Saturday, March 2, 2013

day1 | permulaan yang kelam kabut

Since balik dari Tanah Jawa hujung tahun lepas lagi aku dah alert yang my next trip somewhere in February. Masa berjalan pun rasa cepat jer sebab the thought yang aku ada trip to look forward. Tapi dah dekat2 tu aku jadi malas, buntu sama ada nak proceed atau hanguskan tiket. Macam2 benda yang aku fikir, dengan exam yang dah few times postponed, dengan viva yang nak kena prepare from now on, dengan assignment yang berlambak lagi... aku jadi serabut.

Lagi seminggu date nak fly, aku relaks je. Selalunya aku akan prepare untuk trip a week before. Even 3-4 hari before tu pun aku tak prepare apa2. Housemate aku plak kejap2 remind aku suruh booking itu ini, dia pulak yang terlebih risau bila aku melepak je. Cuma malam Jumaat tu barulah aku buat web check in, salin 2 nombor telefon untuk sewa kereta. Selebihnya aku takde buat pape pun. 

Pagi tu aku dah terjaga pukul 4 lebih, tapi aku snoozed kan alarm dan bangun balik pukul 5. Lepas bersiap2 aku terus ke KLIA. Lepas parked kereta boleh pulak aku terlupa patut turun kat level berapa nak ambik bas ke LCCT. Sudahnya aku turun ke ground floor, lepas tu naik tangga dari satu level ke satu level. Pagi2 dah exercise naik tangga. Bas pulak macam lambat je, aku dah cuak sebab flight 7.45. Lebih kurang 6.42 bas gerak ke LCCT and arrived there few minutes past 7. Dalam wallet aku cuma ada RM 60.00, jenuh lah aku merayau cari ATM tapi tak jumpa. Last2 aku tanya kat kaunter CIMB, katanya depan Starbuck. Laju je aku ke sana, tapi pak cik tu punyalah lama belek ATM tu. 

By the time aku settle withdraw duit dah dekat 7.20, kelam kabutlah aku nak ke kaunter. Aku boleh tak perasan kat mana nak tengok gate nombor berapa, by that time kaunter dah closed. Tapi aku gigih jugak beratur kat kaunter tu, barisan panjanglah jugak. Tiba2 muncul penyelamat minah ground crew, dia tanya aku nak ke mana. Mungkin sebab nampak aku gelisah kot, haha. Actually aku tak ada nak drop baggage pun, dan dia tunjukkan kat mana nak check gate. 

Konon dah masuk dalam aku nak beli air, dahaga yang amat sebab pagi2 dah terkejar2 ke sana sini. Just nice lepas security screening, aku dengar announcement final call to Labuan. Tinggal tak sebut nama je lagi. Sampai je aku kat Gate 8, tengok dah takde orang! Oh NOOO!!!

"Cik ke kanan, bay 93." Mamat yang check boarding pass aku bagitau. Aku ulang dan dia anggukkan. Laju je aku berjalan, kat depan aku ada satu group tengah lenggang kangkung. 'Ni mesti geng ke Labuan nih,' itu yang aku fikir. Lepas potong diorang aku jalan laju je. Aku tengok belah kiri bay 92, pastu bay 94. Belah kanan bay 103/104. 

'Alamak! Mana bay 93 ni? Ke aku silap dengar? Takpe2, relaks je.' Sambil membebel sorang2 aku pun beratur lah. Sambil hulur boarding pass kat stewardess tu aku senyum je lah.

"Eh, cik nak pergi mana ni?" Masa tu dia dah bulatkan dah kat boarding pass aku.

"Labuan. Ni bukan flight pegi Labuan ke?" Kan? Tadi aku dah cuak, betullah aku salah tu.

"Bukan cik. Flight ni tak pergi Labuan."

"Hah, bukan flight ni? Bay 93 kat mana? Bukan sini ke?" Padahal aku dah tengok situ bay 103, lagi mau tanya bay 93. Aiyoo...

"Bay 93 belah sana cik. Cepat pergi sana, flight dah nak depart tu."

"Jauh tak dari sini?"

"Belah sana je, kena patah balik. Masuk simpang yang mula2 tadi. Cepat cik." Awek tu dengan sorang brader ground crew tu suruh aku cepat2. Kang tak pasal2 kena tinggal. Mujur masa aku tengah bersoal jawab tu orang takde, kalau tak malu aku padahal bukan jumpa dorang pun lepas ni, kalau jumpa gerenti tak cam punya. Aku pusing belakang terus lari dengan beban backpack kat belakang. Mamat yang jaga tepi selekoh tu tadi sibuk dengan handphone, aku berhenti tanya dia untuk confirmkan.

