Sunday, April 15, 2012

penang: day3

Hari terakhir, aku sengaja bermalas2an lama2 kat atas katil. Around 10 jugaklah baru keluar dan terus check out. Beg aku tinggalkan kat hostel.


Gambar bilik sebelum ditinggalkan. Luas jugaklah, memang berbaloi2.


Tangga untuk turun ke bawah, pintu belah kiri ke bilik air, straight ke depan ada bilik lain.


Dari tingkap ni boleh jenguk ke bawah, communal area. Aku suka tingkap kayu ni.


Pasar pagi Isnin di bahagian belakang Pasar Chowrasta.


Pasar Chowrasta di tingkat atas yang lengang tak berpenghuni. Kedai yang bukak pun suram semacam aje. Disebabkan apa yang dicari tak ditemui di sini, aku give up dan berhasrat teruskan perjalanan ke Komtar. Bagi aku, Pasar Chowrasta hanyalah indah khabar dari rupa.


Breakfast untuk kali terakhir di Georgetown, apom yang dimakan dengan kelapa dan samosa. Untuk orang yang cerewet pasal makan macam aku, selama tiga hari kat sini aku terpaksa tutup mata, tutup hidung dan pekakkan telinga. Kalau tidak memang tak makanlah aku. Apom tu aku cuma makan part yang tepi je, yang tengah aku tinggalkan, hehehe. 


Berkali2 aku lalu kat sini. Hari terakhir baru perasan ada masjid. Agak terlindung, memang tak perasan sebab hari sebelumnya aku laju je melangkah. Wakaf Masjid Alimsah Waley, ada sejarah di awal penubuhannya. 


Lebih kurang pukul 2.00 aku balik ke hostel, lepak kat communal area sementara nak ke terminal bas Komtar since dah check out pagi tadi dan flight plak lewat petang. Sambil2 tu aku capture apa yang patut. 


The communal area. Bolehlah, tapi ruang menonton separate dan lagi selesa. Tapi aku lebih suka lepak kat luar, boleh cuci mata gitu, ahakss...


Bangunan ni semuanya hostel. Yang paling meriah yang belah kanan ni. 


Love lane akhirnya ditinggalkan selepas tiga hari aku asyik ulang alik je melalui jalan ni. Sewaktu sampai aku berangan untuk balik dengan cinta baru, maklumlah kata stay kat love lane, manalah tahu kot2 ada cinta yang menyinggah. Tapi hampeh, nampaknya kenalah stay dengan cinta lama.


Akhirnya sebelum melangkah pulang, sempat menikmati assam laksa @ laksa penang kat Pinang KopiTiam kat ground floor of Penang Airport. Kali ni aku rasa berbaloi dan harganya pun reasonable. 

Maka berakhirlah percutian singkat ke Penang Georgetown dengan agenda utama nak carik makan, tapi failed. Flight balik pun delay jugak, adess. Apa pun, semuanya dah selamat dan sekarang ni aku menghitung hari untuk next trip plak. Harap2 semuanya berjalan lancar, ameen.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...