Sunday, January 12, 2014

day3 part2: dari kanchanaburi ke sangkhlaburi

Sai Yok Waterfall tak jauh jaraknya dari Hellfire Pass Museum tu. Kalau dari town Kanchanaburi ke Hellfire Pass Museum, Sai Yok Waterfall terletak di antara keduanya. Masa pak cik tuk-tuk suggest untuk singgah masa balik, kitorang okay je. Dah sampai situ, kitorang diberi masa sejam untuk Sai Yok Waterfall. Lepas panjat tangga sikit, pastu berjalan tak berapa langkah dah nampak air terjunnya. Masuk ke sini adalah percuma. 


Masa mula2 tengok air terjun ni aku rasa macam biasa2 je, tak ada yang istimewa pun. Memang ramai budak2 yang bermain air kat sini dan mak ayah dorang tunggu kat tepi tu. Aku rasa sini memang jadi tumpuan warga tempatan untuk beriadah bersama keluarga. 


Tapi bila aku ke sebelah kiri dari gambar kat atas sana, baru aku realize something. Sai Yok Waterfall ni unik. Air yang jatuh tak ada aliran macam kat tempat lain, tapi airnya jatuh bersepah. Sekali tengok macam air musim banjir pun ada. Kalau korang perasan gambar atas ni, atas batu tu sebenarnya air tengah mengalir hasil dari jatuhan kat atas sana. 

Walaupun airnya jatuh bersepah dan merata2, tapi tetap terasa sejuk. Ralit tengok air tu, terlupa nak ke sebelah sana. Kat dalam kawasan ni ramai yang berniaga, banyaknya makanan dan pakaian. Ada gerai2 yang disediakan di tempat2 tertentu. Masa naik tangga nak ke tempat tuk-tuk, nampak gerai jual pancake kelapa halal. Terus semua menebeng kat situ.


Pancake kelapa yang sedap. Doh macam roti canai tu ditebar, diletak telur, isi kelapa muda dan gula selepas disapu planta. Lepas dah masak, dipotong dan dimasukkan dalam tempurung kelapa yang dah diambil isinya. Lepas tu letak susu manis dan gula sebelum diletak isi kelapa muda kat atas tu. Yang aku order, aku request tak nak susu dan gula, itu pun dah cukup manis. Tapi memang sedap!

Sekali lagi dalam perjalanan balik ke Kanchanaburi, pak cik tuk-tuk merempit. Bila dah tengah hari rasa sejuk dah kurang sebab matahari bersinar terik. Kami sampai kat Terminal Bas Kanchanaburi lebih kurang pukul 1.00. Aku, Nani, Izza dan Nik bergegas cari bas untuk ke Sangkhlaburi. Bas yang kitorang tanya kat terminal tu tambangnya THB 145. Dari situ kami menyeberang jalan ke kaunter van dan tambangnya THB 175. Waktu bertolak adalah sama. So, kitorang decide ambik van je dan lepas ambil tiket kitorang bagitau suruh tunggu sebab kami nak pergi ambik backpack. 

Dah ambik backpack masing, kami say good bye to them. Kat sini kami akan berpisah di mana kami berempat akan menyambung perjalanan ke Sangkhlaburi dan mereka berempat akan kembali ke Bangkok. Dalam van cuma kami berempat orang Malaysia, sorang uncle mat saleh dan sorang mak cik yang aku ingatkan girlfriend uncle tu yang asalnya aku ingatkan orang Thai tapi dia ada passport. Dan yang lain adalah orang tempatan. 

Awal2 tu mata masih segar, bergossip dan bersembang sebelum akhirnya kami semua tidur. Terjaga bila van berhenti kat tempat pemeriksaan. Untuk pengetahuan semua, dari Kanchanaburi ke Sangkhlaburi ada banyak stop untuk pemeriksaan sama ada polis mahupun tentera. Ini mungkin jugak kerana Kanchanaburi dan Sangkhlaburi bersempadan dengan Myanmar. Masa pemeriksaan yang pertama, mak cik tu disuruh turun dan dia kata dia kena bayar THB 5. Kat second stop tak ada sesiapa yang disuruh turun. Bila kitorang tunjukkan passport bila diminta, terus diorang kata okay. Kitorang sambung tidur sehinggalah terjaga bila budak perempuan yang dengan ayahnya tu asyik menangis. Dari tidur kitorang duk menghiburkan budak tu, sampaikan uncle mat saleh tu senyum2 kat kitorang. Tak lama lepas tu aku terkesima bila nampak belah kiri ada tasik yang luas, bersambung2 dan dipisahkan dengan pulau2 kecik.

