Sunday, January 31, 2016

thai 2015 | route 12 dan phu tub berk



Keluar dari Thung Salaeng Luang National Park, perjalanan diteruskan ke Route 12. Sepanjang jalan tu, view memang mengancam jiwa. Sempatlah aku tanam pokok berangan dek kerana view yang cun. Kami akhirnya sampai ke Route 12, lokasinya di tengah2 highway yang aku tak sure namanya. Kiranya Route 12 ni macam R&R lah kalau kat Malaysia. 

Dari lokasi kitorang, Route 12 berada kat seberang jalan. So, kena buat u-turn kat depan baru boleh berhenti kat Route 12. Ruangan untuk parking tak besar mana pun, sentiasa je penuh. Lepas pak ngah parking van, kitorang semua turun.


Dari jauh dah boleh nampak si Hulk ni menunggu. Tapi air mukanya langsung tak welcoming. 

Aku berjalan ke bahagian belakang. Ada satu open area dan seekor kuda yang tengah berbaring. Aku tak sure kuda tu sakit atau just baring. Sebelah tu ada few lelaki dan aku pass by dorang. Kat belakang tu selain stalls, ada tempat untuk bergambar. View kat belakang overlooking barisan bukit bukau. Jenuh nak tunggu orang takde, last2 aku give up dan patah balik ke bahagian depan. 


Banyak arca macam ni kat kawasan Route 12 ni.


Gas pump ni tak berfungsi pun.


Coffee Shop Route 12 yang menjadi sebutan. Dorang kata kopinya sedap, tapi aku tak try pulak since aku dah makan aiskrim sebelum tu.


Bas sekolah yang dah didecorate dengan bermacam benda. Nak menunggu bas ni takde orang memang bercinta, dan aku tak naik pun.

Route 12 adalah seolah2 lokasi dalam kebanyakan movie di US. Ada coffee shop, motel dan gas station. Memang sekali tengok macam berada kat US pun padahal tak pernah jejak US pun lagi. Hampir semua kedai dan arca yang dipamerkan berasaskan America. 

Lama kitorang kat sini sebab pak long bawak Aten dan Dyl balik ke national park. Handphone dorang terjatuh kat entrance dan pekerja taman negara perasan dan dorang call pak long. Bila pak long dah sampai, kitorang terus gerak ke destinasi seterusnya. 

Macam biasa aktiviti kitorang bila dalam perjalanan. Naik je van, kitorang akan bukak plastik makanan, sembang pastu sorang sorang akan pengsan. Aku terjaga masa pak ngah berhenti belakang van pak long, kat entrance taman negara yang aku tak ingat. Lepas bayar entrance fee, perjalanan diteruskan. Ingatkan aku akan jaga sepanjang jalan, tapi takdenya. Dari entrance tu jauh lagi rupanya dan aku tertido lagi. Aku terjaga lagi bila dah nak sampai. Kata Eja, masa kitorang tido tadi jalan memang scary.


Kami berhenti kat one of the view point di Phu Tub Berk. Sekeliling adalah view yang awesome.


Kebun sayur, guesthouse dan jalan berliku.


View inilah yang kitorang nikmati. Ladang sayur dan guesthouse / hotel yang comel dan berwarna warni. Yang biru dan putih tu sebenarnya banjaran bukit bukau yang cantik tapi bila ambik gambar tak kelihatan pulak. Mungkin sebab kabus yang tebal.


Bunga2 yang cantik dan berwarna warni macam gini memang banyak ditanam. 


Hijau dan biru.

Pak ngah mintak izin restoran kat tepi tu nak bawak kitorang naik atas. Sakan masing2 bergambar. Tengah syok berposing, pak long jerit panggil semua orang. Since pak ngah buat derk je, kitorang pun saja buat lambat2. Kami kemudiannya diberhentikan kat sebelah simpang yang kitorang masuk tadinya.


View dari kawasan rehat kat tepi simpang.


Jalan raya yang berliku dengan background bukit bukau kat belakang.


The other side. Yang anak panah merah tu campsite tempat kitorang menginap malam tu.


Baby carrot.

