berwarna coklat, pasti itu adalah tinggalan sejarah. Jadi, kami menghala ke arahnya berpandukan papan tanda dan jugak bantuan cik gps.


Hanya tembok ini yang masih tinggal. Agak terkecewa di situ, jadi kami cuma mengambil gambar dari dalam kereta.

Kami tinggalkan kubu lama dan perjalanan kami teruskan menuju ke Kuala Muda. Di persimpangan kami ternampak masjid dan terus menyinggah ke sana. Setelah tunaikan tanggungjawab, baru kami bergerak. Dalam menuju ke Galeri Tsunami, aku cuba recall balik memori lama. Aku pernah menyertai misi sukarelawan sewaktu Kota Kuala Muda ditimpa bencana tsunami December 2004. Aku tewas, terlalu banyak yang telah berubah. Iyelah, hampir 12 tahun tragedi tersebut dan semenjak dari itu, aku tak pernah ke sini. Waktu tu aku takde kamera untuk merakam kenangan, handphone pulak model tahan lasak 3310 yang confirm takde kamera.


Banner ni digantung depan pintu masuk galeri. Galeri ini ada penjaganya.

Kami bersembang dengan pakcik yang menjaga galeri serba sedikit sebelum melangkah masuk ke bahagian dalam. Kalau tak silap aku, galeri ni asalnya rumah salah seorang mangsa tsunami. Bagus kalau korang dapat ke sini, setidaknya dapat menyedarkan kita tentang kekuasaan Yang Maha Esa. Ada bilik video di satu sudut, walaupun kecil tapi berbaloi. 


Di sebelah galeri ini, runtuhan rumah kesan dari tsunami masih ada. Kawasan ni masih di dalam pagar yang sama dengan galeri. Aku yakin, dorang memang sengaja biarkan sebagai kenangan.


Tugu tsunami ni di persimpangan. Kitorang jumpa tugu ni dulu sebelum galeri. Katanya, tugu ini dibina dari 26 bot nelayan yang rosak akibat tsunami. Tapi aku takdelah pulak nak pergi kira satu persatu.


Kesan runtuhan yang masih boleh dilihat di Galeri Tsunami. Keadaan sewaktu aku mengikuti misi ke sana pada 2004 lebih mendukacitakan.


Galeri Tsunami terletak sebelum papan tanda ni. Sebelah kiri ni ruangan parking.

Dari galeri, kami cuba mencari lokasi pasar berbisik, walaupun dah tahu kami terlepas untuk menyaksikan urus niaga yang menarik ini. Berpusing2 jugak kitorang, bertanya dengan budak2 tepi jalan, lain pulak yang diberitahu. Tak membantu langsung. Last2 kitorang u-turn dan cuba nasib mencari sendiri. Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya.


Dapat tengok pasarnya, tak dapat tengok orang berbisik pun jadilah. Kalau sesiapa nak saksikan situasi menarik ni, bolehlah datang dari pagi hingga tengah hari je.

Perjalanan kami teruskan melalui Kampong Sungai Muda dan kawasan sekitar. Kitorang menghala ke arah pantai, masing2 teringin nak makan abc, tak pun kalau dapat kelapa muda dengan goreng2 menarik jugak. Aku dah lupa ke arah mana kitorang pergi, tapi kat hujung jalan tak boleh lalu. Kami masuk salah satu simpang yang menghala ke pantai dan singgah di kedai makan.


Hanya mi udang je yang ada. Walaupun kecewa, rezeki jangan ditolak. Verdict? Bolehlah, agak mahal kalau nak bandingkan rasa dengan harganya.

Memandangkan hari masih terang dan esok salah seorang dari kami akan menamatkan perjalanan dengan kami, jadi kami ambil keputusan untuk bermalam di Nibong Tebal. Setidaknya, esok senang Ira nak jumpa kawannya. Perjalanan kami dah takde singgah2 lagi, terus menuju ke Nibong Tebal dan seperti biasa, kami guna bantuan cik google maps and avoiding tolls and highway.

