tuan rumah

Aku suka merapu meraban, suka jalan2, suka makan tapi tak suka masak. Juga suka membebel tak tentu pasal. Aku start tulis blog hujung tahun 2008, masa tu aku rasa aku perlukan sesuatu untuk simpan kisah2 yang berlaku di sepanjang perjalanan hidup aku. Asalnya aku cuba menulis diari, tapi bila susah nak track apa yang aku tulis, aku jadi bosan. Sememangnya aku cepat bosan.

Sekarang ni kegilaan yang masih ditahap boleh kawal adalah gila nak travel. Pantang ada offer tiket murah sebab aku tak mampu nak beli tiket mahal laju je tangan nak klik tang make a booking tu, haih! Aku melibatkan diri dalam aktiviti jalan2 cuci mata ni baru lagi, agak terlewatlah jugak. But better late than never, tak gitu? 

Blog aku ni tak fokus pada satu perkara sahaja. Apa2 yang berlaku dalam hidup aku dan aku rasa aku nak share to public, aku akan jot down kat sini. Kalau terlalu peribadi aku simpan sendiri aje. Aku tak paksa orang baca blog aku, tetapi kalau korang sudi singgah dan baca aku ucapkan 'selamat membaca bebelan aku dan terima kasih di atas kesudian anda.'

Kalau korang rasa tak suka, aku tak kisah sebab apa yang aku tulis adalah untuk kepuasan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Kalau ada yang nak bertanya khabar macamlah ada boleh je send email ke anne_rmz@yahoo.com.

Anne

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...