Monday, January 27, 2014

day6: mengejar keretapi part2

Bila tengok muka masing2 dah lain macam, terutamanya orang yang paling excited nak ke Mae Klong market pun dah menunjukkan tanda2 hampa dan kecewa. Akhirnya aku bersuara dan buat decision yang semua orang terpaksa akur. Aku kan diktator, haruslah dorang kena dengar arahan aku. Yang sebenarnya, dorang dah lost dan aku tahu itu je cara yang kitorang ada. Dari situ kitorang perlu kembali ke Maha Chai, berjalan kaki dan menaiki feri seperti sebelumnya. 

Dah kembali ke Maha Chai satu hal pulak. Jenuh nak cari transport ke Mae Klong. Tanya van dorang tak faham pulak, tanya bas silap tempat. Bila kitorang tunjukkan Mae Klong market dalam tulisan cacing kerawit kredit untuk Izza yang sempat mintak staff hostel tuliskan, pak cik bas tu suruh kitorang menyeberang ke seberang sana jalan. Kat kawasan tu teksi dan van, tapi bila tanya Mae Klong market semua orang tak dapat nak tolong. 

Hinggalah akhirnya bila aku approach pak cik teksi  dan tunjukkan tulisan cacing kerawit tu. Pastu dia cakap bahasa yang kitorang tak faham, terkial2 lah kami cuba nak hadam tapi tetap tak boleh. Akhirnya pak cik teksi tu keluarkan handphone dan dia call someone sebelum pass phone kat aku. Okay, pak cik tu call talian hayat yang faham dan boleh berbahasa inggeris. Aku deal dengan mamat kat phone tu, dan dia cakap kat pak cik teksi. Phone tu asyiklah bertukar tangan antara aku dan pak cik teksi sebelum kitorang setuju. 

Dalam teksi jenuhlah pak cik tu nak bersembang dengan kitorang, tapi takde maknanya bila masing2 mengalahkan ayam dan itik. Gigihlah kitorang push pak cik teksi suruh bawak laju, takut kalau2 kitorang terlepas train. Berkali2 jugak kitorang tunjukkan kertas bertulisan cacing kerawit tu dan berkali2 jugaklah pak cik teksi tu angguk, mengalahkan orang Jepun dah anggukan pak cik tu. Lebih kurang sejam perjalanan, tetiba pak cik teksi berhenti dan tunjuk keluar sambil anggukkan kepala. Kitorang masih terpinga2, biar betul dah sampai. Kesian pak cik tu, bersungguh dia nak yakinkan kitorang. Kami turun dan bayar tambang sebelum melangkah dengan keyakinan yang goyang. Bila nampak landasan di antara orang ramai yang lalu lalang dan jugak khemah peniaga, terus keyakinan kitorang naik. Kitorang berada di tempat yang betul!


Orang memang ramai, kebanyakannya adalah pelancong yang ingin merasai pengalaman unik ini. Dah sampai sini aku cepat2 cari kaunter tiket. Masa kat kaunter tiket baru aku perasan train akan tiba pada pukul 1.45 petang. In fact, masa aku sibuk2 cari transport masa kat Maha Chai nak ke sini, aku langsung tak terfikir train tiba pukul berapa. Aku cuma fikir nak kejar train balik dari Mae Klong je. Tiket balik ke Banlaem pukul 2.30 petang cuma berharga THB 10 seorang. Sementara tunggu train tiba, kitorang ushar dulu apa yang patut.

Di waktu biasa, landasan keretapi ni menjadi tempat peniaga mempamerkan hasil jualan dan juga menjadi laluan pengunjung. Dalam kitorang duk berjalan sambil melihat urus niaga, tiba2 terdengar bunyi siren. Semua peniaga dah standby untuk beri laluan pada keretapi. Kitorang cari port kat celah2 gerai.


Sebelum dan ketika keretapi lalu. Maafkan di atas kegoyangan video ni. Maklumlah, tengah duk pasang kuda2, sekali kakak depan tu suruh kitorang ke belakang. Rupa2nya, tempat kitorang berdiri tadi tu tak selamat. Kalau tak harus aku kena ucap selamat tinggal kat semua orang.


Keretapi dah lepas. Urusniaga berjalan seperti biasa seolah2 tak ada apa yang berlaku pun. Since masih awal, kitorang ambik peluang ni untuk roaming around sementara tunggu train balik ke Banlaem. Waktu petang macam gini, ada peniaga yang dah tutup gerai. Aku rasa kalau datang waktu pagi mungkin lebih meriah, suasana pun tak adalah panas sangat.


Train yang akan bawak kitorang balik ke Banlaem. Dah kata tambang cuma THB 10, janganlah nak berangan dapat seat yang best. Bertabah ajelah dengan apa yang ada. Just on time, train bergerak lepas bunyikan siren. Kali ni aku berpeluang tengok situasi dari dalam train pulak.


Passing through the market. 


Barang kecik2 tu dorang biarkan je. Dah berpuluh tahun agaknyalah dorang berniaga kat sini, dorang dah tahu dah apa yang nak kena alih, dan apa yang boleh dibiarkan macam tu je. 


