Wednesday, April 12, 2017

road trip 2016 | dari istana raja billah ke lumut



Dah habis ambik gambar kat bangunan belakang tu, kitorang berjalan ke arah istana seperti yang terpapar dalam google maps. Sambil berjalan tu adalah jugak kitorang bertukar senyuman dengan penduduk, rata2nya dah tua belaka. Bahagian belakang bangunan shop lots tadi ada rumah, tak banyak tapi dibina agak rapat antara satu sama lain. Tak jauh dari lorong rumah2 tadi, aku dah nampak tembok batu dan nampak bumbung bangunan kat dalam kawasan tembok yang agak berbukit.


Bila dah melepasi tembok tadi, kami nampak pintu gerbang ini. 1896 merupakan tahun bangunan Istana Raja Billah ini dibina kalau dilihat pada marking pintu gerbang.

Setelah melepasi tangga ni, apa yang aku nampak adalah struktur sebuah rumah lama yang besar, berdepan dengan aku adalah bahagian dinding. Aku jenguk ke bahagian belakang, nampak sebuah rumah yang lebih kecil saiznya. Aku tak berani nak meninjau lebih jauh ke belakang, terasa macam ada sesuatu. Entahlah, perasaan aku aje kot. 


Ukiran pada tingkap bangunan ini lebih mewah kalau dibandingkan dengan tingkap bangunan sebelum ni. Tapi kayu kat tepi tingkap tu sama. 


Details dekat bahagian bumbung pun cantik berukir. Cumanya tingkap kat bahagian atas ni aku perasan takde bumbung kecik, sebab dah cover dengan bumbung utama.

Dari bahagian sisi rumah/istana, aku berjalan ke bahagian depan. Tetiba aku terhenti dari melangkah bila ada anjing menyalak. Kuat. Bila diperhati, rupa2nya anjing kat rumah belakang istana ni. Dia cuma menyalak, tapi tak mendekat. Rumah belakang tu kelihatan usang, tapi ada penghuni sebab ada pakaian berjemur depan rumah. Siapa pemiliknya, aku tak tahu. 


Plaque ni digantung di dinding, dekat dengan pintu masuk. 

Kalau tengok pada info kat plaque ni, dari tahun 2012 lagi kerajaan dah iktiraf Istana Raja Billah sebagai warisan negara. Tapi sayang, 4 tahun berlalu dikira dari tahun 2012 dan waktu lawatan aku pada tahun 2016 setelah didaftarkan sebagai warisan, aku tak nampak usaha yang dilakukan oleh pihak berwajib. Dengan lamannya yang tak terurus, bangunan yang perlu dibaiki, pintu gerbang yang pudar catnya dan mulai ditumbuhi rumput, sejujurnya aku sedih dan kecewa.

Pihak berwajib seharusnya mempunyai dana untuk restore bangunan warisan seperti ini supaya tak lapuk ditelan zaman, sebelum runtuh menyembah bumi. Aku teringin nak masuk ke dalam istana, meneroka setiap sudut dan mungkin masih ada barangan asal yang kekal berada kat dalam ni. Kalaulah istana ni berada ni negara jiran, aku yakin lain keadaannya.


Main entrance yang diperbuat dari kayu masih utuh dengan ukiran kat bahagian atas pintu. Yang menarik perhatian aku adalah 'pagar' atau 'grill' pintu tersebut.


Istana Raja Billah terletak di atas bukit, tapi bukitnya tak tinggi pun. Aku bayangkan bahawa istana ini sewaktu zaman kegemilangan Papan tentu outstanding disebabkan lokasinya.


Istana Raja Billah; pemilik asalnya dikatakan kerabat diraja Mandailing dan pernah menjadi penghulu Papan.

Keluar meninggalkan Istana Raja Billah dengan pelbagai rasa, kami terus ke kereta. Keadaannya sunyi, patutlah ramai yang gelarkan pekan ini sebagai ghost town. Sama ada benar atau tidak berhantu, tak dapat aku nak pastikan. 


Aku berhenti depan rumah agam ni dan snap dari dalam kereta. Nampak macam berpenghuni, tapi tak nampak sesiapa pun. Aku siap berangan kalaulah rumah ni jadi milik aku...


Papan tanda inilah yang aku katakan dalam entry sebelum ni. Kami dah terlajak ke depan sebelum berpatah balik. Aku ambik gambar ni masa on the way balik, berhenti kejap kat simpang tanpa keluar dari kereta. Ada signboard Taman Herba dan Hutan Lipur, tapi aku tak tergoda nak ke sana.

Kami seterusnya melalui perjalanan yang panjang. Dari Papan kami menghala ke arah Pantai Remis. Di mana kami akan bermalam bergantung pada keadaan. Kononnya kami nak cari air kelapa dan pisang goreng, takpun lepak minum abc depan pantai. Itu antara puncanya kami menghala ke arah Pantai Remis. Bila dah memasuki Daerah Manjung, tetap tak nampak tanda2 yang kami berada berhampiran pantai. Memandangkan sudah lewat, kami singgah di masjid yang berada di persimpangan, tengah2 pekan. 

Lepas solat, kami lanjutkan perjalanan berpandukan penunjuk arah. Excited bila nampak papan tanda bertulis Pantai Remis, tapi tak nampak sebarang tanda adanya pantai. Bila papan tanda seterusnya menunjukkan arah lain, kami was-was. Bila nampak gerai jual pisang goreng kat depan sebelah kiri, aku berhentikan kereta. Sambil beli bekalan makanan, kami bertanyakan arah ke pantai. Malangnya, kata makcik peniaga tu, Pantai Remis takde pantai. Kami tertipu dengan nama rupanya. Frust! 

Kami patah balik dan kali ni kami menghala ke arah Lumut. Ini confirm kitorang akan jumpa pantai. Kami sampai dah remang senja, konon nak kejar sunset tapi tak berjaya. Setelah tersesat dan terlajak beberapa kali, baru kitorang jumpa pantai. Kitorang sampai masa kebanyakan orang lain dan nak balik.


Masih ramai yang ada di pantai masa kitorang sampai. 


Hanya duduk2 depan pantai, tengok orang sambil tunggu sunset. Tapi takde rezeki kami petang ni, cuaca mendung.

Bila hari makin gelap, kami bangun meninggalkan pantai. Ingat nak singgah makan kat restoran tepi tu, tapi tak berselera pulak tengok keadaannya. Sempat aku rembat skirt sehelai dalam perjalanan ke parking. Kami singgah makan kat restoran tak ingat nama. Lepas dinner, kitorang berhenti kat pasar malam. Berkali2 kitorang pusing pasar, tapi tak tahu nak beli apa. Tak banyak choice. Last2 aku beli keropok lekor pedas sebelum balik. 

Masa on the way ke pantai tadi, kitorang dah ushar hotel tepi jalan. So, kitorang dah target nak terjah hotel mana. Kami singgah di GM Holiday Hotel. Dari main road dah boleh nampak jelas hotel ni, kat corner barisan shop lot. Ada bilik kosong dan harganya reasonable, terus ajelah kitorang ambik. Malas dah nak mencari yang lain.


Bilik untuk 2 orang ni harganya RM 85/night dan kitorang belasah tidur bertiga. Selesa je, kecuali yang tidur kat tengah2 tu. Yang paling aku suka adalah bilik airnya, shower best kot. 

End of day 7.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...