Masa kat sini, Zilla dengan pak ngah pergi riki tempat nak bermalam. So, yang lain2 buat hal masing2. Habis gerai yang kat tepi tu aku jenguk, beli memang tak lah. Sementara nak tunggu Zilla balik, sempatlah layan sunset dalam cuaca sejuk dingin.


Sunset.




Kombinasi warna yang cukup menarik. Seiring dengan matahari yang hampir terbenam, cahaya lampu makin jelas kelihatan.


Penginapan mewah kami malam tu, berbintang2. Lampu yang menyala kat bawah tu pun nampak macam bintang.

Dah sumbat barang keperluan dalam khemah, tugas seterusnya adalah masak2 untuk dinner. Aku dan geng sekhemah masuk tido awal. Dorang duk bising2 lagi kat luar, kitorang senyap je kat dalam. Malam tu tido lena terganggu, orang sebelah yang check in tengah malam berpesta pulak. Few times jugak aku terjaga.


Saturday, January 30, 2016

thai 2015 | hutan pines di thung salaeng luang



Bila semua dah naik pickup, perjalanan diteruskan meredah hutan. Kalau ikut je laluan tu insya Allah tak sesat, cuma jalan tanah merah lah. Takde nya nak jalan bertar bagai. Aku paksa mata tengok kiri kanan, kot2 ada rezeki boleh nampak binatang liar. Sampai kat satu kawasan lapang, pickup berhenti. Kata pak long, toilet. Tapi takde sorang pun yang ke toilet. 


Aku turun dan terus ambik gambar bunga ni. Dari dalam pickup lagi aku dah perasan bunga ni berterabur kat tanah.


Hutan kat tepi jalan ni nampak bersih je, terjaga betul. Matahari dah start meninggi.


Jalan dari arah kitorang datang tadi.


Dan ini pulak arah jalan yang kitorang akan lalui kejap lagi. Jangan terpedaya tengok jalan ni. Jalan yang cantik macam gini sesekali je boleh jumpa. Most of the time akan jumpa jalan yang tak rata dan berlekuk2.


Pokok.


Kat kawasan inilah kitorang berhenti. Aku rasa ni macam campsite ranger taman negara.

Aku rasa macam lama jugaklah dorang berhenti kat sini, sampai aku naik bosan sebab takde apa sangat. Kemudian kitorang dibawak ke tempat seterusnya. Kata pak long, kitorang akan ke hutan pokok pines.


Pokok pine.


Jalan arah kitorang datang tadi.


Semuanya bertebaran dengan pelbagai aksi. Banyaklah bakat terpendam yang berjaya dicungkil.


Pickup kitorang pagi ni.

Lama jugak kat sini, puaslah masing2 berposing. Aku memang takde mood pagi ni, nak ambik gambar pun rasa malas. Sudahnya, aku cuma perhatikan dorang je. Dalam perjalanan balik, terserempak dengan satu group berbasikal. Sekali couple yang jadi translator untuk kitorang petang semalam. 

Dah sampai kat campsite, ada drama lain pulak. Petang semalam masa kitorang deal, katanya THB 800 per pickup. Tup2 pagi ni dah jadi THB 1000 per pickup sebab bawak pi jauh katanya. Sedangkan masa tanya officer yang perempuan semalam, dia bagi tau total lebih kurang 14km dengan rate THB 800 tu. Nak argue pun dah malas, dengan bahasa lagi, dengan pak long yang tak habis2 dengan 'let go' nya, instead of let's go. Last2 kitorang bayar je macam yang diminta. Bengang jugaklah dalam hati.

Masing2 ambik tugas dan separuh pergi mandi. Aku tolong dorang masak, sebab aku kan suka mandi last. Penutup tupperware aku terkorban kat sini. Entah siapa yang letak atas batu panas dan akhirnya penutup tu mencair dan berlubang kat tengah. Kecewa yang amat.

Dah settle makan baru aku pi mandi. The other group yang akan tolong packing semua benda. Masa aku siap mandi tu, aku tengok mostly dah siap. Since aku orang yang paling last siap mandi, ingatkan aku jugak yang terakhir. Sekali ada lagi yang lagi lambat.


Barisan pokok kat campsite kitorang.


Khemah kitorang yang enam, tapi nampak macam lima aje, kan?


