Thursday, August 6, 2015

royal belum | dah ke belum? -part1

Cerita pasal Lombok aku rehatkan sekejap, semata2 untuk memberi laluan kepada kisah Royal Belum. Kalau nak tunggu siap cerita pasal Lombok, harus aku lupa pasal Royal Belum. Lagi pulak bila tahap kerajinan berada pada tahap super minimal, alasan lain memang tak boleh diterima pakai. 

*          *          *          *          *          *          *

Plan ke Royal Belum memang tak dirancang. Masa awal Ramadhan tempoh hari, Nani post pasal promosi ke Royal Belum kat group Geng Berjimba. Akhirnya cuma aku dan Nani je yang confirm akan join. Kitorang dapat harga promosi RM 200 per person untuk Bekons2 share 4 person in a room for the 2 days 1 night trip. Untuk pakej ni kitorang dapat dari Belum Konspirasi. Korang boleh check instagram dorang @belum.konspirasi untuk lebih info atau promosi.

Perjalanan kitorang awal2 lagi dah diuji. Kereta aku tetiba pulak menyala lampu enginenya. Lepas call mekanik dan confirm takde apa2 yang perlu dirisaukan, aku nekad bawak si kuda biru. Lagipun lepas aku cabut connector bateri, lampu engine tu dah tak menyala. Around 1.00 am kami berlima meredah kegelapan malam meninggalkan Seri Kembangan melalui SKVE dan seterusnya masuk ke PLUS highway. 

Kami berhenti rehat dan toilet break kat RnR Tapah. Lebih kurang sejam lepas tu, baru perjalanan disambung kembali. Tak lama lepas tu, lampu engine kembali menyala. Walau nampak tenang, tapi dalam hati tetap risau. Kami keluar exit Kuala Kangsar dan perjalanan diteruskan menuju ke Gerik. Untuk ke Gerik, cuma perlu ambil laluan lurus tanpa belok ke kanan kiri. Aku ingatkan jarak dari exit Kuala Kangsar ke Gerik dekat, rupa2nya lebih 85km jugak. 

Driving di awal pagi di tempat asing memang menguji jiwa raga. Bila dorang semua dah lena, nak hilangkan rasa mengantuk aku berzikir. Itu ubat tahan ngantuk aku yang paling mujarab setakat ini. Jalan memang sunyi, gelap dan unexpected sebab kadang2 ada selekoh, kadang2 lurus, kadang2 berbukit. Jadinya kena memandu dalam keadaan extra cautious. Itu belum lagi perasaan ngeri bila berselisih dengan lori besar gedabak di jalanraya yang sempit dan sunyi.

Kitorang berhenti kat Masjid Jamek Gerik hampir jam 6.30 pagi. Sedang elok jemaah dah selesai solat Subuh. Sementara tunggu dorang, aku baringkan seat dan sempat lena sekejap. Perjalanan diteruskan dan bila jumpa roundabout yang tak rupa roundabout, ambik ke kanan. Roundabout tu kecik, aku pun tak perasan, terpaksa u-turn kat depan. Lepas tu ada simpang tiga, ambik ke kanan menghala ke Jeli/ Kota Bharu. Kitorang singgah breakfast kat kedai makan tepi traffic light. 

Perjalanan lepas breakfast tu adalah perjalanan yang mendebarkan dan mengelirukan. Sebab, masa ni dah tak jumpa signboard Royal Belum. Laluan memang tak usah cerita, cuma bila siang hari tak lah rasa risau sangat. Hutan yang berkabus, memang menjadi santapan mata kitorang. Ada signboard tentang gajah liar, tapi takde petunjuk pasal Royal Belum. Dalam kerisauan tu, tetiba kitorang jumpa jugak dengan signboard. Alhamdulillah, lega bila tahu kitorang di laluan yang betul. 

Bila jumpa jambatan yang pertama, kitorang teruja. Tambahan pulak kat atas bukit di hujung jambatan ada tertulis Royal Belum. Kurang dari 2km, ada another bridge. Untuk ke jeti, tak perlu lalu bridge tu but turn to the left instead. Since jeti asal tengah direnovate, kitorang ke jeti sementara yang mana perlu ke depan lagi. 