"Sebelah sana kak, dekat je." Itu katanya. Tapi aku tengok jauh jugak. Berlari lagi. Orang pandang2 pun aku buat2 tak nampak je. Aku berhenti tanya mamat kat simpang depan tu pulak.

"Eh, kapal pergi Labuan dah pergi kak. Tadi kat situ kapalnya." Dia tunjukkan arah depan dia. Aku tengok ada kapal tengah loading baggage, tangga belakang dah kena tarik dah.

"Eh, tu bukan kapal Labuan ke? Bay 93?" Pandai2 je aku conclude tu kapal pergi Labuan. Padahal dah frust giler kalau betullah aku dah kena tinggal. Masa tu aku fikir nak cari tiket pergi tempat lain je. 

"Ha'ah lah. Belum lagi kak. Cepat kak, nanti kena tinggal. Lari kak, lari!" Tu dia, punya semangat dia suruh aku berlari pagi2 ni. Nasib baik aku tak terlajak berlari terus ke taxiway. Tengah aku berlari tu berselisih dengan 3 orang mamat ground crew dari bay 93 tu.

"Hati2 lari tu, jatuh karang!" Bersambung2 ayat tu dorang duk ulang2kan. Aku buat tak tau je, aku dah kesuntukan masa ni. Watson Nyambek lari pun tak pikul backpack macam aku. Stewardess yang jaga kat pintu bay tu bagi signal tangan suruh aku jalan je. The rest few feet tu aku berjalan je lah. Sampai kat depan dia termengah2 aku. 

"Relaks, ambik nafas dulu. Perlahan-lahan," katanya. Aku sengih je. Dia sambut boarding pass aku yang dah dibulatkan.

"Silap bay, erk?"

"Ha'ah, berlari2 saya dari hujung sana." Pastu aku gelak, dia pun gelak sama. 

Lepas tu takde dah aku nak laju2. Perlahan2 ala-ala catwalk aku menapak naik ke dalam kapal. Aku orang terakhir on board. Aku duk tengah2, mat saleh yang duduk kat aisle sebaris seat aku dah tidur pun. Aku kejutkan dia sebab nak langkah masuk ke seat tak muat. Terbukti yang dorang dah lama on board, aku je yang terhegeh2 cari bay tak jumpa.

Hilanglah mengantuk aku, sekejap je. Tapi lepas tu lena je aku lentok. Maklumlah, pagi2 dah berjogging keliling bay, sikit lagi nak terus ke taxiway. Sebelum terlena tu sempatlah aku flashback pasal insiden pagi tadi. Yang buat aku tergelak dan macam tak masuk akal tu sebabnya ini bukanlah kali pertama aku fly domestic, bukanlah jugak kali pertama aku naik flight. Kalau sebelum ni aku tak bermasalah pun nak cari bay location tapi sebaliknya pagi ni. Serba serbi jadi tak betul, kelam kabut. 

Aku fikir kalau kena tinggal tadi, harus aku melilau cari tiket pergi tempat lain. Tak dayalah aku nak balik ke rumah walaupun masa keluar pikul backpack pagi tadi takde orang nampak. Mesti pak cik driver bas tu heran bila tengok aku patah balik ke KLIA. Kalau dia heran je takpe, dibuatnya dia gelakkan aku, mahu setahun aku mogok tak nak naik bas, haha. Parah tu. 

Sempat aku terfikir, nasib baik aku angkut backpack instead of luggage. Malam tadi aku memang berada di antara dua persimpangan. Trip kali ni aku memang nak lepak2, nak berehat je. Mula2 aku fikir baiklah bawak luggage, kesian sebab dah lama asyik ditinggalkan. Aku just tarik je ala2 bebudak AF time kena singkir. Pastu aku fikir mesti leceh kalau nak turun naik tangga, malas aku nak angkat. Sudahnya backpack menjadi pilihan. Tak boleh nak dibayangkan macam mana gamaknya aku berlari2 sambil tarik luggage, kejar kapal punya pasal... hahaha.


2 comments:

  1. nasib baik x kena tinggal..huhuhu

    ReplyDelete
  2. kalau kena tinggal maknanya plan ke labuan hanya tinggal plan.. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...