Dari Gili Sudak ke Gili Kedis tu dekat yang amat, sekejap je dah sampai. Pulau yang terkecil kalau nak compare dengan Gili Nanggu dan Gili Sudak. Masa kitorang sampai, ada sebuah boat yang bawak couple bule. Tapi tak lama lepas tu dorang balik dan ada 2 orang local yang aku tak tau dorang datang dengan apa. Sebab takde perahu atau boat.
Pantainya memang landai.
Dah turun dari boat, ini yang aku tuju dulu. Teruja betul aku nak bergambar kat sini. Batu yang ni sebijik macam kulit buaya pun ya.
Another batu besar kat kawasan ni. Sebenarnya kawasan berbatu kat pulau ni kat sini je. Warna airnya memang cantik, berlapis2.
Air yang jernih dengan pantai yang landai. Sesuai untuk mereka yang dalam mood bercinta.
Kan aku dah kata pulau ni kecik je. Kejap je dah settle pusing satu pulau. Ada gazebo kat sini, boleh nak berehat2 melayan perasaan.
Kat sini kami cuma pusing pulau, sambil bergambar mengalahkan supermodel. Main sepak2 air sebelum masuk berendam dalam air. Izza pun dah tak larat nak snorkel kat sini. Masing2 dah penat, tak adalah nak berlama2 kat sini.
Masa kitorang dah ready nak naik boat, pakcik boat tunjukkan starfish ni. Terus semua serbu starfish seekor ni buat bergambar.
Dah habis bergambar, baru kitorang bergerak balik ke pelabuhan. Masa turun dari boat, kena harung air nak ke pantai. Masa ni selipar aku terbenam dalam pasir, bila tarik ternyata tak dapat diselamatkan dah. Selipar aku putus! Dengan sedih aku ambik dan buang dalam tong sampah. Mujur ada sandal dalam kereta, tak adalah aku berkaki ayam.
Masa kat parking Sopyan ada tanya pemuda local pasal nak ke Tanjung Jagog. Dorang dah takut2kan kitorang, dorang kata jangan ke sana sebab orang2 kat sana suka pukul orang luar tanpa sebab. Aku tengok Sopyan dah goyang, dia serba salah antara berani dan takut. Tapi aku insist jugak nak pergi. Kalau tak pergi hari ni, belum tentu esok aku boleh sampai ke sana.
Banyak kali jugak kitorang berhenti tanya direction. Bila dah hujung2 dekat nak sampai, keadaan jalan dah berubah berikutan keadaan muka buminya. Jalan kecil turun naik bukit dalam keadaan bengkang bengkok. Macam jalan Karak, cuma bezanya Karak tu jalannya lebar. Suasananya juga sunyi. Agak2 selekoh tajam aku suruh Sopyan bunyikan klakson. Sampai satu ketika, bunyi klakson menyelamatkan kitorang dari musibah ditabrak. Syukur pada Yang Maha Esa.
Untuk masuk ke kawasan pantai, agak tricky sebab kitorang terlajak jauh. Bila rasa macam dah makin jauh dari pantai, kitorang berpatah balik dan tanya penduduk. Dari laluan lurus dengan pantai sayup kelihatan belah kanan, kat penghujung selekoh, masuk terus ke kawasan rumah penduduk. Jalan tanah merah antara rumah penduduk. Kitorang mintak izin tumpang parking kat rumah warga dan berjalan kaki ke arah pantai.
Pantai Nambung Tanjung Jagog. Pasirnya jerlus, penat nak melangkah. Hujung sana dekat batu itulah akan terjadinya air terjun bila ombak besar membadai.
Hajat hati nak berjalan sampai ke hujung sana, tapi badan dah penat, pasirnya pulak jerlus memang memerlukan tenaga yang bukan sedikit. Tambah pulak keadaan sunyi sepi, kitorang je yang ada. Mungkin kalau datang hujung minggu, orang ramai kat sini. Sudahnya, kami memilih tengok dari sini ajelah.
Air terjun dah terbentuk. Kamera aku tak mampu nak zoom jauh ke sana. Kalau larat berjalan ke sana, air terjun tu memang besar.
Sebelah sana Pantai Nambung. Sunyi, hanya kami berempat dan anjing yang turut melepak kat pantai ni.
Bila ombak besar ni datang menghempas batu, barulah air terjun tu terhasil. The best time nak tengok kejadian alam ni, korang kena datang antara jam 6.00 hingga 10.00 pagi dan antara 4.00 hingga 6.00 petang. Kalau korang datang tengah hari, memang tak dapatlah.
Dah puas tengok dengan mata sendiri, kami pulang. Memikirkan jalan nak balik yang mencabar laluannya, dan jarak yang jauh, tak boleh lah nak berlama2 kat sini. Sewaktu melalui Sekotong, matahari dah hampir nak jatuh. Aku mintak Sopyan berhenti kalau ada tempat yang selamat.
Sempat aku capture ni masa Sopyan berhenti kat tepi jalan.
Sunset, warna alam yang cukup indah.
Ni pulak semasa berhenti kali ke dua. Matahari dah hampir terbenam.
Suasana dah berubah masa kitorang berhenti tak jauh dari Pelabuhan Lembar. Kelihatan feri dan kapal2 besar menunggu giliran nak berthing, mungkin.
Sebelum mencari hotel untuk bermalam, aku mintak dorang bawak kami pergi dinner dulu. Masa sampai kat rumah makan, aku memang tak tahan nak membuang. Keluar dari kereta, terus aku berlari ke tandas. Dah lega perut baru aku cari dorang.
Dinner kami malam tu. Ayam taliwang dah tak dihidangkan dengan kepala sekarang ni.
Kalau tak silap dorang bawak kami ke Rumah Makan Ayam Taliwang Nada. Tandasnya bersih, aku cukup berpuas hati dan aku bagi 5 bintang! Makanan pun sedap, servis bagus, memang recommended lah.
Dah selesai makan, aku mintak Sopyan hantarkan ke Grand Senggigi Hotel, malas dah nak cari hotel lain. Takut kalau2 pisang berbuah berkali2. Aku book untuk 2 malam dulu, sebab tak tahu nak ke mana lepas ni. Dah dapat kunci, Izza naik ke atas dulu dan aku call Pak Surya nak pulangkan kereta. Boleh je kalau aku nak pulangkan esok, tapi kalau terlambat kena bayar extra. Lagipun, nak merayau malam ni, badan dah tak larat.
Lepas pekerja Pak Surya datang ambil kereta, Elmi dan Sopyan dah balik, baru aku naik ke bilik. Lega rasanya dapat mandi dengan puas, bersihkan badan yang berpasir. Malam itu kami tidur dengan lena. Untuk esok, kami malas nak fikir lagi apa nak dibuat.
No comments:
Post a Comment