Sunday, October 18, 2015

kte - szb - klia | transfer dari airport ke airport

Ni cerita masa aku balik kampung hujung Ogos lepas. Masa aku pegi panjat Bukit Keluang dulu tu. Cerita pasal Bukit Keluang dah lama aku up. Aku memang plan nak up pasal airport transfer dari airport ke airport, tapi aku bagi laluan untuk habiskan entry Lombok dulu. 

Selalunya bila aku balik kampung, aku mesti akan drive. Sebabnya kalau aku balik naik bas atau flight, aku mesti patah kaki kat umah. Motor memang aku tak reti nak bawak. Tapi semenjak aku gilir2 tinggalkan antara si kuning dan si biru kat kampung, aku ada option untuk tak payah drive balik kampung lagi. So, masa balik hari tu aku naik bas dari Putrajaya Sentral dan balik ke KL aku naik Malindo Air.

Dah beli tiket flight baru aku realize yang aku nak kena transfer dari Subang Airport ke Putrajaya Sentral, sebab aku tinggal kereta kat Putrajaya Sentral. Gigih aku carik info sebelum balik, last2 aku jumpa option ambik SkyPark shuttle bus dari Skypark ke LRT Kelana Jaya, then ambik bas rapid ke Putrajaya Sentral. Tapi info tu tak sure reliable ke tak sebab aku tak jumpa orang yang guna route tu. 


Masjid sebelah bangunan terminal Airport Kerteh. Airport ni dibuka pada 15 Ogos 1985 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Rumah aku dekat dengan airport Kerteh, tak sampai setengah jam pun. Sebab tu aku ambik flight dari sini instead of KT. Punyalah airport ni bukak dah lama, tapi inilah pertama kali aku jejak dalam ni. Selalu tinjau dari luar je. Untuk pengetahuan, airport Kerteh bukan dibawah pengurusan Malaysia Airport Berhad, tapi dibawah pengurusan Petronas. 

Flight aku pukul 5.40 petang. Tapi sebab airport kecik, datang lambat pun takde hal. Tak payah nak tergesa2 sangat. Airlines yang fly antara Kerteh dan Subang adalah Malindo dan Firefly. Both ada dua flight setiap hari, pagi dan petang. Malindo flies 5 days a week and Firefly flies 3 days a week. Masing2 guna flight ATR. Dulu2 ada Asmara Air fly route Kerteh - Subang, tapi kejap je sebelum tutup kedai. Airport Kerteh mainly served for transporting workers of Petronas and ExxonMobil to various oil platform. Helicopter operator pulak ada dua, MHS Aviation used to be the main operator dan Weststar Aviation Services.

Cuaca petang tu agak berjerebu. Pilot pun ada mention pasal haze kat Subang with limited visibility. Dalam flight dapatlah air mineral cup dengan biskut sepaket. Naik ATR takde in-flight movie, masa aku naik 737-NG sempat layan movie lagi. 


Memang Subang berjerebu, dah nak touchdown baru nampak warna kat bawah. Kalau tak kelam je dari atas. 

Rindunya lah dengan runway Subang Airport ni, selalu lalu kat luar je. Lepas last flight for solo check in June 2005, aku dah tak beramah mesra dengan runway lagi. Cuma sesekali bila ada kerja kat Subang, aku intai dari jauh je. Sekadar melepas rindu kata orang. 


Masa tengah taxiing ke terminal. Airport Subang sekarang dah makin meriah, dah banyak company general aviation kat sini. Dah makin busy lah airport Subang sekarang ni. 

Lepas ambik luggage, aku memang dah aim nak carik SkyPark shuttle bus je. Tapi masa aku nak keluar tu, aku nampak banner shuttle bas ke KLIA/KLIA2. Keluar je dari arrival, aku ke kanan dan nampak kaunter shuttle kat tengah2 tu. Next bas pukul 7.00 katanya, ada masa lagi dalam 10 minit dan aku terus beli tiket ke KLIA. Aku ada ambik brochure, tapi hilang pulak bila aku nak ambik gambar. Tapi takpe, korang boleh bukak website dorang kat sini. Selain dari KLIA/KLIA2, shuttle bus ni jugak ke KL Sentral dan tambangnya RM 10 sehala. Bas baru dan selesa. Tapi pening jugaklah sebab bau kedai kuat sangat. Bas ni ke KLIA2 dulu dan dropkan penumpang kat ground floor tempat terminal bas sebab aku nampak banyak bas lain kat situ. Kat KLIA bas ni drop penumpang kat terminal bas dan teksi, ground floor bangunan terminal.

Sebab masa terhad, tak sempat aku nak merayau nak cari kaunter SkyPark shuttle bus dalam bangunan terminal tu. Katanya tiket boleh beli kat Transport Facility Counter. Tapi untuk info korang boleh check kat sini. Aku tak boleh nak komen lebih2 pasal shuttle ni sebab aku tak ambik. 

