Saturday, May 28, 2016

menara kl | menuju ke puncak

Entry ini adalah kesinambungan dari menara kl | edisi lawatan tapak.


Sehari selepas edisi lawatan tapak ke Menara KL, adalah merupakan hari penentuan sama ada aku berjaya menuju puncak atau pun tidak. Pukul 5.00 pagi aku dah sampai kat Putrajaya Sentral, dan kemudiannya kitorang car pool ke KL. Macam tahun lepas, kitorang tumpang kat office Dayah untuk selesaikan segala urusan yang tertunggak. 

Punyalah cuak sebab masa aku kat tandas, jelas kot mc announced runner Category A to be at starting point. Berdebar2, perut penuh kupu-kupu. Padahal tahu turn kitorang lambat lagi, tapi tetaplah cuak tak memasal. Nak buat urusniaga pun tak selesa.

Lepas dah settle semua baru kitorang ke tapak permulaan. Cuak seh bila tengok dorang dah start berlari, lagi cuak bila tengok ada yang dah dapat medal. Nak menunggu turn kitorang punyalah lama. Sempatlah beraerobic dengan instructor dari Celebrity Fitness. Itu pun movement sesuka hati. Orang ke kanan, aku ke kiri.


Hari dah terang, menara pun dah jelas kelihatan. Cantik pulak bila ada contrails dengan background langit yang biru.


Last picture sebelum kitorang dilepaskan. Orang2 kat belakang ni cuma nampak tangan ajelah.

Masa ni aku tak sekali dengan dorang. Dorang berempat tu dah mulakan larian almost one hour dah, ntah2 dah sampai ke puncak pun. Aku berlari masa awal2 tu je, bila dah sampai kat selekoh atas tu aku dah start berjalan. Lebih2 lagi bila aku tengok ramai yang turut berjalan.

Kali ni kat tangga takde lah sesak sangat, mungkin sebab peserta dilepaskan sikit2 dan jarak antara satu group dengan group lain tu lama jugak. Masa kat second water station aku nampak ada peserta pengsan, terbaring atas strecther. Tak jauh lepas tu aku terserempak dengan Izza dan aku tinggalkan dia kat belakang.

Macam biasa bila dah nampak TH00 hati dah berbunga riang. Nak ambik gambar pun malas, dalam kepala asyik fikir nak cepat2 habiskan mendaki anak tangga tu je. Belum pun sampai kat anak tangga yang terakhir tu, dah ada yang hulurkan medal. Lepas clock timing aku tanya volunteer tepi tu, mintak air sebenarnya. Kecewa sebab air dah habis, dia suruh turun ambik air kat bawah tempat tunggu lift nanti. 

Turun ke bawah guna tangga lain dari tangga yang naik tu. Tapiii..... punyalah seksanya masa nak turun tu. Tangga tu dah basah! Pastu ada cawan air kat tepi2 dinding, tepi tangga. Tahun lepas elok je, tak basah pun. Dah satu keje pulak nak kena turun pelan2, silap langkah kang ada yang tersungkur kat tangga. Masuk kat ruangan menunggu lift, punyalah ramai yang tunggu turn. Aku naik tak sampai pun sejam, tapi tunggu lift nak turun ke bawah lebih sejam!

Masa turun ni aku terpisah dengan Izza, dia dah tertolak ke depan dan aku dapat next turn. Tapi takde lah lama mana pun. Masa aku sampai bawah tu, dorang semua dah ada. Kebetulan kat bawah tu ada food truck, dan dari jauh aku dah nampak sesuatu. Happy giler bila nampak lori milo! Dah dapat 2 cawan milo baru aku ushar keliling. Takde lah ushar beria sebab semalam pun dorang ni dah ada. 


Sebahagian dari food truck yang ada kat perkarangan Menara KL. Kitorang tapau makanan dan makan kat situ. Kelaparan kot. Konon nak tapau durian crepe sebelum balik pun terlupa. Kesal pulak rasanya bila Izza kata durian crepe tu sedap, haish!


Dah settle makan, kitorang bergambar. Boleh pulak aku lupa nak snap gambar medal berlatar belakangkan menara macam tahun lepas.


Medal tahun ni tak cantik bagi pandangan mata aku! Aku lagi suka design tahun lepas.


