Saturday, January 22, 2011

bukittinggi: day2

Hari kedua di Bukittinggi, hujan turun di sebelah pagi membuatkan aku makin menarik selimut membungkus tubuh. Masa yang bergerak terlalu perlahan dirasakan. Sarapan pagi kami dihantar ke bilik, tetapi aku terlupa nak ambil gambarnya.

Hampir jam 10.00 pagi kami berjalan dari hotel menuju ke Pasar Atas. Kebanyakan kedai baru hendak memulakan perniagaan dan kebanyakan para pekerja sedang sibuk bekerja. Hari kedua ini banyak dihabiskan dengan aktiviti membeli belah. Jom layan gambar!


Jam Gadang, kawasan ini merupakan tempat melepak orang2 tempatan sambil ada yang mengambil kesempatan berniaga. Waktu ini kami dari Plaza ingin ke Pasar Atas.


Gerai yang banyak di kiri dan kanan laluan ini menjual pelbagai barangan. Di laluan ini hanya terdapat barangan berupa pakaian dan perhiasan. Sesuai untuk dijadikan cenderamata.


Di laluan ini barangan jualan lebih kepada makanan. Hujan di awal pagi menyebabkan laluan ini sedikit becak. Dan tanpa disangka kaki seluar aku turut basah terkena becak ini. Aduhai, sungguh tak selesa.


Pasar Atas dari pintu belakang. Dari jauh sudah kelihatan telekung dan pakaian yang tergantung, penuh tarikan dengan sulamannya.


Berhampiran Jam Gadang. Bumbung bank di hadapan itu sungguh menarik dengan rekabentuk minangkabaunya. Kereta kuda tersebut dipanggil bendi di kalangan orang2 tempatan.


Kat sini pun ada Aussie Bordir. Aku pun pelik macam mana boleh dapat nama Aussie tu. Dan aku selalu terlupa untuk singgah ke kedai tersebut. Sampai ke sudah aku tak berkesempatan.


Pasar Atas dari hadapan. Di sekeliling bangunan pasar ini dipenuhi dengan gerai2 kecil yang menjual pelbagai barangan. Padat dengan peniaga dan pengunjung.


Jam Gadang dari hadapan. Gambar ini diambil pada waktu petang, sebelum pulang dalam kunjungan kedua pada hari yang sama.


Akhirnya aku menaiki bendi ini untuk pulang ke hotel. Selain bau Tony, kuda yang membawa kami ini serta tempat duduknya yang sempit, ianya merupakan pengalaman yang menarik untuk dikenang.


Tugu ini terletak di tengah bulatan. Aku perhatikan di Padang dan Bukittinggi ini terdapat banyak tugu seperti ini.


Untuk makan malam, kami hanya order dari room service. Sate yang aku makan amatlah masin, begitu juga dengan kuah kacangnya. Namun aku berjaya juga menghabiskan, lagi pun hanya dua cucuk sahaja. Kalau banyak, aku pasti tak mampu untuk habiskan semuanya. Untuk sepinggan nasi goreng aku ini, harganya Rp25,000.00 tidak termasuk 21% tax! Mahal bukan?!


Minuman kami pada malam itu adalah Milo suam yang berharga Rp14,000.00 setiap satu, juga belum dicampur tax 21%.

Aku sukar untuk melelapkan mata sesudah makan malam walaupun kepenatan. Mungkin rasa hati yang libang libu memikirkan perjalanan pulang ke tanah air petang esoknya.

footnote: kalau diikutkan nafsu berbelanja, rasanya aku mampu menghabiskan lagi beberapa ratus ribu Rupiah, mungkin juga juta Rupiah. Tetapi apabila memikirkan kebarangkalian excess baggage, aku mematikan hasrat tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...