    
Since parking kat bawah dah penuh, kitorang parking kat atas dan berjalan ke bawah. Parking adalah berbayar, tak kira kat mana korang park kereta , tetap kena bayar RM5 sehari.

Patutnya kitorang gather kat jeti 9.30 am, tapi atas alasan teknikal pihak penganjur, kitorang gather around 9.45 am. Kitorang diangkut dengan boat ke houseboat. Kalau tak kerana tanah becak sebab hujan a day before, kitorang boleh berjalan terus ke houseboat. 


Bukan houseboat kami sedang belayar meredah tasik. 


Jambatan kedua yang tak perlu diseberangi kalau dari pekan Gerik. Jeti yang tengah renovate kat hujung belah kanan jambatan. 

Bila semua dah berkumpul dalam houseboat, Pakcik Bahar, owner Arus Belum dan Belum Konspirasi bagi briefing. Mostly cerita pasal asal usul Royal Belum dan jugak what do's and don't. Antaranya tak boleh ambik gambar pos kawalan tentera kalau taknak kamera dirampas. Sambil2 tu kami dihidang dengan minum pagi dan lepas briefing, pembahagian bilik berdasarkan Bekons yang kitorang book. 


Bilik aku muat 4 orang. Aku berdua dengan Nani dan another 2 girls. Since aku tak tido sebab drive all the way, masa yang ada sebelum lunch tu aku lenakan diri. Bangun2 je bila dengar dorang kejutkan untuk lunch. 


Lunch yang mengenyangkan. Kuah kari tu sedap, ayam aku memang tak ambik kalau ada ikan. Makan dalam houseboat yang bergerak disajikan dengan view yang cun melecun, memang double kenyang.

  
Pulau2 kecil menjadi hiasan pada Tasik Temenggor ini.


Boat dan kayak yang diikat pada houseboat.

Houseboat kami akhirnya berlabuh di tepi tebing sebuah pulau berpenghuni. Masa sampai tu, dah ada sebuah houseboat lain berlabuh kat situ. Kitorang disambut oleh seekor kucing yang manja dan mengada2. Jenuh aku berusaha nak melarikan diri.


Perjalanan awal bertemu dengan ampaian ni. Aku ingatkan rumah dorang belah2 situ je. Rupanya jauh lagi nak kena menapak. Gigih kot dorang sidai pakaian kat hujung kampung. 


Pokok besar dan tinggi tak tahu nama.


Nak masuk kawasan kampung dorang, kena melalui hutan buluh. Tersorok rumah dorang kat dalam tu.


Kampung Seri Wangi, dihuni dalam 10 buah keluarga je. Bersih dan kemas kampung dorang.

Penduduk Orang Asli kat sini dari suku Jahai, berasal dari keturunan Negrito. Mereka rata2 pemalu bila diajak bergambar. Sebahagian besar dari mereka boleh berbahasa Melayu. Kalau tak silap aku, dalam kawasan Royal Belum ni ada lebih kurang 10 buah kampung Orang Asli. Yang terbesar adalah di Sungai Tiang, lengkap dengan sekolah dan klinik. Andai kata ada antara korang nak datang melawat, eloklah bawak buah tangan. Menurut pakcik Man crew houseboat kami, kadang2 dorang ni dah seminggu tak makan nasi. Kalau dapat bawakan makanan asas lagi bagus. Ramai antara dorang ni dah masuk Islam. 


Sesi sumpit menyumpit bersama pembantu Penghulu yang berbaju kuning jalur putih. Kebetulan masa kitorang datang, Penghulu tak ada kerana ada urusan di luar.


Lena betul anak kecil ni. Sehinggalah kitorang nak melangkah balik, dia tetap lena di belakang ibunya.


Houseboat yang dah berlabuh sebelum kitorang sampai. Tapi aku tak nampak ahli rombongan dorang kat mana2. 


Another penempatan orang asli di seberang sana.

Untuk trip ni, kitorang cuma melawat sebuah perkampungan aje. Mungkin kalau ambik pakej berhari2, boleh melawat banyak tempat kot. Bila semua dah naik, houseboat bergerak ke destinasi seterusnya pulak. 


2 comments:

  1. I've been to Belum before but not with Belum Konspirasi. Saw their promo via IG and it's way too cheap. Been to Belum before with Belum Outdoor Adventure.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...