Gambar terakhir dalam perjalanan nak balik menuju ke kereta. Korang perasan tak besi yang terjulur keluar kat puncak menara tu? Itulah skybox baru yang dalam pembinaan. Kata staff Menara KL, skybox baru dalam construction tu lagi jauh jaraknya dari base menara. Skybox yang sekarang ni opposite dengan besi cerucuk yang terkeluar tu. 

Aku kecewa betul dengan organizer tahun ni. Dah lah registration fee mahal berganda, goodies bag pun takde isi macam tahun lepas, event pun tak smooth macam tahun lepas. 
  1. Kat starting point dorang sediakan roti, tapi air kena ambik kat atas. Harus tercekik dulu nak sampai kat tempat air.
  2. Area tangga ada yang bawak air dan tangga basah. Memang bahaya especially dah hujung2 tu runner dah kepenatan. Tak memasal boleh jatuh. Pastu takde pun volunteer yang jaga dan monitor keadaan.
  3. Menunggu lift adalah satu azab yang tak terduga. Last year takde lah sesak sangat masa tunggu turn nak turun.
  4. Kat ruangan lift tu jugak air menitik jatuh dari pipe water sprinkle for fire emergency. Bukan menitik kat tempat sprinkle tu, tapi sepanjang batang paip. Tak tau penyebab air menitik, either sebab takde maintenance atau sebab heat dari runner naik ke atas dan terbentuk wap air lalu menitik jatuh ke bawah. Tak selesa kot.
  5. Kat finishing line patut sediakanlah air, jauh kot dari last water station nak ke sampai ke atas. Oh ya, air dorang sediakan tapi tak cukup. Patutnya kenalah sediakan air secukupnya. 

Dah 2 kali aku join, tahun depan tak sure lagi. Kalau registration fee turun mungkin aku join. Kalau mahal macam tahun ni, aku skip ajelah. Tahun ni aku gigih jugak sebab kekonon nak training untuk projek angan tak sudah. Apa pun syukur sebab aku tak sakit kaki kali ni... =)


Wednesday, May 25, 2016

menara kl | edisi lawatan tapak

Sabtu 14 May, kitorang konon2 nya nak trekking di Hutan Simpan Bukit Nanas, dah settle tu nak terjah Menara Kuala Lumpur. Masa kitorang sampai pagi tu, kami terus parking dalam kawasan menara. Masa tu dalam pukul 8.00 lebih. Sekali tengok pagar ke Hutan Simpan Bukit Nanas masih berkunci, padahal kat notice board terpampang tulis bukak pukul 8.00 pagi. Bila tanya security guard kat situ, katanya rules baru dan dorang bukak pukul 10.00 pagi. 

Sebab dah set nak trekking kat situ, bila tak bukak lagi kitorang takde backup plan. Nak tunggu ambik race kit, pun pukul 10.00 pagi jugak baru bukak. Bila dorang ajak jalan2 tawaf menara, aku follow. Peniaga baru nak bukak stall, tukang cuci tengah bersihkan floor masa kitorang naik. Aku pusing cari tempat nak collect race kit, walaupun tahu lambat lagi tapi tetaplah nak ushar keliling. Mana tahu kot2 dorang bukak awal. Dalam pukul 9 camtu, ada rombongan sekolah sampai. Meriah sekejap dengan dorang.

Pukul 9.30 kaunter untuk collect race kit dah bukak, selain kitorang dah ada jugak peserta lain yang menunggu. Dah settle tu, dalam kitorang plan nak balik, sekali staff Menara KL bagitau ada offer untuk naik ke skydeck dan skybox. Normal price RM 75.00 per pax, tapi untuk runner harga RM 20.00 per pax. Tapi boleh guna sampai 9.00 malam 15 May sahaja. Dah alang2 ada kat situ dan takde plan lain, kitorang beli ajelah.


Kuala Lumpur nampak berjerebu pagi tu, view dari level skybox.

Nak masuk dalam skybox tu kena queue, masa kitorang sampai tu ada 2 orang kat dalam tu. Kemain brader berdua tu posing, siap baring bagai. Yang beratur tunggu turn sekali dengan kitorang ramai jugak. 

Ada sorang security yang jaga kat situ. Maximum 6 orang dibenarkan sekali masuk, kanak2 bawah 13 tahun memang tak dibenarkan jugak. Kasut dan selipar kena bukak, tinggal kat tepi tu je. Beg pun kitorang letak tepi tu jugak. Pakcik security tu bagi pesanan penaja sebelum masuk dalam kotak tu. Tak boleh sentuh dinding kaca, tak boleh melompat katanya. Dah masuk dalam, kitorang malu2 pulak nak bergambar. Sebabnya segan bila tengok ramai sangat yang duk perati kitorang dari luar.


