Sunday, April 22, 2012

dah siap

Hujung minggu lepas aku tetiba terasa nak tukar pencil case yang aku guna sekarang dengan yang baru. Lepas aku tukar baju baru untuk iron board aku yang dah menipis tu, aku mula buat projek baru. Ada belen kain cross stich dengan benang yang masih berlambak belen projek lepas, aku punggah dan matchkan kain dengan benang. 


Masa aku dah siap jahit corak geometri ni, aku masih lagi takde idea camana nak buat corak lain. Pastu aku duk termenung sambil berangan apa aku patut masukkan dalam kotak2 kosong tu. 


Akhirnya, berjaya jugak aku penuhkan ruang2 kosong yang ada, hehe. Tapi bila dah siap jahit baru aku perasan patutnya aku jahit '=rmz' tu terbalik. Tapi disebabkan aku malas nak bukak dan jahit balik, maka aku biarkan ajelah. Lagi pun aku yang punya.



Lepas tu aku gosok dengan alas bergam yang aku tak tahu apa namanya. Pastu aku alaskan dengan kain cotton belah dalam, bagi tebal sikit. Lagipun alas putih bergam tu lama2 akan menipis jugak nanti. Gambar kecil aku jahit jelujur kasar2 kain cross stich yang berjahit cantik dengan alas bergam yang tak berapa nak melekat dengan kain cotton.


Lepas tu jahit zip di kedua2 belah, bila dah siap baru jahit kat hujung pulak. Dan akhirnya gambar kecik kat hujung tu menunjukkan pencil case aku dah siap. Semuanya ni aku jahit tangan, tapi dijamin kuat jahitannya. Agak2 lepas ni aku boleh ambik tempahan kot, hahaha....

footnote: la ni aku tengah cari idea camana nak buat cover untuk backpack. Takde lah nanti tersangkut strap yang banyak tu kat mana2 masa check in baggage. Hurmm.... oh idea, datanglah padaku...


Sunday, April 15, 2012

penang: day3

Hari terakhir, aku sengaja bermalas2an lama2 kat atas katil. Around 10 jugaklah baru keluar dan terus check out. Beg aku tinggalkan kat hostel.


Gambar bilik sebelum ditinggalkan. Luas jugaklah, memang berbaloi2.


Tangga untuk turun ke bawah, pintu belah kiri ke bilik air, straight ke depan ada bilik lain.


Dari tingkap ni boleh jenguk ke bawah, communal area. Aku suka tingkap kayu ni.


Pasar pagi Isnin di bahagian belakang Pasar Chowrasta.


Pasar Chowrasta di tingkat atas yang lengang tak berpenghuni. Kedai yang bukak pun suram semacam aje. Disebabkan apa yang dicari tak ditemui di sini, aku give up dan berhasrat teruskan perjalanan ke Komtar. Bagi aku, Pasar Chowrasta hanyalah indah khabar dari rupa.


Breakfast untuk kali terakhir di Georgetown, apom yang dimakan dengan kelapa dan samosa. Untuk orang yang cerewet pasal makan macam aku, selama tiga hari kat sini aku terpaksa tutup mata, tutup hidung dan pekakkan telinga. Kalau tidak memang tak makanlah aku. Apom tu aku cuma makan part yang tepi je, yang tengah aku tinggalkan, hehehe. 


Berkali2 aku lalu kat sini. Hari terakhir baru perasan ada masjid. Agak terlindung, memang tak perasan sebab hari sebelumnya aku laju je melangkah. Wakaf Masjid Alimsah Waley, ada sejarah di awal penubuhannya. 


Lebih kurang pukul 2.00 aku balik ke hostel, lepak kat communal area sementara nak ke terminal bas Komtar since dah check out pagi tadi dan flight plak lewat petang. Sambil2 tu aku capture apa yang patut. 


The communal area. Bolehlah, tapi ruang menonton separate dan lagi selesa. Tapi aku lebih suka lepak kat luar, boleh cuci mata gitu, ahakss...


