Sunday, July 31, 2011

kuching -day3

Hari ketiga adalah hari untuk berpeleseran. Since malam sebelumnya kami pulang lewat malam, dan keletihan memandu menyebabkan tidur aku malam tu betul2 lena. Paginya terasa2 kemalasan untuk bangun mandi dan keluar.

Hari ni aku cuma ingin berjalan di sekitar bandar sahaja. Mungkin mengambil bas jika perlu, tetapi rasanya cukuplah sekadar berjalan kaki sahaja. Tempat pertama dituju adalah Muzium Sarawak yang tidak jauh dari tempat penginapan. Untuk ke sana, aku hanya perlu melalui pejabat pos setelah menyeberang Carpenter Street, gereja dan taman yang menghijau dengan rumputnya. 


St. Thomas's Cathedral; dah alang2 aku lalu kat depan ni aku ambil ajelah gambarnya. Pagi Ahad sewaktu aku lalu kat depan ni memang tengah berlangsung upacara keagamaan. Kebetulan pulak ada sepasang pelancong dari mana ntah, pun turut bergambar kat depan ni. Tak sempat aku nak beramah mesra.


Pokok ni memang besar sungguh. Memberi teduh di tepi padang yang luas menghijau. Aku tak tahu pokok apa, tapi yang pasti di banir dan batangnya penuh dengan duri yang tajam dan besar.


Inilah duri yang aku cakap tu. Aku perasan pun masa bergambar kat tepi banir pokok yang besar ni. Tanpa sengaja aku letak tangan dan terasa benda tajam menyucuk my palm. Bila tengok baru aku perasan duri yang besar2 dan tajam. Belum pernah aku jumpa pokok yang besar sebegini dan ada duri di batang dan banirnya.


Ini aku ambil kat laman muzium tu. Dalam muzium tak dibenarkan ambil gambar atau video. Aku sendiri tak pasti apa benda ni, asalkan aku rasa menarik aku ambik ajelah.


Muzium ni besar, dihubungkan dengan jejantas untuk ke bahagian yang satu lagi. Kami melawat kedua2 muzium ini. Tetapi aku bukanlah jenis yang boleh berlama2 di dalam muzium, aku rasa pening. Bau dalam muzium tu membuatkan aku rasa nak muntah, atau aku sahaja yang rasa macam tu? Entahlah.

 
Papan tanda yang terletak di tepi jejantas.

Selepas itu kami berjalan ke pusat tumpuan ramai orang. Aku sebenarnya ingin mencari dan merasai suasana Jalan India. Bukan nak beli apa2 pun. Matahari memancar terik, berpeluh2 aku dibuatnya.


Inilah Jalan India tu. Tak ada apa2 yang menarik pun sebenarnya.

Selepas Jalan India, kami meneruskan ke Jalan Carpenter. Kalau di Jalan India, kebanyakan kedai dimiliki oleh kaum India, sebaliknya di Carpenter Street, mostly owned by Chinese. Dari situ kami ke Main Bazaar, menyusuri kedai cenderamata. Mencuci mata melihat pelbagai barangan yang dipamerkan. Disebabkan kepenatan semalam masih bersisa, kami akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di bilik sebelum menyambung perjalanan pada sebelah petang nanti.


Sebelum ke Kampung Boyan pada sebelah petangnya, sempat aku kembali ke tugu kucing ini untuk mengambil gambar di waktu siangnya pula. Pelik betul, setiap kali ke sini, sentiasa aje dipenuhi oleh pengunjung. Mungkin inilah mercu tanda untuk diberitahu pada semua, bahawa mereka telah ke Kuching dan berada di tugu ini, termasuklah aku.  


Jeti di Kampung Boyan. Untuk ke sana, kami harus menaiki bot penambang dengan tambangnya 50 sen seorang untuk sehala. Memandangkan aku takut air, masa nak naik dan turun aje rasa cuak sedikit, terutamanya bila bot ini teroleng2.

 
Dari dalam bot penambang.

Setelah selamat tiba di seberang, aku tidak terus menuju ke medan selera kerana hari masih awal. Aku mengambil keputusan untuk berjalan2, merasai suasana kampung di sini. Tidak jauh berjalan, aku dapat melihat signboard Kota Margherita dan mengambil keputusan untuk ke sana. Mengikuti arah papan tanda membuatkan aku tertanya2, betul ke laluan yang diambil?