Tiket promosi dah ditukar dengan tiket standard.


Memandang ke bawah.


Kuala Lumpur dari Skybox, KL Tower.

Keluar dari skybox tu, kitorang lepak2 ambik gambar KL kat deck tu. Keliling memang berpagar, tapiii pagarnya tak dikunci pun. Masa kitorang lepak2 situ, ada couple foreigner ni selamba je bukak pagar dan ambik gambar kat luar. Tak lama lepas tu baru security datang, aku rasa akak yang tegur tadi report kot. Kat level ni aku rasa point dorang buat base jump, sebab aku ada nampak marking kat edge.

  
Berjaya Times Square kat tengah2 tu.


Boleh nampak Sempang Airport kat hujung sana, the first airport in KL and now remain as the only airport within boundaries of KL Federal Territory.

Opposite dengan skybox sekarang ni, dorang tengah construct another skybox. Tapi yang ni lebih terkeluar dari skybox yang first ni. Aku lupa pulak nak snap gambar, kalau tak boleh share kat sini. Even nak snap gambar skybox alone pun boleh lupa. Bila panas dah makin terasa, kitorang turun ke observation deck pulak.


Hutan batu.


Aku tak tahu bangunan apa kat bawah tu. Tapi satu tu masih dalam construction. Makin sesaklah Kuala Lumpur.


Budak2 sekolah yang ikut rombongan tadi semua ada kat observation deck ni. Ni aku saja ambik kat tempat yang tak ramai, belah aku masuk tadi sesak dengan bebudak ni. Macam manalah cikgu dorang handle ramai2 camni, aku duk perati macam2 perangai ada.

Sekali Ita bagitau tiket parking hilang, aku memang langsung tak ambik tahu pasal tiket parking. Kelam kabut selongkar dalam beg, dalam poket segala, tetap tak jumpa. Bila Kak Hana tunjukkan parking tiket dorang, baru aku perasan aku ternampak kertas macam tu masa kat atas. Aku buat tak tau jelah sebab nampak macam resit. Bergegas aku dengan Ita naik ke atas, penalti RM 50.00 tu kalau hilang. 

Kebetulan masa sampai kat atas tu, ada orang tengah menyapu. Cepat2 tanya dia ada nampak ke tak, sempat aku intai dalam bekas sampah dia kot2 ada. Bila confirm takde kitorang ke open area sambil mata melilau. Dalam risau tu aku terpandang kertas putih. Bila mendekat, sah tu tiket kami. Tapi jauh kat luar pagar, hulur tangan pun tak sampai. Tengah fikir cemana nak buat, nampak security datang dan kitorang panggil dia. Dia tolong kuis guna antenna walkie talkie. Dah dapat tu kitorang turun ke observation deck balik.


Menara berkembar Petronas, last shoot sebelum balik.

Jujurnya, dah berbelas tahun aku bermastautin di Selangor. Since zaman study aku dah nampak KL Tower ni. Tapi kali pertama aku jejak kaki ke KL Tower ni tahun lepas, itu pun sebab towerthon dan lepas tu takde pun nak explore lelebih. Bila fikirkan entrance fee tu yang mahal bebenor, memang gigil jugaklah nak keluarkan duit. Tapi bila dah ada promotion macam tu, rugi jugaklah kalau dilepaskan peluang. Cuma aku rasa skybox tu lagi cantik kalau datang waktu malam, mesti meriah dengan lampu2. 

Kalau tanya aku, pergilah melawat. Negara orang gigih pergi, pejam mata keluarkan duit, tapi negara sendiri nak berkira. Eh, tu untuk aku. Sebab Q1 yang jauh nun di sana pun dah lama aku jejak, kat tanah air sendiri baru je sampai. Oppsss!


Wednesday, May 18, 2016

pine tree hill | seksa belum berakhir

Entry adalah sambungan dari pine tree hill | mendaki ke puncak.


Tak lama kitorang kat peak ni sebab guide ajak pergi twin peak. Kata Yam one of our guide, setengah jam dah boleh sampai ke twin peak dari peak ni. Nanti kitorang akan makan kat sana. Peak, view terhad sebab separuh dilindungi oleh pokok2 tinggi. Kalau twin peak, boleh lah view 360 degrees dari puncak tu.


