Wednesday, July 13, 2011

weekend getaway part2

Bersambung di part2...

Malamnya aku benar2 lena didodoi sang ombak. Aku check out awal, dalam pukul 9 pagi aku dah siap serahkan kunci dan masukkan backpack ke dalam kereta.


Gambar terakhir KM Chalet sebelum aku meninggalkannya pagi itu. Bilik aku paling hujung, arah ke pantai.

Aku tidak terus pulang tetapi sebaliknya memandu menghala ke ALAM dan kemudian berpatah balik ke pangkal jalan persimpangan untuk ke jambatan Sungai Linggi yang merupakan sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Aku singgah semata2 untuk mengambil gambar, boleh gitu? Hahaha..


Saja je nak bagi nampak wajah kekasih hatiku masa ambil gambar ni, walaupun sedikit. Inilah Jambatan Sungai Linggi yang menghubungkan Negeri Sembilan dan Melaka. Masa aku berhenti ni ada satu keluarga dari Timur Tengah kot, turut berhenti dan mengambil gambar kat sini. Dan ada beberapa orang sedang memancing. 


Dari sini boleh nampak kapal besar berada di sebelah sana. Kat situ terletak Agensi Penguatkuasa Maritim, itulah sebabnya banyak kapal2 dagang berhenti kat situ.


Terdapat banyak bot2 nelayan ditambat di gigi air. Ada yang dah keluar untuk memancing dan menjala. Waktu ni hujan mula turun dan aku bergegas ke kereta. Elok aje aku masuk kereta, hujan turun dengan lebatnya.


Perjalanan aku teruskan dengan mengambil laluan ke Pasir Panjang. Sebaik aku nampak signboard tertulis Jeti Nelayan Pasir Panjang, lantas aku mengambil keputusan menghala ke arah itu. Inilah hasil dari pemerhatian lensa aku.


Aku sebenarnya takut air, sewaktu kaki ingin melangkah ke hujung jeti hatiku berbelah bahagi. Sama ada untuk meneruskan atau berpatah balik. Dan akhirnya aku decide to proceed since this would be my first and last visit at here.


Taken from jetty.

 
Perjalanan diteruskan dengan cuaca yang tidak stabil. Sekejap hujan, sekejap mendung dan sekejap matahari bersinar terang. Sewaktu melalui Pengkalan Kempas, aku berhenti di sini apabila melihat papan tanda menunjukkan Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas. Di sini terletaknya Makam Syeikh Ahmad Majnun dan Batu Megalit. Untuk baca lebih lanjut, boleh klik kat sini.


Aku kat situ sekejap aje. Sebaik aku meneruskan perjalanan tak sampai pun satu kilometer, ada pulak road block lain kat tengah jalan. Terpaksalah aku bersabar menunggu seluruh anggota ni selamat menjalankan pemeriksaan melintas tanpa sebarang kecederaan.

Sebelum keluar ke highway, aku ambil keputusan untuk terus ke Pedas. Bukan ada apa pun, sekadar nak menghabiskan masa secara berhemah. Sempatlah aku beli durian sebiji and having brunch at a stall near roadside. Alhamdulillah, dapatlah makan daging salai masak lemak, errkk.. kenyang... hehe.

Aku tidak terus pulang ke rumah, tetapi melencong ke Nilai 3. Pasar borong yang terkenal di kalangan masyarakat Malaysia. Tujuan? Hahaha... aku konon2nya nak survey dulang untuk barang2 hantaran. Untuk aku?! Bukan.... adalah, tapi pastinya bukan untuk aku. Sambil2 tu sempat jugak aku beli lagi sebiji durian. Kat sini murah sikit.

Waktu aku sampai di Nilai 3, hujan baru lepas berhenti. Dan semasa aku nak balik, hujan kembali turun rintik2. Berlari2 anak jugaklah aku sewaktu nak ke kereta tu. Hasil survey yang tak seberapa, aku tak jumpa apa2 yang menarik. Biasa2 aje, tetapi harganya boleh tahan mahal. Bila tengok harga barang2 tu semua, boleh pulak aku terfikir tak payah kahwinlah membazir beli semua tu. Elok duit tu dijadikan mas kahwin aje. Orang kedekut macam aku ni memang susah nak keluarkan duit untuk barang2 yang tak berapa nak penting.


Balik ke rumah aku berkenduri durian. Ternyata durian yang aku beli kat Nilai 3 lagi sedap isinya dan berbaloi2. Tapi dua2 tu dah habis pun dimakan. Walaupun orang selalu kata, bila makan durian nanti panas. Tapi aku tidur malam elok je berselimut tebal, rasa lagi sejuk adalah sebab hujan malam tu, hehehe.



2 comments:

  1. All those roses are so lovely!! beli tak bunga?

    ReplyDelete
  2. yup, they are.. tak lah, hehe..
    btw, ur comment in the wrong post lah... hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...