Masuk Penang je kami dah stress. Mana taknya, kalau sebelum ni perjalanan kami smooth dan kiri kanan laluan kami indah sahaja. Masuk Penang dah start jem sana sini, kenderaan makin banyak dan dah takde kehijauan sawah bendang. Disebabkan hari makin gelap, kami decide untuk search online bilik untuk bermalam. Malam tu kami bermalam di Thanks Hotel, Nibong Tebal. Kami ambil bilik untuk 4 orang. Lepas check in kami pergi dinner dulu, kedai sederet dengan hotel dan kitorang jalan kaki je. 

Bilik okay, selesa dan bersih. Cuma aku lupa nak ambil gambar. Mentang2 dapat free wifi, masing2 hanyut dengan hand phone. TV terpasang tapi takde penonton. Konon nak tidur awal, takde maknanya bila lewat jugak baru terlena.

End of day 6.


Sunday, December 13, 2015

geng berjimba ke utara | ke kuala sepetang


Kami balik ke homestay dan terus bersiap. Kami kena cepat kalau taknak kena extra charge sebab late check out. Tapi the main thing is, kitorang ada perjalanan yang panjang yang nak kami kena selesaikan hari ni. By the time pukul 12.00 tengah hari, kami dah siap. Lama jugaklah bersembang dengan makcik owner homestay sebelum kami tinggalkan Tasek Gelugor menuju ke Perak. 

Destinasi kami seterusnya adalah Kuala Sepetang. Selain nak merasa mee udang Mak Jah yang glemer seantero negara, aku teringin nak ke kilang arang. Lagi sekali bantuan google maps dan waze diperlukan. Sedang kitorang elok lalu jalan tengah bandar, google maps suruh patah balik dan lalu jalan lain. Waze pulak tak dapat nak connect. Tengok signboard tepi jalan, satu pun tak membantu. Akhirnya kitorang sepakat follow instruction google maps.

Dibawaknya kitorang lalu kawasan perindustrian. Tapi bila tengok ada kenderaan lain, tak adalah kitorang rasa cuak sangat. Tapi bila kitorang dibawak lalu kawasan estet yang jalannya sempit, mula rasa tak senang. Bayangkan sesekali je terserempak dengan kenderaan lain dan masa tu salah sebuah kereta kena mengalah. Kalau tak memang tersangkutlah jawabnya. 

Bila kami lalu sebelah highway, ada kejadian yang membuatkan kitorang tergelak besar akhirnya. Tak jauh dari situ kami akhirnya lalu kawasan perkampungan Melayu dan depan sikit kitorang jumpa main road. In few kilometers ahead google maps dah tunjuk lokasi mee udang dan kilang arang. Tapi bila tengok kat depan penuh dengan kenderaan di kiri dan kanan, kitorang curious. Rupa2nya ada shooting kat kilang arang tu. Since kami semua kelaparan, kitorang terjah mee udang dahulu. Tak lama menunggu, mee udang kami sampai.


Nampak udangnya besar2, panas2 macam ni baunya semerbak naik. Memang membuka selera yang kelaparan. 


 Mee dan udang, akhirnya jadilah mee udang.

Bagi aku, biasa2 je. Udang tu bukan udang fresh, sebab rasanya dah lain macam. Kuahnya bolehlah, tapi rasa petis kuat sangat. Alhamdulillah, kenyang jugaklah. Mau tak kenyang, licin jugaklah mangkuk tu.

Lepas makan, kami dengan misi mencari kilang arang. Nak singgah kilang arang sebelah tu, orang ramai sangat. So, kami mencuba nasib tapi tak jumpa. Last2 kami masuk ke Matang Mangrove Forest Reserve. Dorang kata ada lagi kilang arang kat area pekan Cina. Dari dorang jugak kitorang dapat tahu shooting kat kilang arang tepi tu dari produksi Hong Kong. Berlegar2 kitorang kat pekan tu, tapi tak jumpa. Last2 masa kitorang on the way nak balik, Izza berjaya menyelit untuk parking depan kilang arang yang glemer tu. Kat luar tertulis Kilang Arang Mr Chuah.