Pak ngah berhentikan van kat entrance. Apa lagi, semua berlari keluar nak ambik gambar ni buat kenangan.


Hujung belah kiri sana tu tempat kitorang bercamping semalam.

Macam biasa, semua masuk ke van bila pak long dah keluarkan ayat favorite dia. Kalau tidak, memang masing2 tak reti nak naik van lagi. Perjalanan balik kitorang lalu ikut jalan masa datang hari tu. Dan pak ngah tetap menghiburkan kitorang dengan kelas bahasanya. 


Thursday, January 28, 2016

thai 2015 | sunrise di thung salaeng luang

Entry ini adalah sambungan dari thai 2015 | thung salaeng luang national park.


Pagi tu aku dah terjaga bila alarm berbunyi pukul 4.30 pagi, tapi aku snooze alarm. Cuaca kat luar memang sejuk, even sejuk tetap terasa walau berbungkus dalam sleeping bag. Bila alarm berbunyi kali kedua 10 minit kemudian, aku paksa diri bangun dan kejutkan yang lain2. Gigih sejuk2 tu menapak ke tandas. Walaupun janji dengan ranger national park nak gerak pukul 5.00 pagi, tapi kitorang saja delaykan sebab nak tunggu Subuh.

Lebih kurang 5.30 pagi, baru kitorang ready nak gerak. Masing2 dah ada kat belakang pickup, tapi aku mintak nak duk dalam. Pagi ni rasa takde mood nak dedahkan diri pada cuaca sejuk. Unexpected, pak long dan pak ngah join sama pagi ni. And I feel something fishy.
  

Cahaya lampu kenderaan lain. Selain dari pickup kitorang, ramai juga pengunjung lain dengan kenderaan masing2. 

Bila aku tengok orang lain ada je drive kereta, aku double curious sebab semalam pak long cakap lain. Semalam dia kata pickup ranger je yang boleh pergi, kenderaan persendirian tak boleh. Pickup berhenti kat view point for sunrise. Surrounding masih lagi gelap, tapi dah ada pengunjung lain yang lebih awal.


Kan dah kata gelap, memang gelap lah suasananya.

Tapi tak lama lepas tu ada cahaya muncul sikit, pastu sikit lagi, dan lagi... Gambar cahaya yang awal2 muncul tu tak menjadi pulak aku ambik. Jenuh setting sana sini, tetap tak nampak cun. 


Masa ni dah semakin terang. Gambar tetap bergoyang jugak.


Bertukar warna.


Bila makin terang, makin jelas kelihatan kabus.



Korang layan je lah gambar2 kat bawah ni. Malas nak menaip...










Momen ni aku paling suka. Cahayanya cukup terang.




Macam kat safari, kan? Beranganlah konon2 dah sampai safari, bila nak jejak kaki pun tak tahu. Entah sempat, entahkan tidak...


Bila matahari nak muncul, warna langit turut berubah.




Makin tinggi matahari muncul, awan makin tebal.


Matahari hampir ditutup awan.

Matahari belum betul2 keluar lagi, pak long dah bising ajak beredar. Tapi masing2 buat tak reti sehinggalah matahari betul2 muncul. Itu pun dia dah bising nak tinggalkan siapa yang lambat. Pak long ni gitulah, sesuka hati dia je buat decision. Masa naik pickup nak ke destinasi seterusnya, kenderaan lain yang datang sekali tadi pun dah gerak jugak. Tapi dorang patah balik, tak follow kitorang.


Monday, January 25, 2016

jjcm | ke kluang kita

Dari tahun lepas aku plan nak ke Kluang, naik ketapi since aku tak pernah naik ketapi kat negara sendiri. Tapi yang penting nak makan dan minum kat Kluang Rail Coffee. Bila Ita ajak jjcm ke Melaka, aku terus suggest ke Kluang. Next trip baru ke Melaka.

Bila aku try beli tiket online hari Rabu tu, tapi stuck bila nak confirm untuk payment. Berkali2 aku try, pun tetap gagal. Aku bengang bila call center konon nak dapatkan assistance, tapi yang menjawab phone tu macam baru lepas gaduh dengan laki. Langsung takde ciri2 pekerja bahagian customer service. Sudahnya hari Khamis tu Ita tolong belikan.

