Bangun pagi, masing2 terus bersiap dan get ready nak breakfast kat bawah. Pagi ni kitorang dihidangkan dengan mee goreng dan nasi goreng. Mana2 yang dah siap awal dah ready nak naik boat. Aku dapat naik second boat.
Matahari pagi ni berlindung di balik awan tebal. Tak dapat nak tengok sunrise. Lagipun kedudukan houseboat kitorang agak terlindung. Masa ni berboating on the way ke Sungai Kooi.
Malu2 je nak munculkan diri.
Menghampiri destinasi.
Masa aku and the gang sampai, dorang yang datang dengan first boat dah setia menunggu. Kitorang kena tunggu semua sampai baru boleh trekking. Sambil2 menunggu tu, boleh lah capture apa yang patut sambil menikmati kehijauan yang ada.
Kitorang takde rezeki nak jumpa kumpulan rama-rama kecil bewarna warni. Tapi aku berjaya spotted this beautiful. Si cantik ni memang behave, tak bergerak2 sehinggalah aku settle capture her for the second, then it fly away.
Ada small stream yang mengalir terus ke dalam tasik. Airnya sejuk dan ada anak2 ikan berenang2. Tapi bila hulur kaki, takde pulak yang merapat.
Bila semua dah sampai, Pakcik Man brief semua orang dan lead us for stretching. Just a minor hiking je katanya sebelum sampai ke tempat bunga rafflesia. Perjalanan awal tu takde pape sangat, landai je dan kena cross anak sungai beberapa kali. Jauh jugak berjalan baru terdengar bunyi air terjun.
Air Terjun Sungai Kooi. Airnya tak banyak, keadaan agak banyak batu dan tak sesuai nak mandi.
Rehat kejap kat kawasan air terjun tu sambil tunggu dorang yang kat belakang. Ada jugak yang pilih nak stay kat situ, tak nak proceed ke tempat bunga rafflesia. Laluan seterusnya agak mencanak berbanding awal2 tadi. Baru aku terasa lenguh nak melangkah. Pantang nampak akar dan batang pokok, laju je nak bergayut. Badan kalau dah membesar bagai juara ni, mendaki sikit pun dah mengah. Haish!
Sikit je mendakinya, tak tinggi pun. Dorang yang muda belia relaks je mendaki, tak nampak penat pun.
Hanya ini yang menanti kami semua. Masih berbungkus rapi, sebijik macam kobis. Yang berbeza cuma warna je.
Close-up kelopak luar yang kembang, terselit celah batu.
Bunga rafflesia ni sensitif. Kalau ada yang sentuh bunganya, petang karang bunganya akan mati dan bertukar warna menjadi hitam. Menurut Pakcik Mat, kat hutan Royal Belum ni ada 3 spesis rafflesia. Yang paling kecil saiznya diberi nama Azlani, sempena nama Sultan Perak sewaktu baginda merasmikan Royal Belum. Lepas ambik gambar sekeping dua, aku kembali turun. Keadaan kat situ amatlah tak selesa nak berlama2 dengan puluhan yang lain.
Lama menunggu kat bawah tu, dalam 10.30 pagi barulah boat yang pertama bertolak balik ke houseboat. Dalam perjalanan tetiba enjin boat mati, semua gelabah kejap. Rupa2nya minyak habis. Masa brader tu tuang fuel dalam tangki, air mula masuk dalam boat. Bertambah kencang degupan jantung aku. Orang takut air memang cenggini. Bila brader tu switch off some switches, air dalam boat mengalir keluar. Bila engine boat kembali dihidupkan, lega yang teramat aku rasa. Bila semua orang dah selamat sampai, houseboat bergerak meninggalkan Sungai Papan kalau tak silap untuk ke destinasi terakhir.
Dari jauh nampak macam rumah rakit. Tapi tak dapat dipastikan sebab houseboat kitorang melencong dari laluan lurus tu.
Perjalanan kitorang ambik masa lebih kurang 2 jam jugak. Sedang elok lunch kitorang siap lepas masuknya Zohor. Masa tu destinasi dah hampir sangat. Masa tengah makan tu crew dah inform suruh kitorang siap sedia pakai life jacket lepas makan. Mana2 yang dah siap makan get ready nak masuk ke dalam boat.
