Sehabis aktiviti melawat Kampung Seri Wangi, kitorang dibrief pasal aktiviti seterusnya. Kitorang diberi option untuk memilih aktiviti petang ni sebab kitorang dah terlewat dari masa yang diplan. Akhirnya semua sepakat untuk buat water confident dan aktiviti air petang ni dan hiking simpan pagi esok. Disebabkan aku takut air ada sedikit masalah peribadi, aku memilih tak nak join aktiviti air. Mujur dapat excuse.
Semua sedang sibuk menyiapkan diri dengan jaket keselamatan. Masa ni houseboat masih lagi belum sampai ke destinasi.
Bila houseboat dah selamat berlabuh kat tempat sepatutnya, semua dah bersedia untuk water confident. Sebelum tu Pakcik Man dah brief what do's and don't masa aktiviti air nanti. Peserta 'dilepaskan' ke dalam tasik by group.
Another group yang menunggu untuk dilepaskan. Sebelum 'dilepaskan' ditolak ke dalam tasik, life jacket semua orang akan dipastikan secure.
Mereka2 sebaik sahaja dilepaskan ditolak ke dalam tasik. Bila dah okay, semua akan gather dengan yang lain2.
Bila semua dah terjun ke dalam tasik, semua orang diminta untuk membentuk bulatan.
Terapung di Tasik Temenggor...
Masa dorang tengah syok main air, aku nampak brader ni datang bawak bamboo raft.
Ada yang pilih naik bamboo raft dan ada yang pilih untuk berkayak. Dan aku memilih untuk tengok dari atas houseboat.
Dorang akan berakit dan berkayak ke jeti sana dan berpatah balik ke houseboat.
Tengah aku ralit perhatikan dorang dari atas houseboat, Pakcik Bahar ajak aku pergi rumah Penghulu kat atas bukit/pulau tempat houseboat kitorang berth. Haruslah aku tak menolak. Lepas meredah hutan buluh, baru nampak rumah Penghulu. Tapi sayang, Penghulu tak ada kat rumah. Kawasan ni cuma ada 4 buah rumah je, semuanya family penghulu.
Piring astro di mana2, pasang kat tiang pangkin tempat berehat je.
Bila balik ke houseboat, konon2 nak mandi sebelum dorang naik ke houseboat. Tapi bila Pakcik Bahar panggil bagitahu Makcik ajak pegi ambik gambar, haruslah aku nak ikut. Tak kan aku nak tolak offer camtu je. Turun ke bawah, kitorang naik boat nak ambik gambar dorang yang berkayak dan berakit.
Antara yang masih setia menunggu. Sebahagian dah mendayung entah ke mana. Aktiviti bebas katanya.
Masa nak ke rumah Penghulu tadi, kitorang naik ikut laluan atas ni lah. Pondok tu semua bukan rumah sesiapa, cuma dewan terbuka gaya mereka. Kat salah satu pondok tu tersimpan barang2 band orang asli.
Sambil tunggu bilik air kosong, aku layan perasaan sambil tunggu sunset.
Matahari akhirnya hilang di belakang pokok2.
Lepas mandi baru aku turun dinner. Malam ni dinner memang best, ada bbq ayam dan kambing selain dari nasi goreng dan bihun. Sebab kepenatan, ramai yang tidur awal lepas dinner, termasuklah aku. Dan ada jugak yang berjaga untuk berkaraoke malam tu. Aku sempat dengar 2 lagu je dorang nyanyi, lepas tu aku terus hanyut dibuai mimpi. Tidur yang indah di tempat yang indah berteman mimpi indah. Semuanya indah2 belaka...
No comments:
Post a Comment