Dengan info yang sedikit ni, harap2 dapatlah membantu sesiapa yang carik public transport ke Subang Airport. Pasal parking rate aku tak sure sebab kalau sekejap aku beranilah tinggal kereta kat depan ATC tower. Kat situ foc tapi risiko tanggung sendiri. Pun aku pernah parking sebelah parking berbayar yang entrance dia adalah entrance ke Eurocopter lama. Sekarang Eurocopter situ dah tutup, pindah tempat lain area bangunan Zetro. Situ pun foc jugak tapi risiko sendiri tanggung. So far aku parking pagi dan balik malam, Alhamdulillah masih selamat. Kalau jadi pape jangan salahkan aku pulak. Kalau aku ada kerja kat MAS, aku parking dalam je.


Sunday, October 11, 2015

trip pasrah | lombok -entry penutup

Sebelum terlupa, aku listkan semua entry ke Lombok edisi trip pasrah mengikut turutan. Harap2 ada antara entry ni dapat membantu korang yang nak ke sana. 


Senarai entry:


















Hotel: 

Sepanjang kat Lombok ni kitorang menginap di 3 buah hotel yang berlainan, tak termasuk berkhemah di Bukit Pergasingan. Tapi tak payahlah korang nak speku, sebab aku bukan cari hotel termurah. Dalam trip kali ni kitorang cari hotel yang selesa. Badan dah penat2 siangnya, biarlah malam tu tidur lena kat tilam empuk. Kadang2 aku nakkan keselesaan dan privacy, kadang2 okay je stay kat dorm, kena tengok mood. Dalam 3 hotel tu, hanya satu hotel je yang aku ambik gambar. Bila nak buat entry ni baru aku perasan takde gambar.  

1. Grand Senggigi Hotel

Malam pertama tiba di Lombok, kitorang dibawa ke hotel ni. Masa tu hotel ni dah termasuk harga pakej ke Bukit Pergasingan. Masuk je dah tau hotel baru sebab bau perabot masih ada. Tapi aku suka hotel ni sebab bilik spacious, bilik air pun luas walaupun takde bathtub, ada tv, meja tulis dan almari. Staff pun okay. Aku suka lokasinya, tepi main road tapi agak jauh sedikit dari Senggigi centre. 

Sebab hotel ni okay jugaklah, hari2 last tu kitorang stay kat sini je. Malas dah nak redah cari hotel lain. Harga semalam waktu kitorang stay adalah Rp 275k untuk bilik view jiran sebelah another guesthouse yang terlindung dari mainroad. Kalau view swimming pool Rp 300k per night.

   
Bilik air yang complete dan luas.


 Bilik yang luas dan tilam tu best. Both room yang kitorang dapat semuanya single bed. 

Grand Senggigi Hotel
Jl. Raya Senggigi KM 12
Lombok
Tel: +623706194039


2. Hotel Bumi Aditya

Bilik ni Izza booking dari KL untuk semalam. Kami stay kat fan room dan rate semalam yang kitorang bayar adalah Rp 175k. Lokasinya memang dalam area Senggigi centre tapi kena masuk ke bahagian dalam. Jalan sempit, sunyi dan gelap. Agak bahaya kalau nak keluar malam2. 

Bila dah masuk bilik, aku kecewa bila pintu tak boleh kunci dari dalam. Palang untuk selak pintu rosak dan aku tak rasa dorang tak nampak masa bersihkan bilik. Bilik luas, tapi nampak usang. Bilik air pun tak semenggah. Tapi kalau korang ambik air-cond room mungkin tak macam ni kot. Sebabnya bilik untuk air-cond tu kat bangunan baru. 


3. Pondok Asri

Bilik kat hotel ni kitorang terjah je, area awal2 masuk Senggigi sebelum Grand Senggigi Hotel. Semestinya lebih jauh dari Senggigi centre. Silap aku jugak masa check bilik ni, tak tengok betul2. Bila dah masuk bilik baru perasan itu ini kurang. Elok dah bayar untuk 2 malam, aku mintak refund lagi semalam tu. 

Rate fan room yang kitorang stay adalah RP 200k per night. Aku tak suggest kalau korang nak stay kat sini. Macam tak berbaloi dengan duit yang korang keluarkan. Tapi dengar khabarnya, hotel ni akan diupgrade, so mungkin lepas ni keadaan berubah kot. Lokasi belah kiri tepi mainroad menghala ke arah Senggigi.


Tour Guide dan Transport:

1. Lombok Hafala

Masa cari pakej ke Bukit Pergasingan dalam masa yang terhad dulu tu, Lombok Hafala antara yang cepat respond dan harga yang dorang mintak pun tak setinggi mana. Pemiliknya Mas Azhari atau kitorang panggil Mas Ari je. Alhamdulillah, dia jaga kitorang dengan baik. Begitu jugak dengan assistant beliau, Mas Sopyan. 

Aku suka Mas Ari sebab dia cuba fulfill kehendak kitorang dan quotation yang dibuat ada pecahan, so senang kalau nak tambah atau kurangkan pape. Highly recommended kalau korang nak peace of mind sewaktu di Lombok.

