Thursday, May 26, 2011

kl - banda acheh : day1

Bonda tiba dari kampung petang Khamis. Elok sahaja aku keluar dari tempat kerja, Mi telefon bagitau dah sampai kat Putrajaya. Bergegas aku pergi ambil Bonda dan mengharung jam yang tak lah lama mana pun. 

Subang si kecil tu tertanggal sebelah. Kata Bonda, masa sampai tadi baru perasan sebelah kiri telinganya dah tak bersubang. Bila ditanya, Sarah pun tak perasan bila dan di mana subangnya jatuh. Macam nak mintak subang baru je.

Pagi Jumaat tu, kami bertolak ke LCCT jam 9.00 pagi. Aku dah booking teksi awal2 lagi. Kalau aku sorang, semua tu tak jadi masalah. Memandangkan kami berempat, eloklah kiranya aku prepare apa yang patut. 

Urusan check in dan segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Pesawat kami agak lewat sedikit, namun ianya tidaklah menimbulkan sebarang masalah. Sewaktu tiba di Banda Aceh, cuaca elok dan pesawat selamat mendarat. 

Dalam pada menunggu giliran untuk melepasi Imigresen, selipar Sarah putus talinya. Aku mula naik angin bila dia dah mula merengek2, menangis. Mana taknya, aku dah pesan suruh pakai kasut, dia nak jugak pakai selipar yang bertumit tu. Dalam kesian tu, aku rasa elok jugak putus talinya. Pemandu yang sepatutnya jemput kami di airport tiba lewat. Jenuh menunggu. Mujurlah Sarah tak banyak ragam dan senang nak dipujuk. 

Perjalanan dari airport ke hotel memakan masa hampir setengah jam. Masa check in di hotel pun aku kena menunggu lama jugak. Kunci bilik kami tiada dalam simpanan. Aduyaii... nampaknya perjalanan hari ni penuh dengan menunggu. 


Sebaik masuk ke dalam bilik, Sarah yang kepanasan terus buka baju dan melompat2 di atas katil. Hilang terus segala kesedihan putus selipar dan jugak kehilangan subang. Tapi mulut tak habis2 bagitau nak beli selipar dan subang baru. Aduh anakku, ingat aku bawak duit berkepuk agaknya.


Bilik air kami amatlah basic. Shower tu airnya perlahan je, namun syukurlah sebab dapat jugak kami mandi setiap hari. Agaknya pressure kurang, itu sebabnya air yang keluar perlahan aje.

Selepas solat dan berehat seketika, kami keluar ke Pasar Aceh. Kami sekadar berjalan kaki, tambahan pula pemandu yang mengambil kami kata pasar tersebut dekat sahaja. Dari hotel ke Pasar Aceh tidaklah jauh, beberapa minit sahaja kami dah sampai. Dalam perjalanan ke pasar, selipar Sarah dah dibeli. Aku suruh dia beli kasut, senang dan selesa. Tapi si kecil tu degilnya boleh tahan jugak.

 
Bangunan Pasar Aceh yang baru. Aku sebenarnya keliru dengan ejaan sebenar untuk Aceh ni. Ada yang dieja Atjeh, Acheh dan juga Aceh. Namun sebutannya tetap sama. Dan pasar ini dieja sebagai Pasar Atjeh. 

Di hari yang pertama ini, banyak jugaklah yang kami beli. Paling untung adalah Sarah, belum apa2 duit dah banyak dibelanjakan, tak padan dengan kecilnya. Dalam perjalanan pulang dari pasar, kami singgah makan di sebuah restoran Minang yang berhampiran. Masakannya biasa2 aje.


Bunga melur ini ditanam sederet berhampiran ruang makan hotel. Kalau semua bunganya kembang serentak, pasti wangi kawasan sekitar ni. 

Sebaik tiba di bilik, dalam pada semua orang sedang berehat dan di mana aku berbual2 dengan Bonda, terdengar suara Sarah sedang mengaduh. Bila aku tengok, rupa2nya dia tengah buang kemuncup yang Bonda letak di telinganya bagi menggantikan subang yang hilang. Tak sabar sungguh, sebabnya tadi aku dah belikan anting2 yang comel untuk Sarah. Terover excited pulaknya dia.

Bersambung ke day 2...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...