Dari dalam train. Aku nampak banyak kawasan macam ni. Dalam petak2 tu ada air tapi tak adalah dalam mana pun air tu. Takat paras betis je. Nak tanya orang memang taklah. Dari Mae Klong Station ke Ban Laem Station ni banyak lalu di antara rumah2 orang, mostly kawasan kampung. Stesen tempat hentian tu pun comel2 je, tak nampak rupa stesen/hentian keretapi pun. 

Lebih kurang sejam setengah kemudian, kitorang akhirnya tiba di Stesen Ban Laem. Turun dari train, masing2 dah tahu ke mana arah tujuan. Mana taknya, masuk kali ni dah 2 kali kitorang berjalan dari Ban Laem Station ke jeti untuk ke Maha Chai, itu belum campur dengan perjalanan dari jeti ke Ban Laem. Kami naik feri yang dah sedia menunggu untuk menyeberang ke seberang sana. 

  
Banyak betul burung putih ni. 


Maha Chai Train Station. Next train untuk ke Wongwian Yai adalah pukul 5.35 petang dan tiket hanya boleh dibeli selepas pukul 5.00. Sementara nak tunggu tu, sempatlah aku dengan Nani pergi beli sotong kering kat pasar. Geram je tengok seafood yang fresh dan murah2. Sotong dengan udang besar2 pulak tu, haish!


Masa tunggu train nak balik ke Wongwian Yai, baru aku terperasan benda alah ni. Masa awal2 sampai tu langsung tak perasan, maklumlah orang ramai. Signage ni pulak kat dinding belakang kerusi tempat menunggu, kalau tak tengok betul2 memang tak nampaklah.

Perjalanan dari Maha Chai ke Wongwian Yai sejam lebih jugak. Sebab dah malam dan jugak announcement yang kadang2 ada, kadang2 takde membuatkan kitorang tak perasan pun dah sampai kat stesen Wongwian Yai. Bila ada pak cik tu tegur dan bagi tau dah sampai, barulah kitorang kelam kabut turun. Masa tu train dah penuh dengan orang yang nak ke Maha Chai. Dari stesen keretapi kitorang berjalan ke stesen BTS dengan harapan BTS dah beroperasi. Ada jugaklah kitorang berhenti tanya direction, dan Alhamdulillah BTS dah okay! Macam biasa kalau naik BTS, kitorang turun kat Surasak dan singgah makan kat Cili Padi lagi.


Tom yam seafood untuk aku dan Nani. Kalau datang Siam tak pekena tom yam rasa macam tak kenalah pulak. Walaupun tukang masak dan ownernya orang Malaysia, feel dia lain macam sebab makan kat Siam.

Dah habis makan, kitorang singgah 7 Eleven. Aku dah addicted dengan teh kat 7E, sedap je kat tekak aku. Since masih awal, kitorang ke masjid yang tak jauh dari situ. Ingatkan nak beli setem kat hostel, sekali dah habis. Keluar lah aku dengan Nani sekali lagi ke 7E sebab nak cari setem. 3 buah 7E yang dekat situ kitorang pergi, semua dah kehabisan setem. Sudahnya kitorang balik ke hostel. Pasal setem tu, esok2lah kitorang fikir. Masing2 dah kepenatan dek seharian mengejar keretapi. 


9 comments:

  1. Akhirnya, sampai jugak ke Mae Klong Railway Market. This is really an adventure. Pernah ke sini jugak dulu tapi by van since it was a family trip. Bawak mak yang teringin nak ke sini lepas tgk di Majalah 3. We manaed to catch the morning train.

    Teringat masa kat sana terpandang katak yang dah siap siang / kopek kulit bagai. Ewwww. Hahaha.

    This is my previous entry on this.
    http://zaraab.wordpress.com/category/thailand/bangkok/page/5/

    ReplyDelete
  2. hehe..7E memang selalu di hati kalau di Thailand...:D memang pasal bahasa tu yang buat pening...feel excited jatuh gara2 bahasa....

    ReplyDelete
  3. zaraab,

    yup, memang adventure nak ke sini, terkejar2 sebab tapi once dah sampai, lega sangat... kalau bawak orang tua memang tak advise naik ketapi, better guna van/kereta..

    hahaha... samalah, tengok katak tanpa kulit dengan katak salai.. tekak terus kembang semacam.. asyiklah nampak je depan mata, haish!


    normi,
    poskad? erk... dah habislah.. haha

    ReplyDelete
  4. bestnya baca entri travel log.... rasa mcm ikut sekali plak pergi tmpt2 menarik tuu.. hehe... tp serius tomyam tu benda wajib tuk dimakan bila ke negara thailand... :)

    ReplyDelete
  5. Irdhi,betullah, dah terjatuh cinta sama 7E... asalnya langsung ngak dipandang.. tapi lepas tu asal jumpa 7E harus mau menyinggah..

    masalah bahasa tu satu cabaran sebenarnya.. seronok once dah accomplished! =)


    Cheq Eem,
    thanks ya.. hihi. ha'ah, kalau ke thailand tak makan tom yam rasa macam tak sah pulak.. hihi..
    =)

    ReplyDelete
  6. tu lah...saya dah jatuh cinta dengan 7E semenjak di Lop Buri lagi...:)

    ReplyDelete
  7. Yg petak petak ada air tuh diorang proses garam. Pernah jumpa masa otw ke floatg market kat BKK. Amazed with it sbb mcm bendang padi

    ReplyDelete
  8. cik anon,
    yup, dah lama balik malaysia baru tau tu 'bendang garam'...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...