Lombok Hafala Tour
Email: azhari31@yahoo.com atau info@lombokhafala.com
Mobile: +62 8133 870 3977 (WhatsApp available)
+62 8190 749 7190


2. Klapo Tours

Aku memang tak tahu kewujudan Klapo Tours sehinggalah Zilla yang bagitau. Rupanya dah glemer mamat ni kat fb, aku je yang tak tau. Kitorang join open tour ni sehari je. Since open tour, makanya kitorang bergabung dengan group lain dan harga pun jadi lebih murah. 

Okay je kalau korang nak ambik tour dengan Didan, aku recommended lah. Cumanya kalau nak join open tour haruslah bersedia untuk digabung dalam group yang besar. Oh ya, aku ada jugak mintak quotation untuk Bukit Pergasingan, harganya lebih tinggi sikit dari Mas Ari.

Aku cuma contact Didan through fb je. So, kalau berminat boleh cari beliau di fb: Didan Yamazaki Yuza.


3. Car Rental Lombok

Masa duk cari info pasal nak sewa kereta kat Lombok, aku terjumpa website Car Rental Lombok. Aku cuma fill up form kat bahagian contact us dan tak lama menunggu, Pak Surya dah respond kat email aku. So, urusan selepas tu adalah melalui email semata. 

  
Daihatsu Ayla yang kitorang dapat on second day. Masa aku sewa dulu, sehari Rp 220k self drive, tapi sekarang ni aku tengok harga dah naik Rp 50k. 

So, itu je yang aku boleh share dengan korang based on service yang aku guna sepanjang kat sana. Kalau ada nak tanya further details, boleh email aku.


Dah ready? Welcome to Lombok


Friday, October 9, 2015

trip pasrah | dari lombok ke kuala lumpur

Pagi ni kami bangun awal, bersiap2 dan lebih kurang 8.30 pagi, kitorang turun dan terus check out. Sebelum ambik makanan untuk breakfast, sempatlah aku ke bahagian hujung hotel. Ambik gambar dulu sebab sebelum ni asyiklah tak sempat je. 


Hotel ni kecik je, tak besar mana pun. Tapi spacious. Bangunan depan tu restoran hotel yang bersambung dengan reception. 


Disebabkan misi untuk berendam dalam kolam ni gagal, makanya pagi ni kitorang breakfast tepi kolam. 

Lepas breakfast kitorang titipkan barang2 kat reception, dan kitorang ke pantai depan hotel. Tak adalah betul2 berdepan, kena lalu rumah penduduk kampung baru jumpa pantai. Tapi tak sempat berpeluh, dah nampak. 


Pagi2 macam gini pun dah meriah kawasan pantai ni. Mungkin sebab hari minggu, ramailah yang spend time dengan keluarga. 


Di sebelah kanan pantai boleh nampak Pura Batu Bolong. Kalau berjalan ikut pantai ni boleh terus ke pura.

Macam di kebanyakan pantai kat Lombok ni, pasirnya bewarna hitam. Pasir pantai kat sini lembut dan jerlus. Lepas ambik gambar lebih kurang, kitorang kembali ke hotel. Tak lama kemudian, Sopyan sampai. Rupa2nya dia dah datang tadi, tapi kitorang ada kat pantai. 

Asalnya kitorang nak mintak Pian singgah kat pasar lokal, tapi kitorang cancel bila Pian bagitau nak bawak kitorang ke kedai borong kacang mete dan ole-ole di Mataram. Sakitnya dalam hati bila tengok harga kacang mete yang kitorang beli semalam cuma separuh harga kat sini. Apa lagi, terus capai apa yang berkenan kat hati. Aku lupa lokasi, tapi kedai tu kalau tak silap namanya Pheonix. Bukan setakat kacang mete, tapi ada jugak makanan lain. Oh ya, kacang mete tu cashew nut. 

Lepas tu dibawaknya kami ke kedai pakaian pulak. Lokasi sama dengan Mas Aziz pernah bawak kitorang dua tahun lepas, tapi kedai berbeza. Yang pasti kat sini jauh lebih murah. Walaupun banyak pilihan, tapi size ada yang tak available. Lepas tu kami terus ke airport, tak singgah mana2 dah. Kitorang dah kerisauan takut terlambat, haha. Dalam risau tu sempat buat u-turn singgah Pertamina sebelah RM Cahaya depan jalan nak ke airport.

  
Sanggup u-turn semata2 nak bergambar kat depan ni tengah2 panas. Patutnya masa sampai hari tu bergambar, ni nak balik baru kitorang sempat bergambar.

Sampai kat airport, masih awal. Rupa2nya troli kat airport ni kena bayar kalau nak guna. Sudahnya kitorang pikul je, lagi pun takde lah jauh sangat nak kena jalan. Penimbang kat drop baggage tu penipu betul, aku rasa dorang tak buat calibration kot. Dah settle kitorang terus naik ke atas.