Kami terus ke bahagian kanan kilang, kat situ ada group pelancong Chinese. Kitorang menyelit dan ambik gambar. Nak tumpang dengar memang boleh, tapi sepatah haram pun aku tak faham. Nak tanya orang, tak nampak pun sesiapa yang boleh ditanya. Sudahnya aku freely roam kat kawasan tu.


 Kayu bakau yang akan dibakar.


 Kayu bakau yang sedang dibakar, antara proses sebelum bertukar menjadi arang. 


Kubah yang aku lupa namanya dan kayu bakau. Aku rasa kubah ni tengah berehat kot, sebab takde api.


 Sungai kecik yang menjadi laluan untuk boat membawa kayu bakau.

Masa aku ada kat tepi sungai ni, Kak panggil. Dan lepas tu aku ke tempat Kak dan tak lama kemudian, brader yang aku nampak duduk kat kerusi malas dari tadi datang arah kitorang. Dia bawak kitorang masuk dalam kubah tu dan explain pasal proses membuat arang.


Kayu2 bakau yang disusun dalam kubah, menunggu penuh untuk dibakar.


Pemandangan dari luar. Setiap kayu akan dialas dengan batu dan kayu tu akan disusun berselang seli dengan yang dikopek kulitnya dan yang berkulit. Sebabnya tak nak bagi susunan kayu2 tu runtuh sebab licin.

Menurut brader tu, kubah2 dalam kawasan kilang tu bukan sorang owner. Setiap 3 kubah ada satu lesen dan setiap lesen dimiliki oleh seorang owner sahaja. Brader ni ada 2 kubah dalam kawasan ni, dan sebuah kubah lagi kat bangunan belakang. Sebaris dengan kubah brader ni, ada 8 kubah. Lama jugak aku bersembang dengan brader tu, macam2 aku tanya dan segala persoalan aku dah terjawab.


 Tetiba spotted this boat yang penuh dengan muatan kayu bakau.


Bakaran kayu bakau dalam proses.

Kami aku tinggalkan kilang arang Kuala Sepetang dengan penuh kepuasan. Akhirnya segala persoalan terjawab dan kesannya, satu badan berbau arang!

Kitorang tak boleh masuk ke kawasan kilang sebelah tu sebab aktiviti shooting yang sedang berjalan. Ralat jugak, tapi nak buat macam mana. Kitorang datang waktu yang tak sesuai. Mungkin akan ada lawatan ulangan selepas ini, insya Allah. 


Thursday, December 10, 2015

geng berjimba ke utara | guar petai yang mempesona

Kisah ini adalah sambungan dari geng berjimba ke utara | mencari lokasi guar petai.

Masa kami sampai, yang ada hanyalah burung2 kat atas wayar letrik yang tunggu kitorang. Suasana memang sepi, langsung tak nampak orang lain. Kat parking tu pun, cuma ada kereta kami je.


Gerai tempat orang berniaga pun masih kosong. Mungkin jugak pagi2 ni dorang rehat dan start berniaga belah petang. 


Dari jauh dah nampak tali merah putih ni dan kertas. Ingatkan notis apa, bila mendekat rupa2nya doa pelindung yang dorang lekatkan kat sini. 


Mereka2 yang bersemangat wira waja demi view yang awesome. 

Disebabkan aku malas nak citer banyak, so let the pictures do the talking. Lagi pun aku tak tau nak citer macam mana dah. Pics kat bawah ni aku ambik masa kat bawah2 je, meaning takde aksi panjat bukit pun. 


 Kitorang datang dari arah kanan. Kalau korang perasan, boleh nampak jalan tanah merah.




Belah lain pulak dan air dalam kolam ni warnanya berbeza. Still kat bahagian bawah.


 Nun di sana...


Love is in the air...


