Sunday, July 22, 2012

edisi khas | phnom penh

Dalam edisi khas ni, aku nak berkongsi dengan semua tentang guesthouse yang aku duduk sepanjang aku di Phnom Penh. Setelah searching sana sini, akhirnya aku jumpa review yang menarik di tripadvisor tentang guesthouse ni. Tapi dalam hostelworld aku tak jumpa pulak pasal guesthouse yang ini. 


Europe Guesthouse ni baru lagi beroperasi. Tengoklah wayar letrik yang berserabut kat depan bangunan ni. Tapi Alhamdulillah, sepanjang aku kat sini tak ada apa yang buruk terjadi. Untuk lebih lanjut pasal guesthouse ni, boleh klik di sini


Aku booking single room without window. Masa aku booking ni aku dapat $10 per night, tapi aku tengok dekat website guesthouse rates dah naik. Ada meja tepi, meja tulis dan kerusi, almari pakaian dan cable tv. Aku cuma dapat channel TV1 aje untuk tv Malaysia. Tapi malam aku mesti layan Korea, sebab ada 2 channel yang aku boleh tonton kat sini. 


Ensuite bathroom. Hot shower available, tapi aku lebih prefer air sejuk sebab bilik aku berkipas tanpa aircond. 


Bilik aku kat tingkat 2. Tak ada elevator tapi yang ada cuma tangga sahaja. Apa salahnya sesekali berexercise turun naik tangga. Aku cukup suka dengan design tangga ni.

Overall, aku happy stay kat guesthouse ni. Owner, Seng and his staff, Lin memang ramah dan helpful. They both provide great hospitality and feels like at home. Diorang jugak recommended lokasi restoran halal dan vegetarian restaurant which is just a short walk from this place. Lokasi yang strategik bagi aku, sebab boleh jalan kaki je kalau nak ke pasar malam, riverside, post office, Central Market, National Museum dan Royal Palace. Even aku berjaya jalan kaki ke Monument Independent malangnya ditutup untuk kerja2 baikpulih. Memang berbaloi2 dengan hanya $10 semalam, aku dapat conquer sengsorang. 


Di sinilah tempat aku menjamu selera. Alamat adalah seperti di atas. 


Dalam banyak2 menu yang aku makan, aku betul2 suka dengan nasi goreng seafood ni. Sebabnya nasi goreng ni mewah dengan sotong dan udang. Teh dalam teko putih kat atas tu memang akan dihidangkan tanpa perlu di order. Sudu dan garfu diorang akan letak dalam bekas biru tu yang berisi air panas. 

Corat coret:

Bersedialah untuk menghidu bau2an yang tidak menyenangkan di sekitar Phnom Penh, terutamanya bila korang melalui di antara bangunan2. Aku pernah terserempak dengan mereka2 yang membuang di dinding bangunan mahupun pagar. Pendek kata bau hancing di mana saja.

Pengalaman yang aku tak pernah jumpa kat Malaysia masa perjalanan balik dari Kampong Cham ke Phnom Penh. Bas berhenti kat tepi jalan yang agak semak. Aku pelik juga asalnya, sebab siapalah nak turun kat tempat yang tak ada rumah orang. Rupa2nya sesi membuang secara berjemaah kat tepi jalan! Semua orang kat dalam bas boleh tengok free show. Masa diorang naik bas, seboleh mungkin aku mengelak dari tersentuh dengan mereka2 tu, geli!

Bila aku ke mana2, mesti orang akan cakap Khmer dengan aku. Bila aku kata aku bukan Cambodian, macam2 diorang teka. Tapi paling top Philippine dengan Thailand. Agaknya kalau aku pandai cakap Khmer mesti dapat beli barang murah2. 

Walking alone in Phnom Penh at night is safe. Tak ada orang ganggu kecuali driver tuk-tuk, motodup atau cyclo yang offer service mereka. Bagusnya mereka2 ni tak memaksa.   


2 comments:

  1. Bila Anne terangkan yang Anne datang dari Msia, org2 Phnom Penh ni tau tak Malaysia tu kat mana?

    Pernah sekali masa kat Thailand, saya kata saya dari Msia. Minah Thai tu tak tau dimana Msia. Terus saya geleng kepala ...

    ReplyDelete
  2. Tak terfikir pulak nak tanya diorang. tapi diorg cakap Malaysian selalunya bertudung.

    Parah tu tak tau, padahal jiran belah selatan je... kadang2 diorg ni tak tahu pun kat mana, cuma tahu nama aje.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...