Flight kitorang delay setengah jam, so kitorang meronda kedai2 tu sebelum masuk boarding hall. Dah tak tahu nak ke mana lagi, baru kitorang masuk. Mamat immigration tu terlebih ramah pulak, tanya aku ke mana aje kat Lombok ni. Bila aku listkan, terkejut dia. Dia sendiri pun hampir tak tahu tempat yang aku pergi tu.


Sebab lapar kitorang beli nasi lemak. Alhamdulillah, ada orang belanja pulak tu. Double kenyang.

Lepas makan aku cuba untuk tidur, tapi tak berapa nak berjaya. Turbulence dan air pocket kali ni agak menakutkan. Kalau dulu turbulence tu aku relaks je, tapi bukan sekarang. Bila tengok Izza kat sebelah yang relaks macam tak rasa apa2, aku bertambah cuak. Entah apa2 lah.

Aircraft landed nearly to 4.00 pm. Dari parking bay tempat kitorang disembark nak keluar jauh giler kena menapak. Untungnya tak perlu tunggu lama untuk claim baggage. Aku dan Izza berpisah kat depan kaunter ERL. Aku ambik ERL ke KLIA dan Izza nak naik bas ke KL Sentral. 

Sampai KLIA, parking area lengang. Jumpa balik dengan si kuning lepas seminggu ditinggalkan. Alhamdulillah, berakhirlah perjalanan kitorang walaupun lain dari apa yang kitorang rancang sebelumnya. Next entry aku akan share details pasal hotel dan tour guide. 


Wednesday, October 7, 2015

trip pasrah | gili lampu dan gili bidara

Bila semua dah ready, pakcik boat bawak kitorang ke Gili Lampu untuk snorkeling. Bila dipanggil gili, aku membayangkan ianya ada sebuah pulau kecik macam yang kitorang dah pergi. Tapi rupa2nya bukan. Gili Lampu ni jadi tempat persinggahan nelayan bermalam suatu ketika dahulu. Bila bermalam, dorang akan pasang lampu dan since then tempat ni dipanggil Gili Lampu. Gili ni special sebab ianya tengah2 laut dan bila air surut, akan kelihatan batu2 karang. 

Kat sini ikan banyak giler. Dari dalam boat dah nampak ikan berenang2. Bila campak roti, berduyun2 yang datang. Menjerit2 aku kat dalam boat, excited tengok ikan warna warni. Masing2 dah standby nak terjun, tak sabar2 tunggu pakcik boat letak tangga. Aku masih lagi berbelah bahagi, sama ada nak turun atau tak. Takut dan excited sama banyak. Akhirnya aku turun jugak bila dorang beria2 kata tak dalam.

Tapi dorang tipu aku. Dalam lebih 10 kaki kot dan walaupun air dah surut tapi arus boleh tahan kuat. Aku turun dan berpaut pada palang boat, nak lari jauh2 aku takut dibawak arus. Sudahnya di mana ada palang, di situ ada aku. 


Ikan2 yang sempat aku capture masa berpaut kat palang. Ikan ni dah nak lari sebenarnya, awal2 tadi dorang duk serbu aku roti.


Crowd yang tadi dah pergi, so suasana agak terkawal kat bawah ni.


Antara coral dan penghuni dasar laut yang mampu aku capture. Aku rasa macam dah banyak aku snap, tapi bila check balik takde apa pun.

Tapi sumpah cantik kat dasar laut. Dalam takut2 tu pun, bila tengok betapa indahnya dunia tersembunyi kat bawah tu, aku boleh tenang sikit. Bila cahaya matahari tembus ke dasar laut, terkena badan ikan mahupun hidupan laut lain, momen tu cukup indah, Subhanallah. Ralit aku layan sambil berpaut. Bila Izza dan Mas Ari dah gerak ke sebelah sana, aku tetap kat situ. 


Hasil dari tangan gigil, jantung berdegup kencang. 

Aku tak tahu apa masalah dengan alat snorkel aku. Boleh pulak aku tertelan air masin. Aku dah lah penakut, cepat2 aku panggil Mas Ari mintak dia guide aku naik ke boat. Mujurlah air laut kat sini sama macam air laut kat Gili Nanggu, Sudak dan Kedis. Kurang masin. 

Lama jugak aku layan perasaan atas boat. Rasa macam dah serik, tak mau turun dah. Tapi bila Izza dengan Mas Ari bagitau ada nemo belah sana, aku dah berbelah bahagi. Nak turun dengan tak sama banyak. Takut tu ada, tapi rasa macam nak bersua muka dengan nemo pun ada jugak. Akhirnya aku kalah lagi. Kali ni aku dah pass kamera kat Izza. Dan gambar2 kat bawah ni hasil tembakan Izza dari kamera aku.


Ikan kecik warna kuning dan hitam.


Batu karang yang bulat panjang ni keras dan pokok meliuk lintuk itulah rumah nemo. Aduhai, nemo terlindung bawah tulisan pulak, tak perasan.