Bukan takat cuaca cantik, langit pun turut cantik pagi ni. 


Bendera inilah yang aku nampak dari jauh dan akhirnya membawa kitorang ke tempat yang betul dengan jayanya. Masa ni aku dah start panjat bukit yang ada bendera ni dengan jayanya.


Awalnya aku ingatkan jalan raya, tapi rupa2nya track keretapi. Itupun bila nampak ketapi barang ni lalu masa tengah syok menembak. Kalau tak sampai ke sudah aku akan kata tu jalan raya.

Kat sini ada 2 bukit yang agak tinggi dan boleh dipanjat. Asalnya aku malas nak panjat bukit yang second tu. Aku fikir takde pape kot, mungkin sama je dengan yang aku dah tengok. Tapi bila Kak ajak aku naik, takde lah aku nak menolak. Dan ternyata berbaloi2 sebab dari sini view tak kalah cantiknya.


Air kat sini lebih beraneka warna.


Jernih airnya, boleh nampak reflections dengan jelas.


Dan aku jumpa lokasi yang dorang duk mencari dari mula2 jejak kaki kat sini. Rupa2nya tersembunyi kat belah sini. Cepat2 aku panggil dorang suruh naik.


Air yang kebiru-biruan dan langit yang hampir serupa warnanya. 


Last sebelum balik.

Kalau ikutkan memang nak berlama2 kat sini. Tapi bila matahari dah mula tegak dan jarum jam pun asyik bergerak je tanpa berehat, kitorang kena tinggalkan tempat ni. Pukul 12.00 tengah hari kitorang nak kena check out dari homestay.

Bagi aku, regardless the name sama ada Guar Petai atau Bukit Katak, ianya memberikan satu pengalaman baru. Cantik tempatnya, dan sunyi. Kalau nak datang sorang, aku tak galakkan. Better cari kawan at least sorang lagi. Kalau datang awal pagi atau lewat petang, boleh lepak lama sikit sebab tak panas sangat.

Kalau datang bawak budak2 kecik, please be cautious and extra careful. Especially bila lalu tepi2 tebing atau nak turun bukit. Licin dan batu2 kecik tu banyak. So, percentage nak tergelincir tu ada kalau tak hati2. Aku tak sure gerai depan tu start beroperasi pukul berapa. So, ada baiknya kalau korang datang bawak bekal minuman, sure haus punya. Dah makan minum kat situ, sampah sila bawak balik atau masukkan dalam plastik kat tepi gerai bawah tu.

Bukit tu takde lah tinggi pun, tak sempat penat dah sampai atas. Kalau datang pakai selipar pun takde hal. Sebab aku hari tu takde beria pakai kasut pun. Aku pakai selipar dengan seluar gedobos, sekali pandang macam pakai skirt pun ada. Tu maknanya tak perlu nak pakai pakaian hiking beria.

Dalam perjalanan balik, kitorang berhenti depan kilang batu bata untuk bergambar sekejap. Pastu terus balik ke homestay. Tak boleh nak lama2 sebab perjalanan kitorang masih jauh.


Tuesday, December 8, 2015

geng berjimba ke utara | mencari lokasi guar petai


Pagi Sabtu kami keluar rumah lebih kurang pukul 8.00 pagi, as what we planned. Pagi ni kami santai2 je, sebab confirm akan berpeluh nantinya. Elok keluar rumah, jalan ke depan sikit dah jumpa sawah bendang yang luas mata memandang, hijau je. Kebetulan matahari tengah memunculkan diri. Apa lagi, driver terus berhentikan kereta dan masing2 keluar cari port. 


Subhanallah, cantik sungguh momen pagi ni.


Sawah yang hijau terbentang luas dengan awan tebal, pastu muncul cahaya matahari celah2 tu, memang awesome!


Jajaran bukit bukau kat belakang tu memang terbaik. Cuma aku je yang tak reti nak pilih angle.


Selamat pagi semua, hati2 di perjalanan.

