Sebelum terlupa, aku listkan semua entry ke Lombok edisi trip pasrah mengikut turutan. Harap2 ada antara entry ni dapat membantu korang yang nak ke sana.
Senarai entry:
Hotel:
Sepanjang kat Lombok ni kitorang menginap di 3 buah hotel yang berlainan, tak termasuk berkhemah di Bukit Pergasingan. Tapi tak payahlah korang nak speku, sebab aku bukan cari hotel termurah. Dalam trip kali ni kitorang cari hotel yang selesa. Badan dah penat2 siangnya, biarlah malam tu tidur lena kat tilam empuk. Kadang2 aku nakkan keselesaan dan privacy, kadang2 okay je stay kat dorm, kena tengok mood. Dalam 3 hotel tu, hanya satu hotel je yang aku ambik gambar. Bila nak buat entry ni baru aku perasan takde gambar.
1. Grand Senggigi Hotel
Malam pertama tiba di Lombok, kitorang dibawa ke hotel ni. Masa tu hotel ni dah termasuk harga pakej ke Bukit Pergasingan. Masuk je dah tau hotel baru sebab bau perabot masih ada. Tapi aku suka hotel ni sebab bilik spacious, bilik air pun luas walaupun takde bathtub, ada tv, meja tulis dan almari. Staff pun okay. Aku suka lokasinya, tepi main road tapi agak jauh sedikit dari Senggigi centre.
Sebab hotel ni okay jugaklah, hari2 last tu kitorang stay kat sini je. Malas dah nak redah cari hotel lain. Harga semalam waktu kitorang stay adalah Rp 275k untuk bilik view jiran sebelah another guesthouse yang terlindung dari mainroad. Kalau view swimming pool Rp 300k per night.
Bilik air yang complete dan luas.
Grand Senggigi Hotel
Jl. Raya Senggigi KM 12
Lombok
Tel: +623706194039
2. Hotel Bumi Aditya
Bilik ni Izza booking dari KL untuk semalam. Kami stay kat fan room dan rate semalam yang kitorang bayar adalah Rp 175k. Lokasinya memang dalam area Senggigi centre tapi kena masuk ke bahagian dalam. Jalan sempit, sunyi dan gelap. Agak bahaya kalau nak keluar malam2.
Bila dah masuk bilik, aku kecewa bila pintu tak boleh kunci dari dalam. Palang untuk selak pintu rosak dan aku tak rasa dorang tak nampak masa bersihkan bilik. Bilik luas, tapi nampak usang. Bilik air pun tak semenggah. Tapi kalau korang ambik air-cond room mungkin tak macam ni kot. Sebabnya bilik untuk air-cond tu kat bangunan baru.
3. Pondok Asri
Bilik kat hotel ni kitorang terjah je, area awal2 masuk Senggigi sebelum Grand Senggigi Hotel. Semestinya lebih jauh dari Senggigi centre. Silap aku jugak masa check bilik ni, tak tengok betul2. Bila dah masuk bilik baru perasan itu ini kurang. Elok dah bayar untuk 2 malam, aku mintak refund lagi semalam tu.
Rate fan room yang kitorang stay adalah RP 200k per night. Aku tak suggest kalau korang nak stay kat sini. Macam tak berbaloi dengan duit yang korang keluarkan. Tapi dengar khabarnya, hotel ni akan diupgrade, so mungkin lepas ni keadaan berubah kot. Lokasi belah kiri tepi mainroad menghala ke arah Senggigi.
Tour Guide dan Transport:
1. Lombok Hafala
Masa cari pakej ke Bukit Pergasingan dalam masa yang terhad dulu tu, Lombok Hafala antara yang cepat respond dan harga yang dorang mintak pun tak setinggi mana. Pemiliknya Mas Azhari atau kitorang panggil Mas Ari je. Alhamdulillah, dia jaga kitorang dengan baik. Begitu jugak dengan assistant beliau, Mas Sopyan.
Aku suka Mas Ari sebab dia cuba fulfill kehendak kitorang dan quotation yang dibuat ada pecahan, so senang kalau nak tambah atau kurangkan pape. Highly recommended kalau korang nak peace of mind sewaktu di Lombok.
Lombok Hafala Tour
Email: azhari31@yahoo.com atau info@lombokhafala.com
Mobile: +62 8133 870 3977 (WhatsApp available)
+62 8190 749 7190
Website: www.lombokhafala.com.
2. Klapo Tours
Aku memang tak tahu kewujudan Klapo Tours sehinggalah Zilla yang bagitau. Rupanya dah glemer mamat ni kat fb, aku je yang tak tau. Kitorang join open tour ni sehari je. Since open tour, makanya kitorang bergabung dengan group lain dan harga pun jadi lebih murah.
Okay je kalau korang nak ambik tour dengan Didan, aku recommended lah. Cumanya kalau nak join open tour haruslah bersedia untuk digabung dalam group yang besar. Oh ya, aku ada jugak mintak quotation untuk Bukit Pergasingan, harganya lebih tinggi sikit dari Mas Ari.
Aku cuma contact Didan through fb je. So, kalau berminat boleh cari beliau di fb: Didan Yamazaki Yuza.
3. Car Rental Lombok
Masa duk cari info pasal nak sewa kereta kat Lombok, aku terjumpa website Car Rental Lombok. Aku cuma fill up form kat bahagian contact us dan tak lama menunggu, Pak Surya dah respond kat email aku. So, urusan selepas tu adalah melalui email semata.
Daihatsu Ayla yang kitorang dapat on second day. Masa aku sewa dulu, sehari Rp 220k self drive, tapi sekarang ni aku tengok harga dah naik Rp 50k.
So, itu je yang aku boleh share dengan korang based on service yang aku guna sepanjang kat sana. Kalau ada nak tanya further details, boleh email aku.
Dah ready? Welcome to Lombok
akan ke Lombok bulan Jan. dan sudah book kereta dengan Pak Surya untuk 3 hari.. Mendaki Bukit Merese. Menapak ke Bukit Payung. Pantai Nambung. Sembalun... cuma nak tanya.. sana Waze berfungsi tak?
ReplyDeleteHari tu kami guna waze dan google maps, tapi tak membantu sangat. As a back up, kami berhenti tanya direction kat locals. Kalau dari town ada banyak signage yang membantu jugaklah.
Deletememang dalam senarai dah (kononnya), nak pegi tiu kelep, sendang gile, nambung, merese, batu payung, sembalun dengan cara redah sendiri, drive sendiri.. jumpa pulak blog yang dah pegi.. memang jadi panduan la... tq
Deleteboleh tu. agak2 tak jumpa tanya je locals, dorang helpful..
Deletesendang gile, tiu kelep dengan sembalun boleh pergi sekali redah je. merese, bukit payung boleh combine dengan pantai kuta. tapi nambung tu jauh dan arah bertentangan dengan batu payung dll tu. tapi bila drive sendiri boleh adjust nak tido mana, senang.
most welcome
terima kasih.. sudah selamat ke Lombok dan hari ini kembali mereput di office..
ReplyDeletesama-sama...
Deletemacam mana Lombok? harap2 semuanya berjalan lancar...
=)
lancar kak alhamdulillah.
Deletecuma tu lah. plan nak perginya banyak.. macam-macam pantai macam-macam gili.
tapi tak mampu nak sampai semua.. kekangan pada masa dan jarak antara satu sama lain...