Nampak tak nemo berdua tu? Nemo ni pemalu sebenarnya macam aku. Dia keluar kejap2 je, bila ada orang cepat2 dia masuk dalam rumah dia tu.


Nemo dan kawan2.

Aku cuba bertahan untuk lebih lama kat belah sini. Tapi tetap tak boleh lawan Izza, dia champion. Bila mask snorkel aku masuk air lagi, aku dah tak tahan duk dalam air sebab asyik tertelan air masin je. Sudahnya aku mintak Mas Ari tarik ke boat. Kalau kat Gili Kondo tadinya hampa sungguh, tapi kat sini aku teruja yang amat. Save the best for the last rupanya. Tapi kalau kat Gili Kondo tu kitorang ke tengah, boleh nampak jugak view cantik macam ni. Ini kitorang duk tepi2 je, memang nampak pasir ajelah. Bila semua dah puas, dah naik atas boat, baru kitorang bergerak pulang.


Mereka2 yang berpaut pada boat kami. Masa kitorang sampai tadi, takde orang lain. Tapi tak lama lepas tu, makin banyak boat yang sampai. Itu yang tetiba cam meriah je kat sini. Tengok belah kanan gambar atas ni, boleh nampak dasar laut tu.


Kami ke Gili Bidara...

Kat Gili Bidara ni ramai yang memancing. Pakcik boat pegi tegur kawan dia yang memancing tu, dan kitorang tag along. Sambil2 tu boleh ambik gambar. 


Ikan tak tahu nama ni hasil pancing kawan pakcik boat. Aku saja tanya kot2 boleh beli dan akhirnya ikan ni jadi hidangan kitorang. 


Dalam perjalanan ke rumah pakcik boat, kitorang melalui kebun sweet potato ni. 


Yang depan ni rumah pakcik boat dan bangunan yang cantik sikit kat belakang tu surau. Berdepan dengan surau tu ada tandas dan perigi.

Sementara tunggu pakcik boat bakarkan ikan untuk kitorang, kami pusing kawasan kampung dulu. Kat pulau ni ramai jugak yang tinggal, kebanyakannya bina rumah kat sekitar kawasan ni je. Dalam 4 ke 5 hari sekali, dorang akan balik ke tanah besar. Sementara usahakan kebun, dorang akan stay kat rumah ni.


Spotted another rumah tepi pantai. Rumah ni agak terasing dari rumah2 lain kat pulau ni. Binaannya nampak lebih cantik tapi sunyi, macam tak berpenghuni. 

Selain tanam sweet potato, dorang tanam bijan. Masa tengah merayau carik pokok bijan, kitorang terserempak dengan sorang pakcik ni. Dia yang tunjukkan kat kitorang pokok bijan dan macam mana cara menuai. First time aku tengok pokok bijan. Pokok yang kitorang sangkakan pokok bijan rupa2nya pokok liar. Nampak sangat tak kenal tumbuh-tumbuhan, tahu makan je. 


Ini pokok yang dah dipotong dan diambil hasilnya. 

Bila pokok bijan ni dah matang, dorang akan potong dan keringkan. Pastu diikat macam kat atas dan dibanting macam banting padi zaman dulu2. Biji2 bijan akan keluar dari buahnya yang pecah. Dalam buah yang atas tu, masih ada biji bijan yang tak habis keluar. 

Kami lunch dah lewat, tapi lunch yang best dan mengenyangkan. Mana taknya, nasi yang ditapau dengan lauk2 yang banyak, tambah pulak dengan ikan bakar, makan atas pangkin bawah pokok dan ditiup bayu laut. Priceless! Bukan tu aje, jiran pakcik boat hidangkan sweet potato rebus. Dorang ni peramah, seronok layan dorang berbual. 

Dah kenyang, dah hilang penat, kitorang balik. Kat sini dah tak larat nak snorkeling. Masa on the way balik, entah macam mana aku terpijak kulit kerang. Berdarah jugaklah tapak kaki aku. Cepat2 pakcik boat bagi selipar dia suruh aku pakai. Terus aku rasa bersalah. 


Inilah pokok bijan. Kebetulan ada yang tertinggal sepokok dua, pakcik boat tunjukkan kat kitorang pokoknya. 


Ini pulak bunganya. 

Menurut pakcik boat, pulau ni dinamakan Gili Bidara sebab dulu ada banyak pokok bidara kat pulau ni. Kebanyakan dah ditebang bila dorang usahakan tanah kat sini. Masa dalam perjalanan balik, kitorang nampak sekumpulan ikan terbang kat permukaan air. Tapi kejap je, nak ambik gambar pun tak sempat. Tapi moment tu memang mahal. 