Bangunan ni semuanya hostel. Yang paling meriah yang belah kanan ni. 


Love lane akhirnya ditinggalkan selepas tiga hari aku asyik ulang alik je melalui jalan ni. Sewaktu sampai aku berangan untuk balik dengan cinta baru, maklumlah kata stay kat love lane, manalah tahu kot2 ada cinta yang menyinggah. Tapi hampeh, nampaknya kenalah stay dengan cinta lama.


Akhirnya sebelum melangkah pulang, sempat menikmati assam laksa @ laksa penang kat Pinang KopiTiam kat ground floor of Penang Airport. Kali ni aku rasa berbaloi dan harganya pun reasonable. 

Maka berakhirlah percutian singkat ke Penang Georgetown dengan agenda utama nak carik makan, tapi failed. Flight balik pun delay jugak, adess. Apa pun, semuanya dah selamat dan sekarang ni aku menghitung hari untuk next trip plak. Harap2 semuanya berjalan lancar, ameen.


Friday, April 13, 2012

penang: day2 part2

headnote: entry ini ada banyak gambar, bersabarlah menunggu untuk loading ataupun korang boleh skip aje. Aku tak nak bercerita panjang lebar, biarlah gambar plak yang berbicara.  


Balik dari Bukit Bendera, we straight away proceed to Padang Kota. The bus driver dropped us just before the roundabout. From there I can see this Queen Victoria Clock Tower, located next to the roundabout.


Separuh berpusing barulah jumpa this entrance.


Dari entrance kat atas tadi, jalan ke depan sebelah kiri, jumpa entrance to this fort.


Dah namanya kubu, mestilah binaannya kukuh dan berbentuk kubu. Sebahagian darinya.


Rumah Api setinggin 21 meter ini dianggarkan mempunyai jarak penglihatan sejauh 16 batu nautika. Nama asal sebelum menjadi Penang Harbour Lighthouse adalah Fort Point Lighthouse. 


Barisan meriam di kubu yang menghala ke arah laut.


Ini bukanlah igloo, tapi ini adalah tempat simpanan bahan letupan. Direka dengan bentuk macam kotak pil dan berdinding tebal adalah untuk mengurangkan kesan kerosakan sekiranya berlaku letupan. Pintunya dikunci, jadi tak boleh lah nak meninjau keadaan kat dalam. 


Town Hall, ambik gambar dari jauh, langsung tak lalu kat depan tu.


City Hall ni dibina pada tahun 1903, aku cuma lalu kat sebelah aje.


Belah kanan adalah esplanade, tengah2 laluan jalan kaki, belah kiri orang yang berniaga rojak, buah potong,  mostly makanan ringan.


Akhirnya aku menjamu perut di food court Padang Kota. Char Koey teow ni biasa aje, tapi pedasnya agak menyengat. mungkin sebab guna cili giling, kot. Sepinggan ni harganya RM8.00 which is aku rasa tak berbaloi pun.


Dan pasemboq yang tak seberapa ni harganya RM23.00!


Lepas berjaya mengenyangkan perut, perjalanan diteruskan sebab tak nak bagi lemak berkumpul dengan lebih banyak. Terserempak dengan bangunan ni pulak.


Owh, aku suka tingkapnya! 


Menara yang Pusat Islam, Masjid Kapitan Keling.


Gambar lama yang terletak di perkarangan masjid, belah kanan pintu masuk.


Masjid Kapitan Keling, merupakan masjid yang tertua di Pulau Pinang. Bangunan ini adalah yang dibina semula pada tahun 1910 untuk menggantikan bangunan lama. Kubahnya ada unsur2 senibina India. 


Dalam perjalanan menjejak masjid ke masjid, aku ter'spot' bangunan yang berpenghuni ni. 


Bila nampak menara ni dari jauh, aku dah tersenyum lebar. Ternyata firasat aku tepat! Alhamdulillah...