Mosses kat batang pokok yang tumbang.

On the way ke peak tadi laluan kering, so takde lah risau sangat takut jatuh sebab licin. Tapi, laluan ke twin peak ni agak basah, kena hati2 bila melangkah takut tergelincir. Kat bahagian ni jugak dah start ada lumut sikit2, takde lah sebanyak dan secantik Irau. Elok sampai kat twin peak, aku terus bukak bekal makanan. Badan dah gigil kelaparan, tak pernah2 aku kelaparan sampai macam ni sekali. Tengah makan, kabus tebal cover kawasan peak, tak nampak dah view. Tak lama lepas tu rintik2 hujan turun, cepat2 aku habiskan makan dan ambik gambar. Dapat sekeping dua pun jadilah, cukup sebagai bukti aku dah sampai twin peak.


Kabus tebal memang tak nampak apa, tapi tengah2 tu terang pulak.


Ketinggian twin peak, tak jauh beza dengan peak. Tapi jarak boleh tahan jauh jugak dan ada turun naik. Laluan belah kanan tu tempat kitorang lalu. 

Dah ambik gambar, aku cepat2 turun sebab tak nak tersangkut dalam hujan. Kat twin peak ni nak kata confirm view boleh dapat 360, tak jugak lah. Ada sebahagian kecik pokok agak tinggi. Kedua2 peak tidaklah luas mana, kalau ramai yang datang serentak memang sesak jugaklah kat atas tu. Masa on the way balik ni terserempak dengan few peoples yang nak ke twin peak, dari group kitorang.


Sampai ke sini si kura2 ni berjalan. Actually dorang letak banyak notes ni di sepanjang trail, sebagai penanda laluan. Kalau korang terpisah dengan kawan2, follow je notes ni. Insya Allah, jumpalah tu.


Ini sebahagian dari laluan nak ke twin peak dari peak. Bertabah lah ye sebab aku ambik gambar masa balik, masa pergi risau kena tinggal, so kena jalan cepat2.

Masa aku dah sampai kat simpang ni lepas turun dari twin peak, dorang dah ramai kat sini. Ada yang baru sampai dan nak gerak ke twin peak, dan ada jugak yang just lepak2 tunggu kawan sebab tak larat nak ke twin peak dah. Lepas rehat sekejap, aku decide nak turun dah. Kalau boleh aku nak tinggalkan Fraser Hill sebelum gelap. Kat sini aku dah jumpa balik dengan Izza dan kitorang sama2 turun bila dia tak nak ke twin peak. 

Nak turun tebing curam bertali tu punyalah lama. Awal2 tu bagi laluan dekat orang terakhir naik, lepas tu sorang2 turun. Itupun bila dah lepas separuh laluan, the next person start turun. Nak turun memang menguji kesabaran. Masa aku dengan Izza dah start berpatah balik, Along masih kat atas. Dia nak rehat sebab mengantuk katanya.

Awal2 tu kami ramai2 lagi berjalan, sambil2 tu berborak. Bila tetiba hujan turun, cepat2 kitorang keluarkan raincoat. Tak sampai 5 minit, hujan dah jauh tertinggal. Rimas kot berjalan pakai raincoat, agak2 hujan dah takde kitorang simpan balik raincoat. Masa tu Along baru sampai kat tempat kitorang, dia sempat tido kat atas katanya. Sebab kitorang memang slow, dia jalan dulu tinggalkan kami. Masa ni dari ramai2 tadi, dah tinggal kitorang berdua dah.


Masa datang tadi ramai sangat yang nak bergambar kat sini, so aku simpan dulu dan ambik masa balik. Dorang siap panjat bergambar kat atas tu lagi.

Dari sini nak ke tangga batu yang kedua masa datang tadi punyalah lama. Aku rasa dah penat berjalan, still tak sampai2 lagi. Dah banyak batang pokok tumbang yang kitorang panjat, pun tetap tak jumpa tangga batu tu. Masa kitorang sampai kat tangga tu, Ciklin dengan Apai tengah berehat kat situ. Masa ni Izza dah gerak dulu, aku pulak berhenti makan roti dan minum kat tangga tu. Aku rasa kebuluran yang amat sangat kot, air pun aku berjimat cermat takut kehabisan sebelum sampai ke kereta.