Malam Jumaat aku tido kat Seri Kembangan, senanglah pagi esok nak ke Park n Ride TBS. Aku sengaja ambik train dari Bandar Tasek Selatan instead of KL Sentral. Train kitorang dari Bandar Tasek Selatan pukul 4.51 pagi. Nearly 4.00 am baru kitorang gerak dari Seri Kembangan. Awal pagi memang cepat sampai, jalan clear. 


Full moon yang tak berapa nak full. Kelihatan dari celah bumbung stesen.


Lampu komuter yang kelihatan. Since Thaipusam disambut hari Ahad, KTM mengumumkan operasi komuter 24 jam bermula Jumaat.

Train kitorang lambat, nearly 5.20 am baru sampai. Ramai jugak yang naik train pagi tu. Kitorang ambik economy class, yang paling murah. Koc kitorang kat Koc L4, nun jauh kat hujung. Gigih tahan mata taknak tido, nak tunggu Subuh dulu. Tapi takde maknanya, terlelap jugak akhirnya. Terjaga bila staff KTMB kejutkan nak check ticket. 

Alang2 dah bangun, kitorang solat Subuh terus. Luckily, dalam koc kitorang tersedia surau. Walaupun kat surau tu cuma tampal sticker lelaki, selamba je kitorang guna. Bagusnya, paip untuk wuduk disediakan walaupun airnya kecik yang amat. Lepas dah settle Subuh kitorang sambung tido.

  
Terjaga bila matahari dah muncul.


Somewhere antara Negeri Sembilan dengan Melaka rasanya.

Lepas tu dah tak boleh nak tido dah. Kitorang layan bersembang masa staff keretapi datang bagitau next station Kluang. Keretapi berhenti kat stesen lebih kurang pukul 10.00 pagi. Kami keluar dari keretapi dan masa melangkah tu, mata dah 'locked' Kluang Rail Coffee. Kami masuk dan kebetulan ada meja kosong tepi dinding, just nice untuk kami berdua. Waiter pun laju je datang ambik order.


Kopi susu, nasi lemak dan roti bun mentega + butter. Aku dah aim nak makan roti peanut butter, tapi sayang peanut butter dah habis.

Nasi lemak tu ada rasa, sedap sangat tu tidaklah. Sikit je nasinya. Sambal pun sikit, diletak dalam lipatan daun pisang. Yang menyedihkan, nasi lemak ni cuma ada seekor bilis dan 2 biji kacang. Since kami tak sure lagi nak ke mana, masa bayar tu kitorang tapau nasi lemak dan telur separuh masak. Kalau lapar boleh lah makan kat mana2.

Kitorang ingat nak rendam kaki kat Gunung Berlumut, tapi bila pakcik teksi tu kata tambang sehala adalah RM50.00, kitorang berbelah bagi. Lagipun kitorang memang takde fixed plan, yang penting nak makan dan minum di Kluang Rail Coffee je. Sudahnya, kitorang decided untuk berjalan2 kat Bandar Kluang je. Selalunya aku merayau kat negara orang, kali ni kat negara sendiri pulak.


Laluan berbumbung ni bermula depan pejabat pos dan tak jauh pun penghabisannya. Setidak2nya mampu melindungi pejalan kaki dari panas matahari dan hujan. 

Asalnya nak ke stesen bas, tapi haluan dipesongkan ke Kluang Mall. Tapi sebelum tu singgah di Parkson Kluang Parade. Orang tak ramai, habis setiap level kitorang merayau. Kemudian ke Kluang Mall, tak jauh pun dari situ. Pelik, di hujung minggu orang tak ramai langsung. Kat tingkat atas, kitorang jumpa pants yang aku duk cari selama ni. Rupa2nya kat Kluang ni baru jumpa. 

Bila terasa lapar, kitorang cuba cari food court. Masa tanya pakcik security, katanya Kluang Mall takde food court. Yang ada restoran dan fast food outlet kat ground floor je. Kitorang keluar dari Kluang Mall ke Parkson lagi sekali. Kali ni jumpa food court lepas tanya orang. Kat ground floor. Kalau kat shopping mall, food court antara tempat yang paling meriah. Tapi kat sini, food courtnya sunyi sepi. Aku makan nasi lemak dan telur yang ditapau pagi tadi, juga order mee kari. 