Korang bacalah sendiri.


Bangunannya macam tak terjaga sangat, sayang sungguh!


Sempat aku capture rumah lama yang berjiran dengan masjid. Unsur2 tradisionalnya masih kekal.


Tak sia2 menapak sambil membakar lemak. Aku terserempak lagi dengan situasi yang rare macam ni. Ala2 pasar lambak yang jual barang2 lama. Ada yang letak atas meja, ada yang cuma bentang kanvas, tikar, kain, kat atas tanah. Macam2 ada, tak terhad kepada satu benda aje. Yang menarik tu, ramai jugak yang berminat nak beli. Habislah aku browse tengok apa yang dijual, manalah tahu kalau2 ada yang catch my eye.


Pasar ni aku tak surelah sama ada setiap petang Ahad sebab hari aku jumpa ni hari Ahad atau ada jugak pada hari lain. Terletak kat Armenian Street, simpang nak masuk ke Muzium Islam.


Rumah Syed Al-Attas yang dijadikan Muzium Islam di armenian Street. Sayangnya masa aku datang ni mansion ni ditutup untuk kerja2 baikpulih. Frust jugak lah...


On the way balik, aku nampak bangunan ni. Aku agak ni mesti kedai emas Habib yang pertama


Aku nampak ni depan hostel. Mamak tuan punya basikal ni lepak mana ntah. Kalau basikal cenggini memang aku boleh kayuh punya, hehehe...


Mee goreng mamak hasil masakan mamak. Tapi sayang, rasanya tak umphh pun.. :(


Sekali tengok macam lukisan mural, dua kali tengok, ini adalah hasil seni yang dihasilkan dari dawai. Menarik dan kreatif hasil seni yang tergantung kat tepi dinding bangunan kat Munthi Street, Buffer Zone. 

Dengan ini berakhirlah hari kedua yang panjang dan memenatkan.  


penang: day2 part1

Disebabkan stail travel aku tak pernahnya nak ikut schedule, semuanya redah sampai sudah, sesuka hati aku decide nak ke mana dan buat apa bila bangun pagi. Awal pagi lagi aku dah dengar hingar bingar kat bawah, tapi volume masih lagi terkawal. 

Lepas bersiap aku akhirnya decide nak ke Bukit Bendera pagi tu. Around 9.00am baru keluar dari hostel. Itu pun aku skip breakfast free kat hostel sebab nak carik makan kat luar dan tanya pasal direction dekat receptionist.  


Old Penang Guesthouse menjadi tempat persinggahan aku selama berada di Georgetown. Yang membuatkan aku benar2 tertarik nak stay kat sini masa surf kat internet adalah kerana bangunannya. Harganya pun tak adalah mahal, within my budget. Aku ambik bas ke Komtar padahal boleh je jalan kaki.


Sementara nak tunggu bas ke Bukit Bendera sampai, aku sempat breakfast kat gerai tepi terminal bas tu. Kuih apom dengan nasi lemak daging. Apom ni kali pertama aku makan. Nasi lemak ni lain bebenor, tak ada sambal pun. Yang ada cuma nasi yang terasa lemak2 sikit dan kari daging. Hanya di Georgetown.

Lebih kurang sejam jugaklah perjalanan dengan bas RapidPenang dari Komtar ke Bukit Bendera. Kesian driver tu, kejap2 aku tanya dah sampai ke belum. Nasib baik ler driver tu baik, dilayan je kerenah aku. Padahal dah berkali2 dia bagitau stesen last. Aku kan susah nak percayakan orang, hehehe... 


Tiket train nak ke puncak. Tunjuk kad pengenalan, maka tiket anda berharga RM8 seorang untuk dua hala. Aku lupa nak tengok harga tiket kanak2 dan bukan warganegara.


Train dah selamat sampai kat atas, stesen terakhir. Masa aku naik ke atas, train ni berhenti kat stesen tengah sebab ada orang yang tinggal kat bukit tu nak turun.  


