Sunday, July 31, 2011

kuching -day4

Hari keempat adalah hari terakhir di Kuching sebelum pulang ke semenanjung. Beg kami dah selamat dikemas pada malamnya dan pagi2 selepas bersiap kami ke pejabat pos. Bangunan pejabat pos hanyalah di belakang tempat penginapan kami sahaja. Aku ingin mengepos poskad untuk diri sendiri sebelum pulang. 

Inilah bangunan pejabat pos tersebut. Aku segan nak ambil gambar kat dalam pejabat pos, hehe. Kat dalam tak ada orang pun selain kami, kecuali pekerja pejabat pos. Kalau pejabat pos kat sini, tiap kali aku ke sana memang sentiasa penuh dengan orang ramai. Pekerjanya pun ramah, senyum aje memanjang. 

Bila dah selesai urusan di pejabat pos, kami ke Maria Desserts House untuk bersarapan pagi dan aku memilih Laksa Sarawak untuk juadah terakhir beserta Kopi O Sarawak. Banyak makanannya dan rasanya pun boleh tahan. Alhamdulillah, kenyang. 

Kami kembali ke bilik, kemas apa yang patut buat kali terakhir, kembalikan kunci dan simpan barang2 di kaunter. Memandangkan hari masih awal, kami ambil keputusan untuk bergambar untuk kali yang terakhir sebelum pulang. Jenuh jugaklah kami bergambar, itu pun sebab orang tak ramai. Maklumlah di hari Isnin macam ni, kebanyakannya berada di tempat kerja.


Kami ingat nak naik bot penambang dan ke Astana ni. Kebetulan sedang kami berkira2 tu, ada dua lelaki tempatan baru pulang dari seberang sana. Katanya bangunan tu tak boleh dilawati, sekadar bergambar kat luar aje. Belakang tu ada taman orkid, boleh dilawati katanya. Memandangkan jarak yang agak jauh seperti kata lelaki tu aku mengambil keputusan untuk tidak ke sana. Lagi pun masa untuk kami ke airport dah semakin hampir.


Kampung lain di seberang waterfront, bersebelahan dengan Astana. 


Barisan kedai di Main Bazaar. Anda boleh dapati barangan cenderamata, makanan tempatan dan pelbagai hiasan di sini. Ramai yang berniaga kek lapis di kaki lima. Sedap? Entah, aku tak ada pulak nak mencubanya. 


Perjalanan pulang dengan Firefly, kami berlepas lewat dari ETD. Perjalanan pulang kali ini tidak selancar hari sewaktu kami ke Kuching. It's a cloudy day and feels a bit bumpy during flight. Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA tanpa sebarang masalah.


Ingat lagi tak pasal passport yang aku ceritakan sewaktu di SCV dalam entry aku yang lepas? Inilah rupanya passport tu. Kat dalam tu ada maklumat berkenaan dengan tarian dan kaum peribumi Sarawak. Saiznya besar sedikit dari pasport sebenar, itu yang aku compare tu. Oh ya, passport yang SCV tu boleh dibawa pulang sebagai cenderamata untuk kenang2an. 

Sepanjang empat hari berada di Kuching, Sarawak, ada beberapa yang aku boleh rumuskan di sini.
  1. Masyarakat tempatan amat2lah peramah dan helpful. Mereka akan sedaya upaya mereka untuk membantu anda. 
  2. Lelaki Sarawak juga peramah dan baik hati, cuma berhati2 lah. Manalah tahu kalau ada yang sudah tersangkut, susah korang nak melarikan diri, hehehe.....
  3. Barangan lebih banyak pilihan kalau korang beli di Pasar Satok berbanding di Main Bazaar di sepanjang waterfront. Harga di Pasar Satok lebih murah dan kalau korang pandai tawar menawar, lagi murah korang boleh dapat. 
  4. Kalau berhasrat nak memandu sendiri, bersiap sedialah dengan GPS kerana bandar Kuching ni susah nak jumpa dengan papan tanda.
  5. Kalau nak ke bandar Kuching dari airport, ambil jelah teksi atau shuttle kalau tak nak menapak lebih kurang dua kilometer. Jangan ikut macam kami, nak jimat punya pasal but worth to try.
  6. Jangan lupa ke Sarawak Cultural Village, memang berbaloi2. 
  7. Jangan lupa mencuba makanan tempatan, rugi kalau tak cuba. 
  8. Kat sana kalau korang cari roti, diorang akan tunjukkan biskut. 
Rasanya itu saja kot. Kalau ada sesiapa yang berhasrat nak bercuti ke Kuching selepas ni, selamat bercuti dan nikmatilah percutian anda sewajarnya. 

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...