Dah recharge tenaga, kitorang berjalan keluar dan masuk mana2 kedai yang menarik. Last2 kitorang masuk ke The Store. Kat sini kitorang jumpa seluar track yang best. Sesuai sangat kalau nak pakai untuk hiking, apatah lagi running. Dah lebih pukul 5 baru kitorang keluar. Itupun sempat lagi menyinggah masuk kedai2 kat tepi jalan on the way ke railway station.

   
Petang2 camni ramai yang parking kat bawah ni semata2 nak minum petang kat stesen ketapi.

Kami masuk Kluang Rail Coffee sekali lagi, nak makan puas2 sebelum balik kejap lagi. Elok masuk, ada satu meja kosong untuk kitorang berdua kat tepi dinding. Just nice. Service pun sama macam pagi tadi, cepat dan pantas.


Kali ni kopi susu ais dan roti keping peanut butter. Dahaga punya pasal, air tu dah separuh aku minum sementara tunggu roti sampai.

Both roti keping dan roti bun sama sedap. Tapi aku lagi prefer roti keping. Kopi memang kaw, dan kurang manis. Lagi few minutes sebelum pukul 6.00 petang, pekerja dah tutup pintu depan dan letak sign 'closed'. Kitorang sengaja lepak lama2 sampai kedai tutup. Lepas bayar, aku beli kopi uncang. Sepaket 20 uncang harganya RM 12.50 dan aku beli sepaket je. Cukuplah dulu, nanti2 bila dah habis ada alasan untuk meripit. 

Kat stesen keretapi ada surau yang agak selesa. Lepas solat, kami masing2 packing balik bag. Maklumlah, muatan dah bertambah. Kenalah susun elok2. 

  
 Waktu beroperasi. Make sure korang check hari dan masa sebelum datang ke sini.


Bahagian dalam kedai. Masa ni kedai dah tutup. Meja yang kitorang dapat belah kiri ni. Bahagian luar belah kiri ada extended area untuk kedai ni. So, kalau bahagian dalam ni dah penuh, korang tengok kat luar bahagian kiri ni, kot2 ada meja untuk korang. Masa kitorang kat sini, sentiasa penuh sama ada kat luar atau dalam. 


Stesen keretapi Kluang. 


Matahari dah mula turun.

Train sampai awal, tapi 7.20 malam baru bergerak meninggalkan stesen. Kiranya departure tetap ikut schedule. Masa dalam train, langit cantik giler masa sunset. Tapi seksa yang amat nak capture gambar. Sudahnya aku simpan kamera kemas2. Masa balik seat kitorang sama dengan masa datang pagi tadi.


Seat untuk economy class. Seat selesa dan dalam koc pun bersih. Berbaloi dengan tambang RM 15.00 sehala. Yang anak panah hijau tu, surau yang aku ceritakan kat atas tadi. 

Kitorang sampai kat Stesen Bandar Tasek Selatan lewat 10 minute dari schedule. Masih ada lagi penumpang kat stesen, mungkin jugak sebab komuter masih beroperasi 24 jam. Kami singgah beli kuih kat 7 Eleven TBS sebab masing2 dah kelaparan, dan lepas tu baru naik ke tempat parking. Parking rate kat TBS sehingga semalam adalah RM 4 sehari. Aku masuk parking lebih kurang pukul 4.30 pagi dan keluar lebih kurang pukul 12.30 tengah malam, ratenya adalah RM 4.00. So, aku rasa rate based on the calculation of 24 hours. Kitorang sampai kat Seri Kembangan pukul 1.00 pagi. 

Day trip tanpa plan yang khusus selain dari nak makan2 kat Kluang Rail Coffee berakhir. Bandar Kluang setakat yang aku nampak sangat bersih kalau nak compare dengan bandar lain kat Malaysia ni. Orang2 nya peramah dan helpful. Dalam bandar kecik ni ada 3 shopping malls dan jangan tak tahu, kat sini aku jumpa apa yang dah lama aku cari kat KL. Walaupun takat merayau dalam bandar tu aje, kami puas. Kluang Rail Coffee dah boleh tick dari list.  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...