Masa aku dah siap makan dan naik tangga tu, Izza dah jauh tinggalkan aku. Langsung tak nampak dah bayang2 dia. Since laluan banyak mendatar, laju2 aku paksa kaki untuk melangkah. Lagipun rasa bersalah bila Apai tunggu aku naik tangga tadi. Dia pulak ganti jadi sweeper kat belakang. 


Yang ni spesies berbulu pulak, besar kot saiznya.

Bila aku dah berjaya kejar Izza, aku dah slow down balik. Trail takde lah seteruk yang tadi walaupun laluan ada turun naik. Masa sampai kat batu penanda tu, aku biarkan dorang jalan dulu dan aku menyimpang ke arah batu tu. Masa datang tadi masing2 berebut nak bergambar, kali ni aku tak perlu nak tunggu giliran.


Batu penanda ni bertulis Pahang belah sini dan Selangor kat sebelah sana. Kedudukannya tersorok sikit dari laluan hiking, belah kiri masa naik.

Jenuh berjalan dari batu penanda tu baru jumpa tangga batu yang first kitorang turun pagi tadi. Memandang ke atas, rasa macam nak nangis. Masa ni dorang berhenti rehat kat anak tangga yang pertama. Aku gigih daki perlahan2, melangkah dua anak tangga, rehat kejap.


Ni dah separuh aku naik baru aku ambik gambar. Bayangkan dengan kaki yang penat nak daki anak tangga ni. Silap hari bulan mau merangkak naik.

Dah sampai atas ingatkan dah dekat, sebab rasanya pagi tadi takde lah sejauh ni berjalan. Bila jumpa papan tanda tulis lagi 800 meter ke pintu masuk, aku rasa nak nangis. Penatnya tuhan je yang tahu, dah takde daya dah. Aku berjalan perlahan2, tinggalkan dorang kat belakang. Aku aim nak sampai ke kereta sebelum pukul 6.00 petang. Alhamdulillah, target aku tercapai.

Masa nampak pintu masuk, hati rasa nak menjerit sekuat2nya. Happy giler sampaikan rasa nak menangis. Aku tukar pakai selipar dan rehat sementara tunggu Izza sampai pastu gerak ke masjid untuk pick up Along. Izza sampai tak lama lepas tu. Nak dijadikan cerita, kitorang sesat barat masa nak turun ke masjid. Pagi tadi laju je follow orang depan, tak tengok sekeliling. Masa balik rasa jalan dah berubah jadi lain, aduyaiii.

Kitorang terus balik, takde singgah memana. Lepas drop Izza dan Along, aku terus drive balik ke rumah. Kalau boleh nak terbang balik, mandi dan berehat. Hiking dari entrance ke peak aku ambik masa 3 jam, peak ke twin peak setengah jam for each trip. Tapi dari peak balik ke entrance aku ambik 4 jam! First time kot aku ambik masa lebih lama masa balik, ikut laluan yang sama.

Pine tree hill ni takde lah tinggi sangat, sebab starting point itself pun dah tinggi. Tapi trail yang turun naik tu memang terbaiklah. Buat aku rasa nak menangis terseksa. Kata Yam total trail ke peak pergi balik dalam 14km, campur dengan twin peak aku rasa aku dah berjalan lebih 15km untuk hari tu. Walau kaki dan badan aku terseksa seminggu, aku tak menyesal. 


Sunday, May 15, 2016

pine tree hill | mendaki ke puncak

Tahun ni aku tak ke mana2 masa birthday. Ingatkan nak balik kampung, tapi bila ada kawan ajak hiking, dah tentu2 aku tergoda. Susah kot nak tolak sebab aku memang dah lama teringin nak ke sana. Ni kiranya pucuk dicita ulam mendatanglah. 

Plan nak hiking hari Ahad Labor Day. Awal2 pagi dah nak start hiking, kononnya. Jenuh Sabtu tu aku tunggu hujan reda, nak keluar bermalam kat rumah Izza. Takde lah esok aku terkejar2. Pukul 4 pagi lebih kurang, kitorang bertiga bergerak menuju ke Fraser Hill. Aku yang drive, tapi Izza yang jadi navigator. Kalau tak memang sesat barat lah nampaknya. 

Kitorang singgah beli bekalan kat 7 Eleven Kuala Kubu Bharu, kemudian singgah minum kat mamak tepi tu sambil tunggu another kawan sampai. Since Subuh dah nak masuk, kitorang decided singgah kat masjid dan proceed our journey lepas solat. Nak menyampai ke Bukit Fraser, harus Subuh dah habis.


