Entry terdahulu di sini:
Dah alang2 balik ke bilik, sempatlah aku sejukkan badan dan terlena sekejap. Aku keluar balik lebih kurang pukul 5. Hajat nak cari sunset, tapi tak tau kat mana nak tuju. Sudahnya aku berjalan tanpa arah tujuan, yang pasti laluan bertentangan dengan yang aku ambik pagi tadi.
Aku nampak remang senja di sebalik bangunan ni. Gigih aku meredah tanpa arah. Belah sini agak sunyi, tak sesibuk dan sebising area De Tham Street dan jugak Ben Thanh Market.
Berjalan tanpa arah menemukan aku dengan jalan ni. Tetiba aku rasa macam berada kat tempat lain bila tengok pokok2 besar ni gagah berdiri kiri kanan jalan. Oh, aku memang suka berimaginasi.
Dari situ aku berjalan lagi ke arah bertentangan. Trying to get back to the track. Aku jumpa another park, petang2 macam gini memang ramai yang bersenam. No wonder lah orang Vietnam hampir semuanya slim melim. Dan akhirnya aku berjaya kembali ke pangkal jalan area Ben Thanh Market lepas tersesat entah ke mana2. Bila aku tengok orang ramai kat restoran, aku ambik keputusan nak masuk dalam Ben Thanh Market. Niat di hati nak ushar t-shirt sehelai dua.
Kalau siang tadi semuanya smooth, lain pulak malam ni. Masa aku lalu tepi2 tu, sorang minah ni tarik tangan aku dan aku singgah sebab kebetulan stall dia jual t-shirt. Bila aku tanya harga, dia buat tak dengar. Asyiklah dia duk push aku suruh pilih banyak2. Last2 aku ambik 2 helai t-shirt budak yang kualiti so-so aje. Dia insist suruh aku ambik lagi dan aku berkeras nak 2 helai tu je dan lagi sekali aku tanya harga. Dia quote aku VND 380k! Giler! Dia ingat aku bodoh sangat kot, tak reti nak mengira. Dia duk pung pang canang kain dia high quality bagai, padahal takde pun. Last2 aku kata aku nak VND 100k je, bagi aku ambik, tak nak bagi aku blah. Dia bagi jugak tapi dengan muka yang tak puas hati lah. Itu pun kira aku ni baiklah jugak, bagi harga agak tinggi. Lepas tu aku menyesal sengsorang, patut mintak VND 50k je untuk 2 helai tu. Nak menipu tak agak2.
Hati dah panas campur bengang, cepat2 aku keluar dari bangunan tu. Lagipun dorang dah nak tutup dah. Aku pergi dinner kat Restoran Hajah Basiroh lagi, sebab kat situ orang tak ramai. Dah kenyang, aku kembali ke jalan tadi. Tengok dorang tengah busy set up night market kat jalan depan bangunan Ben Thanh Market tu. Aku ushar dari hujung ke hujung sambil ambik gambar.
Panas kot walaupun dah gelap. Aku tengok dorang yang set up stall ni berpeluh2 dan tak berbaju adalah fenomena biasa.
Ben Thanh Market yang tutup di malam hari, tapi tetap bermandikan cahaya.
Kenderaan bersimpang siur.
Nak melintas jalan di waktu malam adalah amat menguji kekuatan dan keyakinan. Lama aku duk perhatikan orang yang melintas dan banyak kali jugaklah cubaan aku gagal. Penat berdiri kat situ, aku beralih kat tempat lain pulak sebelum try dengan cubaan lain. Usaha gigih pasti berjaya. Dan aku berjaya melintas dengan selamat.
Dekat dataran ni pun ramai yang melepak. Meriah.
Traffic menghala ke arah De Tham Street juga sibuk.
Aku balik ke bilik, Kingway dah ada. Masa aku tengah mandi, dengar bunyi bunga api. Kingway tanya aku nak keluar ke tak? Kalau aku dah balik ke bilik, dan tengah mandi nak tidur pulak tu, memang tak lah aku nak keluar lagi. Last2 dengan dia pun tak keluar, padahal beria dia bagitau nak keluar tengok fireworks.
Selamat malam, Saigon. Semoga mimpi yang indah2 sahaja di malam terakhir ni.
dah abes baca semua siri :) cantik jugak ek ho chi minh. ingt tempat shopping semata..
ReplyDeleteNext time nak terjah jugak luar hcm
luar hcmc menarik jugak, itu pun sempat cover sikit je..
Deleteterjah, jgn tak terjah... hihi
=)