Thursday, April 13, 2017

road trip 2016 | road trip berakhir



Hari ke lapan untuk aku dan Nik, perasaan kami bercampur baur. Half of myself nak tamatkan road trip hari ni and another half nak spend another night on the road. Lepas discuss lebih kurang, kami ambik keputusan untuk follow the flow. Plan hari ni kami akan singgah di Teluk Intan dan terus ke Kuala Selangor. Kalau sampai lewat, kami akan bermalam di sana.


Sempat menjenguk bilik2 yang ada kat level kitorang. Dorang bukak pintu, so kami ambik peluang mengintai di sebalik pintu yang terbuka.


Hotel ni takde lif, so kena guna tangga untuk naik dan turun. Aku suka hiasan lampunya.

Lepas check out kami menuju ke arah jeti Lumut. Lepas parked kat parking bertingkat, kitorang berjalan ke arah jeti. Kami nak isi perut dulu sebelum buat apa2. Kitorang pilih restoran belah kiri sebab ada abc. Tapi bila kitorang dah order, dia datang bagitau abc belum ready. Food agak mengecewakan, tak dapat memenuhi piawaian aku. Tapi habiskan jugak sebab tak nak membazir. Lepas makan kitorang cuci mata, kebetulan ada Thai food bazaar kat situ. Tapi takde apa yang menarik hati, mungkin sebab masih awal.


Lepak kat jeti sekejap, tengok laut, tengok kapal, ushar orang naik feri nak ke Pulau Pangkor, sambil layan perasaan.

Dah panas baru kitorang beredar tinggalkan jeti dan cuci mata kat lot kedai. Ingatkan nak cari skirt untuk anak dara kat rumah tu, tapi takde pulak saiz kanak2. Last2 aku beli ikan bilis. Datang Lumut kalau tak beli ikan bilis macam tak lengkap kunjungan. Tapi bilis dah makin mahallah sekarang. Pasar malam kat taman perumahan aku lagi murah, kualiti sama je. 

Kami tinggalkan Lumut tanpa menyahut panggilan pulau. Aku pernah ke Pulau Pangkor sekali, dah lama dah. Agaknya dah banyak yang berubah kot. Lumut kami tinggalkan menuju ke arah Teluk Intan. Mercu tanda Teluk Intan yang satu tu perlu kitorang singgah, dah alang2 dalam perjalanan. 


Matahari terik atas kepala masa kitorang sampai kat Menara Condong Teluk Intan. Pengunjung pun ramai berbanding masa aku singgah dalam perjalanan balik dari Pulau Pangkor dulu.


Seksa nak menunggu ruangan ni kosong, terpaksa jadi patung cendana.


Pekan Teluk Intan yang semakin meriah suasananya.


Lama dan baru.

Dari Teluk Intan kami menghala ke arah Kuala Selangor. Dalam perjalanan, kami tetap memerhati keadaan sekeliling, sebab ada orang teringin nak cari ikan perkasam. Bila google, ada kedai jual ikan perkasam best kat Teluk Intan. Tapi berpusing2 kitorang dibuatnya, sesat di sana sini, tetap tak jumpa. Itu yang kitorang pasrah je menghala ke Kuala Selangor. 

Tapi kami dah start stress masa nak keluar dari Teluk Intan ke Kuala Selangor, jalan jem dan banyak lori. Sepanjang perjalanan kami tak berapa nak enjoy. Nak singgah makan pun takde tempat yang menarik. Masa aku singgah nak beli air kat Petronas, kami terus tumpang solat. Kemudian kitorang berhenti tepi jalan beli jagung dan keropok. Kat area Kuala Selangor dan Sekinchan banyak orang jual jajan tepi jalan. Sementelah hari masa awal, dan kitorang takde mood nak bermalam kat sini, kami decided untuk terus tamatkan road trip kami.


Masa kitorang berhenti kat restoran tepi jalan on the way nak ke Gombak, spotted matahari dah hampir beradu. 

Lepas makan kami teruskan perjalanan menghantar Nik ke Taman Samudera, Batu Caves. Sementara tunggu Nik bersiap, kitorang tumpang solat. Dah selesai baru kitorang bertolak ke The Mines. Kitorang singgah ke Big Bad Wolf mencari bahan bacaan. Mujur sempat jugak, cuma berbaki berapa hari je lagi sebelum Big Bad Wolf tutup tirai. Malam tu kami bermalam di Seri Kembangan.

Perjalanan kami sepanjang 8 hari secara rasminya berakhir dengan total 1860.2km di Batu Caves pada pukul 8.47 malam. Kenapa Batu Caves? Sebab aku lock mileage dan aku dengan Nik bermula dari sana. Walaupun trip kami ada lompong di sana sini, tapi kami happy. Kami sama2 terjah mencari lokasi, sama2 sesat. Kami sama2 bergelak ketawa, berkongsi cerita. Am looking forward for another road trip, another challenge. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...