Sunday, February 3, 2013

day6 | kembara solo ke solo

Hari ni aku bangun lebih awal dari semalam. Sewaktu tengah bersiap dan kemas apa yang patut, terdengar announcement tentang kematian dari Masjid berdekatan. Aku memang terus packing sebab pukul 12 nanti aku akan check out dan perjalanan akan disambung ke destinasi baru. Pagi ni pun aku tak terasa nak pergi breakfast kat atas, ntah kenapa. Padahal sebelum datang aku dah berangan2 breakfast kat roof top. 


Destinasi pertama, Pasar Beringharjo. Aku memang plan nak cari apa yang patut sebagai souvenir. Lepas pasar ni aku plan nak ke museum. Tapi malangnya, masa aku nak keluar dari pasar ni hujan turun selebat2nya. Poncho memang aku tak bawak, selalu aku angkut aje ke mana2. Sudahnya aku ukur ruang dalam pasar ajelah. 

Bila hujan dah reda, aku ke pejabat pos dengan misi mengepos poskad yang gambarnya tak cantik. Dekat sebulan baru aku terima poskad tu, risau kot2 lah terselit kat mana2 dan aku tak dapat. Lepas pejabat pos aku terus balik sebab dah lewat. Tak ada rezeki aku nak ke museum dan jugak kraton. 

Before 12 noon aku dah ready tinggalkan EDU Hostel. Kasut kung fu yang aku pakai masa redah banjir kat Jakarta akhirnya selamat ditinggalkan dalam bakul sampah hostel. Kasut tu dah tak berjaya nak diselamatkan, lama sangat berbungkus basah. Bila pakai lepas dah jemur kering, tapak jadi licin. Sedih sebab terpaksa berpisah dengan kasut, akhirnya aku cuma berteman dengan selipar ajelah untuk hari2 yang masih berbaki ni. 

Lepas check out, aku jalan kaki ke halte TransJogja untuk ke Terminal Giwangan. Aku decide ambik bas je instead of train. 


Nasi goreng kicap manis, telur mata dan teh o ais yang aku makan di Terminal Giwangan sebelum meneruskan perjalanan. Mahu kebulur kalau aku tak makan dulu, lapar weh. Nak masuk ke tempat tunggu bas kena bayar Rp 500. Ntah pape lah, bukan ada tempat duduk pun. Tapi sebab kat tempat orang, redha jelah. Lagi pun semua orang bayar, bukan aku je. 


Bas yang aku naik untuk ke Solo dari Jogja. Tambangnya cuma Rp 10,000. Murah, kan? Tapi memang berbaloilah dengan sesak, panas, bau yang pelbagai, macam duduk dalam sauna pun ada. 3 jam mengharung seksa tak adalah seksa makna pun sebab aku dapat tempat duduk akhirnya sampai jugak ke terminal bas Solo. 


Kalau korang pernah ke Prambanan dari Jogja mesti korang perasan masjid ni kat sebelah kiri jalan. Masjid An Nurumi, terletak di KM 15 Jalan Jogja - Solo. Ini je yang sempat aku snap dari dalam bas. Masa lalu dengan Dewi petang semalam aku dah perasan, lepas tu terlupa nak ajak dia singgah. Lagipun kitorang balik dah malam. Masjid ni mengingatkan aku dengan gereja St. Basil's kat Moscow. Walaupun tak sama tapi hampir serupa.

Lewat petang jugak aku sampai di Terminal Tirtonadi, standard practices aku akan turun last sekali. Tanpa map, aku cuma ada alamat Mama's Homestay yang aku dah booking. Kebetulan tempat bas berhenti tu dekat dengan pondok pak polisi. Aku tanya dorang jarak ke Kampung Batik Kauman. Masa aku tengah tanya dorang, ada bapak ojek datang dan tanya aku nak ke mana. Lepas deal harga aku setuju untuk dihantar ke Mama's Homestay. 

Masa sampai kat Kampung Batik Kauman tu, aku cuak jugak. Dah jumpa dengan Mama's Homestay tapi pintu pulak terkunci. Macam tak ada orang. Mujurlah masa aku melilau keliling nampak ada kertas tertampal kat tepi pintu belah atas, sebelah loceng. Lepas 2 kali tekan, ada bunyi orang dari dalam. Semestinya aku tarik nafas lega.


Aku booking single room, tapi masa aku sampai bilik untuk triple ni yang available. Tapi aku tetap bayar Rp 60,000. Rate untuk single room. Walaupun ada 3 katil aku cuma guna 1 ajelah, dan bilik ni aku conquer sorang2. Walaupun takde selimut, tapi aku tetap lena. 


Risoles ni mahal giler! Sudahlah rasanya ntah apa2. Lebih kurang macam telur bungkus tapi kering. Kononnya risoles ni makanan paling top kat sini, tapi bagi aku takat nak isi perut bolehlah.


Kat atas meja memang tersedia cili padi ni. Aku tengok dorang makan cili macam makan ulam. 


Lepas makan aku ke Gedung Wayang Orang Sriwedari. Bayar Rp 3000 untuk tiket masuk. Patutnya pukul 8.30 dah start. Tapi waktu tu baru nak prepare itu ini, mic problem, macam2 lah. Aku tak faham sepatah haram, kejap dengar kejap tak. Dalam 9.30 aku balik, lemas dengan panas dan jugak asap rokok. Mata aku pun dah ngantuk. Yang sebenarnya Pak Badru pun kata dia pun tak faham jugak, sebab bahasa jawa yang dorang guna tu memang lain. Aku yang langsung takde kena mengena dengan darah jawa lagilah tak faham. 


5 comments:

  1. Masjid An Nurumi? Cantiknya.. Tingin nak kesana

    ReplyDelete
  2. itulah, tak sangka boleh terjumpa masjid ni sebab tak pernah pulak jumpa blog yang cerita pasal masjid ni masa ke jogja..

    apa lagi izza, jom kita.. hehe =)

    ReplyDelete
  3. jom anne.. nnti jumpa bulan 5 nanti kita diskuss :)

    ReplyDelete
  4. bolehh.. nanti boleh cover tempat2 yang tak sempat nak pegi aritu.. jgn terlupa nak discuss pasal ni dah lah.. hehehe.
    =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...