Tuesday, July 17, 2012

day 3 | kampong cham

Free pick up sebenarnya dah termasuk dalam harga tiket dari Capitol Tour tu janji nak datang ambik pukul 7.40 pagi. Tapi bila aku turun ke bawah dalam 7.35 dia dah lama sampai. Capitol Tour ni syarikat bas, bukan tour agency ye. Aku tak mampu nak join tour dengan budget ciput. I am finally decided to go to Kampong Cham tambang dari Phnom Penh $5 instead of taking nature blazing trails.

Bas sepatutnya bertolak jam 8.15 pagi, tapi aku rasa almost 8.30 baru bas bergerak. Terminal bas tak nampak rupa terminal pun ni letaknya tak jauh dari Psar O'russey. Aku adalah satu2nya foreigner kat dalam bas tu. Masa semua penumpang dah naik, mamat pekerja syarikat bas ni datang dan tanya aku dalam bahasa Khmer, aku cakaplah aku tak faham dan tanya balik apa yang dia tanya. Sudahnya dia terus pusing belakang dengan muka cuak giler dan turun sambil pandang2 macam aku ni alien gamaknya. Lawak betul, dan sampai sekarang aku tak tahu apa yang dia tanya.


Psar O'russey, kat sini simpang 4 yang tak ada traffic light. Waktu pagi cenggini traffic agak busy, tapi diorang ni maintain je dengan rutin harian. Mamat2 motor kat atas ni adalah driver motodup yang berlambak kat sini. Slightly cheaper than tuk-tuk.   

Tak jauh dari bandar Phnom Penh, bas melalui perkampungan Muslim yang aku tak tahu namanya. Seronok bila nampak komuniti Muslim dalam keadaan yang teratur. Yang pasti aku tak tahu nama kampung tu. Aku cuba tanya mak cik yang duduk sebelah aku dalam bas, nampaknya macam ayam dan itik bercakap. Yang pasti dia cuma kata Muslim area bila aku tanya nama tempat tu.


Masjid yang sempat aku capture dari dalam bas. Masjid Jame' Ammar bin Yasir atau KM 9 Mosque. Bersebelahan dengan masjid ni adalah Sekolah Integrasi Al Ihsan KM 9 Phnom Penh. Sebenarnya kat area ni ada lagi satu masjid, di seberang jalan sana. 


Kalau kat Malaysia aku tak rasa lori ni boleh lepas bebas kat jalan raya. Mesti ramai yang akan komplen termasuklah aku. Merbahaya! Tapi aku tengok kat sana diorang akan muatkan semaksima mungkin, tak kiralah barang ke, orang ke, janji lepas. Regardless the types of transportation. 
  

Gambar ni pun aku ambik dari dalam bas. Masa ni kalau tak silap aku dah masuk highway nak ke Kampong Cham. 


Melalui kampung yang aku tak tahu namanya. Jauh lagi perjalanan dari sini ke Kampong Cham. Tapi aku cukup suka dengan pemandangan di sepanjang jalan ni. Hijau sawah padi, pokok kabung yang tegak berdiri, langit biru dan sesekali nampak lembu sedang meragut. Kat sini majoriti lembu yang aku nampak bewarna putih, hanya sesekali je aku nampak lembu bewarna coklat. 

Kalaulah aku memandu sendiri, mesti banyak pit stop yang aku ambil. View di sepanjang jalan memang superb! Subhanallah, masih terbayang di ingatan aku. Tak salah aku memilih untuk ke Kampong Cham. Sewaktu bas berhenti di kawasan rehat, aku tak turun pun. Tak sanggup bila tengok makanan yang boleh membuatkan tekak aku kembang. Sudahnya aku makan roti yang aku bawak dengan air mineral, lepak dalam bas sambil memerhati sekeliling.   

Bas akhirnya sampai di Kampong Cham almost 12.30 at noon. Ada sorang mamat motodup tu bolehlah sikit2 cakap english, yang lain2 semuanya tak tahu. Dia jadi translator antara aku dengan driver bas, tukang tunjuk kaunter tiket dan tukang translator antara aku dengan mamat kaunter tiket. Tambang tiket ke Phnom Penh cuma 16,000 Riel atau $4.

Aku finally agreed dengan mamat yang aku dah lupa namanya untuk bawak aku pusing Kampong Cham sebelum aku balik ke Phnom Penh pukul 2.00 petang nanti dengan tambang 5,000 Riel. First thing aku mintak dia bawak aku pergi Masjid. Memang itu pun tujuan asal aku ke sini.


Inilah masjid yang aku lupa namanya. Aku rasa macam dah capture nama masjid ni, tapi bila aku belek gambar tak ada pulak. Terlupa nak ambik agaknya. Masa aku sampai diorang baru nak solat Zuhur dan mamat yang ada kat situ cuma tahu cakap Khmer. Dia suruh aku ke rumah mak cik depan masjid ni, katanya mak cik tu pandai cakap melayu.

Kebetulan mak cik tu tengah angkat kain, dan boleh cakap melayu sikit2 katanya. Since ruang solat untuk perempuan kat masjid tu tak ada, so aku mamat motodup bawak aku pusing ke hujung kampung and then patah balik. Tapi hampeh, mamat tu tak faham pun. Dia bawak aku ke pekan dan tunjukkan kedai makan halal. So, aku makanlah kat situ. Kebetulan mamat kat kedai tu aku rasa owner bersama dengan minah kedai boleh cakap melayu dan english. Dia pernah tinggal kat Malaysia 2 bulan, katanya. Banyak jugak aku sembang sementara nak tunggu makanan sampai. 

