Entry terdahulu di sini:
Dalam pukul 12.20 midnight, bas sampai. Dapat seat tengah paling belakang, sama macam seat bas ke Dalat tempoh hari. Assistant bas ni kureng lah. Ada yang dia bagi air, ada yang tak. Mujur aku dapat. Selimut aku ambik sendiri, in fact ramai yang ambik sendiri. Pakcik mat saleh sebelah aku tu penatlah duk buat isyarat mintak selimut, tapi dia buat donno je, last2 pakcik tu bangun ambik sendiri. Mamat assistant bas ni pilih kasih, kalau orang Vietnam naik dia boleh pulak pegi ambikkan selimut tu.
Ada kisah lucu, lepas aku dah selesa baring, naiklah 2 orang makcik minah saleh yang kepoh dan seat dorang depan aku. Masa mamat bas tu pegi belakang ambik selimut untuk minah Vietnam, makcik rambut pendek tarik dari tangan mamat tu. Mamat tu lepas dan dia pi belakang ambik lagi sekali. This time makcik cekeding tu pulak yang tarik. Sambil merengus mamat tu ke belakang ambik yang lain. Padahal boleh je dia ambik banyak2 dan pass kat semua passenger, ini tak. Pemalas yang amat.
Makcik kepoh berdua tu memang kecoh. Dah awal pagi, semua orang ngantuk nak tido, dia boleh gelak2 lagi. Dah lah gelak merenyam, pastu kang kejap sembur perfume itu, pastu test another perfume pulak. Pakcik mat saleh kat sebelah kanan dah jeling2 pun dia boleh buat tak tahu je. Dalam hati duk membebel kat makcik berdua tu, aku terlena jugak.
Few times terjaga, aku sambung tido balik. Dan aku betul2 bangun bila bas dah masuk town Saigon. Bas berhenti depan park kat area De Tham Street, around 5.20 am kitorang sampai. Duk melangut kejap depan park hilangkan pening, aku berjalan ke alley yang banyak homestay. Awal pagi, memang kebanyakan pintu masih berkunci lagi. Most yang kitorang jumpa hanya bagi check in after 12 noon. Kemudian kitorang decide lepak kat park tu dulu tunggu hari cerah. Sekali nampak ada orang keluar dengan backpack dari another alley, terus kitorang ke tempat tu.
Dalam tu ada banyak hotel, tapi harga agak mahal. Second hotel yang kitorang tengok tu, dia turunkan harga dan bagi check in terus. Pucuk dicita, ulam mendatanglah jawabnya. Kingway mandi, aku belasah tido. Dua tiga kali dia keluar masuk bilik, aku still tido lagi. Last2 dalam pukul 9 lebih bila dia bawak sandwich dengan yogourt untuk aku, terus aku bangun dan mandi dan bersiap.
Since Anh dah sms kata tak boleh datang jumpa aku, so aku just berjalan ikut suka kaki je hari ni. Sandwich yang Kingway bagi aku masukkan dalam tong sampah kat park, aku dah bagitau tak payah belikan pape, degil jugak minah tu.
30 April adalah hari ulang tahun kemerdekaan Vietnam. Kat mana2 je penuh poster tu. Date nya sama dengan birthday aku.
Aku brunch dengan Vietnam pho kat restoran Hajah Basiroh.
Pho ni dihidangkan dengan ulam tak tahu nama, cili potong dan limau nipis serta sambal cili kering dan kacang tanah. Ulam dengan cili potong tu aku tak sentuh, tapi sambal cili dengan kacang tanah tu best bila dicampur dengan pho.
Lepas perut dah kenyang, aku berjalan ke Palace. Tapi masa aku sampai tu dah tutup dan pagi esok pulak baru dorang bukak. So, dari situ aku berjalan ke cathedral.
Bangunan lama bercat kuning ni katanya mahkamah. Tak boleh masuk dan depan gate aku nampak signage no picture.
Jalan sebelah cathedral tu penuh dengan umat manusia. Nampak tak tentera berbaju hijau tu? Dorang baru lepas perarakan. In fact, masa aku sampai ni, jalan ni baru je dibuka. Tadi ditutup sebab sambutan kemerdekaan.
The cathedral yang letaknya sebelah bangunan pejabat pos.
Inilah bangunan pejabat pos yang menjadi sebutan ramai.
Interior.
The map.
Kat dalam ni ada few row meja dan bangku macam ni. Sempatlah aku melepak tulis poskad untuk diri sendiri. Free postcard dah habis, so aku beli je lah sekeping dengan akak kat kaunter tu.
Aku rasa post office ni bukan hanya jadi tumpuan tourist, tapi jugak antara tempat lepak local peoples.
Poskad dah settle, so dah takde apa yang tinggal lagi.
The Notre Dame Cathedral, sebelum pulang.
Jalan pun dihias indah sempena sambutan hari kemerdekaan dorang.
On the way balik aku lalu ikut jalan lain. Entah mana2 jalan aku lalu, sesuka hati je tanpa panduan. In fact, kalau sengsorang, itulah cara aku berjalan. Aku rasa lebih free.
Aku cuma lalu depan muzium ni. Berhenti depan entrance dan ambik gambar sebelum kembali berjalan tanpa arah. Entah kenapa aku tak terasa nak masuk.
On the way balik, aku singgah ke Ben Thanh Market. Tergoda lah jugak dengan kain pasang dan aku rasa beli guna MYR lebih untung dari guna USD. Sempatlah merembat beberapa pasang untuk raya. Dah settle habiskan duit tanpa pedoman, aku balik ke bilik hantar hasil belian.
No comments:
Post a Comment