Cerita pasal Lombok aku rehatkan lagi semata2 nak bercerita pasal kisah mendaki Bukit Keluang, Besut. Aku balik kampung masa long weekend due to hari merdeka baru2 ni. Alang2 dah ada kat kampung, aku buat plan dengan Nani nak daki Bukit Keluang. Orang jauh dah lama sampai, tapi kitorang yang dekat ni tak sampai2 lagi.
Petang Ahad aku ke rumah Nani. Dah ada highway ni, cepatlah sikit aku sampai. Itu pun aku tersilap masuk simpang, mujur cepat perasan. Kononnya kami berempat, tapi Nik terpaksa tarik diri sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadinya kami bertiga je yang akan proceed. Petang tu kami terus ke Jerteh dan akan bermalam kat sana.
Konon nak daki sesudah Subuh, nak layan sunrise dari puncak Bukit Keluang. Tapi takde maknanya. Sempat kami breakfast nasi ikan bakar pagi tu, on the way nak ke Bukit Keluang. First time kot belasah nasi ikan bakar pepagi hari. Masa kitorang sampai kat parking, ada lagi group yang baru nak start mendaki. Lepas tanya adik2 yang melepak kat parking tu, kitorang decide daki dari belah kanan, bukan entrance yang menghala ke pantai. Jarak dari parking boleh tahan jauhnya.
Laluan agak licin, first part tu berbatu sikit. Lepas tu dah masuk dalam hutan. Selain kami bertiga, suami kak Ani dan 3 anaknya turut join kitorang mendaki. Si kakak dan adik laju je berlari ke depan, aku mengah kat belakang. Mau tak, berbulan ternak lemak pastu terus nak hiking. Tanpa warm up tanpa exercise.
Awal2 trek ada batang pokok berpintal ni.
Tak semua trek mendaki. Ada part yang landai dan few meters lepas tu mendaki. Dalam setengah jam jugaklah baru sampai kat atas.
View dari first peak dari laluan yang kitorang ambik. Cuaca kurang cantik, berjerebu dan garis pemisah antara lautan dan horizon tak kelihatan.
Clear blue sky. Awan tak kelihatan sebab jerebu.
Second peak yang menjadi tumpuan pengunjung bergambar.
Pasir putih dan air yang hijau kebiruan.
View ni dari second peak.
Cuaca berjerebu, gambar pun turut sama kelam.
Ke manakah destinasi anda selepas ini? Walau destinasi mana sekalipun, semuanya bermula dengan langkah yang pertama.
Peak ketiga memandai je aku bagi nama paling luas kawasan lapangnya. Ada wakaf yang dibina, besar tapi tak berdinding. So, kalau ada yang plan nak berkhemah memang boleh je pasang khemah dalam tu. Cuma yang tak bestnya takde punca air kat atas tu.
View kat celah2 pokok masa on the way nak turun. Masa balik ni kitorang guna trek yang turun kat tepi pantai. Kiranya kitorang buat pusinganlah.
Trek turun. Awal2 tu laluan agak landai, seronoklah melangkah. Tapi bila sampai kat hujung trek, laluan menurun bermula. Jenuh tekan brek kaki, kalau tak harus tersembam. Dah hujung2 tu ada laluan bertangga sampai ke bawah.
Dah sampai bawah, berjalan ke tepi pantai dan bila dah hilang lelah baru kitorang balik. Pengunjung memang ramai, mungkin jugak sebab cuti umum. Kanak2 dengan bendera berkibar kat basikal ramai berkonvoi, semangat betul. Sempat pekena air kelapa muda dan aiskrim sebelum balik.
Singgah ambik gambar kat sawah padi masa perjalanan balik. Ni masih lagi tapak semaian.
Kawasan Jerteh dan Besut masih banyak sawah padi di kiri dan kanan jalan. Teringat masa aku buat attachment kat Kota Bharu years back, tiap kali balik kampung memang teruja lalu kawasan ni. Tapi masa tu langsung tak terfikir nak berhenti dan ambik gambar. Takat teruja masa driving ajelah.
Bukit Keluang - checked!
Lepas ni kena cari destinasi lain yang menarik. Since ringgit masih belum ada tanda2 nak naik, kita cuti2 Malaysia sudahlah.
wah..hiking lg..:)
ReplyDeletedah berbulan ternak lemak, kena hiking lah nak cairkan lemak tu..
Deletehihi.. =)
kat atas boleh makan2 tak kalau hiking ramai2?
ReplyDeleteboleh je, takde masalah. tapi makanan kena bawak sendiri lah
DeleteHuhuu org jauh dah ramai sampai situ.. tapi kita yg dekat ni xsmpai2 lagi.. entah bila laa dapt jejk kaki kat atas tu
ReplyDeleteorang dekat senang nak pegi, tak payah nak plan beria.. anytime je, hihi..
Delete=)