Saturday, May 7, 2011

gold coast - day2 part2

Kembali bersiaran untuk part2.

Since dah terkena kesan buangan Encik Koala dan aku asyik terbau koala je walaupun aku dah cuci bahagian baju yang terkena tu, konon2nya aku nak terus balik ke motel dan mandi. Lepas tu baru kembali ke Surfers Paradise. Tapi malangnya, bas yang aku naik kali ni tak meneruskan perjalanan ke Tweed Heads, yang mana ianya akan melalui Nobby Beach dan Surf Street. Dengan separuh rasa aku mengambil keputusan untuk turun di Surfers Paradise dan meneruskan penjelajahan.


Kalau tak silap aku bus stop untuk Surfers Paradise kat bawah benda alah ni. Aku cuma lalu je, tak naik pun sebab aku eagerly looking for Skypoint at Q1 deck.


Dari jauh aku dah nampak bangunan ni. Tapi alang2 aku dah berada kat kawasan ni, aku explore dulu apa yang patut kat area ni. Totally aku memang zero pasal tempat ni. So, aku berjalan je ke arah mana kaki aku bawak. Aku memang tak kisah kalau2 tersesat, atau tak terjumpa apa yang di cari. Bila aku dah totally lost, mesti aku tanya aje sesiapa yang aku jumpa.


Dari main road tadi, kaki aku melangkah tanpa panduan dan tembus kat sini. Aku dah malas nak jelajah lebih jauh ke sebelah kiri gambar ni. Aku percaya, tempat yang orang selalu duk ambik gambar yang ada sign Surfers Paradise tu kat area sebelah kiri sana. Tapi sign kuning tu pun dah okay, dah boleh jadi bukti aku pernah berada di sini walaupun muka aku tak tertepek kat situ.


Pondok Lifeguard ni memang banyak terpacak di sepanjang pantai ni. Kalau ada sebarang kemalangan, rasanya diorang ni dengan pantasnya akan menolong. Agaknya kalau aku lemas diorang datang tolong tak? Sungguh keji kan, dah tahu tak pandai berenang ada hati jugak nak terjun dalam laut tu. Saja gatal nak suruh mamat handsome datang rescue!


Time aku ada kat sini, orang tak ramai mana pun. Tapi kalau setakat nak cuci mata bagi bersih, cerah bersinar lepas tu memang lepaslah. Aku sekadar berjalan sambil duk ushar dari atas je, rasa macam tak bestlah plak nak berjalan2 ke gigi air. Kalaulah ada seseorang yang sudi temankan, alangkah indahnya dunia.


Lepas dah jumpa Surfers Paradise, beramah mesra buat seketika, aku menyambung perjuangan yang belum selesai. Perjuangan untuk mengembirakan hati di hari lahir. Bila dah jumpa Skypoint, aku lepak kat cafe' bawah tu dulu. Since seharian aku belum makan apa2 lagi hari ni. Aku order hot chocolate and toasted banana slice, total AUD8.50. Alangkah indahnya kalau kerusi kat depan aku ni berpenghuni. Dalam pada aku duk berangan sambil menikmati hidangan, hujan turun membasahi bumi Gold Coast. Bertambah panjanglah angan2 aku, sealiran dengan hujan yang turun.

Bila dah terjaga dari angan2 yang tak berkesudahan, aku pegi beli tiket kat kedai depan Skypoint. AUD21 per adult for one entry. Mamat yang jaga kaunter tu ramah jugaklah, siap tanya aku dari mana. Aku rasa dia Korean, sebab nama dan muka dia. Aku pun dah lupa apa namanya, Kwon ke apa ntah.


Gambar yang aku sempat snap sewaktu dalam lift. Memang laju, sekejap aje dah sampai tingkat 77. Ikut turutan jam dari atas sebelah kanan; {1} skrin yang ada kat bumbung lif, beserta dengan audio tentang lif ni. {2} Sewaktu nak turun, kejap aje nombor 77 tu nak bertukar ke 76. {3} Sewaktu menunggu, nombor tu menunjukkan lif tu dah ada kat level 1. The last two picture was taking while in the lift. Setiap kali naik dan turun, akan ada seorang pekerja yang akan sama2 menemani korang.


Antara gambar yang aku snap dari Skypoint. Masa ni Gold Coast baru lepas hujan. So, inilah hasilnya.


From another view of point.


Aku suka gambar ni. Eh, silap! Aku suka semua gambar yang aku ambil.


