Thursday, July 28, 2011

kuching -day2 part1

...bersambung di hari kedua.....

Sebelum ke Kuching, aku dah booking kereta untuk hari Sabtu sahaja. Rata2 harga kereta sewa di Kuching memang mahal dan aku akhirnya berjaya jugak tangkap kancil dengan harga RM60 sehari. Aku dah set dalam kepala, mesti kereta tu tak seelok mana sebab tu harganya below than RM100 per day. 

Pagi2 lagi aku dah hangin satu badan. Sebabnya aku request kereta pukul 8.00 pagi tapi owner janji pukul 8.30 pagi. Okaylah, aku boleh lagi terima. Tapi pukul 8.35 pun tak muncul2 lagi. Bila aku sms, katanya will arrive shortly. Shortly apa kalau pukul 9.00 pagi baru muncul. Nasib baik dia dah siap tolong top upkan fuel, sebab aku yang request sebenarnya dan aku decide nak sewa untuk 12 jam sahaja instead of a day. So that I will return the car at 9.00pm and he charged me RM40 for 12hours. 


Dalam kebosanan duk menunggu mamat tak tepati masa tu datang hantar kereta, sempatlah aku snap gambar tempat aku menumpang berteduh selama empat hari tiga malam. Bangunan hijau inilah rupa luaran Rafflesia Lodge. Kalau nak tahu macam mana dalaman lodge ni, korang kenalah stay kat sini, hehehe. By the way, aku tak dapat komisen pun kalau korang duk sini. 

Lepas urusan serah kunci kereta dan bayaran sewa selesai, kami pun memulakan perjalanan untuk ke Sarawak Cultural Village. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa kurang dari 40 minit telah terlajak sehingga dua jam. Bandaraya Kuching ni memang tak ada signboard, nama jalan pun kecil aje. Memang kalau pertama kali memandu tanpa bantuan GPS memang akan sesatlah. Contohnya aku, peta yang aku print dari Google maps pun tak dapat membantu. Jauh sekali peta yang aku dapat dari booth tourism kat airport tu, hampeh je semuanya. Jenuh aku berhenti tanya orang. Yang peliknya, orang2 kat Kuching ni boleh pulak kata ada signboard. Padahal aku tak nampak pun, cuma bila dah nak sampai aje baru nampak. 

Perancangan awal kami nak ke Muzium Kucing dan kemudian ke Sarawak Cultural Village (later will acknowledge as SVC) kerana laluannya sehala. Lepas tu nak teruskan perjalanan ke Taman Negara Bako, aku nak tengok monyet Proboscis. Kalau nak tahu pegi tanya Cik Google, ataupun Cik Wiki, aku malas nak cer citer. Tapi bila dah asyik makan buah langsat yang menambahkan tahap temperature aku, kami proceed ke SCV. Dengan harapan dapatlah kami tengok show pukul 11.00 pagi. Kami sampai kat kaunter masuk, lepas bayar RM60.00 for entrance fee, tampal sticker kat baju dan diberi 'passport' untuk dicop di setiap rumah, jam dah pukul 11.15 pagi. Luckily when I re-check the schedule, the show will start at 11.30 and we rushed to the theater.

Masuk je ke dalam theater tu, orang dah hampir memenuhi ruang. Kami dapatlah jugak menyelit, dapat tempat duduk baris ke tiga dari depan since it's free seating. The show was realling awesome and entertaining, and my first impression while paid for entrance fees was disappeared! The 45 minutes show just like five minutes!


Ni tarian yang kedua dah rasanya. Aku pun dah lupa tarian kaum apa. Bermula dengan tarian Selamat Datang dan kemudiannya menyusul tarian daripada kaum pribumi masyarakat Sarawak.

Agak2 korang boleh tak buat macam penari lelaki kat bawah ni? Jom tengok aksi2 18sx. Sukalah tu, hehehe...


Amacam? Ada berani?



Masa persembahan ni, dewan riuh rendah. Gamat dengan suara penonton. Memang enjoylah. Penutup bagi persembahan ini adalah bila mana penonton turut dijemput untuk sama2 berjoget lambak kat atas pentas.


Lampu berbentuk periuk kera yang tergantung di tengah2 dewan. Cantik dan unik!

Selepas persembahan tamat, kami mengisi perut kat kafe sebelum meneruskan penjelajahan. Bila dah recharge tenaga, maka bermulalah misi penaklukan berpandukan pada 'passport' yang diberi. Jom, layan gambar jelah. Malas dah nak tulis banyak2.

 
Kat sini pun ada pavilion, bukan kat KL je ada. Cuma bezanya pavilion kat sini tak ada orang masa kami datang. Amacam? Okay tak pavilion SCV? Masa ni on the way nak ke Rumah Bidayuh dengan melalui jambatan buluh. Kalau nak tengok macam mana rupanya, nanti check slideshow belah kanan ni. Kalau tak ada tu maknanya aku tak upload lagilah.