Masa kitorang sampai ke Santuari Ikan Kelah Sungai Ruok, boat berselisih dengan group lain yang baru balik. Dari tempat parking boat tak jauh mana pun, dah boleh nampak papan tanda santuari. Dari situ berjalan dalam few minutes dah jumpa dengan air terjun.
Air terjun Sungai Ruok. Tali yang tergantung kat dahan tu tempat dorang tunjuk aksi ala2 Tarzan dan Jane.
Ikan kelah yang menghuni kawasan ni. Ikannya tak besar sangat, yang kat Chilling lagi besar dan jinak. Ikan2 kat sini bagus, takde nak meleseh kat orang yang mandi. Pandai bawak diri.
Masing2 tekun bagi ikan makan. Mula2 tu roti yang jadi habuan, lepas tu nasi pulak.
Aku simpan kamera lepas tu dan berendam dalam sungai. Tempat yang cetek, yang mampu aku jejak aku beranilah. Agak2 tak jejak aku patah balik. Bila aku perasan tempat air terjun yang kecik tu tak dalam, aku berjalan ikut tepi ke tempat tu. Perghh, nikmat betul bila air sejuk mencurah atas kepala. Lama kitorang spend time kat situ, group yang sampai lepas kitorang pun dah lama balik. Sebab nak kejar bilik air, kitorang bergegas ke boat lepas settle ambik gambar group.
Tempat kitorang menginap selama 2 hari 1 malam. Bilik air ada 4, dua kat tingkat bawah dan dua lagi kat tingkat dua. Apa2 hal kena mandi dulu.
Aku tak pasti itu apa.
Dah penat berdiri, kami duduk berjuntai kaki sambil bersembang. Bila ada yang bawak keluar kuaci, makin rancaklah jadinya. Since masa datang hari tu aku qada' tidur, aku terlepas tengok pos x-ray pos tentera. Bila aku nampak jambatan baru aku teringat yang aku belum packing lagi. Menggelabah aku berlari ke bilik dan packing bag. Lepas dah siap, terus aku bawak keluar bag dan sambung melepak.
Jambatan tu lah yang buatkan aku gelabah. Mujur sempat aku packing, lagipun houseboat ni slow, tak laju sangat.
Matahari dah hampir bersembunyi di sebalik pokok. Houseboat kitorang akan parking di antara houseboat putih dan houseboat bumbung hijau tu. Lepas houseboat dah selamat parking dan sesi bergambar beramai2 selesai, barulah kitorang dismiss.
Dari jauh aku nampak few monyet atas kereta aku. Aku ingatkan takde pape, tapi bila dah mendekat aku hilang rasa. Kereta aku berselut habis, aku tengok kereta orang lain taklah seteruk kereta aku. Cermin depan pun kotor. Apa2 hal aku kena carik car wash, worst come to worst kena singgah fuel pump dan bersihkan cermin depan belakang. Memang haru nak drive malam2 dengan cermin berselut.
Kereta aku yang dikerjakan sang monyet. Berkenan betul dengan kereta aku. Mujur car wash sebelah kedai yang kitorang singgah breakfast pagi semalamnya bukak lagi.
Aku snap view indah ni while driving ke pekan Gerik. Gunung belah kanan tu menarik perhatian betul, ada sesiapa tahu tu gunung apa?
Berhenti kat Masjid Jamek Gerik untuk prayer break dan aku top up fuel kat Petron tak jauh dari situ. Kitorang tinggalkan pekan Gerik pukul 8.00 lebih, meredah kegelapan malam. Aku akhirnya decided berhenti kat RnR Tapah sebab dah terasa lapar. Sampai di Seri Kembangan pukul 1 pagi. Lepas rehat kejap, aku drive balik ke rumah dan selamat sampai setengah jam kemudian. Trip singkat ke Royal Belum berakhir. Penat memang penat, tapi yang penting aku enjoy.
Royal Belum bagi aku memang berbaloi2 untuk dikunjungi. Walaupun terputus hubungan dengan dunia luar, takde line telephone apatah lagi internet connection, itu bukan alasan. Belum Konspirasi dan Arus Belum memang terbaik. Service tip top, makan best, puas hati lah. Boleh check kot2 ada promo kat instagram dorang @belum.konspirasi, atau www.facebook.com/belumkonspirasi atau nak cepat, call aje Aizat @ 013-4344563.
Dah ke Belum?
Aku dah, korang?
anne kereta ko dah siap erk?
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah...
Delete