Dari jeti Kampung Boyan, terus sahaja melangkah sehingga anda bertemu dengan simpang dan ada papan tanda untuk ke Kota Margherita dan DUN yang baru siap tu. Ke kiri dalam 10 langkah sebelum menaiki anak tangga yang bersebelahan dengan rumah penduduk kampung. Anda akan betul2 berada di depan pintu pagar sekolah yang aku dah lupa nama sekolahnya dan ada satu lagi papan tanda yang terakhir menunjukkan arah ke Kota Margherita.


Inilah papan tanda kat depan pagar sekolah tu. Awalnya aku rasa cuak juga kerana laluannya adalah sempit dan hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki serta penunggang motor dan basikal. Kanannya adalah pagar sekolah, dan di kirinya adalah cerun yang ditumbuhi pokok2 buluh serta belukar. Di depan pagar utama sekolah tersebut, ada laluan bertar ke kiri. Ambil laluan tersebut dan anda akan jumpa laluan bertanah merah di sebelah kiri. Ikut aje sehinggalah anda dapat melihat bangunan DUN di sebelah kanan, tapi tak boleh tembus dari laluan Kota Margherita.

 
Bangunan bersejarah Fort Margherita yang dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, dinamakan sempena nama isteri tercinta Margaret Alice Lili de Windt. Waktu kami datang, bangunan ni ditutup. Namun sayangnya, bahan sejarah seperti ini tidak dijaga sepenuhnya. Lalang dan rumput tumbuh meliar. Aku pasti kalau bangunan ini dijaga, pasti dapat menarik kunjungan ramai pelawat dari dalam dan luar negeri. Lebih2 lagi sekiranya bangunan ini dibuka untuk kunjungan orang awam.
 

Di sebelah sana tersergam indah bangunan DUN yang baru, tempat bersidang wakil2 rakyat. Apa salahnya jika bangunan di sebelah sini dirawat dan dijaga dengan sewajarnya. Sejarah lampau yang perlu dipelihara untuk diperkenalkan pada generasi akan datang.

Tidak lama kami di sini, seusai mengambil gambar aku ingin mencuba laluan bertentangan. Kononnya ingin ke Astana. Namun laluan yang sunyi dan hari semakin gelap, aku mengambil keputusan untuk kembali ke Kampung Boyan sahaja. Agak cuak bilamana ada beberapa orang lelaki bermotosikal yang berkongsi laluan dengan kami memandang dan tersengih2. Dalam takut tu buat2 berani aje, haha.

Kami ke Kampung Boyan, mencari kek lapis yang glemer di kalangan orang semenanjung yang ke sana. Kalian akan nampak Kek Lapis Mira di barisan kedai sebelah kanan jalan. Kat sini aku tak menguji rasa pun sebab banyak sangat lalat beterbangan, dicampur dengan bau ikan terubuk masin kat gerai sebelah. Kemudian kami ke kedai Kek Lapis Dayang Salhah, pun dengan tujuan untuk menguji rasa. Biasa2 aje rasanya, kami tak beli apa2 pun sebab aku dah memborong kat Pasar Satok semalamnya. 


Medan selera di Kampung Boyan, tempat kami menjamu selera. Makanannya biasa2 sahaja. Di sini aku mencuba Mee Kolok dan sate daging. Jujurnya aku lebih sukakan Laksa Sarawak kalau dibandingkan dengan Mee Kolok. Satenya jugak tak kena dengan selera aku, mungkin bagi orang lain sedap kot. 


Barisan perahu di jeti.

Lama jugak kami melepak di jeti ni, melihat suasana sekeliling sehinggalah rintik2 gerimis turun barulah kami bergesa untuk menaiki bot penambang untuk kembali ke seberang sana. Naik bot ni kejap aje sebenarnya, kalau terkentut tu tak sempatlah nak hilang bau kentut bot dah sampai pun ke seberang, hahaha.....

Elok aje sampai di seberang, rintik2 gerimis terus menghilang. Apa lagi, tanpa jemu kami mengukur sepanjang laluan waterfront. Lagipun esok kami dah nak pulang ke semenanjung.


Setiap malam ada sahaja orang yang berniaga di sini. Tapi di hujung minggu lagi meriah dengan pengunjung. Memandangkan esoknya ada Isnin, tak ramai orang yang berada di sepanjang waterfront berbanding malam2 sebelumnya. 

Berakhirlah hari ketiga di Kuching. Bersambung untuk hari terakhir di episod seterusnya, ngeh...ngeh...ngeh...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...