Friday, February 7, 2014

review guesthouse & hostel

Habis jugak akhirnya aku mengarang citer pasal trip ke Siam hujung December 2013. Dan seperti yang dijanjikan, aku nak share pasal guesthouse dan hostel yang kitorang stay sepanjang trip ni. Harap2 bolehlah jadi panduan untuk korang yang plan nak ke sana nanti. Perlu diingat, review ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan dari kaca mata aku sendiri. Lain orang mungkin lain pandangannya. 


Kanchanaburi

Tempat pertama kitorang bermalam secara proper adalah di Kanchanaburi. Malam sebelum tu kitorang bermalam di stesen keretapi Hua Lamphong. Kat sini kitorang stay 2 malam kat VN Guesthouse. 


Bilik kami luas, berkongsi 2 orang. Ada aircond dan kipas, en suite dan ada hot shower. Percayalah, kalau datang time wet season, kipas dan aircond tu tak guna pun. Tapi hot shower amat2 diperlukan.


Setiap bilik ada beranda sendiri. So, dapatlah melepak, bergosip kat beranda sambil2 cuci mata kalau ada peluang. Bangunan coklat yang ada lampu sebelah bangunan putih tu cafe VN Guesthouse. Bilik tak termasuk dengan breakfast, ya. Kitorang bawak bekal sendiri dan mintak air panas. Erk, hot milo aku harganya THB 50 secawan, pengsan! Itulah pertama dan terakhir aku mintak hot milo... huhu.


Kan dah bagi tau kitorang kecuali Irdhi duduk kat raft room. Tak caya? Tengok ni. Bilik aku paling hujung belah kiri. Takde TV tapi ada free wifi.

Overall, VN Guesthouse okay, value for money. Owner and staff helpful lah jugak walau tak ramah mana. Dorang selalu call kan tuk-tuk untuk kitorang without charge. Erk, masa kitorang sampai malam tu, dorang pick up dari bus terminal for free. Dah jimat sorang THB 20. Untuk guesthouse ni, Zilla yang arrangekan dari sini, so aku cuma bawak badan, barang2 aku dan duit je.

VN Guesthouse
44 Rongheeb Oil Rd. 2
Amphoe Muang, Kanchanaburi
Phone: +66 (0) 3451 4082
Email: info@vnguesthouse.net
Website: www.vnguesthouse.net


Sangkhlaburi

2 malam di Sangkhlaburi, kami bermalam di 2 tempat berlainan. Bila aku call P Guesthouse sebab dorang provide pakej yang menarik, malangnya bilik tak available on 21st December. So, aku ambik tour untuk kitorang berempat on 22nd dan stay kat situ pun on 22nd jugak. Tu sebab kitorang berpindah randah, padahal dekat je pun.

Tempat pertama kitorang terjah adalah Coffee Berry Guesthouse. Itu pun bila usaha aku email sana sini tak berjawab. Tapi bila aku message Coffee Berry Guesthouse kat fb, laju je dia reply. Just nice ada 2 traveler room je yang masih kosong. Terus aku book untuk 21st December tu. Ntah macam mana boleh pulak Ying owner Coffee Berry Guesthouse kata tak payah bagi deposit, biasanya dia ambik 50% untuk deposit bila buat booking.


Bilik yang comel hasil kreativiti ownernya. Katil adalah binaan simen, pastu tepi tu just lekatkan dengan kayu pallet. Tak sejuk dan tak sakit badan walaupun tilam tu nipis sebab tilam kekabu. Bilik ada aircond walaupun tidur malam kitorang tak on pun.


Tempat letak tuala yang comel.  Bukan tu aje, penyangkut pun comel je tapi malas nak letak gambar banyak2


Tong sampah yang cute. Yang sebenarnya dari luar bilik sampailah ke bilik air akan ada tulisan yang comel2 tu. 


Ada hot shower, maka masa mandi juga menjadi lama.


Ada roof top. So, bolehlah kira bintang malam2. Tak pun tunggu kot2 ada shooting star, bolehlah buat hajat bagi yang berhajat. Berlama2 kat atas ni time wet season memang menggigil dibuatnya.


Dari luar bilik kitorang. Ada meja dan kerusi comel tepi pintu, memang boleh lepak2 kat luar. Kalau korang perasan ada tulisan kat meja tu.


Tak sempat aku nak naik buaian ni, hihi. Belah kiri adalah office, kalau nak mintak hot water pun kat situ jugak. Laluan jalan kaki belah kanan adalah menuju ke bilik2.

Bilik yang kitorang stay kat Coffee Berry Guesthouse ni THB 700 semalam/bilik. Agak pricey tapi okay je kalau berdua. Owner guesthouse ni memang kreatif serta baik hati. Dari segi hospitality, kreativiti, keunikan dan location wise memang recommended. Ying dan husband dengan baik hati pick up kitorang kat terminal van dan hantar kitorang ke P Guesthouse without charge. 

