Wednesday, February 5, 2014

perjalanan pulang

Asalnya aku set alarm pukul 3.30 pagi, risau kot2 tak terjaga. Tapi takde maknanya bila pukul 2.00 pagi pun aku tak boleh tidur lagi. Aircond kat surau tu sejuk giler, kalau ada sleeping bag harus lena tidur. Since tak boleh tidur, belum pukul 4.00 pagi kitorang dah gerak turun ke departure hall. Kitorang tak check-in lagi, tu sebab turun awal. Sekali tengok kaunter kosong, gelap tak bercahaya pun.

Kiosk untuk check-in pun tak ada, so melepaklah kitorang kat situ tunggu kaunter bukak. Yang sebenarnya, flight aku dan Nani memang pagi tu, cuma flight Nik malam karang. So, kitorang nak cuba nasib nak tukar flight Nik sekali dengan kitorang. Lama kitorang tunggu, penat dah aku tawaf floor tu barulah kaunter bukak. Malang bagi Nik sebab dorang kata tak boleh tukar, kena dapat approval dari KL. Pelik pulak sebabnya tak perlu nak approval apa pun, bila ada yang nak tukar flight just letak dalam waiting list. Bila semua dah check-in, kalau ada seat available, yang kat waiting list tu boleh terus check-in dan boarded macam biasa.

We left Nik as we leave for boarding and she has confirmed to catch the next flight after long call to MAS call centre in KL and of course, she had to pay some amount for the flight change. Pity her! No wonderlah my friends duk keep mentioning pasal Mana Ada Sistem instead of Mesti Ada Sedara.

Kengkononlah masa panjang lagi, so kitorang betul2 taking our sweet time together. Bila terpandang signage surau, baru teringat kitorang tak solat Subuh lagi. Cepat2 naik ke tingkat atas untuk solat. Surau kat boarding hall ni agak tricky. Since aku lama kat tandas, aku suruh Nani pergi dulu ke surau dan aku menyusul kemudian. Elok je aku bukak pintu surau, belah kanan tempat ambik wuduk, belah kiri tempat letak kasut dan straight aku masuk ke dalam, tengok semua kaum adam. Sama ada tengah baring dan tidur atau bersolat. Aku keluar dan pusing keliling, cari kot2 ada pintu lain tapi itu je pintu yang ada. Bila aku masuk lagi sekali, aku tanya sorang brother tu yang kebetulan baru masuk. Dia suruh aku masuk ikut situ dan ruangan solat wanita belah belakang. 

Dah settle semua baru perasan yang kitorang dah terlambat. Elok je dah dekat dengan boarding gate, dengar announcement for immediate boarding. Mulalah langkah hilang rentak, tahu pulak takut kena tinggal. 

"Miss Zakaria? And Miss Ismail?" Nampak je muka kitorang, terus staff kat situ tanya. Cepat2 aku mengiyakan. Kitorang yang terakhir boarded into the aircraft and guess what? Flight kosong! Seat yang terisi boleh kira dengan jari je. Panas hati mengenangkan kejadian yang menimpa Nik. Since tak boleh nak tido sangat, aku layan movie sesambil tunggu sunrise.


Dari tingkap aku. Kalau duduk belah kiri lagi best sunrise. So kalau korang nak catch sunrise yang cantik dan penuh dalam flight balik ke KL dari Bangkok, sila pilih tempat duduk sebelah kiri ye kengkawan.


Antara momen menarik untuk dikenang dan sempat dicapture.


My noodles and fish yang tak sedap, tasteless. Agaknya tak nak bagi kitorang dapat darah tinggi kot, tu pasal tawar je. Walaupun tak sedap, tetap habis sebab lapar, haha.


Langit yang dah bertukar warna, semakin terang dan semakin biru. Ini bermakna perjalanan pulang telah hampir ke destinasi.

Alhamdulillah, flight landed on time. Cuma tunggu baggage agak lama. Lepas dah settle semua, kami berpisah. Nani ambik ERL manakala aku ke parking, dah seminggu berpisah dengan kekasih hati. Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik macam mana aku tinggalkan hari tu. 

Syukur pada Ilahi kerana perjalanan kami semua berada dalam rahmatNya. Dengan kekecohan yang melanda Bangkok membuatkan ada keraguan untuk meneruskan trip ini. Beberapa hari sebelum tarikh untuk terbang, keyakinan itu akhirnya datang. Banyak yang kami tempuhi di sepanjang perjalanan, juga banyak kenangan yang dikutip untuk disimpan dalam hati owh Mon Bridge!. Terima kasih buat teman2 yang sudi mewarnai perjalanan ini; teman lama dan teman baru - Nani, Zilla, Izza, Irdhi, Pijah Pelangi, Nik dan Meda.


3 comments:

  1. nice to meet all of you guys...! April saya ke KL, boleh jumpa la nanti...:)

    ReplyDelete
  2. Irdhi, dah confirm date ke? jom kita lepak ramai2.. hihi.
    =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...