Masjid Kuala Kubu Bharu tempat persinggahan. Sempat tumpang toilet kat masjid ni.

Kemudian kami terus ke Bukit Fraser. Jalan masih gelap, memang kena extra careful. Lebih2 lagi aku memang tak biasa jalan tu. Mujur jugak aku tak speeding dan sempat mengelak bila tetiba ada kereta dengan lajunya keluar simpang dan pancung depan kereta kitorang. 


Masjid Bukit Fraser, tempat kitorang berjumpa dengan yang lain2 sebelum bergerak ke starting point. Sempat kitorang pegi tapau nasi lemak kat kedai belakang masjid ni. Cuma tak sempat nak rasa roti canai dorang.

Kami kemudiannya car pool ke starting point. Kata kak Liza organizer kat atas susah nak parking. Memang pun, kitorang belasah je parking kat tepi2 tu. Yang double park pun ada jugak, nasiblah kalau orang yang block tu balik lambat. 


Starting point a.k.a entrance. Masa ni kupu2 dah penuh dalam perut, risau kalau2 tak mampu nak ke peak.

Lepas guide kitorang baca doa selamat, kami mulakan pendakian. Awal2 tu enjoy lah sebab laluan mendatar lagi, takde turun naik. Bila kemudiannya ada laluan bertangga yang curam, aku dah cuak. Sebab masa nak balik karang confirm bercinta nak daki nih. Lepas laluan datar dan tak jauh dari situ bermulalah pendakian. Kat satu sudut ada batu penanda Negeri Selangor dan Pahang, sebab ramai yang berkerumun nak bergambar, aku proceed dan bercadang nak singgah masa balik karang. 


Masa turun tangga bersimen yang kedua ni, aku dah jauh tertinggal dari group depan dan belakang, aku kat tengah2.

Masa dah sampai bawah, laluan banyak mendatar dan menurun, sempatlah aku kejar dorang kat depan. Aku terjumpa dorang kat tempat halangan batang pokok tumbang. Lepas pada tu dorang dah tak bagi aku jalan sengsorang.


Besar betul benda alah ni. Aku lupa dah apa namanya, dulu masa kecik2 kitorang adik beradik selalu main lawan gegelung siapa yang paling kuat dan bertahan. Dulu2 mana ada gadjet bagai, masing2 menjadi kreatif mencipta macam2 permainan. It was good old days that I missed a lot.


Seksa terakhir sebelum sampai ke puncak. Mujur ada tali, tapi kat sini tak boleh lah nak serbu ramai2. Nak turun lagi seksa sebab ada batu2 kecik yang loose.


Pine Tree Hill ini tidaklah tinggi mana, tapi trail yang turun naik dan jarak sehala lebih kurang 7km tu yang seksa. Lagi seksa untuk orang2 yang tak fit macam aku ni.


View dari peak, ini pun weather tak cantik sebab jerebu. 


Dari sudut berbeza, bahagia jiwa bila dapat tengok barisan bukit bukau covered with trees.

Happy sangat dah sampai puncak, macam2 gaya dorang duk posing. Aku? Macam biasa, ambik gambar pemandangan lagi mengujakan dari ambik gambar sendiri. 

Bersambung...


Monday, May 9, 2016

trip sumut | drama terakhir di medan



Pukul 8.30 pagi baru kitorang keluar tinggalkan guesthouse menuju ke airport. Jarak dari sini nak ke airport agak jauh jugak dan jalan pun boleh tahan macet pagi2 ni. Awan bawak ikut short cut, lalu kawasan pasar dan kemudiannya singgah jumpa Yovie. Lama jugak berhenti tepi jalan tu, sempatlah masing2 gomol anak Yovie. Memandangkan semua orang tak makan lagi, Awan bawak kitorang makan kat Rumah Makan Sambal Ijo.

Service slow kot, rengsa menunggu order sampai. Padahal masa tu takde ramai pun pelanggan. Mujur lepas place order, aku terus keluar ke kedai tepi rumah makan tu. Dapatlah aku beli shampoo dalam paket tu setelah sekian lama duk aim. Senang kot kalau nak travel bawak shampoo tu. Stok aku dah berkurang, itu yang gigih mencari stok baru. Lama jugak aku duk bersembang kat kedai tu, tapi bila balik ke rumah makan, jangankan makanan air pun tak sampai lagi. 


