Entry ini sambungan dari thai 2015 | sunrise di thung salaeng luang.
Bila semua dah naik pickup, perjalanan diteruskan meredah hutan. Kalau ikut je laluan tu insya Allah tak sesat, cuma jalan tanah merah lah. Takde nya nak jalan bertar bagai. Aku paksa mata tengok kiri kanan, kot2 ada rezeki boleh nampak binatang liar. Sampai kat satu kawasan lapang, pickup berhenti. Kata pak long, toilet. Tapi takde sorang pun yang ke toilet.
Aku turun dan terus ambik gambar bunga ni. Dari dalam pickup lagi aku dah perasan bunga ni berterabur kat tanah.
Hutan kat tepi jalan ni nampak bersih je, terjaga betul. Matahari dah start meninggi.
Jalan dari arah kitorang datang tadi.
Dan ini pulak arah jalan yang kitorang akan lalui kejap lagi. Jangan terpedaya tengok jalan ni. Jalan yang cantik macam gini sesekali je boleh jumpa. Most of the time akan jumpa jalan yang tak rata dan berlekuk2.
Pokok.
Kat kawasan inilah kitorang berhenti. Aku rasa ni macam campsite ranger taman negara.
Aku rasa macam lama jugaklah dorang berhenti kat sini, sampai aku naik bosan sebab takde apa sangat. Kemudian kitorang dibawak ke tempat seterusnya. Kata pak long, kitorang akan ke hutan pokok pines.
Pokok pine.
Jalan arah kitorang datang tadi.
Semuanya bertebaran dengan pelbagai aksi. Banyaklah bakat terpendam yang berjaya dicungkil.
Pickup kitorang pagi ni.
Lama jugak kat sini, puaslah masing2 berposing. Aku memang takde mood pagi ni, nak ambik gambar pun rasa malas. Sudahnya, aku cuma perhatikan dorang je. Dalam perjalanan balik, terserempak dengan satu group berbasikal. Sekali couple yang jadi translator untuk kitorang petang semalam.
Dah sampai kat campsite, ada drama lain pulak. Petang semalam masa kitorang deal, katanya THB 800 per pickup. Tup2 pagi ni dah jadi THB 1000 per pickup sebab bawak pi jauh katanya. Sedangkan masa tanya officer yang perempuan semalam, dia bagi tau total lebih kurang 14km dengan rate THB 800 tu. Nak argue pun dah malas, dengan bahasa lagi, dengan pak long yang tak habis2 dengan 'let go' nya, instead of let's go. Last2 kitorang bayar je macam yang diminta. Bengang jugaklah dalam hati.
Masing2 ambik tugas dan separuh pergi mandi. Aku tolong dorang masak, sebab aku kan suka mandi last. Penutup tupperware aku terkorban kat sini. Entah siapa yang letak atas batu panas dan akhirnya penutup tu mencair dan berlubang kat tengah. Kecewa yang amat.
Dah settle makan baru aku pi mandi. The other group yang akan tolong packing semua benda. Masa aku siap mandi tu, aku tengok mostly dah siap. Since aku orang yang paling last siap mandi, ingatkan aku jugak yang terakhir. Sekali ada lagi yang lagi lambat.
Barisan pokok kat campsite kitorang.
Khemah kitorang yang enam, tapi nampak macam lima aje, kan?
Pak ngah berhentikan van kat entrance. Apa lagi, semua berlari keluar nak ambik gambar ni buat kenangan.
Hujung belah kiri sana tu tempat kitorang bercamping semalam.
Macam biasa, semua masuk ke van bila pak long dah keluarkan ayat favorite dia. Kalau tidak, memang masing2 tak reti nak naik van lagi. Perjalanan balik kitorang lalu ikut jalan masa datang hari tu. Dan pak ngah tetap menghiburkan kitorang dengan kelas bahasanya.
No comments:
Post a Comment