Friday, April 13, 2012

penang: day2 part2

headnote: entry ini ada banyak gambar, bersabarlah menunggu untuk loading ataupun korang boleh skip aje. Aku tak nak bercerita panjang lebar, biarlah gambar plak yang berbicara.  


Balik dari Bukit Bendera, we straight away proceed to Padang Kota. The bus driver dropped us just before the roundabout. From there I can see this Queen Victoria Clock Tower, located next to the roundabout.


Separuh berpusing barulah jumpa this entrance.


Dari entrance kat atas tadi, jalan ke depan sebelah kiri, jumpa entrance to this fort.


Dah namanya kubu, mestilah binaannya kukuh dan berbentuk kubu. Sebahagian darinya.


Rumah Api setinggin 21 meter ini dianggarkan mempunyai jarak penglihatan sejauh 16 batu nautika. Nama asal sebelum menjadi Penang Harbour Lighthouse adalah Fort Point Lighthouse. 


Barisan meriam di kubu yang menghala ke arah laut.


Ini bukanlah igloo, tapi ini adalah tempat simpanan bahan letupan. Direka dengan bentuk macam kotak pil dan berdinding tebal adalah untuk mengurangkan kesan kerosakan sekiranya berlaku letupan. Pintunya dikunci, jadi tak boleh lah nak meninjau keadaan kat dalam. 


Town Hall, ambik gambar dari jauh, langsung tak lalu kat depan tu.


City Hall ni dibina pada tahun 1903, aku cuma lalu kat sebelah aje.


Belah kanan adalah esplanade, tengah2 laluan jalan kaki, belah kiri orang yang berniaga rojak, buah potong,  mostly makanan ringan.


Akhirnya aku menjamu perut di food court Padang Kota. Char Koey teow ni biasa aje, tapi pedasnya agak menyengat. mungkin sebab guna cili giling, kot. Sepinggan ni harganya RM8.00 which is aku rasa tak berbaloi pun.


Dan pasemboq yang tak seberapa ni harganya RM23.00!


Lepas berjaya mengenyangkan perut, perjalanan diteruskan sebab tak nak bagi lemak berkumpul dengan lebih banyak. Terserempak dengan bangunan ni pulak.


Owh, aku suka tingkapnya! 


Menara yang Pusat Islam, Masjid Kapitan Keling.


Gambar lama yang terletak di perkarangan masjid, belah kanan pintu masuk.


Masjid Kapitan Keling, merupakan masjid yang tertua di Pulau Pinang. Bangunan ini adalah yang dibina semula pada tahun 1910 untuk menggantikan bangunan lama. Kubahnya ada unsur2 senibina India. 


Dalam perjalanan menjejak masjid ke masjid, aku ter'spot' bangunan yang berpenghuni ni. 


Bila nampak menara ni dari jauh, aku dah tersenyum lebar. Ternyata firasat aku tepat! Alhamdulillah...


Korang bacalah sendiri.


Bangunannya macam tak terjaga sangat, sayang sungguh!


Sempat aku capture rumah lama yang berjiran dengan masjid. Unsur2 tradisionalnya masih kekal.


Tak sia2 menapak sambil membakar lemak. Aku terserempak lagi dengan situasi yang rare macam ni. Ala2 pasar lambak yang jual barang2 lama. Ada yang letak atas meja, ada yang cuma bentang kanvas, tikar, kain, kat atas tanah. Macam2 ada, tak terhad kepada satu benda aje. Yang menarik tu, ramai jugak yang berminat nak beli. Habislah aku browse tengok apa yang dijual, manalah tahu kalau2 ada yang catch my eye.


Pasar ni aku tak surelah sama ada setiap petang Ahad sebab hari aku jumpa ni hari Ahad atau ada jugak pada hari lain. Terletak kat Armenian Street, simpang nak masuk ke Muzium Islam.


Rumah Syed Al-Attas yang dijadikan Muzium Islam di armenian Street. Sayangnya masa aku datang ni mansion ni ditutup untuk kerja2 baikpulih. Frust jugak lah...


On the way balik, aku nampak bangunan ni. Aku agak ni mesti kedai emas Habib yang pertama


Aku nampak ni depan hostel. Mamak tuan punya basikal ni lepak mana ntah. Kalau basikal cenggini memang aku boleh kayuh punya, hehehe...


Mee goreng mamak hasil masakan mamak. Tapi sayang, rasanya tak umphh pun.. :(


Sekali tengok macam lukisan mural, dua kali tengok, ini adalah hasil seni yang dihasilkan dari dawai. Menarik dan kreatif hasil seni yang tergantung kat tepi dinding bangunan kat Munthi Street, Buffer Zone. 

Dengan ini berakhirlah hari kedua yang panjang dan memenatkan.  


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...