Nasi Timbel versi Sumatera. Aku ingatkan sama macam versi Bandung, tapi berbeza. 

Nasi timbel ni adalah nasi goreng yang dibungkus dalam daun pisang dan dibakar manakala nasi timbel Bandung yang aku pernah makan adalah nasi biasa yang dibungkus dalam daun pisang. Ayamnya digoreng seketul, yang ini dipotong kecik2. Yang pasti sambal ijo ni tak meletup, tak boleh lawan sambal cili yang kat Bandung. Adakah ini petanda untuk aku buat lawatan susulan? Haish!

Aku dah cuak masa on the way ke airport sebab jam dah lepas 12.00 noon. Our flight supposed to be at 12.25 noon. Elok sampai je kat airport, masing2 laju je menuju ke kaunter check in. Bila tengok kat departure display board yang flight delay, lega sikit hati sebab kitorang sampai nearly 12.25 noon. Masa ni baru terasa betapa seminit itu pun berharga. 

Semua dah ready depan kaunter nak check in, sekali nama kitorang takde dalam manifesto. Pulak dah! Berkali2 staff kat kaunter tu cuba key in our details, tapi tetap takde. Dengan masa kecederaan kitorang semua log in wifi segala nak check email Zilla. Since segala urusan termasuk beli tiket untuk trip ni Zilla yang uruskan, kitorang takde lah nak check email lain. End up kitorang terpaksa beli tiket baru dan kitorang ambik flight 8.20 malam. Itu je yang termampu di poket kami.

Mereputlah kitorang kat airport nak tunggu flight malam karang. Bila dah settle hal tiket, masing bawak diri turun ke tingkat bawah. Sebelum nak mereput, eloklah settlekan dulu kewajipan. Sempat aku tertidur masa kitorang melepak kat kerusi tepi tiang. Ngantuk kot. Lepas tu baru aku merayau dengan Dyl sebab dia nak cari bika ambon. 


Kami melepak kat A&W menunggu Maghrib dengan ditemani 3 rootbeer float, 2 fries dikongsi berempat.

Lepas Maghrib kitorang terus ke atas untuk check in dan boarding. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan takde drama dah. Kecuali bila backpack Dyl sangkut kat custom, kitorang cuak. Habis digeledah isi perut, rupa2nya baju basah tu yang machine detect. Mujur officer yang entertain kitorang tu kaki outdoor, sempat sembang bagai sambil Dyl packing balik.

Dalam flight aku duk sorang kat row tu. Ingat nak tido, tapi budak perempuan belakang seat aku tu banyak betul soalannya. Jenuh parent dia nak jawab. Terus teringat Sarah yang suka tanya macam2, selagi tak puas hati, selagi itulah dia akan tanya. Last2 mata je aku pejam, tapi telinga tetap dengar macam2.


Aku tak sure area mana, tapi rasanya dah masuk perairan negara. 


Dah semakin hampir ke destinasi.


Masa tengah taxiing menuju ke parking bay. 

Alhamdulillah, selamat tiba di tanah air setelah meredah bermacam drama. Jauh kot nak menapak dari gate, dah lah masa pergi hari tu pun menapak jauh jugak. Ada yang dijemput dan aku and the rest ambik ERL untuk balik. Tapi aku turun kat KLIA sebab kereta aku parking kat situ. Sampai rumah dah nearly midnight, yang penting safe and sound. 

Berakhirlah sudah Trip Sumut edisi March 2016.


Sunday, May 8, 2016

trip sumut | dari puncak si piso-piso, sinabung dan si debuk-debuk

Entry ini adalah sambungan dari trip sumut | selamat tinggal gunung meriah.


Masa bebudak group camping yang lagi satu tu bangun dan bising2, aku tengah ulit mata nak tido. Dorang ramai2 nak panjat bukit untuk sunrise. Since plan hari ni just santai2 je based on undian semalam, masing2 kesiangan. Bila dorang dah start bangun, aku kekal berselimut walaupun dah jaga. Aku dengar je Zilla dan Syaza masak breakfast dengan Awan. Dah bosan baru aku bangun dan terus ke toilet. 

Kat atas ni ada toilet dan air dibawa naik oleh penduduk kampung dan disimpan dalam tong. Aku nampak ada tempat tadahan hujan, mungkin dorang juga turut ambil air dari tadahan hujan tu. Tandas tu takde lah complete sesangat, tapi kalau nak lepaskan hajat tu takde masalah lah. Selesa lah jugak dari langsung takde. 

