Friday, October 9, 2015

trip pasrah | dari lombok ke kuala lumpur

Pagi ni kami bangun awal, bersiap2 dan lebih kurang 8.30 pagi, kitorang turun dan terus check out. Sebelum ambik makanan untuk breakfast, sempatlah aku ke bahagian hujung hotel. Ambik gambar dulu sebab sebelum ni asyiklah tak sempat je. 


Hotel ni kecik je, tak besar mana pun. Tapi spacious. Bangunan depan tu restoran hotel yang bersambung dengan reception. 


Disebabkan misi untuk berendam dalam kolam ni gagal, makanya pagi ni kitorang breakfast tepi kolam. 

Lepas breakfast kitorang titipkan barang2 kat reception, dan kitorang ke pantai depan hotel. Tak adalah betul2 berdepan, kena lalu rumah penduduk kampung baru jumpa pantai. Tapi tak sempat berpeluh, dah nampak. 


Pagi2 macam gini pun dah meriah kawasan pantai ni. Mungkin sebab hari minggu, ramailah yang spend time dengan keluarga. 


Di sebelah kanan pantai boleh nampak Pura Batu Bolong. Kalau berjalan ikut pantai ni boleh terus ke pura.

Macam di kebanyakan pantai kat Lombok ni, pasirnya bewarna hitam. Pasir pantai kat sini lembut dan jerlus. Lepas ambik gambar lebih kurang, kitorang kembali ke hotel. Tak lama kemudian, Sopyan sampai. Rupa2nya dia dah datang tadi, tapi kitorang ada kat pantai. 

Asalnya kitorang nak mintak Pian singgah kat pasar lokal, tapi kitorang cancel bila Pian bagitau nak bawak kitorang ke kedai borong kacang mete dan ole-ole di Mataram. Sakitnya dalam hati bila tengok harga kacang mete yang kitorang beli semalam cuma separuh harga kat sini. Apa lagi, terus capai apa yang berkenan kat hati. Aku lupa lokasi, tapi kedai tu kalau tak silap namanya Pheonix. Bukan setakat kacang mete, tapi ada jugak makanan lain. Oh ya, kacang mete tu cashew nut. 

Lepas tu dibawaknya kami ke kedai pakaian pulak. Lokasi sama dengan Mas Aziz pernah bawak kitorang dua tahun lepas, tapi kedai berbeza. Yang pasti kat sini jauh lebih murah. Walaupun banyak pilihan, tapi size ada yang tak available. Lepas tu kami terus ke airport, tak singgah mana2 dah. Kitorang dah kerisauan takut terlambat, haha. Dalam risau tu sempat buat u-turn singgah Pertamina sebelah RM Cahaya depan jalan nak ke airport.

  
Sanggup u-turn semata2 nak bergambar kat depan ni tengah2 panas. Patutnya masa sampai hari tu bergambar, ni nak balik baru kitorang sempat bergambar.

Sampai kat airport, masih awal. Rupa2nya troli kat airport ni kena bayar kalau nak guna. Sudahnya kitorang pikul je, lagi pun takde lah jauh sangat nak kena jalan. Penimbang kat drop baggage tu penipu betul, aku rasa dorang tak buat calibration kot. Dah settle kitorang terus naik ke atas.

Flight kitorang delay setengah jam, so kitorang meronda kedai2 tu sebelum masuk boarding hall. Dah tak tahu nak ke mana lagi, baru kitorang masuk. Mamat immigration tu terlebih ramah pulak, tanya aku ke mana aje kat Lombok ni. Bila aku listkan, terkejut dia. Dia sendiri pun hampir tak tahu tempat yang aku pergi tu.


Sebab lapar kitorang beli nasi lemak. Alhamdulillah, ada orang belanja pulak tu. Double kenyang.

Lepas makan aku cuba untuk tidur, tapi tak berapa nak berjaya. Turbulence dan air pocket kali ni agak menakutkan. Kalau dulu turbulence tu aku relaks je, tapi bukan sekarang. Bila tengok Izza kat sebelah yang relaks macam tak rasa apa2, aku bertambah cuak. Entah apa2 lah.

Aircraft landed nearly to 4.00 pm. Dari parking bay tempat kitorang disembark nak keluar jauh giler kena menapak. Untungnya tak perlu tunggu lama untuk claim baggage. Aku dan Izza berpisah kat depan kaunter ERL. Aku ambik ERL ke KLIA dan Izza nak naik bas ke KL Sentral. 

Sampai KLIA, parking area lengang. Jumpa balik dengan si kuning lepas seminggu ditinggalkan. Alhamdulillah, berakhirlah perjalanan kitorang walaupun lain dari apa yang kitorang rancang sebelumnya. Next entry aku akan share details pasal hotel dan tour guide. 


2 comments:

  1. kak.
    apa nama kedai borong kacang mete& kedai pakaian kat Mataram tu?
    minggu depan kami nak pergi sana dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai borong kacang mete tu kalau tak silap Phoenix Food Mataram, lokasi tepat tak ingat. yang pasti tepi jalan je menghala ke mataram, belah kanan.
      kedai pakaian tu memang clueless, yang saya tau area mataram. jalan dia macam masuk area rumah kedai banyak2, tapi area situ semua kedai jual grosir (borong). tanya orang boleh jumpa rasanya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...