Perjalanan kitorang pagi ni masih lagi memerlukan bantuan cik google maps dan waze, serta signage sepanjang jalan. Keluar dari kampung, masuk pekan, pastu masuk kampung lain. Dari homestay tadi kami masih belum sarapan, jadinya kami singgah bila nampak gerai makan tepi jalan. Dan kebetulan tempat kitorang singgah tu namanya Kampung Matahari Naik, sweet sungguh nama kampungnya.


Nasi lemak diletak halba, rasa macam makan nasi dagang pulak. Rindunya nak makan nasi dagang, alahaiii...

Lepas makan, kami teruskan kembali perjalanan kitorang. Google maps dan waze kembali berkhidmat sehinggalah kitorang jumpa signboard Kg. Guar Petai belah kiri jalan. Masa search pasal lokasi ni, aku terjumpa blog yang bagi direction ke Bukit Katak, Guar Petai. Malangnya, aku dah lost blog mana aku refer. Kitorang dah terlajak sebenarnya. Kami U-turn dan lepas tu Izza drive dengan penuh berhemah sambil kitorang cari sebarang sign yang boleh membantu.

Directionnya macam gini. Once kalau dah nampak signboard Kg. Guar Petai sebelah kiri korang, sila perlahankan kenderaan anda. Dalam few meters je, ada simpang ke kiri. Kena cautious sebab ada pokok besar tepi tu, kemungkinan untuk tak perasan simpang tu adalah tinggi. Jalan bertar, cuma sebab lori bawak batu bata keluar masuk, jalan tar dah bertukar warna dan nampak seperti laluan tanah merah. Masuk straight sampai korang nampak kilang batu bata belah kanan dan depan tu ada simpang dan jalan straight. 


Kilang batu bata belah kanan. Ambik simpang ke kiri belah sawah padi. Kitorang pun teragak2 jugak masa datang hari tu, dan gambar ni kitorang ambik masa on the way balik. 


Dari simpang tadi korang ikut je. Pastu ada simpang kecik ke kiri, tapi korang maintain ambik yang kanan.

Lepas tu korang akan jumpa simpang tiga kat tali air. Ambik ke kanan, seberang tali air belah kiri dan lepas tu jumpa kawasan lapang bertanah merah dan lorong straight, juga tanah merah. Hari tu dorang letak kertas tulis Frog Hill dan arrow lurus ikut lorong tu. Masuk lorong tu, pastu korang jumpa another simpang tiga. Kat sini ambik kanan. 

Kami hari tu dah betul, ambik kanan. Pastu jalan ke depan sikit, macam takde pape sebab hutan semak samun belah kanan dan ada kawasan berair belah kiri. Kitorang fikir dah salah masuk simpang tadi. So, kitorang U-turn dan berhenti tak jauh dari simpang sebab nak ambik gambar kat situ dulu. 


Kawasan berair ni belah kiri kami sebelum kami U-turn. Langit cantik betul pagi ni, nampak reflection kat dalam air.


Another reflection yang menarik.


Dan lagi...

Lama jugak kitorang bergambar kat sini. Sambil2 tu, kami cuba ushar laluan yang betul. Sebab rasa macam berbeza sangat dengan apa yang kitorang tengok dalam facebook dan instagram. Tetiba aku perasan bendera berkibar kat atas bukit belah kanan, dan aku teringat antara gambar yang dorang upload kat media sosial, ada gambar bendera. So, kami U-turn lagi sekali dan gigih lalu jalan bertanah merah yang tak rata. Since sekarang musim hujan, adalah lopak air kat tengah2 jalan. Gigih kami cuba elakkan dari termasuk dalam lopak, risau kalau2 lopak tu dalam. Terasa jauh jugak lalu jalan tu dan kat hujung tu ada simpang dan kami ke kiri. Kalau straight sah2 masuk ladang kelapa sawit.


Kami datang dari belah kanan dan belah kiri gambar ni ada kawasan lapang untuk parking kereta. 


Dan burung2 ni dah berbaris menunggu kedatangan kitorang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...