Sunday, January 5, 2014

day2 part1: mendaki ke puncak erawan

Aku terjaga pukul 5 pagi dan kemudian kembali menyambung mimpi sebab masih awal lagi. Bila terjaga balik lepas tu dah pukul 7.22 pagi. Kelam kabut aku kejutkan Meda, bangun mandi dan bersiap untuk keluar. Sedang elok aku selesai mandi, dengar suara Zilla bertanyakan kitorang dah siap ke belum. Dorang dah habis breakfast masa aku dan Meda sampai, sempatlah kami makan mengalas perut. 

Pagi ni kitorang ambik tour dengan guesthouse, tu sebab aku kelam kabut sebab tour kitorang start pukul 8.00 pagi. Bila van yang akan angkut kitorang untuk tour dah sampai, tengok2 ada new member on board. Pete dari Wellington akan join group kitorang. Guide kitorang hari tu adalah Niu aku harap ejaannya betul and that was her very first day as guide.

Dari guesthouse, kami dibawa ke destinasi pertama untuk tour hari ni iaitu Erawan Waterfall. Jauh jugak perjalanan dari guesthouse ke sini, tempat ni berada di antara Kanchanaburi dan Sangklaburi. Korang jugak boleh naik bas dari Terminal Bas Kanchanaburi ke sini dan bas terakhir dari Erawan waterfall ke Kanchanaburi pukul 4.00 petang. Bas terakhir dari Kanchanaburi aku tak sure pulak, yang ini sebab staff kat visitor centre tu bagitau.


Ada macam2 version pasal entrance fee ke sini. Ada yang kata THB 200, ada pulak kata kena bayar THB 400 kalau foreigner. Yang pasti kitorang bayar pakej tour tu THB 750 lepas dapat diskaun THB 40 termasuk entrance fees dan lunch. Kat sini kitorang dicombinekan dengan another group, tapi tak sampai 5 minit pun masing2 dah berpecah ikut kaki sendiri.


Di persimpangan dilema. Dari entrance ke sini jauh jugak menapaknya. Ambik simpang kanan sebab belah kiri tu akan membawa korang balik ke entrance rasanya.


Kami dihidangkan dengan air terjun yang pertama. Erawan waterfall ni ada 7 tingkat air terjun kesemuanya. Airnya memang benar2 biru dan jernih. 


Air terjun yang sama, tapi diambil dari angle yang berlainan. Nak naik ke atas, kena bayar deposit untuk botol air yang dibayar. Masa turun just tunjuk je botol air tu dan dapat balik deposit tadi. 


Kat level 4, tempat Nani dan Irdhi ber fish spa. Aku tak ambik gambar air terjun, tapi aku ambik gambar ni. Punyalah jernih airnya sampaikan akar pokok dan ikan pun jelas kelihatan. Kami skip level 3 dan terus ke sini, kononnya nak ke level 3 masa on the way balik.


Aku tak pasti kat mana, tapi rasanya aku ambik ni dari atas jambatan.


Aku lupa ni level ke berapa, yang pasti lama aku kat sini. Eh, bukan. Bukan cuci mata, tapi bertabah nak ambik gambar tanpa ada orang enter frame. Sudahnya orang makin ramai, masa makin suntuk. Ini je lah yang mampu aku ketik. 

Dalam pada menuju puncak, kami terserempak dengan Abby dan Pete yang dah turun ke bawah. Katanya lebih kurang 20 minit untuk ke level 7 dan agak tough. Gigih kami ke atas. Tapi sebaik sampai kat batu besar, masing2 dah goyang. Sebabnya sama ada panjat dan selusur tebing batu tu atau pun lalu atas batu2 kecil dan membasahkan kaki seluar. Irdhi dah laju ke depan, terus tinggal kitorang kat belakang. Bila Nani, Izza, Meda dan Nik tarik gear reverse, aku nekad teruskan aje. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting aku boleh sampai ke puncak. Memang laluan tak semudah yang sebelum ni.


Puncak yang ke 7! Memang berbaloi bila dah sampai ke sini. Kebetulan masa kami datang ni musim kemarau, kalau musim hujan air terjun ni lagi besar. Konon nak berlama2 ambik gambar kat sini, tapi bila Irdhi duk gesa ajak turun ke bawah, terus mood nak ambik gambar dicantas. 


Sebelah air terjun tadi ada kolam ni. Orang tak ramai sangat tapi tetap ada yang enter frame dalam gambar aku. 

Dalam perjalanan turun, terserempak dengan Zilla dan Pijah kat level 6. Dorang tak nak proceed ke atas dah, maklumlah hari dah agak lewat. Jadinya kami bergabung turun ke bawah. Entah macam mana last2 tu aku jalan sengsorang. Since masa naik aku skip level 3, so masa turun aku menyinggah kejap. 


Kat sini pun cantik. Rugi kalau aku tak singgah. Tapi sama jugak macam yang tadi, susah bebenor nak ambik gambar tanpa ada orang yang menyibuk. Lama aku tunggu dorang blah, tapi takde maknanya. Sudahnya berpuas hati je lah dengan gambar yang ada. 

Lepas tu aku terus turun ke bawah. Just nice aku sampai kat kaunter yang declare botol air tadinya, dorang memang dah sampai sana. Sedang elok dorang bergambar ramai2, cuma aku je yang tertinggal. Dah settle, kitorang gerak sama2 ke tempat permulaan untuk lunch. 


Ini je pun yang kitorang boleh order, nasi dan sayur. Lupakan yang lain dan makan tanpa was-was. Kebetulan aku tapau sambal bilis dan Meda pun bawak serunding ikan, dapatlah kitorang lauk. Alhamdulillah, kenyang.

Dah selesai makan, lama kitorang kena tunggu driver tukar van. Ada satu family yang akan join kitorang, tu sebab kena tukar van yang lebih besar. Bila dah sampai, kitorang ke destinasi seterusnya dalam pakej yang kitorang ambik. Terus terang, aku sebenarnya tak puas lagi nak menikmati keindahan Erawan. Namun apakan daya, sebab ambik tour so terpaksalah follow schedule yang dorang bagi. 


4 comments:

  1. aih..ternyata nak berlama2 di level 7 ? merasa bersalah saya ajak balik cepat2....

    ReplyDelete
  2. tak perlu rasa bersalah, Irdhi.. saya pun rasa bersalah jugak kerna gambar kamu yang saya ambil ngak jadi..

    ReplyDelete
  3. u..(mak eti)
    saje2 je ehh amik gmbar seksa...heheehheehe..

    ReplyDelete
  4. bukan saja, tapi terpaksa...
    tak pe lah, bagi chance uolls cuci mata plak, hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...