Lepas makan, masing2 kebosanan tak tahu nak buat apa. Sambil2 keringkan baju, kitorang packing apa yang patut. Pastu sembang macam2 benda. Pulak tu kabus makin tebal, nak ambik gambar memang tak cun lah. Rupa2nya belah pagi view clear, dah masuk tengah hari kabus dah start cover kawasan tu. 


Bunga kuning dan kabus kat belakang.


Bila kabus menghilang, cepat2 aku berkejar ambik gambar. Kena cepat2 sebab kabus ni sekejap je hilang, pastu datang balik.


Laluan yang kitorang lalu malam tadi nak menyampai ke campsite ni. Danau tu berbalam2 je nampak sebab kabus.


Sesekali bila kabus berlalu.


Dapatlah jugak view ni walaupun sekejap.


Jadilah dari langsung takde.

Masa kitorang duk ambik gambar sesambil bersembang tu, ada pasangan bapak dan ibu pemilik kedai makan kat bawah tu naik dengan motor. Sembanglah kitorang, rupa2nya bapak dan ibu tu pernah kerja kat Malaysia. Sedang elok kitorang bersembang, nampak group babi hutan keluar dari tepi tandas. Menjerit masing2. Lepas tu dah jadi satu keje pulak. Bila nampak babi tu datang, kitorang baling batu nak halau. Tak lama lepas tu datang balik, tak takut orang pulak tu. Kata bapak yang aku tak ingat nama tu, 'mentang2 kita tak makan dia, beranilah dia datang.' 

Dah tengah hari bila Awan bangun. Cepat2 kitorang tolong packing, kemas tent dan kawasan sekitar dan susun barang2 dalam kereta. Dah selesai semuanya, kitorang bergerak balik. Dalam perjalanan, Awan singgah di Rumah Makan Ayam Djogja. Memang perut kami dah mula bernyanyi pun. 


Ni lauk yang aku order, cuba untuk lari dari kebiasaan iaitu ayam penyet. Malangnya aku lupa nama dish ni. Aku lebih suka ayam penyet compare to this.

Bila dah kenyang, Awan bawak kitorang melalui perjalanan yang panjang menuju ke Gunung Sinabung. Kawasan sekitar Gunung Sinabung dalam keadaan red zone sekarang ni, tapi kami degil jugak walaupun risau. Few times jugak kitorang berselisih dengan rescue team yang buat pemantauan. 


Gunung Sinabung dari jauh. Kata Awan, lava yang mengalir hari tu belah sana.


Tempat kedua tempat kitorang berhenti ni lagi dekat dengan gunung.


Kami menyinggah ke Danau Lau Kawar. Kata bebudak yang sama2 camping kat Puncak Si Piso-Piso, semalam dorang tak dibenarkan masuk ke kawasan ni.


Jelas kelihatan asap keluar kat tepi tu.


Amaran yang kami ignore. Mujur takde perkara buruk berlaku.


Kesan letusan sebelum ni pun masih boleh dilihat dari kejauhan.

Keluar dari kawasan Gunung Sinabung, Awan bawak kitorang minum kat warung yang dia berhenti malam tadi. Aku lupa nama kedainya, Kedai Kopi something. Elok je kitorang duduk, hujan turun selebat2 nya. Berhari2 aku cari jagung bakar, kat sini baru dapat. Aku cuba minum bandrek halia campur susu, cukuplah sekali. Seksa nak habiskan segelas.


Dalam perjalanan ke permandian air hangat Si Debuk Debuk, setelah meninggalkan kedai kopi kat selekoh tu.


Kat tempat ni banyak dibuat kolam macam gini. So, kalau datang in group boleh ambik satu kolam terus. Bayaran masuk aku tak tanya pulak, sebab Awan yang bayarkan.

Kat sini selain air panas ni, turut disediakan bilik mandi air bersih, bukan air panas. Aku cuma rendam kaki je, malas nak tambah baju basah dan tumpang mandi memandangkan kitorang akan bercamping malam nanti. Surau pun ada, tapi kebersihannya amatlah menyedihkan. On the way balik, Yovie call suruh kitorang bermalam kat guesthouse instead of bercamping.

Malam tu kami menginap di guesthouse yang tak jauh dari town. Esok dah nak balik ke tanah air. Selamat malam semua.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...