Wednesday, February 17, 2016

thai 2015 | flora park, khao yai

Entry ini adalah sambungan dari thai 2015 | sekitar khao yai.


Aku sebenarnya tak tahu kitorang akan ke mana lagi lepas keluar dari Toscana Valley. Nak tanya lebih2 pak ngah kadang2 tu sengih je bila kitorang tanya. So, tunggu je lah ke mana kitorang akan dibawa. Bila dah bosan tak tau nak buat apa, aktiviti favorite adalah tido. Aku terjaga masa pak ngah duk calling2 pak long. Rupa2nya kitorang lost dan terlajak ke depan. Lepas U-turn dan turun naik bukit, kami sampai ke destinasi. Kata Eija, tadi pak ngah dah berhenti kat situ, tapi pak long kata bukan. Miss communication betullah dorang berdua tu.

Lepas kitorang semua dah sampai baru semua masuk. Dorang yang dengan van pak long tunggu kitorang sebab 1 tiket untuk 17 orang. Kitorang sampai kat Flora Park masa matahari tengah terpacak atas kepala. Dari suhu yang sejuk pastu tetiba panas, memang cepat je mood aku bertukar. Mula2 aku join dorang, tapi lepas tu aku sengsorang. Aku tak suka panas, so seboleh mungkin aku akan cari tempat nak berteduh. Aku tak sanggup nak melayan dorang bergambar tengah panas, tu sebab aku lari, hihi.


Kombinasi merah kuning.


Aku tak teruja pun tengok ni. Nampak macam mendung, tapi panah derring panas berdenting. Tu sebabnya aku takde mood, takde feel nak mabuk bunga.


Ada banyak bunga mawar, tapi aku tak letak semua gambar kat sini. Hanya yang terpilih je. 2 jenis mawar kat atas tu besar, penuh tapak tangan. Yang bawah dua tu pulak comel je saiznya, sama comel dengan bunganya.


Bunga kuning.


Mawar kuning ni cantik! Aku suka...

Sebab panas sangat, bila aku nampak ada ruang kosong kat bangku bawah pokok, cepat2 aku ke sana. Lega dapat berteduh. Sesekali bila angin bertiup, rasa nak tido pun ada. Lama jugak aku kat bangku tu, agak2 matahari dah condong sikit baru aku sambung berjalan. Lagipun masa dah suntuk. 


Hamparan lavender. Dari bangku aku duduk melepak tu boleh nampak lavender ni kat bawah.


Akar pokok yang ditanam menutup laluan ni cantik pulak.


Close up akar2 yang colorful.


Kalau tadi ditanam pokok yang akarnya jatuh berjurai, yang ni pulak ditanam sayur.


Buah tak tahu nama. Saiznya lebih kurang sebesar penumbuk dan kulitnya berduri tajam.



Sebenarnya banyak lagi bunga kat Flora Park ni, tapi cuaca hari tu dah berjaya menenggelamkan mood aku. Frankly speaking, aku langsung tak bernafsu nak ambik gambar warna warni bunga hari ni. Aku even skip few parts kat taman ni, tak rajin nak explore lebih2. Since masa nak masuk tadi pak long dah remind nak bertolak pukul 2.00 petang, lagi few minutes aku dah keluar. Tengok keliling tak nampak kelibat sesiapa pun. So, aku assume aku yang terlambat dan dorang semua dah ada dalam van. 

Bila aku sampai kat van, takde sesiapa pun kecuali pak ngah. Aku masuk dalam van, lega dapat aircond. Sambil2 tunggu dorang sampai aku baca novel. Lebih kurang 2.30 petang baru kitorang tinggalkan Flora Park.


3 comments:

  1. Bunga tu memang ada sepanjang tahunkah? atau ada bulan2 tertentu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak, bunga ni hujung tahun je.. biasanya start nov hingga awal tahun...

      Delete
  2. thanks, will keep in my list. Harap2 ada rezeki terjatuh hujung tahun ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...