Friday, May 27, 2011

banda acheh : day2

Percutian di hari kedua hanyalah meronda2 di sekitar Banda Acheh dan melawat kesan tinggalan tsunami yang melanda pada Disember 2004. Tepat jam 9.00 pagi Pak Anto dah siap menunggu kami di depan hotel.


Si gadis bunga. Sempat berposing dengan bunga sebelum kami memulakan pengembaraan. Cheewah, ayat tak boleh blah. Dia ni pantang nampak aku keluarkan kamera, laju aje nak menyelit.


Kawasan ini asalnya merupakan kawasan perkampungan sebelum tsunami. Yang kelihatan adalah kesan runtuhan rumah penduduk yang menjadi korban dan sekarang ini telah menjadi lautan. Kami tak berhenti pun kat sini, aku cuma mengambil gambar dari dalam kereta.


Gambar atas merupakan kawasan makam ulama yang terselamat dari bencana. Mengikut cerita penduduk kampung, dikatakan sewaktu tsunami melanda kawasan perkuburan itu terapung. Gambar bawah pula menunjukkan lautan yang bersebelahan dengan perkuburan tersebut. Kalau korang nampak di sebelah kiri gambar ni merupakan pagar bagi tanah perkuburan tu. Benar atau tidak cerita yang disampaikan, Wallahhu'alam. Tapi yang pasti Allah itu Maha Besar. Masakan tidak, kawasan sekitar musnah sama sekali tetapi makam yang berdekatan dengan pantai ini langsung tidak terjejas.


Pantai ini dahulunya jauh di tengah sana, tetapi sekarang ini sudah menjadi semakin besar. Pasirnya seakan2 berlumpur. Tapi aku tengok ada satu family sedang mandi manda di hujung sana. Tak adalah aku nak turun ke pantai ni. Seriau bulu roma den!


Setelah hampir tujuh tahun bencana ini berlaku, kesannya masih boleh dilihat sehingga kini.


Seterusnya kami singgah di sini, Kapal Tsunami Lampulo. Di mana bot nelayan yang tersadai di atas rumah penduduk kampung. Menurut apa yang tercatat, bot ini telah menyelamatkan 59 nyawa sewaktu kejadian. Pantai di mana bot ini berada pada asalnya agak jauh dari sini.




Rumah sebelah di mana bot ini tersadai masih dihuni. Pak cik tuan rumah tu siap jemput kami masuk ke rumah beliau. Boleh berbual2 katanya. Tapi memandangkan kami datang dengan Pak Supir, aku menolak dengan baik.


Seterusnya kami ke muzium di mana terdapat rumah tradisional orang Acheh yang ditulis sebagai Rumoh Acheh. Aku dah lupa berapa harga tiketnya, tapi yang pasti murah dan berbaloi untuk dikunjungi.


Sarah sentiasa bersedia untuk berposing! Ini di bawah rumah tersebut. Rumahnya bertiang tinggi, seperti rumah orang2 di Perak.


Lesung kaki untuk menumbuk padi turut dipamerkan.


Ini antara yang dipamerkan dalam rumah tersebut.
No 1 & 2: Antara hiasan tembaga dan tembikar yang dipamerkan.
No 3: Ruangan dapur masyarakat Acheh. Kawasan ni tak boleh masuk.
No 4: Aku cukup suka dengan penyangkut ni. Lupa pulak aku nak tengok diperbuat dari apa.


Uniknya Rumoh Aceh ni, pintu masuknya adalah dari lantai. Bila pintu dah ditutup, bermakna ruang lantai tu bertambah luas lah. Kerana pintunya adalah lantai. Eh, berapa kali mau ulang daa...


Perjalanan diteruskan ke Aceh Tsunami Museum. Bangunannya besar dan reka bentuknya menarik. Rezeki kami kerana muzium tersebut dibuka. Untuk masuk ke dalam, beg harus ditinggalkan di kaunter. Masuknya gratis aja, kata pekerja muzium bila aku tanyakan tentang bayaran.


Lepas dah tulis nama dalam buku pelawat, we were ushered to this alley. Sarah agak takut sewaktu melalui lorong ni. Mana taknya, dengan lagu ketuhanan yang sayup2 dan mendayu, ditambah gelapnya lorong ini dan air yang jatuh di dinding kiri dan kanan yang turut terpercik apabila melalui lorong ini.


Di sini kami dapat melihat gambar2 yang ditayangkan secara slaid sewaktu kejadian tsunami tanggal 26 Disember 2004. Sungguh memilukan dan meninggalkan kesan yang mendalam pada yang mengalaminya.
 

Keindahan reka bentuk muzium ini dari sudut pandangan lain. Dalam gambar no. 2, yang tergantung kecil2 tu adalah nama negara yang membantu memulihkan Acheh selepas bencana.


Kami tiba di sini, di kapal PLTD Apung 1. Gambar ini aku ambil dari deck tertinggi kapal dan kelihatan rumah2 yang dihuni oleh mangsa tsunami hasil bantuan negara luar.


