Sunday, September 6, 2015

trip pasrah | air terjun dan pantai tebing

Kami meninggalkan Sembalun menuju ke Desa Bayan, Lombok Utara. Di awal perjalanan, aku tekun lagi melayan bersembang dengan dorang. Entah bila aku terlena pun tak sedar. Sedar2 je bila Mas Ari kejutkan kitorang, bagitau dah sampai. Kat entrance, kelihatan ramai orang bersepeda. Ada group yang buat jelajah dengan sepeda dan kebetulan masa kitorang sampai ni, dorang dah nak balik. 

Kami bertiga je yang masuk, Sopyan tunggu dalam kereta. Mas Ari bawak kitorang pusing ikut bahagian belakang. Kat satu sudut tepi pagar, ada kawasan perkuburan bawah pokok besar. Since masuk dari belakang, kitorang tak jumpa pintu masuk.


Masjid Kuno Bayan Beleq dari arah belakang. Belah kanan ada binaan seperti ni jugak, tapi kecik sikit berfungsi sebagai stor simpan barang2. 


Ukiran pada puncak bumbung yang berbeza dari masjid lain. Bumbungnya diperbuat dari buluh yang dibelah dan disusun macam dalam gambar ni. 


Dan ini pulak ruangan dalam masjid. Pintu memang berkunci, jadinya aku cuma hulurkan kamera celah2 dinding yang terkoyak.

Kata Mas Ari, masjid ni masih digunakan lagi oleh mereka yang mengamalkan ajaran Islam watu telu. Pengasas/pembawa ajaran ni dimakamkan berhampiran dengan masjid ni. Dorang solat 3 kali je sehari, kebanyakan yang masih amalkan ni orang2 tua je. Yang jadi solat 3 waktu tu sebab pendakwah tu tak habis ajar lagi, dia dah pegi tempat lain. So, ajarannya tak complete dan itu yang dorang amalkan sampai sekarang. 

Dari Bayan Beleq kitorang ke Senaru. Adalah dalam setengah jam jugak kot. Kali ni aku tak sempat tidur sebab Mas Ari duk bercerita pasal Masjid Bayan Beleq, air terjun Sendang Gile dan Air terjun Tiu Kelep. Tak lama kemudian, bila dah masuk Senaru aku dah bukak mata luas2. Cuba recall balik memori 2 tahun lepas. Yang pasti ada yang berubah. Longkang yang dulunya penuh dengan air mengalir sekarang dah kering kontang.

Main entrance ke air terjun ni berkongsi entrance dengan restoran. Sebelah sana jalan ada beberapa travel agent. Kat situ kitorang dikenalkan dengan guide yang akan bawak kami berdua ke air terjun. Mas Ari dengan Sopyan tunggu kat atas. Kalau tak silap aku bayaran masuk IDR 10,000 sorang, tapi sebab kitorang dah ambik pakej dengan Mas Ari, all include dalam tu. 

Masa turun tangga tu okay lagi, pastu ada naik turun sikit. Aku dah start risau macam mana nak balik karang, dah lah sakit kaki penangan Bukit Pergasingan tak hilang lagi ni. Bila nampak air terjun dari celah2 daun, hati dah start rasa teruja. Dari persimpangan bawah tu, ke kiri menuju ke air terjun Sendang Gile dan straight ke kanan arah ke Tiu Kelep. Kitorang pilih ke Sendang Gile dulu. Bawah intersection tu ada longkang besar yang alirkan air terjun dari terowong.


Air terjun Sendang Gile, bertingkat dan tinggi.


Bahagian bawah air terjun ni cetek, pelangi tu kejap ada kejap hilang. 

Kat kawasan air terjun ni ada tandas dan bilik persalinan, cuma aku tak gi ushar lah pulak cemana rupa kat dalam tu. Kat tepi tu ada few gerai yang berjual jajan dan air minuman. Orang tak ramai kat sini, mungkin jugak sebab hari minggu.

Lepas ambik gambar lebih kurang, takat berdiri depan tu nak rasa tempias air terjun, kitorang bagitau kat pakcik tak ingat nama to proceed to the next waterfall. Naik ke atas ke intersection tadi dan kitorang ke kiri pulak. Mula2 tu jalan agak landai, pastu kena mendaki anak tangga ke atas jambatan. 


Jambatan ni ditutup dengan penutup besi ni dan bawah tu adalah longkang yang alirkan air dari Tiu Kelep. Berdebar jugak berjalan atas ni.

Trail agak santai, setakat mendaki dalam dua ke tiga kaki tu apadehal kan? Tapi kalau datang sengsorang, aku tak suggest. Sesekali je berselisih dengan orang. Dua kali jugak kena seberang anak sungai. Airnya cetek je, paras betis je pun. Tapi yang membuatkan aku seriau sebab arus deras dan batu dalam sungai tu banyak dan licin.


Sungai yang mengalir dari air terjun, tepi laluan. Ada part yang agak dalam, airnya berwarna kebiru-biruan. Dari sini ke air terjun dah tak jauh.


Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Sendang Gile, kitorang sampai ke Tiu Kelep. Kami berselisih dengan satu family dari Singapore yang on the way nak balik. Best mandi katanya, sayang nak balik.


Geram aku tengok air celah2 batu ni, kebiru-biruan warnanya. Kat tepi2 tu beranilah aku masuk, ke tengah tu macam dalam je.


Tiu Kelep bermaksud buih2 berterbangan. Airnya mencurah2, jauh lebih kuat dari Sendang Gile. Duk kat hujung2 pun terasa tempiasnya.


