Wednesday, February 6, 2013

day7 | kembara berterusan

Dahaga dah hilang, jom kita berjalan lagi tengah2 hari buta ni. Bagus apa berjalan tengah panas, cepat sikit lemak tepu yang dah lama berkumpul kat badan tu terbakar dan mencair. Lepas tu barulah boleh berangan nak badan macam supermodel. Berangan jelah, kan berangan tu free.


Kita ke sini pulak, Keraton Surakata. Dari Pasar Klewer tu tak jauh mana pun, tapi kena lalu tempat2 yang tak berapa best. Hujung selekoh mesti korang jumpa dengan pintu masuk ke keraton ni belah kanan. Lepas dah masuk entrance tu korang akan nampak bangunan ni. Tapi bukan yang ini. 

Bila dah jumpa bangunan ni, korang ke kiri lalu kat bawah pintu gerbang yang dah hilang seri. Kat tepi2 jalan tu ada orang berniaga dan jugak pemilik kereta kuda yang akan terjah korang. Pandai2 lah korang buat muka ketat. Lepas selekoh yang tak tajam, korang akan jumpa entrance. Haa... apa lagi, jangan lupa beli tiket. Masa aku nak masuk ni Pak Badru tetiba belikan untuk aku, dapat harga local, rezeki jangan ditolak... hehe.

Kalau nak masuk bahagian belakang tu, kena bukak sandal atau selipar. Kasut bertutup sahaja dibenarkan. Kononnya untuk menjaga kesucian tempat tu. Semestinya ada yang monitor. 


Kalau tak silap aku, menara ni dikatakan menjadi tempat meditasi bagi Sultan. Bangunan ni memang boleh nampak kalau dari luar tadi, lepas pintu yang mula2 masuk tu. 


Bangunan ni tak boleh masuk. Masa aku datang ni, ada latihan ala2 gamelan sedang dijalankan. Tak pasti lah pulak latihan tu pasal apa. 


Ukiran di tiang.


Open hall belah kanan dengan bungkusan kuning kat atas tu akan digunakan masa perayaan tertentu sahaja. Pak Badru ada mention bila, tapi aku lupa. Itulah padahnya bila malas nak mencatit.


Antara barangan yang dipamerkan dalam museum keraton untuk tatapan umum. Naskah Al-Quran dengan terjemahan dalam bahasa dan tulisan jawa, kendi aladdin pratolo, kereta kuda yang terbiar kat tepi bangunan dan jugak tembikar dari China. Sebenarnya banyak lagi barangan yang dipamerkan.

Kat sini aku tak ambik masa yang lama, berbaloi dengan tiket hanya Rp 10,000. Kemudian kami kembali berjalan kaki ke Pasar Klewer. Kemudian aku dibawa ke tempat batu permata. Padahal aku suruh dia skip je, malas aku nak tengok benda yang aku tak minat. Tapi dibawak jugak, so follow jelah dengan muka ketat. Sebelah tu ada tempat pembuatan wayang kulit. Aku tengok je, malas nak ambik gambar. Bila muka ketat, mood pun jadi ketat.

Lepas tu kitorang keluar jauh sikit, di luar kota. Dibawanya aku ke sebuah kampung, kiri kanan ada sawah padi. 


Mula2 singgah kat rumah penduduk kampung yang buat perusahaan roti ni. Kemudian katanya ke tempat pembuatan atap genting. Aku teruja nak ambik gambar. Sebab bagi aku atap genting memang susah nak jumpa, apatah lagi nak tengok macam mana atap genting dibuat. Tapi sayangnya, tempat yang kitorang tuju tu bercuti. Tak dapatlah nak tengok, hampa dan kecewa, tapi pasrah ajelah. 


Korang tahu ni tempat apa?

Aku dibawak ke tempat buat arak! Betul, aku tak tipu. Ada tempat buat arak di kampung terpencil di Solo. Araknya dibuat dari hampas tebu yang direndam selama 40 hari, lepas tu ditapis ke dalam tong dan dibakar macam kat atas tu. Aku lupa berapa lama dipanaskan macam tu sebelum disuling dan disimpan. Dorang bagi aku secawan, suruh minum. Sikit je katanya, tapi aku cuma ambik bau. Bau je pun dah boleh buat perut aku bergelora, busuk dan tengik! Katanya arak2 tu dijual sebagai minuman dan jugak dihantar ke apotek. Sungguh aku tak sangka, kat kampung macam tu yang majoritinya beragama Islam ada kilang arak, walaupun tak sebesar Carlsberg kat Shah Alam.

Masa keluar dari kilang arak tu, awan mendung macam nak hujan. Udara pun berat semacam, memang akan hujan. Agaknya aku kena sumpahan sebab terjah masuk dan ambik bau arak tadi. 


Sawah yang aku tak pasti dalam proses apa dengan awan mendung.

Elok je masuk ke jalan utama, hujan turun. Mula2 kami berhenti singgah berteduh kat depan kedai yang belum bukak. Pastu ada bapak dengan anak yang singgah sama. Bila hujan agak reda, kitorang redah dan berhenti kat sebuah masjid yang tak jauh dari situ. Masjid tapi saiznya macam surau kat Malaysia. Kat situ ada dalam 4 orang duk menumpang berteduh, termasuk kami dah jadi 6 orang. Dek kerana pintu masjid tu berkunci, dan lantai kat luar tu agak kotor, aku decide dan niat Jamak Ta'khir je. 

Lama kami kat situ, sampai masuk waktu Asarlah. Lepas selesai solat Asar baru kami redah hujan yang dah rintik. Aku mintak Pak Badru terus ke stesen bas, aku nak beli tiket minibas je. Tapi Pak Badru terlupa, dia singgah jugak kat Jebres tapi aku tak turun pun. Terminal untuk minibus rupanya tak sama terminal dengan Tirtonadi. Aku beli tiket pukul 10 pagi since bas pukul 8 pagi dah habis. Tak kisahlah, janji aku sampai ke destinasi. 


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...