Sunday, April 2, 2017

road trip 2016 | dari kedah bermalam di penang

Entry ini sambungan dari road trip 2016 | dari bendang ke muzium.


Keluar dari Muzium Arkeologi Lembah Bujang, kami kembali ambil laluan masa kitorang datang tadi. Tapi kali ni kami pergi straight instead of ke kanan, menghala ke arah Tanjung Dawai. Tak susah nak mencari sebab laluannya sehala je, takde simpang yang mengelirukan. Sampai hujung tu ada signage Tanjung Dawai dan belah kanan ada bangunan pasar. Kawasan sekitar tu ramai yang berniaga dan parking agak penuh. Aku try luck cuba cari parking kosong depan bangunan pasar, ada rezeki kitorang bila ada kereta keluar. 

Lepas parking, kitorang pusing kawasan pasar. Kat bahagian bawah tu ada jugak kedai makan, nak makan macam takde selera. So kitorang just jalan2 je. Kat bahagian atas banyak dijual produk hasil laut. Ada jugak makanan kering yang dijual, sama keadaannya macam pasar2 di tempat lain. Dah habis meninjau kami ke bahagian belakang pasar, ada jeti. 


Jeti ni tempat dorang ambik bot ke Pantai Merdeka belah sana. Kalau nak sewa bot pusing2 kawasan sekeliling pun boleh. Charge sewa aku dah lupa.


Bot nelayan mula meninggalkan jeti untuk ke laut.


Pantai Merdeka nun di seberang sana. Kami tak ambik bot ke sana, sekadar ushar dari belah sini je.

Kami tinggalkan Tanjung Dawai menuju ke arah Kota Kuala Muda. Sewaktu menghampiri Kota Kuala Muda, kami ternampak signboard Pintu Kota Kuala Muda. Memandangkan signboard berwarna coklat, pasti itu adalah tinggalan sejarah. Jadi, kami menghala ke arahnya berpandukan papan tanda dan jugak bantuan cik gps.


Hanya tembok ini yang masih tinggal. Agak terkecewa di situ, jadi kami cuma mengambil gambar dari dalam kereta.

Kami tinggalkan kubu lama dan perjalanan kami teruskan menuju ke Kuala Muda. Di persimpangan kami ternampak masjid dan terus menyinggah ke sana. Setelah tunaikan tanggungjawab, baru kami bergerak. Dalam menuju ke Galeri Tsunami, aku cuba recall balik memori lama. Aku pernah menyertai misi sukarelawan sewaktu Kota Kuala Muda ditimpa bencana tsunami December 2004. Aku tewas, terlalu banyak yang telah berubah. Iyelah, hampir 12 tahun tragedi tersebut dan semenjak dari itu, aku tak pernah ke sini. Waktu tu aku takde kamera untuk merakam kenangan, handphone pulak model tahan lasak 3310 yang confirm takde kamera.


Banner ni digantung depan pintu masuk galeri. Galeri ini ada penjaganya.

Kami bersembang dengan pakcik yang menjaga galeri serba sedikit sebelum melangkah masuk ke bahagian dalam. Kalau tak silap aku, galeri ni asalnya rumah salah seorang mangsa tsunami. Bagus kalau korang dapat ke sini, setidaknya dapat menyedarkan kita tentang kekuasaan Yang Maha Esa. Ada bilik video di satu sudut, walaupun kecil tapi berbaloi. 


Di sebelah galeri ini, runtuhan rumah kesan dari tsunami masih ada. Kawasan ni masih di dalam pagar yang sama dengan galeri. Aku yakin, dorang memang sengaja biarkan sebagai kenangan.


Tugu tsunami ni di persimpangan. Kitorang jumpa tugu ni dulu sebelum galeri. Katanya, tugu ini dibina dari 26 bot nelayan yang rosak akibat tsunami. Tapi aku takdelah pulak nak pergi kira satu persatu.


Kesan runtuhan yang masih boleh dilihat di Galeri Tsunami. Keadaan sewaktu aku mengikuti misi ke sana pada 2004 lebih mendukacitakan.


Galeri Tsunami terletak sebelum papan tanda ni. Sebelah kiri ni ruangan parking.

Dari galeri, kami cuba mencari lokasi pasar berbisik, walaupun dah tahu kami terlepas untuk menyaksikan urus niaga yang menarik ini. Berpusing2 jugak kitorang, bertanya dengan budak2 tepi jalan, lain pulak yang diberitahu. Tak membantu langsung. Last2 kitorang u-turn dan cuba nasib mencari sendiri. Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya.


Dapat tengok pasarnya, tak dapat tengok orang berbisik pun jadilah. Kalau sesiapa nak saksikan situasi menarik ni, bolehlah datang dari pagi hingga tengah hari je.

Perjalanan kami teruskan melalui Kampong Sungai Muda dan kawasan sekitar. Kitorang menghala ke arah pantai, masing2 teringin nak makan abc, tak pun kalau dapat kelapa muda dengan goreng2 menarik jugak. Aku dah lupa ke arah mana kitorang pergi, tapi kat hujung jalan tak boleh lalu. Kami masuk salah satu simpang yang menghala ke pantai dan singgah di kedai makan.


Hanya mi udang je yang ada. Walaupun kecewa, rezeki jangan ditolak. Verdict? Bolehlah, agak mahal kalau nak bandingkan rasa dengan harganya.

Memandangkan hari masih terang dan esok salah seorang dari kami akan menamatkan perjalanan dengan kami, jadi kami ambil keputusan untuk bermalam di Nibong Tebal. Setidaknya, esok senang Ira nak jumpa kawannya. Perjalanan kami dah takde singgah2 lagi, terus menuju ke Nibong Tebal dan seperti biasa, kami guna bantuan cik google maps and avoiding tolls and highway.

Masuk Penang je kami dah stress. Mana taknya, kalau sebelum ni perjalanan kami smooth dan kiri kanan laluan kami indah sahaja. Masuk Penang dah start jem sana sini, kenderaan makin banyak dan dah takde kehijauan sawah bendang. Disebabkan hari makin gelap, kami decide untuk search online bilik untuk bermalam. Malam tu kami bermalam di Thanks Hotel, Nibong Tebal. Kami ambil bilik untuk 4 orang. Lepas check in kami pergi dinner dulu, kedai sederet dengan hotel dan kitorang jalan kaki je. 

Bilik okay, selesa dan bersih. Cuma aku lupa nak ambil gambar. Mentang2 dapat free wifi, masing2 hanyut dengan hand phone. TV terpasang tapi takde penonton. Konon nak tidur awal, takde maknanya bila lewat jugak baru terlena.

End of day 6.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...