Pemandangan dari stesen terakhir. Jauh jugaklah nak sampai atas ni, tapi perjalanan tak adalah lama mana pun.


Dari sini maka bermulalah peng'explore'an ke atas Bukit Bendera. 


Laluan ni agak mendaki, penat jugaklah nak menapak. Kalau landai tu tak adalah terasa penat agaknya. 


Laluan tadi membawa ke Guard House ni. Tapi sayang, berkunci dan tak dibenarkan masuk lah pulak. Sekadar ambik gambar kat luar ajelah. 


Masjid Bukit Bendera ni boleh masuk melalui laluan sebelah kanan sebelum Guard House atau pun kena naik tangga melalui taman permainan dan kuil. Masjid ni dibuka dengan rasminya pada 22 April 1966 dengan kos sebanyak $70,000.00.


Ohh.. bunga ni aku nampak kat lereng bukit. Cantik! Tak tahu apa namanya, aku just snap aje. 


Disebabkan tak boleh masuk ke Guard House dan meng'explore' bangunannya, aku persembahkan bangunan ini dari pandangan bawah bukit. Masa ni aku just decided to follow the walking path to nowhere sebenarnya ada papan tanda ke kawasan periuk kera.


Peti surat zaman penjajah ni dibuat di UK dari cast iron oleh A. Handyside & Co Ltd sewaktu pemerintahan Ratu Victoria (1818 - 1901). Tempat asal peti surat ni kat tepi balai bomba Lebuh Pantai, tapi dihadiahkan oleh Pos Malaysia kepada Persatuan Penduduk2 Bukit Bendera pada tahun 2005. Aku jumpa peti surat ni masa dalam perjalanan mencari periuk kera.

Sebenarnya ada kisah yang tak tahu dalam kategori mana masa dalam pencarian periuk kera ni. Dalam halfway walking gitu, tetiba muncul seekor stray dog dari arah belakang. Padahal masa berjalan sebelum tu tak ada pun terserempak. Punyalah asyiknya dia duk mengikut kitorang, kejap2 dia ke depan, kejap2 dia lepak lama2 pastu potong kitorang. Dalam hati Allah saja yang tahu, nampak macam cool aje. 

Masa kat post box atas tu, aku berani nak ambik gambar sebab ada ramai orang dan anjing tu dah lari ke depan. Kebetulan kat depan ada dua orang Chinese yang dah berpatah balik. Punyalah berdoa mudah2an dia ikut mamat dua orang tu. Tapi hampeh, harapan tinggal harapan. Dia duk tunggu kami jugak!

Tengok papan tanda ada lagi dalam 500 meter nak ke tempat tujuan. We made a drastic decision to turn back and not to proceed after few kilometers walked because of the dog! Walaupun anjing tu tetap ikut, tapi disebabkan ada orang lain taklah rasa cuak sangat. Aku lega sangat2 bila anjing tu agak terleka dengan group pompuan yang jerit2 manja takutkan anjing. Lepas tu sempatlah aku ambik gambar apa yang patut sambil mata kadang2 tetap pandang belakang congkak


Since dah tak ada apa yang menarik untuk diexplore, maka kembalilah ke pangkal jalan. Ke stesen untuk turun ke bawah. Aku sengaja pilih koc yang paling depan sebab konon2 nak ambik video masa turun. Tapi hampeh je sebab couple cina kat depan aku boleh plak buat video pastu nak conquer semua ruang. Geram membara je aku dibuatnya, adess! Gambar ni dah nak sampai stesen bawah pun, berjaya jugak aku menyelit dan snap this pic.
  

Well, keretapi Bukit Bendera ditinggalkan akhirnya. Masa ni orang yang beratur kat kaunter tiket boleh tahan ramainya. Nasib baik kitorang datang awal, tak adalah ramai sangat. Maybe sebab hari Ahad, semua orang nak naikkan bendera di Bukit Bendera agaknya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...