Kitorang langsung tak terfikir nak mandi2 kat sini. Geram tengok airnya yang jernih dan sejuk, dapatlah jugak kitorang rendam separuh badan kat tepi tu, duduk atas batu sambil cuci muka. 

Dah puas baru kitorang balik. Masa on the way balik ni, Izza ajak aku lalu ikut terowong air. But being me yang takut air, aku cepat2 angkat bendera putih. Walaupun airnya takat lutut pakcik tak ingat nama yang bagi tau aku cuak sebab terowong tu gelap. Aku suruh je dia proceed dan aku takde hal nak balik sengsorang ikut jalan tadi. Lagipun dah dekat dah. 


Laluan bertangga macam ni lah dari entrance ke air terjun Sendang Gile. Aku tak suka tangga, lutut aku cepat sakit.

Kami tinggalkan kawasan wisata air terjun dan Senaru ke destinasi seterusnya. Masa perjalanan balik ni, ikut laluan yang pernah aku lalu sebelum ni. Kami ke Pantai Tebing pulak. Perjalanan kami ambik masa lebih kurang sejam dari Senaru. Jalan nak masuk ke pantai tu kecik je. Muat2 kereta dan Sopyan parking kat tepi jalan. Dari tempat parking ni memang tak nampak pantai pun, so kena menapak jugaklah.


Pantai Tebing yang dah mula mengalami keruntuhan. Masa aku jumpa info pasal pantai ni, tebing ni masih cantik. Sesekali bunyi pasir runtuh berdesir turun. 

Aku tak adalah berjalan sampai ke hujung. Menurut info yang tertulis kat notice board, Pantai Tebing ni terbentuk hasil dari endapan awan panas yang mengandungi fragment coral hasil tsunami akibat letusan Tambora pada tahun 1815. Kata Mas Ari, tanah kawasan tu dah dibeli bule, dan dengarnya pemilik baru nak bina hotel dan akan dibina tembok keliling. 


Pasir pantainya berwarna hitam dan lembut. Aku suka berjalan kat pantai ni sebab kaki tak tenggelam.


Sebelah sana pantai yang tak bertebing lebih landai dan berteluk. Tetiba aku berangan nak beli tanah kat sini dan buat hotel, pastu pantai tu sure aku bersihkan bagi cantik. Oh, berangan itu percuma...


Perjalanan balik ke Senggigi lalu kawasan sawah padi kiri dan kanan jalan. Kelihatan petani sibuk dengan tugas masing2.


Sewaktu melalui kawasan dipanggil Tanjung, Mas Ari berhenti dan belanja kitorang sate ikan ni. Rasanya sedap sungguh, isi ikan yang diperap dengan bumbu khas dan dibakar. 


Close up sikit... Kalau korang kebetulan ada kat Tanjung, singgah dan belilah. Insya Allah tak menyesal. Highly recommended! Terasa2 lah pulak enaknya sate ikan ni, haish!

Kami kemudiannya dibawa singgah ke Bukit Malimbu, konon2 nak kejar sunset. Tapi cuaca agak mendung dan awan boleh tahan tebal jugak. 


Pantai Nipah kat hujung sana dari Bukit Malimbu.


Penghujung Bukit Malimbu yang jadi tumpuan orang ramai mengejar sunset. Harus hati2 melangkah sebab banyak tahi lembu.


Dari kiri Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Hanya memandang dari kejauhan, tak pasti akan berkunjung atau tidak.


Sebelum balik sempat tengok orang main paralayang. Bukit Malimbu antara spot pilihan untuk aktiviti paralayang paragliding.


Sebab dah kelaparan, kami singgah makan ikan bakar di Pantai Nipah. Berugak tempat kitorang bakal menikmati hidangan.


Layan sunset yang diselubungi awan tebal sementara menanti hidangan kitorang disiapkan. 

Lepas dinner, on the way dihantar ke hotel, kitorang mintak Mas Ari singgah kat area Sentral Senggigi. Lepas beli simkad sorang satu, shampoo dan minyak panas yang tak panas, kitorang dihantar ke Bumi Aditya Hotel. Lepas check in dan bila masuk ke dalam bilik, aku frust sangat2. Bilik besar tapi pintu tak boleh kunci dari dalam, nak tidur malam tu aku susun barang2 depan pintu. Bilik air pun sama jugak keadaannya. Mujur kitorang booking satu malam je.

Bila dah siap mandi, baru aku whatsapp Mas Ari suruh hantarkan tukang urut macam yang kitorang request sebelum tu. Aku cuma mintak Ibu Ani urut kaki je. Sakit giler dia urut, tapi lepas tu tapak kaki aku yang dah lama sakit dah best. Lepas settle turn aku, Izza pulak ambik giliran. Lepas Ibu Ani balik, kitorang terus tidur. Lepas urut, badan penat, memang lena sampai pagi lah.


5 comments:

  1. Salam. Boleh tak berikan contact number driver? sitihasifah85@yahoo.com

    Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...
      awak boleh check entry penutup lombok, all details saya letak kat situ..

      http://chinta-hati.blogspot.my/2015/10/trip-pasrah-lombok-entry-penutup.html

      Delete
  2. salam.

    laluan ke sendang gile & tiu kelep dari entrance tu ada petunjuk arah tak?
    maksudnya jika kita masuk sendiri tanpa guide, boleh la jumpa dan tak sesat

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam.

      Sendang gile senang je nak jumpa, tiu kelep tu agak tricky sikit kalau tak ramai orang, sebab sunyi. Boleh je jumpa, laluan memang cantik kecuali kalau ke tiu kelep lepas melintas sungai, laluan cantik dah jadi denai. just ikut je jalan yang arah sungai sepanjang jalan. insya Allah, tak sesat. ramai je jumpa mat saleh pi sendiri

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...