Nak dijadikan cerita, disebabkan aku rasa nasi goreng yang aku order tu banyak, aku mintak pinggan kosong dan asingkan separuh. Tengah aku syok makan, tetiba datang 3 orang budak, si kakak dukung adik yang kecik, budak lelaki dalam 3 ke 4 tahun datang minta duit. Aku kata aku tak ada duit dan offer nasi yang aku dah asingkan separuh tu. Si adik lelaki ni laju je ambik pinggan dan pergi ke belakang kedai. Masa tu dalam hati aku kesiannya diorang ni, betul2 kelaparan. Tapi bila aku tengok lagi sekali, panas je dalam hati aku. Mana taknya, si adik yang ambik pinggan yang aku offer tadi tengah keluarkan hasil mintak sedekah dari poket seluarnya. Ambik kau! Punyalah banyak duit yang dia tengah duk kira, kalah duit dalam poket seluar aku masa tu. Mamat kat kedai tu cakap jangan bagi duit, nanti dia panggil kawan2 suruh datang jugak. Aku pun tak pasti sama ada diorang ni betul2 susah atau memang dah jadi habit mintak sedekah, seronok sebab orang bagi duit. 


Inilah ruang dalam masjid tu. Kecik je, saiznya lebih kurang kebanyakan surau kita kat Malaysia ni. Tak ada pun tabir ke, sekatan ke bagi pisahkan ruang antara kaum adam dan hawa seperti kebanyakan surau dan masjid kat Malaysia. Lepas dah settle urusan, mamat motodup tu hantar aku balik ke tempat tunggu bas.  


Sementara tunggu bas sampai, mata aku melilau memerhati keliling. Driving school ni kat depat tempat aku tunggu bas tu, bukanlah betul2 berdepan. Aku wonder camana diorang practice driving, sebab kalau bagi kereta free pun aku tak sanggup nak drive. Diorang prefer guna hon rather than signal which I could failed in the very first place.

Dalam perjalanan balik aku lebih banyak tidur padahal tak lena mana pun, sebabnya aku dah tak dapat seat tepi tingkap. Sebelah aku pulak akak tu duk pangku anak dia yang dah besar, lebih besar dari Sarah. Terhimpit dan terlanggar tu dah jadi perkara biasa sementara nak tunggu sampai ke Phnom Penh. Apalah salahnya kalau dibeli satu lagi tiket, aku yang terseksa, aduyaiii...

Sampai Phnom Penh dah almost 6.30pm. Bas pulak berhenti kat tempat lain, bukan kat tempat kitorang naik pagi tadi. Punyalah aku jual mahal bila driver tuk-tuk dan motodup approach. Seboleh mungkin aku nak jalan kaki balik ke guesthouse. Jenuh aku tilik map, asal jumpa signboard jalan je aku refer map. Nampak macam dekat tapi jenuh menapak tetap tak jumpa jugak. Oh, kaki aku tak meragam sebab aku pakai selipar, haha. Sampailah aku nampak pondok polis kat tepi simpang. Polis yang mula2 aku approach awal2 lagi cakap no english, adess. Pastu tetiba ada hero datang menyelamat, herolah sangat polis yang lebih muda bagi tahu jalan ke riverside. Since guesthouse aku tak jauh dengan riverside, it was a good landmark to refer when asking people around. Sempatlah bersoal jawab seminit dua. 

Sungguh drama sebab memang jauh giler aku menapak, pun tak jumpa tanda2 nak nampak bumbung ke, signboard ke yang menunjukkan aku dah dekat dengan riverside. Aku follow signage Central Market, pun langsung tak nampak bayang. Dari Central Market tu dah tak jauh nak menapak ke guesthouse. Dua tiga bijik motodup yang berhenti semua tak tahu cakap english, so aku pasrah je lah menapak. Sehinggalah aku diapproach oleh group motodup ni. Yang agak muda belia tu bolehlah cakap english. Since dah malam pun, kaki aku pun dah agak penat, so aku setujulah naik motodup dia dengan harga 6,000 Riel. Guesthouse aku tu jauh lagi katanya, dia mintak $2. Tapi aku biasalah, mesti bargain punya. Memang boleh tahan jauhnya. Kalau aku berdegil jugak nak menapak, tak sure lah pukul berapa aku sampai guesthouse, confirm akan tersesat di celah2 kesesakan tu. 

Lepas rehat kejap, mandi dan selesaikan apa yang patut, aku keluar dinner ke restoran biasa. Malam ni tak adanya aku nak ke pasar malam lagi dah, tak daya rasanya nak menapak. Esok dah nak balik, rasanya macam cepatlah pulak masa berlalu. 


2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    sy nk tanye, awak guna bas apa ye balik dari kg. cham ke pp...dah merata sy search kt internet klu2 ade bas dari kg cham ke pp, yang ade cume pp ke kg cham je yg byk... tolong saya ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.
      Entahlah, saya dah lupa nama company bus tu. Yang pasti saya cuma beli tiket one way ke Kg Cham je. Masa sampai tu, bas berhenti betul2 depan kaunter bas. saya beli tiket balik kat situ je.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...