Wednesday, May 4, 2011

kl - gold coast

Malas sungguh aku nak bercerita dan menulis di sini. Aku masih lagi ingin menyimpan segala memori kejap dalam ingatan. Nak korek satu persatu peristiwa beberapa hari yang lalu memang payah. Itu belum lagi bab pilih memilih gambar. Kalau boleh semua gambar aku nak masukkan, nak share dengan semua orang. Dan masalah terbesar, aku tak tahu nak mulakan cerita ni dari mana. Aduhai... sungguh tak best rasanya.

Hari Khamis tu aku bekerja seperti biasa, cuma aku ambil time off satu setengah jam terakhir sebelum waktu bekerja tamat. Kononnya aku nak ke salon, nak curlykan my hair. Konon2 nak berambut baru lah. Tapi memandangkan proses tu mengambil masa lebih dua jam dan waktu tu aku belum pun packing lagi, so I decided not to proceed since my flight scheduled at 2125 hours. Mujurlah duit aku dah tukar dua hari sebelumnya.


Ini duit yang masih berbaki dari percutian aku ke Perth tahun lepas. Campur dengan duit yang baru ditukar, aku bawak lebih kurang AUD955.00 beserta dengan kad2 ATM dan jugak sekeping duit plastik untuk ditenyeh kalau2 kekurangan cash money. Takde lah banyak mana pun duit aku bawak.


Beg aku tak sampai pun separuh terisi. Novel tu aku baru beli dan belum baca lagi, so aku bawak je. Nanti boleh aku baca masa dalam flight. Segala cables, adapter and charger tidak dilupakan, termasuklah payung memandangkan weather dalam masa seminggu lepas asyik hujan je and also the forecast for the coming few days. Gunakan payung sebelum kebasahan gitu.

At 7.00 pm aku keluar rumah, singgah ambil my bff at his home and heading to LCCT. My dear sweetheart akan dibawa pulang oleh my bff and parked at his house. Check in dan segala urusan lain adalah seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Masa dalam flight, ada uncle tu mintak tukar tempat duduk, nak berdekatan dengan his sister. Jadinya aku pun berpindah dari tepi ke tengah, diapit oleh a nice lady from Thailand on my left and that uncle on my right. Kiri kanan jugaklah aku duk melayan bersembang. That uncle is nice and talkative, also his sister.

Yang tak bestnya adalah dua minah cha ya nun alif kat seat belakang kitorang. Start from the moment we boarded, diorang tak henti2 bersembang. Kalau suara tu perlahan dan tak mengganggu tak kisahlah. Ini rasanya satu kapal boleh dengar, very annoying. Lepas a lady next to me tegur, barulah diorang diam and start to sleep. Ingatkan dah habis sengsara aku kat situ, rupa2nya masih berpanjangan, aduyaii. Minah yang duduk seat belakang aku tu duk tunjal2 seat depan dia. Iya, seat aku lah tu. Bila aku berpaling dan intai celah seat nak suruh dia turunkan kaki, aku tengok dia berselubung habis and I have no idea how to ask her to stop! Sudahnya aku cuma tengok orang lain tidur dan aku terkulat2, nak baca novel pun takde mood. Tapi dapatlah jugak aku pejamkan mata, walaupun aku rasa kalau dijumlahkan tak sampai pun dua jam aku tidur. Sampaikan uncle sebelah aku tegurlah kenapa tak tidur2 lagi.

Gold Coast Airport kecil aje. Rasanya Perth Airport lagi besar. Seperti biasa aku melalui special inspection at custom since I'm alone, again. Tapi kali ini taklah selama dan sedetail yang aku kena sewaktu di Perth. Aku siap offer minah tu untuk check wallet aku lagi, but she said no need. Aku rasa lima minit aje kot dia check and release me after that. Dia pun macam tak tahu nak check apa lagi, hahaha.

Lepas keluar, aku mencari kaunter airport shuttle and purchased a return ticket to motel. One way ticket will cost you AUD19 but for return you will get it at AUD35. Kalau nak naik bas henti2 pun boleh, but I'm not sure how much it will cost. But as for me, this is the easier way and cheaper rather than hire a taxi. The airport shuttle at here is different with what I had in Perth. Kat sini ianya adalah bas, siap ada seatbelt lagi. Di Perth, ianya adalah van dan attached with container for luggage at back. Both shuttle aku tak ambil sebarang gambar pun. Oh, lupa nak mention, driver shuttle aku kali ni is Japanese!

I have to cross the road to reach my motel that I booked earlier. And the motel is at the roadside, to be exact the Gold Coast highway. Meet up with Libby and she show me the room. After settle with the payment, I heading up to the room to sleep.


Bilik ni ada dua katil dan boleh muatkan tiga orang at one time. Tapi aku datang sorang! Ada TV, alarm clock, microwave, heater, toaster and mini fridge.


Ini pulak the attached bathroom. Shower dalam glass cubicle sebelah kanan tu, sink at left side of the picture, opposite to the toilet bowl. Opposite the shower ada built in wardrobe with hangers. Seterika dengan hair dryer pun ada jugak!


Jet lag punya pasal walaupun time different cuma dua jam aje, aku sambung tidur sampai pukul 12 tengah hari. Cuaca di penghujung autumn memang nyaman.


Bilik aku dari luar.


Disebabkan aku tidur lebih lama dari biasa, maka rancangan untuk ke Dreamworld ditukar ke hari lain. Sudahnya aku berpeleseran di Pacific Fair, mencari sesuatu untuk mengisi perut. Tambahan pula hujan turun sewaktu aku di bus stop setelah keluar dari motel dan berhenti sebaik sahaja sebelum aku menamatkan lawatan di hari pertama.

footnote: kat sini aku tak jumpa free CAT bus macam kat Perth tu. Atau memang aku yang tak perasan?

1 comment:

  1. cik anne ko send tak poskad untuk aku?ko beli aper ole2 tuk aku?hahha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...