Pagi ni malas giler nak bangun. Konon berjanji dengan Sopyan nak bertolak dalam 5.30 pagi. Bangun, bukak mata, capai handphone, aku text Sopyan anjak ke 6.00 pagi. Lepas tu text lagi anjak ke 6.30 pagi, dan last aku text pukul 7.00 pagi. Punyalah malas nak bangun. Pagi ni kitorang terus kemas2 packing barang segala ke kaunter receptionist. Aku mintak refund duit lagi semalam. Dia tanya kenapa dan aku memang terus terang je bagitau. Dia tak kata apa2, terus bagi duit refund dan prepare breakfast untuk kitorang.
Masa tengah breakfast, Sopyan dan isterinya Elmi sampai. Dorang dah datang tadi, bila kitorang tak siap lagi, dia balik pulak. Lepas breakfast kitorang terus gerak ke Sekotong. Since semalam dah suruh Sopyan jadi driver, so bersambunglah ke hari ni. Dah dapat kereta kecik ni, boleh dah kalau kitorang nak drive sendiri, tapi macam tak best lah pulak. Sudahnya kitorang cas2 mem besar kat belakang.
Daihatsu Ayla yang patutnya kitorang dapat dari semalam. Tak jauh beza dengan Perodua Axia.
Awal2 perjalanan sempat lagi layan view sawah padi.
Dari Senggigi ambik laluan nak ke airport. Sampai kat roundabout yang ada binaan tengah2 tu, ambik ke kanan kalau nak ke Sekotong. Kalau nak ke airport dan Kuta, ambik simpang kiri. Bila makin dekat dengan Sekotong, makin banyak lori2 besar kat jalan raya. Mostly dari feri yang berlabuh kat Pelabuhan Lembar. Masa ni aku dah start layan ngantuk.
On the way tu takde lah smooth sangat perjalanan kitorang. Berhenti for toilet break few times jugak, pastu berhenti tanya direction pun ada jugak. Rupa2nya simpang kitorang ambik tu menghala ke Tanjung Jagog, tapi kitorang nak ke sana petang karang. So, kitorang patah balik menghala ke Sekotong Barat dan bila di persimpangan kitorang pilih lalu ikut jalan bawah.
Kami akhirnya berjaya tiba di Pelabuhan Tawun. Kebetulan masa kitorang sampai ni, keadaan agak kecoh sebab ada event pagi tu. Tapi kitorang ignore je.
Kitorang ke kaunter tiket nak tanya boat ke Gili Nanggu, Sudak dan Kedis. Dari harga asal Rp 550k per boat, kitorang dapat kurang ke Rp450k je. Tapi tu tak termasuk sewa snorkel equipment Rp 50k each. Dah ready kitorang dibawa ke boat kat pantai tepi tu. Jeti tu ditutup buat masa sekarang sebab ada kerosakan, so kena guna pantai. Perjalanan dari pelabuhan ke first island tu jauh jugak, nearly half an hour. Sempatlah pakcik boat buat luahan perasaan tak puas hati pasal adik lelaki dia yang kahwin rahsia kat Malaysia. Aku pulak yang terpaksa tadah telinga, aduyaiii.
Menghampiri Gili Nanggu, first stop kitorang.
Aku suka Gili Nanggu. Pasirnya lembut, halus dan padat. Remind me much about Nobby Beach. Toilet ada tapi basic giler dan kebersihan kureng sikit. Kalau nak guna kena bayar sebab bekalan air tawar dorang buat saluran paip dari tanah besar.
Aku basah badan je, tak berani nak ke tengah. Last2 Izza dengan another pakcik boat yang snorkel. Sambil2 tu aku duk bersembang dengan Elmi. Dah bosan, rendam badan kejap pastu ambik gambar.
Pasir dan warna airnya memang menawan.
Kat pulau ni ada chalet, tapi aku tak nampak pulak ada tetamu.
Ada banyak gazebo macam ni. Kitorang letak je barang2 kat one of the gazebo and it safe.
Penat berendam kat bahagian belakang, kitorang pindah ke bahagian depan.
Ikan2 ni berenang ke tepi pantai. Aku tak payah snorkel pun, memang banyak kat tepi2 pantai. Orang takut air macam aku memang rajin berjemur kat pantai je.
Tapak sulaiman biru yang Izza bawak naik.
Ini pulak hasil dari kamera Izza. *Pic kredit to Izza.
Boleh tahan lama kitorang spend time kat Gili Naggu alone. Sayang nak tinggalkan pasir pantainya. Tapi kitorang ada banyak lagi tempat nak singgah. Seterusnya kitorang akan ke Gili Sudak.
Gili Nanggu yang makin jauh ditinggalkan.
Masa sampai kat Gili Sudak, cuma ada sebuah boat yang bawak tourist. Yang lain adalah local yang tinggal kat situ. Kitorang decide untuk lunch dulu kat Sudak since hari dah agak lewat. Aku dengan Izza pilih ikan untuk lauk kitorang dan sementara tunggu lunch kitorang siap, kami cuci mata dulu.
Seberang sana adalah tanah besar Lombok. Kitorang tadi datang dari belah sana lah.
Nirvana Gili Sudak, satu2nya resort yang ada di pulau ini buat masa ini. Pemilik Nirvana ini juga merupakan pemilik restoran yang kitorang singgah ni. Dia dengan baik hati bawak kitorang melawat biliknya. Tapiii... tapi dalam baik hati tu, dia duk paksa kitorang suruh stay situ malam ni. Jenuh kami menepis.
Hidangan makan tengah hari kami yang enak dengan view yang indah, memang double triple enak jadinya.
Dah kenyang, masing2 ambik tempat untuk lelapkan mata buat aktiviti kesukaan. Izza kembali masuk ke dalam air, kali ni aku bagi kamera aku sekali. Aku tak masuk dalam air takpe lah, dapat wakilkan kamera pun dah okay dah. Puas rendam badan dalam air, aku berjalan sambil sepak air. Konon2 nak pusing pulau, tapi tak dayanya.
Aku tak tahu 'rumah terapung' ni untuk apa. Sebuah ni je yang ada.
Kat sebelah sini pun ada another restoran jugak. Tapi masa aku lalu ni, tak nampak ada orang pun kat situ.
Berminat? Kalaulah tetiba ada duit 2.6b dalam akaun aku, harus aku beli tanah ni.
Tak jauh pun aku berjalan. Agak2 dah tak nampak orang, aku patah balik. Kat pulau ni ada rumah penduduk, ada kebun sayur lagi. Masa aku balik, Izza dah ada kat pantai.
Dalam laut di Gili Sudak, hasil dari tangkapan Izza.
Kata Izza current kat sini agak kuat berbanding Gili Nanggu. Tu sebab aku wakilkan kamera je, tak berani nak mencemar duli. Takat rendam badan, pastu kalau berdiri boleh cecah dasar, aku berani lah. Agak2 dasar dah tak boleh nak pijak, aku cuak beb. Bila semua dah ada, kitorang decide ke Gili Kedis, gili terakhir untuk hari ni.
No comments:
Post a Comment