Sampai kat pantai, kitorang bilas badan dan tukar baju. Kat situ ada perigi dan sebiji tempayan yang memang tinggi letaknya. Caranya ceduk air dari perigi, isikan dalam tempayan sampai penuh. Bahagian bawah perigi tu dorang lubangkan dan tutup dengan kayu. Cabut kayu tu, wallah! Jadilah shower walau tak tinggi mana. Tapi yang agak scary tu, ruang mandi tu amatlah tak semenggah. Dindingnya terkopak2, tawakal je kitorang tukar baju bagai kat dalam tu. Kebetulan ada another group bebudak muda Indonesian yang baru balik snorkel mandi kat situ, rasa secure lah sikit takde orang ngintai. 

Hari dah lewat, so kitorang cancel plan ke Pantai Sambelia. Perjalanan balik agak perlahan kalau nak compare pagi tadi. Jalan agak macet sebab malam minggu. Kitorang mintak Mas Ari bawak kitorang carik ole2. Deret kedai jual ole2 tu, ada kedai jual pakaian dan aku jumpa bag kain. Aku terus beli je kat sini dan cancel plan nak ke Art Market Senggigi instead. On the way ke hotel, singgah beli jagung bakar kat tepi jalan.


Jagung bakar kitorang dah disagat dan jadi macam ni. Sedap jagung bakarnya sebab dorang sapu cili. Untung makan yang disagat ni, tak melekat celah gigi. Tapi feel tu takde lah.

Sementara Sopyan sampai, kitorang dah habiskan jagung bakar ni. Sopyan datang sebab nak hantarkan beras yang kitorang pesan. Sembang2 dan kitorang mintak dia hantarkan kitorang ke airport pagi esok. Dah settle semua, baru kitorang naik ke bilik. Pagi esok dah nak balik, malam ni dah nak kena packing apa yang patut.   


Friday, October 2, 2015

trip pasrah | gili kapal dan gili kondo

Pagi ni agak lambat bersiap. Asalnya janji dengan Mas Ari pukul 7.00 pagi, tapi aku whatsapp lewatkan ke 7.30 pagi. Macam biasa, kitorang breakfast dulu kat hotel dan hari ni Mas Ari lambat. Nearly to 8.00 am baru dia sampai. Cepat2 dia minta maaf sebab terlewat. Ni first time dia lambat, selalu cepat je sampai. Since kitorang pun lambat, so it wasn't a problem at all.  

Kitorang mintak Mas Ari singgah ke local market. Fuhh! Sesak dan padat dengan penjual dan pembeli. Kata Mas Ari, menjelang Ramadhan lagi sesak keadaannya. Pasarnya tak jauh beza dengan Pasar Dungun tempat aku selalu pergi kalau balik kampung. Bezanya Pasar Dungun tu lebih tersusun dan selesa. Pasar ni agak crowded. Dari barang basah, makanan, hinggalah kepada pakaian, semuanya ada.


Kat tepi2 tangga pun ada yang berniaga. Ni aku lupa tingkat berapa. 

Sempatlah kitorang beli shampoo yang dalam paket kecik2 tu. Senang kalau nak bawak gi travel. Masing2 ambik satu roll, pastu menyesal tak beli banyak2. Bukan setakat shampoo, detergent dengan softener pun ada dalam paket kecik2 tu. Pun menyesal jugak tak beli. Haish!

Selepas pasar, perjalanan diteruskan menghala ke Sambelia, Lombok Timur. Sepanjang jalan aku tidur je kat belakang. Tidur2 ayam sebenarnya. Sambil2 tu dengar jugak Izza bersembang dengan Mas Ari. Aku malas nak menyampuk, jadinya layan je dengar. Masa Mas Ari berhenti nak beli roti untuk ikan, baru aku bukak mata.

Kitorang akan ambik boat kat pantai yang aku lupa nak tanya nama. Yang pasti bukan kat Pelabuhan Haji mahupun Pelabuhan Kayangan. Kalau dari Mataram menghala ke arah Pelabuhan Kayangan. Tapi dah dekat nak sampai, jangan ikut laluan ke Pelabuhan Kayangan. Lurus je bila sampai kat pertigaan. Kena perlahan takut terlajak simpang sebab ada signage kecik je belah kanan, bertulis penyeberangan ke Gili Kondo dan Gili Bidara. Jalan bertar tapi simpang nak masuk ke pantai tu jalan dah tak berturap, muat2 kereta sebuah.  

Sampai kat pantai, pakcik boat dah setia menunggu. Masa nak naik kapal tu, brader kat situ bagitau Mas Ari suruh bawak bekal makanan siap2 sebab kat pulau2 tu takde kedai makan. So, Mas Ari mintak tolong brader tadi tu tapaukan nasi untuk kitorang bertiga. Sambil2 menunggu tu sempat kitorang melawat kawasan dan ambik gambar.


Pasir pantai yang agak kehitaman warnanya tapi lembut bila dipijak.  

Pakcik boat bawak sama 2 orang anak lelakinya. Bila semua yang diperlukan dan cukup dan dibawak ke dalam boat, perjalanan meredah lautan di Lombok Timur pun bermula. Excited tetap ada walaupun takut air. Mujurlah lautan tenang, takde ombak besar. 