Dari pandangan yang berbeza. Aku perhatikan, Banda Acheh ini seolah2 dikelilingi oleh bukit bukau dan gunung ganang.


Telefon yang terdapat di atas kapal. Tapi dah rosak pun.


Sarah yang sentiasa aktif. Sanggup berpanas semata2 nak bergambar. Kalau korang perasan, orang yang berdiri di atas kapal nun di sana tu nampak kecik je.


Besar kan kapal ni? Kapal ini dibawa sejauh 5km dari tempat asal ianya berada. Bayangkan betapa besar dan kuatnya gelombang tsunami yang menghempas. Tapi kapal ini seolah2 tidak mempunyai sebarang kerosakan dan elok terletak. Seolah2 diangkat dan dialihkan oleh suatu kuasa ajaib. Dan kapal ini telah menghempap dua buah rumah di bawahnya dan diyakini ada mangsa yang berada di bawahnya dan tidak dialihkan sehingga kini. Siapa yang sanggup nak alihkan kapal yang beratnya berpuluh tan ini?


Antara perkuburan Massal, iaitu perkuburan mangsa tsunami. Tembok yang memagari kawasan perkuburan ini dihiasi dengan nama2 Allah.


Seterusnya kami ke Masjid Baitulrahim ini. Satu dari tiga masjid yang tidak musnah sewaktu bencana. Beberapa meter di belakang masjid ini merupakan lautan luas di mana berlabuhnya kapal PLTD Apung 1. Aku tidak masuk ke dalam. Dari luar masjid ini kelihatan langsung tidak rosak sedangkan kapal yang sebesar itu boleh jauh tersadai di daratan. Maha Besar kuasa Allah.


Kawasan ini sekarang ini menjadi tempat riadah. Asalnya juga merupakan kawasan perumahan penduduk. Pantai sebelum kejadian tsunami berada nun jauh di hujung sana, sebelum tembok yang dibina.


Perjalanan menuju ke Masjid Rehmatullah, kami dihidangkan dengan sawah padi di kiri dan kanan jalan. Sewaktu melalui jalan inilah dengan tidak semena2 Sarah ajak aku ke Surabaya tahun depan. Entah dari mana dia boleh dapat idea untuk perabiskan duit aku. Aduhai Sarah, belum pun empat tahun dah macam2 permintaan.


Gambar 1: Kedudukan bintang dan bulan pada kubah sebelah kanan agak senget.
Gambar 2: Dari luar masjid ini kelihatan agak usang, seperti tidak terjaga.
Gambar 3: Hanya bahagian ini yang terjejas sewaktu tsunami dan tidak dibaiki sehingga sekarang. Tetapi ianya dipagar untuk tatapan pengunjung.
Gambar 4: Pemisah ruang solat antara lelaki dan perempuan hanyalah tirai biru itu sahaja. Tak ramai jemaah yang bersolat di sini sewaktu kami tiba. Kelompok jemaah wanita tu adalah penduduk tempatan. Kalau diperhatikan, retakan kecil di dinding sudah ditampal.


Masa aku tengah cari angle untuk ambil gambar ni, ada sorang makcik tu panggil aku. Katanya dari depan kedainya, view lagi jelas. Sempat lagi dia promote barangan yang dijual tapi aku menolak dengan baik. Dapat jugak kami bersolat dalam masjid ni, Alhamdulillah.


Inilah ayam tangkap yang cukup 'pemes' kalau kat Acheh ni. Antara hidangan utama kami untuk tengah hari tersebut. Bagi aku biasa2 aje dan aku taklah menyukainya sangat. Harganya amatlah mahal, sepinggan ni Rp60,000.00. Lebih kurang RM21.50 (based on the currency masa aku datang). Ayamnya kecil dan isi tak sebanyak mana pun. Yang banyaknya adalah daun pandan dan daun kari.


Selepas kenyang, kami ke Taman Putroe Phang. Binaannya masih teguh cuma tidak dijaga dengan baik. 

Pintu masuknya sentiasa dikunci. Hanya akan dibuka bila ada pelawat oleh penjaga yang tinggal di dalam kawasan ini. 


Dari puncak tertinggi Gunongan, kalau tak silap aku kat dalam pagar tu merupakan makam Sultan Iskandar Thani. Pintunya berkunci. 


Dari pintu masuk hujung sebelah kanan dalam gambar ni, anda akan melalui terowong sempit dan anak tangga ini untuk ke atas Gunongan. Ianya dibina bertingkat2 dan dihubungkan dengan anak2 tangga seperti ini tanpa pemegang. 

Selepas Taman Putroe Phang ini, kami sekali lagi ke Pasar Atjeh. Sempatlah aku beli segala kiriman orang sebelum dihantar pulang ke hotel oleh Pak Anto. 

Sewaktu sedang berehat di bilik, boleh pulak aku terfikir nak beli earring baru. Berkenan pulak bila tengok earring Sarah yang comel tu. Namun malangnya, masa aku kembali ke toko mas tempat aku belikan untuk Sarah, kedai dah tutup. Aku berjanji nak datang pagi esoknya sebelum ke airport. 

..to be continue...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...