Tuesday, October 4, 2011

jom masuk ladang!

Dah lama sebenarnya aku tak masuk ladang. Rasanya kali terakhir masa aku habis SPM. Lepas aku further study dan kerja, aku dah tak masuk ladang lagi dah. Dan ladang yang cukup sinonim dengan kehidupan aku tentunya ladang kelapa sawit sebab mak ayah aku peneroka FELDA. Aku membesar sebagai anak peneroka yang banyak terdedah dengan kehidupan ladang. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Cheewah, kekononnya lah. 


Tapi bukan ladang sawit ni yang aku masuk. Tetapi ladang lain yang membuatkan aku lebih teruja. Gambar adalah ihsan cik google. 

Ladang yang aku masuk Ahad lepas ni tak jauh pun dari tempat aku tinggal sekarang. Jaraknya lebih kurang macam nak ke Seremban. Kalau ikut jalan dalam, tak ada tol pun yang perlu dibayar. Cuma jangan lupa isi fuel tank kereta secukupnya. 


Inilah ladang yang aku maksudkan tu. Ladang anggur kat Sendayan, Negeri Sembilan. Jangan tak tahu, kat Malaysia pun dah banyak ladang anggur selain dari yang ditanam kat rumah2 termasuklah kat rumah my parent. Sebelum ni aku teringin nak ke ladang anggur nun jauh di Perlis. Tup2 bila google sana sini, aku jumpa lagi dua ladang anggur. Lagi satu kat Kedah, dan yang terdekat dan paling mudah nak pergi adalah kat Sendayan ni.

Masa aku sampai kat sini, ada satu rombongan bas pelancong baru sampai. Lupa pulak aku nak tanya diorang dari mana, yang pasti dari Malaysia jugak. Masa aku datang ni jugak buah belum masak. Lagi dua tiga minggu barulah boleh harvest. Tapi aku tetap boleh rasa buah anggur yang hampir masak. 

Pak Arshad, pekerja ladang ni bawak kami tour ladang ni. Bukan setakat anggur sahaja yang ditanam, tetapi ada jugak mangga, jambu, dan dua tiga jenis pokok buah2an lain yang aku dah lupa namanya. Jangan tak tahu, sayur pun diorang tanam jugak tau!


Ini anggur jenis Black Pearl, baru lepas pruning. Tak lama lepas kerja2 pruning ni selesai, ranting2 ni semua akan keluarkan pucuk baru sekali dengan putik buah. Aku pun tak pasti camana buahnya sebab yang ni memang dah lama habis harvest pun.  


Yang ini pulak jenis White Malaga, satu2nya anggur hijau kat ladang ni. Jangan silap faham ye, semua anggur mengeluarkan buah bewarna hijau tetapi lama kelamaan akan bertukar ke warna sebenarnya bila sudah matang dan hampir masak. Aku pun baru tahu sebenarnya, hehe. 


Yang ni pulak Shiraz, banyak digunakan untuk pembuatan wine dan jugak jem. Aku tak suka yang ni, dah lah buahnya agak kecil, bijiknya pulak besar2. Tak best sangat nak dimakan, ada banyak lagi kat dalam fridge sebab aku tak suka, hehehe. Kalau tak dah lama habis. 


Inilah Pak Arshad yang bawak kami keliling ladang. Anggur kat tangan dia tu sebenarnya dia potong bagi kat aku, free of charge tau! Eh, mana ada... aku tak mintak pun, orang dah bagi aku ambik je, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, haha. 


Banyak, kan? Geram aku menengoknya. 


Pokok yang ni baru lepas harvest sebelum raya tempoh hari. Tak lama lagi bolehlah pruning, bagi pokok ni berehat sebelum berbuah. 


Yang ini pulak lagi seminggu dua bolehlah pruning. Wah, lepas ni aku dah boleh bukak ladang anggur lah. Macam semua benda pasal tanaman anggur ni dah tahu jek, hik...hik...hik. 


Yang ni aku suka. Black Opal ni tak ada biji dan saiznya sedikit besar dari Shiraz. Burung cukup suka dengan anggur ni, begitu juga dengan tebuan. Sebenarnya musuh utama bagi semua jenis anggur adalah burung dan tebuan. Sebab itulah banyak yang dibalut dengan plastik.


Pun Black Opal jugak. Masih ada lagi yang bewarna hijau dan tidak bertukar warna sepenuhnya.   

Ada lagi sejenis yang aku tak tengok, Black Pink. Lagipun takde buah lagi, kalau tengok pun sama jelah daunnya dengan yang lain2. Setakat ni cuma ada lima jenis anggur sahaja kat ladang ni. Mungkin selepas ni akan dikembangkan. 


Pintu masuk ni memang sentiasa berkunci, tapi tak bermakna korang tak boleh masuk. Bila korang dah sampai kat depan pagar ni bolehlah korang call Pak Arshad untuk buka pagar ni. Kalau korang tunggu je kat depan pagar ni, sampai esok pagi pun belum tentu ada orang nak bukakan. Kalau ada tu bermakna korang bernasib baiklah.    


Kat sini ada waktu beroperasi beserta bayaran masuk. Nombor telefon pekerja untuk dihubungi pun ada. Cuma Pak Arshad aje yang memang sentiasa berada kat ladang ni. Yang lain2 tu kat ibu pejabat. Korang boleh jugak call kalau nak tahu bila buah boleh harvest. Tak adalah nanti korang datang tengok je.   


Anggur Sendayan Valley, duk pusing2 tengok tanaman ni hilang dua kilo setengah. Lepas balik tambah lagi tiga kilo. Camana nak kurus? Mimpi ajelah, haih!


2 comments:

  1. I loove grapes!!!I would love to visit there one day.!! Nice trip Anne..

    ReplyDelete
  2. I'm sure u will love it very much. have a visit once u coming back here, later... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...