Gambar atas kiri. Di hujung atas sana terletaknya Nobby Beach, dekat dengan motel yang aku tinggal. Gambar tengah tu merupakan tempat menunggu lif untuk turun ke bawah. Bila korang naik, kat situ jugaklah korang keluar dari lif. Gambar yang lain2 tu seperti biasa dari sudut yang berbeza. Dari Skypoint ni korang boleh tengok Gold Coast dalam pusingan 360 darjah.


Aku rasa tak cukup yakin untuk menunggu sehingga sunset, sebabnya perjalanan aku ke motel masih lagi jauh. Sebaik turun dari Skypoint, aku berjalan kaki ke Pacific Fair dengan jaraknya lebih kurang 4km. Dalam perjalanan aku nampak ni! Alangkah bagusnya kalau aku ada kat dalam tu. Berangan lagi, huh!


Kalau kat Malaysia, Kuala Nerang ni letaknya di Kedah. Tapi kat OZ ni Nerang letaknya di Gold Coast. Cuma ia dah kehilangan kuala kat depan namanya.


Ikut turutan jam, dari atas kanan. {1} Pacific Fair, shopping complex yang sentiasa menerima kunjungan aku. Kat sini jugak merupakan antara hentian bas ke banyak tempat lain. {2} Aku suka tengok bangunan yang corak petak2 biru tu. Nampak cantik sekali. {3} Sewaktu tengah menapak ke Pacific Fair, aku terpandang pelangi ni. Cantik sungguh! Nampaknya Allah gantikan sunset dengan pelangi ni untuk gembirakan hati aku, Subhanallah! {4} Nama bangunan tu Drakula. Kalau tak silap ianya restoran. Tapi hiasannya memang menakutkan kalau tengok dari dekat, memang sesuailah dengan nama Drakula tu.

Sempatlah aku meronda lagi Pacific Fair untuk hari ni. Dah alang2 aku tersinggah kat Kathmandu store, sempatlah aku grab dua tiga barang. Bila keluar aje, aku pelik bila tengok kedai depan tu dah tarik shutter door. Bila tengok jam, rupanya dah hampir 5.30pm. Aku dah tak larat nak menapak for another 4km or more, so I just walk to the bus stop and hail bus to go home. Nope, to motel actually.


Inilah yang aku terbeli tadi. Microfibre towel tu aku beli tiga sebab kat situ ada sticker 3 for 1. Torchlight tu ada less 60%. Dah lama aku nak beli torchlight, selalu lupa nak kirim dekat kawan yang ke US untuk belikan Maglite. But Kathmandu brand also looks good. Ingat nak beli backpack baru, tapi yang tinggal dah tak menarik sangat dan harganya tetap mahal walaupun dah less 50% bersempena dengan Easter Day.

footnote: di hari lahir aku tahun ni, nampaknya aku benar2 keseorangan. Tidak ditemani oleh sesiapa seperti tahun lepas. Sekarang aku merancang untuk birthday treat next year. Ada few places to choose but no money to spend!

2 comments:

  1. berani ye naik tmpt tinggi..sy gayat..haha..tp ada hati nak bungy jumping. insya allah nak buat jgk sbb nak lawan rasa takut tu.

    kathmandu ni slalu sgt buat sale, kdg2 smpai tetiap hari masuk kedai smpai jadi blur nak beli apa. but those were the days la time kat nz dulu. ni homebrand nz..mahal tak microfibre towel tu? amik size ape? masa dulu beli dpt nzd6 sbb dpt diskaun loyal kastemer..

    for me, backpack dia punya material so-so jela...i ada beli 1 tp okla..lightweight jgk. klu nak beli backpack, tgk brand deuter sbb matrial dia bagus skit, durable (mine dah 6-7 years masih ok), waterproof. selain dari tu brand berghaus ok, north face ok, karrimor ok..byk jgk brand2 outdoor yg ok.

    macpac ada tgk? tu pun ok. tak silap tu brand oz

    ReplyDelete
  2. kalau tempat tinggi tu, i boleh lg buat2 tak nampak. tp klau air, adoii.. mmg takat hari ni tak berani lagi lah nk swimming. dah byk kali blajar tp takut tak abes2..

    towel tu i ambik 2 x-tra large 1 large. Klau tak silap i dlm AUD59++, lupa dah, hehe.. murah lah harga yg u dpt tu..

    bagpack dia i tgk mmg ringanlah compare to my north face, tp my nf tu keciklah, for daily pack je but quite heavy jgklah. macpac i x jumpa lah plak. i x abis selongkar shopping mall ni, hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...