Lantai Rumah Orang Ulu ni memang macam ni bentuknya. Agaknya diorang main hentak2 kaki kot, pasal tu lantai semua jadi macam ni. Sudahlah rumahnya tinggi yang amat, tangga nak naik ke rumah pulak merupakan sebatang kayu yang ditakik sama macam yang korang tengok dalam gambar kat atas ni.


Ini Rumah Melayu. Masa nak ke rumah ni, hujan dah mula turun. Apa lagi, berlarilah kami ke sini. Berteduh bawah rumah sekejap, pastu baru naik ke atas. Satu2nya rumah kat dalam SCV ni yang kena buka kasut sebelum masuk. Dari depan pintu je dah boleh nampak papan congkak. Teringat pulak congkak kat rumah yang aku dah lama tak sentuh. Jendela dan pintu penuh dengan ukiran, cantik!


Anda masih berada di Rumah Melayu. Bahagian loteng ni kalau pada masa dahulu menempatkan bilik anak dara. Dari atas ni boleh meninjau ke ruang tamu. Kiranya kalau ada jejaka hensem orang datang bertamu, anak2 dara semua bolehlah duk cuci mata tanpa perlu menyorok belakang pintu. Eloklah pun, kalau menyorok belakang pintu kang tak pasal2 tercabut pulak pintunya. 

Lama kami di sini, menunggu hujan reda. Bila dah tinggal rintik2 halus, kami teruskan penjelajahan ke Rumah Cina sebelum mengakhiri siri jelajah SCV. Lama juga masa yang kami ambil untuk meninjau keseluruhan tempat ini. 


Pintu masuk SCV selepas hujan, sebelum melangkah pulang. Banyak yang boleh dilihat, disentuh dan dipelajari di sini. Melihat gambar, menonton video dan membaca pengalaman orang lain tidak sama dengan anda melalui sendiri keseronokannya. Saja aku tepek sikit je gambar kat sini, biar korang pergi dan rasai sendiri. Kalau nak rasai pengalaman ni, apa lagi. Rajin2lah tengok tiket murah ke Kuching, itupun kalau korang nak save budget, tapi kalau ada duit berkepuk apa salahnya beli aje tiket MAS book dan pergilah ke SCV. Tak rugi bayar RM60.00 untuk tiket masuk kerana hasilnya memang berbaloi2. 

Kami pulang dengan hati yang berbunga riang. Namun hari yang mula cerah selepas hujan kembali bertukar rentak. Kami nampak kereta dipandu perlahan dan rupanya ada pokok yang patah menghalang laluan. 


Ini pokok pertama yang kami jumpa, namun perjalanan masih boleh diteruskan. Tak jauh kemudian, banyak kereta berbaris. Awalnya aku jangkakan laluan perlahan di hadapan. Namun selepas lebih 20 minit dan kereta masih tidak bergerak, aku mengambil keputusan untuk meninjau apa yang terjadi di hadapan. 

Rupanya inilah punca kesesakan ini. Sebatang pokok yang tumbang merintangi jalan dan turut sama menghentam kabel elektrik. Bomba dan JPA bertungkus lumus bekerja. Tak ketinggalan pakcik2 dari kediaman berdekatan turut berada di tempat kejadian. Menurut salah seorang pakcik kat situ, katanya tiada kemalangan jiwa. 


At this point, I'm already half way to my car. Seems lots of car and people waiting patiently to moves on. Masa aku sampai kat kereta, abang lori yang tersangkut belakang aku advice suruh aku patah balik ikut jalan Kampung Buntal sebab proses pembersihan kat sini akan ambil masa yang lama. Lepas tu ada sorang lagi adik yang lalu kat situ pun bagi advice yang sama and I decided to take the risk!

Laluan tu pun ada juga pokok yang tumbang tapi masa aku sampai tu dah hampir selesai pun kerja2 tu. Dan dengan baik hatinya ada abang kancil yang sudi nak tunjukkan jalan keluar untuk ke Kuching.


Laluan sempit inilah yang membawa kami kembali ke jalan utama sebelum kembali ke bandar Kuching. Dengan kejadian yang tak disangka2 itu, banyak masa yang terbuang begitu saja. 

Dalam perjalanan balik ini kami masih berhasrat untuk singgah sebentar di Muzium Kucing. Sekali lagi ketiadaan signboard menyebabkan kami gagal untuk ke sana. Memang aku hangin sangat2. Kecewa yang tak terhingga. Kecewa kerana tempat yang sepatutnya menjadi tumpuan ramai pelancong tidak mempunyai petunjuk yang jelas. Disebabkan kecewa tu jugak, aku buat kerja gila, haha... Nak tahu apa dia, bersambung ke entry seterusnya....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...