Saturday, October 15, 2011

suatu kenangan

Awal Jun 2006, aku terlibat dengan kemalangan yang sedikit sebanyak merubah rentak kehidupan aku. Kemalangan yang langsung aku tak jangka akan berlaku. 

Aku ingat lagi, beberapa hari sebelum tu aku hantar Mak pulang ke kampung bilamana tiket bas habis. Dua hari kat kampung aku kembali ke Sepang, memandu berseorangan seperti biasa. Dalam perjalanan entah macam mana aku langsung tak sedar dan masih tak percaya kemalangan tu boleh berlaku. 

Sebelumnya aku terasa pandangan aku gelap, tak dengar bunyi, atau nampak apa2 pun. Lepas tu aku sedar2 aje kereta dah berpusing2. Entah macam mana end up dengan keempat tayar kat atas, dan enjin kereta masih hidup. Aku buka tingkap, matikan enjin kereta, tanggalkan tali pinggang keledar entah kenapa hari tu aku pakai seatbelt, selalunya aku memang tak pakai pun dan merangkak keluar melalui tingkap. Mujurlah tingkap kereta betul2 atas longkang, dan aku merangkak masuk ke longkang. 

Aku call LPT Helpline untuk dapatkan bantuan. Waktu tu dalam pukul 12 tengah hari, kereta yang lalu lalang pun tak banyak. Lama jugaklah aku nak tunggu bantuan tiba. Terkejut si operator helpline bila dengar aku accident sorang2.  


Lebuh raya pantai timur [LPT] di KM 222.2 dari Kuantan ke Gambang, tempat berlakunya kemalangan ni. Waktu ni peronda lebuh raya dah sampai, cuma tunggu tow truck datang. 


Tengok tu, brother peronda pun pelik macam mana boleh jadi macam ni. Dia tengok aku lagilah pelik, sebab boleh gelak2 lagi. Dari tingkap tu lah aku merangkak keluar. 


Sampai sekarang aku masih lagi teringat kemalangan ni. Lebih2 lagi bila aku melalui kawasan ni. Cuma akhir2 ini aku dah kerap terlupa bila lalu kat sini. Namun KM 222.2 LPT tetap kekal dalam ingatan, insya Allah. 


Masa ni kereta dah ditarik ke Plaza Tol Gambang. Aku tunggu Mak Ayah datang untuk balik ke kampung. Lepas tu kereta dihantar ke workshop dan buat report polis.

Dah lama sebenarnya aku nak masukkan cerita ni dalam blog, cuma kemalasan yang melanda. Semua gambar2 ni aku ambik menggunakan handphone, sebab tu gambarnya dah semacam. Sebelum ni aku masukkan dalam flickr, tetapi aku dah lama tak menjenguk ke sana. Nak update lagilah malas. Bila aku cari balik dalam thumb drive gambar asal yang aku simpan, semuanya dah tak ada. Gambar ni pun aku copy balik dari flickr. Video yang aku rekod sewaktu kereta ditarik pun dah hilang tanpa dapat dikesan. Sayang rasanya. Sebab tu akhirnya aku berkongsi cerita dan gambar kat sini.

Lepas kemalangan ni, aku dah pakai seatbelt walaupun perjalanan tu cuma dua kilometer. Hampir setahun aku memandu bawah 100km sejam, tapi lepas tu aku kembali dengan gaya pemanduan yang asal. Selepas enam bulan di workshop, baru aku dapat pandu balik kereta ni. Macam2 masalah dalam masa enam bulan tu. Namun syukur pada Allah sebabnya aku langsung tak cedera. Luka pun tak ada. Kalau tengok pada kereta, mungkin susah nak percaya aku sihat walafiat. Semuanya kuasa Allah.

Alhamdulillah, sekarang kelisa biru ni adik aku guna. Masih lagi elok, cuma biasalah kalau lelaki yang guna, semua benda dia nak sumbat. Pastu segala lubang dan bumper dilanggarnya. Aku? Aku dah ada pengganti yang baru, yang lebih besar dari ini. Lebih mahal, lebih selesa, lebih banyak duit dibelanjakan, pendek kata lebihlah segala2nya, hahaha. Tapi tak adalah mahal mana pun, cuma mahallah bagi aku yang tak berduit ni.  

  

4 comments:

  1. area ni mmg kwsn org slalu eksiden ke no km dia dah cun dah 222...klu omputih no malang dia 666...apapun syukur takde apa, internal injury pun takde..alhamdulillah.

    aku skrg pun klu bwk keta cpt sgt rasa ngantuk..tak mcm masa muda2 dulu..hehehe...nampak benor dah tua..tp tula..bwk keta ni mmg letih sbnrnya..nampak cam senang tp mata penat sbb kena fokus

    ReplyDelete
  2. kat sini mmg selalu eksiden, kdg2 mmg bawak mautlah. cuma hari tu ntah camana aku boleh selamat, syukurlah.

    betullah, mmg cepat ngantuk. lebih2 kalau bawak perlahan & jalan tu plak lurus je. sbb tu dah malas nak drive jauh2, tak larat rasanya.

    ReplyDelete
  3. nasib baik u selamat, alhamdulilah.. part pakai seatbelt tu memang digalakkan, me kalau naik keta, otomatik terus pakai walau pi kedai sedekatnya...

    ReplyDelete
  4. syukur i xde pape. at least lepas eksiden tu i mmg rajin pakai seatbelt. selalu mmg memanjang je tak pakai...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...