  
Setelah berkali2 berusaha nak capture, akhirnya ini yang berjaya aku ambik. Memang mencabar sebab jalan sudah mendaki dan bengkang bengkok. Tapi tetaplah driver van kitorang rempit macam kat litar Sepang. 

Kami sampai kat Sangkhlaburi lebih kurang pukul 5.00 setelah lebih kurang 3 jam 30 minit perjalanan dari Kanchanaburi. Kalau naik bas harus lagi lama. Sementara tunggu Ying datang pick up, sempatlah kami merayau di walking street, ushar peniaga yang baru bukak gerai jualan. Untuk malam ni kami akan stay di Coffee Berry Guesthouse yang comel dan unik dengan kreativiti ownernya. Lepas rehat sekejap, kami berjalan ke Mon Bridge. Kononnya nak tengok sunset. Dari guesthouse ke Mon Bridge cuma lebih kurang 400 meter je. 


Tapi sayang, cuma ini je yang masih berbaki sewaktu kitorang sampai. Cukuplah untuk hari ini, mungkin esok masih ada rezeki untuk kami.


Bamboo bridge yang digunakan untuk menyeberang ke Mon Village setelah Mon Bridge runtuh July lalu dan masih belum dibaiki. 

Bila hari semakin gelap, kami akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke guesthouse. Dalam perjalanan kami ditegur sebuah keluarga Muslim. Berbual dengan bahasa yang amat terhad, namun kemesraan itu ada. Katanya kat pasar malam ada gerai makanan orang Muslim. 


Yup, kami di Sangkhlaburi dan ini adalah kenyataan.


Pasar malam di Sangkhalaburi. Dari makanan, pakaian dan barang2 hiasan banyak dijual. Aku teringin nak beli kain tenun, tapi masalah komunikasi membuatkan aku back off. 


Sebelum balik kami singgah tengok persembahan ni sekejap. Tariannya mirip tarian tradisional kita. Bila dah nak balik baru aku tahu yang pasar malam ni cuma seminggu sekali sahaja. Patutlah meriah semacam.


Kami berjalan balik ke guesthouse bila dah kepenatan. Itu pun lepas jenuh cari Restoran Sala; restoran Muslim yang ada kat situ menurut peniaga kat pasar malam tu. Tapi kami tak jumpa pun. Dari pasar malam ni ke guesthouse jaraknya lebih kurang 750 meter. Konon nak terus masuk bilik dan tidur, tapi bila Ying tunjukkan rooftop terus plan berubah.


Kat sinilah kami melepak, berbual sambil mengira bintang di langit. Lama kami cuba bertahan dengan suhu 17˚C sebelum masing2 mengaku kalah dengan kesejukan. Malam itu kami lena diulit mimpi setelah menempuh perjalanan yang panjang. 

  

4 comments:

  1. Geram pancake tu bukan Muslim pun Anne..kalau tgk tmpt telur penuh dgn tahi ayam tau.agaknya dia terus letak bekas tu kat reban kot.dah terlalu lapar kitaorg pejam mata ajelah huhu

    Tahniah dah sampai sanaburi.credit utk gaia sebab share tmpt ne dgn kita semuanya..

    ReplyDelete
  2. Kita ingatkan Muslim sebab ada tulis halal kat banner tu. part telur tu kita tak perasan pulak.. thanks Zilla kongsi pasal ni.

    Thanks jugak untuk Zilla sebab bukak peluang utk kitorang. rasanya macam nak repeat lagi sebab ada tempat yang tak sempat pegi aritu...

    ReplyDelete
  3. ramai golongan backpacker dah smpi ke sana... saya pun teringin jugak lah.... boleh baca review kat sini untuk rujukan... :)

    ReplyDelete
  4. memang berbaloi ke sangkhlaburi bagi pencinta kedamaian... kalau masa panjang boleh terus masuk ke boarder Myanmar, tapi apply visa siap2 lah..
    kalau nak tahu detail bagitau lah, insya Allah saya cuba bantu yang termampu... =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...