'Pondok terapung' macam ni banyak, boleh nampak dari pantai. Kalau tak silap, kawasan tu tempat sangkar ikan nelayan kampung tu. 


Kitorang bagi lintas hormat dulu kat pulau ni. Kitorang nak menuju ke pulau istimewa dulu, pastu baru patah balik ke sini.


Melayan perasaan. Anak pakcik boat yang si abang. Si adiknya diam je kat dalam boat. Kalau bagi upah pun belum tentu aku nak duduk macam adik ni.


Inilah pulau istimewa yang aku kata tu. Pulau ni hanya kelihatan kalau air surut je, bila air pasang besar memang tenggelam. Pulau Kapal ni hanyalah tompokan pasir je, takde sebarang pokok yang tumbuh. Rumput pun takde.


Warna air laut kat kawasan ni bermacam2.


Dari sini boleh nampak dengan jelas feri yang berulang alik antara Sumbawa dan Lombok. Selain dari feri dan kapal yang banyak2, dari sini jugak boleh nampak gugusan pulau2 macam kat Labuan Bajo. Tapi pulau2 ni tak sebanyak yang kat Labuan Bajo. 


Inilah antara karangan laut yang menyumbang kepada pantai yang berwarna pink. Bila karangan ni pecah, ia akan bersatu dengan pasir pantai.


Boat kami yang berlabuh di Gili Kapal. Sebelum kitorang nak balik tu, ada sebuah lagi boat sampai. Kebetulan boatman tu adik pakcik boat kitorang. Anaknya yang si adik tu lompat ke boat sebelah sebab ada geng.


Kami seterusnya ke Gili Kondo. Dulu kat gili ni ada resort dan restoran, tapi orang asing punya. Lepas kerajaan Lombok ambik balik pulau ni, semua tu takde dah lepas tu. 

Kat pulau ni ada few berugak yang masih boleh guna. Runtuhan chalet yang lama pun ada. Cuma tandas je takde. Kitorang tukar baju kat dalam pondok berlantaikan pasir separuh roboh. Masing2 cuba kecikkan badan menyorok sehabis mungkin, risau kalau2 ada yang nampak.


Bukan kami je yang ada hari tu, orang lain pun nak berjimba jugak.


Gambar dari dalam air. Pantai kat sini lagi pink dari Pantai Pink, dan kitorang bukan datang awal pagi pun. 

Aku cuma berani kat tepi2 je. Selagi kaki boleh jejak dasar, aku confident untuk snorkel. Lebih pada tu aku dah start meroyan. Kat sini banyak rumput laut je, ikan aku nampak dalam tiga empat ekor je. Itupun macam ikan cermin, spesis lain tak nampaklah pulak. Aku rasa yang dorang share gambar kat blog tu kawasan tengah2, memang taklah aku nak ke tengah sana.


Dah bosan berendam, aku berjalan menyusur pantai pulak. Warna laut kat sini memang tempting. Sebelah sana yang kelihatan tu adalah Sumbawa.


Kat Gili Kondo ni ada kebun sayur. Tapi tak sempat nak explore masuk ke kebun orang.

Masa tengah menyusur pantai ni, aku perasan air dah start surut. Bila air dah surut bermakna kitorang boleh mula bergerak ke destinasi seterusnya. Tapi tak adalah kitorang terus kena tinggalkan tempat ni. Masih sempat untuk melayan perasaan tepi pantai.


Thursday, October 1, 2015

trip pasrah | open trip -part2

Dah settle makan, ojek dah ready nak bawak kitorang ke tempat seterusnya. Since kitorang ramai, ojek pulak ada 8 buah je kalau tak silap, makanya ada second and third trip. Aku dengan Izza naik masa second trip. Masa dah nak sampai, motor hampir jatuh sebab terlanggar batu. Aku dah pasrah kalau jatuh dan luka masa tu, mujur pakcik tu berjaya imbangkan balik motor dia. 


Kami dibawa ke Tanjung Ringgit. 


Tanjung Ringgit.


Ombak memang kuat membadai teluk.


Pokok tak tahu nama ni juga banyak kat sini.


Another tanjung, bukan Tanjung Ringgit.


Aku teringin nak turun kat mamat 2 orang tu, tapi keberanian tu takde. Angin kat sini kuat giler, aku yang tak berapa nak ringan ni pun goyang bila angin kuat bertiup.


Pulau di seberang sana kelihatan berbalam2.

Matahari memang terik, pulak tu dengan aku yang berkaki ayam memang agak sengsaralah. Nak melangkah pun kena extra cautious, sebabnya batu2 kecik dengan pokok renek yang berduri memang banyak. Belum ditambah dengan tahi lembu yang bersepah lagi. Jenuh nak mengelak dari terpijak. 


Meriam Jepang yang tak jauh dari situ, tapi agak tersorok di sebalik semak samun. Menurut driver ojek, ada kubu yang dibina masa zaman Jepun. Kami tolak bila dorang offer nak tunjukkan.