Coffee Berry Guesthouse
93 Moo 3 Samprasop Road T. Nongloo
Sangkhlaburi
Phone: +66 84 802 9811
Website: http://www.coffeeberrysangklaburi.com Disebabkan website dia tulisan cacing kerawit, aku message kat FB.

*     *     *

Kami kemudiannya berpindah ke P Guesthouse untuk malam ke-2 di Sangkhlaburi. Jugak kerana kitorang ambik pakej untuk tour dengan dorang. Jom kita tengok apa yang P Guesthouse offer pulak.


View kat P Guesthouse memang stunning! Betul2 depan tasik dan bila petang tu boleh tengok sunset dari sini je. Tak payah nak menapak jauh2. Dari sini ada short cut jugak nak ke Mon Bridge, tapi petang tu kitorang tak sempat pergi akulah yang lama sangat lepak kat depan bilik.


Ada reading area. Tapi bila aku check semua magazine dan novel kat sini yang lama, pastu tak terjaga. Sebabnya ada yang dah dimakan anai2 pun. Mungkin jugak sebab kat hujung, kalau letak kat reception area, aku rasa mesti ramai yang utilize kemudahan ni.


Bilik kitorang, come with fan without aircond. Untuk bilik yang kitorang stay ni, bilik airnya kat luar. Sayang, aku lupa nak ambik gambar bilik air.


Boleh lepak2 kat luar bilik tengok pemandangan atau pun ushar orang. Nak bergossip lagilah boleh. 

P Guesthouse menang dari segi pemandangan dan ada sedikit keunikan. Harga pun boleh tahan murah kalau nak compare dengan Coffee Berry Guesthouse sebab kitorang stay kat 2 tempat ni aje. Masa booking pun aku berjaya ketepikan deposit, bayar masa check in. Dari segi hospitality agak kureng dan kalau nak mintak call tuk-tuk pun ada charges. Agak jauh kalau nak berjalan ke town. Common bathroom luas dan bersih, untuk lelaki dan perempuan dipisahkan. Cuma kalau ada hot shower lagi bagus. Tiap kali masuk bilik air, confirm menggigil sejuk tapi aku tetap pegang rekod paling lama bertahan dalam bilik air.

P. Guesthouse
81/2 Moo1. Tumbom Nonglu
Sangkhlaburi
Phone: 66 (0) 81 450 2783, 66 (0) 3459 5061 Aku terpaksa call sebab tak jumpa email address.
Website: http://www.p-guesthouse.com/home.html


Bangkok

Untuk 2 malam terakhir di Bangkok, Nani yang uruskan pasal penginapan. Aku serahkan semuanya pada Nani, aku tau aku bayar je time stay kat situ. Best atau tak, itu bergantung pada nasib dan rezeki kami.


Bilik untuk kami berempat, luas jugaklah untuk kitorang sepah2 kan barang2. Shared bathroom yang ada hot shower, so taklah kitorang kesejukan.


Tong drum yang dijadikan sofa kat dalam bilik, aku rasa orang Thailand ni boleh tahan kreatifnya. Since katil aku kat atas, sinilah tempat aku melepak sebelum panjat katil dan tak turun dah sampai esok paginya. 


Belah kiri tu reception counter dan communal area yang luas dan selesa. Nak lepak2 sambil bergossip ke, tak pun makan2, boleh je. Ada 2 biji desktop untuk kegunaan guest on the way nak ke kitchen. Dorang ada jual poskad dan setem, boleh terus masukkan dalam peti surat tu. Kebetulan setem dah habis masa kitorang datang tu, so kitorang tinggalkan duit dan dorang tolong poskan kemudian. 


Reading area kat first floor. Banyak novel yang best, tapi aku takde masa lah plak nak baca. Sempat belek2 gitu aje. 


Kitchen yang sentiasa kemas dan bersih. Sebelahnya ada washing machine dan dryer. Kat bawah ni jugak ada toilet. 


Mile Map Hostel, agak tersorok sebab bukan betul2 tepi jalan. Kena tengok betul2, kalau tak harus sesat barat. 

Yang best pasal Mile Map Hostel ni sebab dekat dengan restoran halal, salah satunya Cili Padi yang kitorang duk asyik berulang ke sana. Pun dekat dengan jaringan 7E, paling aku suka dengan teh nya. Boleh jalan kaki je ke Surasak BTS Station dan kalau nak keluar peluh lagi banyak, boleh berjalan ke Thaksin Bridge pulak. Staff baik dan helpful. Memang recommended untuk orang2 yang tak berapa nak cerewet. 

Mile Map Hostel
36, Pan Rd, 
Silom, Bang Rak, Bangkok
Phone: +66 2 635 1212


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...