Lepas dah ambik gambar kat meriam tu, kitorang melepak tepi tebing mengadap ke Tanjung Ringgit. Dorang2 yang lain masih asyik masyuk menembak. Tanjung Ringgit ni takde pantai ye kawan2. Yang ada cuma tebing yang curam, kat bawah tu ombak ganas sedia menanti. Bila driver ojek duk gesa kitorang ajak balik, kami rengsa. Last2 kitorang akur je, malas dah nak menepis berkali2. 

Pakcik ojek aku tu rajinlah pulak ajak bersembang, ramah berganda. Katanya 4 tahun dia bekerja kat Malaysia dan sekarang ni 4 orang anaknya masih kerja kat Malaysia. Tak habis2 dia puji Malaysia bagus standard practices bila jumpa Malaysian kot. Tapi soalan dia lepas tu buat aku terkedu kejap.

"Mau kahwin orang Lombok?"

"Erk! Tak nak!"

"Tak nak?"

"Tak. Saya mau bule. Pacar saya orang bule." Tetiba pulak aku ada bf. Time gini memang cepat je idea datang, haha.

"Ohh... mau orang bule. Orang bule itu emangnya bagus deh!" Fuhh, selamat aku. Mujur conversation tu habis kat situ je. Lega.


Sempat aku mintak pakcik ojek tu berhenti kejap ambik gambar kat sini sebelum ambik simpang ke kanan nak turun ke Pantai Pink.

Masa aku sampai, Izza tengah bersembang dengan makcik kat atas pangkin bawah pokok tepi pantai. Makcik tu bukak gerai berniaga kat situ. Dua minggu sekali baru dia balik rumah, boleh tahan jauh jugak rumahnya dengan pantai ni. Berkali2 dia duk ulang rasa ralat sebab tak boleh nak bekerja kat Malaysia. Umur dia dah tua, memang tak boleh lepas untuk working visa. Kitorang lepak dengan makcik kat pangkin tu sementara tunggu yang lain2 turun. 


Pasir di Pantai Pink, just before we left.

Bila dah cukup semuanya, kami naik boat dan dibawa ke Gili Petelu untuk snorkeling. Current agak kuat petang tu. Masa dorang sibuk2 pakai life jacket, aku dengan Izza relaks je. Boat satu lagi hampir semua turun, tapi boat kitorang lebih separuh menunggu dalam boat. Aku campak roti, tapi langsung tak nampak ikan. Aku curious betul sebab Didan kata ada banyak ikan.


Boat kitorang berlabuh kat tengah2 antara dua gili kecil ni. Kalau boat rapat ke pantai, teringin jugak aku nak pusing pulau kecil tu. Lagipun tengah2 tu ada beting pasir. Kalau low tide, memang boleh berjalan merentasi dua pulau tu. Lebih kurang 5.30 petang kitorang bergerak balik ke pelabuhan.


Bola2 biru tu adalah penanda kawasan ternakan tiram yang memang banyak di sini.


Di remang senja yang sendu.


Langit bertukar warna. 


Semakin menghampiri ke pelabuhan, kelihatan banyak tiang letrik yang menghubungkan tanah besar dengan pulau2 kecil sekitarnya.

Masa kitorang sampai di pelabuhan, warna alam bertukar gelap. Aku dan lain2 berkejar ke tandas nak basuh kaki, tapi bila terpaksa melalui ruang tidur orang, aku back off. Tak sanggup rasanya nak melangkah dengan kaki yang kotor pastu biarkan dorang bersihkan pulak tempat tu. Saki baki air mineral yang ada dalam beg aku gunakan untuk basuh kaki. 

Dalam perjalanan balik, kitorang tido je. Lagipun dah malam, kat luar pun gelap. Bas kitorang berhenti kat Restoran Taliwang Raya kalau tak silap, untuk dinner. Masa ni aku dengan Izza berbelah bahagi nak turun ke tidak. Sebabnya pakej yang kitorang ambik ni tak termasuk dinner. Dah takde orang baru kitorang turun. Masa tu Didan datang dan dia bisik kat aku mintak top up Rp 100k untuk our dinner. 

Sebelum isi perut, aku nak kena buang dulu sebahagian isi perut. Tandas failed! Langsung tak boleh nak bagi bintang, jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan Rumah Makan Ayam Taliwang Nada. Bab tandas satu hal, servis pun satu hal jugak. 3 Kali Didan mintak teh botol, sampai sudah tak sampai2. Order meja lain, meja lain pulak yang dorang hantar. Aku tak recommend kalau korang nak datang makan kat sini. Failed!

Bas droppedkan kitorang kat tepi pagar hotel lepas hantar dorang ke hotel. Patutnya masa on the way tu singgah drop kitorang, tapi driver tak perasan. Jimat duit teksi kitorang malam tu. Balik ke bilik, kitorang terus mandi dan tidur. Esok ada plan lain pulak menanti.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...