Monday, May 7, 2012

kul - bki: day1

Malas betul aku nak menaip, penyakit M yang duk serang hendap akhir2 ni sememangnya ada kaitan dengan jiwa yang tak berapa nak aman damai. Banyak sebenarnya yang ingin dikongsi sepanjang pengembaraan yang tak seberapa baru2 ni. 

27 April, sesudah Subuh aku memandu ke KLIA. Selepas parked kereta dengan selamatnya, aku turun ke tingkat bawah dan tunggu bas ke LCCT. Bagus, kan? Kereta parked kat KLIA parking, tapi flight ambik kat LCCT. Masa dropped baggage kat kaunter sebab aku dah buat web check-in, staff yang entertain aku puji sack bag yang aku buat untuk cover backpack. Baguslah akak buat macam ni, kreatif... kata diorang, bukan aku yang kata, hehehe.

Flight ke Kota Kinabalu pagi tu delay lebih kurang setengah jam. Masa nak naik flight tu, ternampak pulak my junior, sempatlah sembang kejap kat tangga. Dah namanya aviation industry kat Malaysia ni kecik, pegi sana sini pun, tetap akan jumpa orang yang dikenali. Dalam flight aku layan tidur je, ngantuk sebab malam sebelum tu aku tak boleh nak tidur sangat. 


Awan ni sekali tengok macam gumpalan kapas. Mesti best kalau dapat tidur dan berselimut dengan awan2 ni semua. Angan2 yang tak mungkin menjadi nyata. Teringat masa belajar dulu, one of my instructor pernah kata, 'kalau kereta bila rosak boleh je park kat tepi jalan. Tapi kalau aircraft yang rosak, boleh korang park kat atas awan ke sementara nak tunggu maintenance crew datang repair?' Ayat yang dalam maknanya buat kami, the maintenance crew.

The aircraft safely landed kat Terminal 2, BKI airport around 1300 hours. Pastu aku tunggu owner kereta yang aku sewa untuk dua hari sampai, setengah jam jugaklah aku tunggu dia sampai. Awal2 lagi dia dah takutkan aku sebab aku takde GPS. Aku tergoda jugaklah dan ready untuk sewa GPS sekali, tapi katanya tak ada kalau ad hoc, so aku pasrah dengan map yang aku collect dari booth kat airport previously.

Lepas dropped Jeremy the car owner kat town, aku teruskan perjalanan ke Kundasang. Alhamdulillah, walaupun tanpa bantuan GPS dan hanya berpandukan map yang aku ambik kat airport dan map yang aku dapat daripada awek Shell aku tanya dia masa top up fuel dan dia bagi map yang diorang draw aku selamat tiba di Mountain Resthouse.

Aku booking dorm ni melalui hostelworld. Kat situ ada tulis mixed dorm, tapi bila sampai aku diberitahu diorang tak provide mixed dorm. Fuh, lega sebab aku benar2 berharap bukan mixed dorm. Bilik aku ada tiga katil, tapi sepanjang dua malam aku bermukim kat sini, hanya aku je penghuni tetap. 


Biliknya agak basic, tilam okay, blanket tebal tapi masih kesejukan waktu dinihari, tak ada kipas mahupun aircond memang tak diperukan pun. Bilik air separate between ladies and gentlemen, tapi tetap shared basis. Hot shower cuma ada satu je, lagi dua tak ada hot shower. Air plak, tengah hari pun macamlah aku ada time tengah hari bila bukak pili sejuknya macam korang tuang air campur ais yang baru korang ambik dari dalam peti ais. Sejuk yang amat! 

Aku check-in lebih kurang pukul 5.00 petang, tapi kesejukan dah mula terasa. Untuk hari pertama aku tak ke mana2, lepak dan baca map untuk perjalanan esok hari. Resthouse ni cuma beberapa ratus meter je dari pintu masuk Kinabalu Park. Kalau korang dari Nabalu, tak berapa jauh lepas simpang ke Bundu Tuhan korang akan nampak signboard Kinabalu Park. Lepas tu korang akan jumpa entrance Kinabalu Park belah kiri, pastu ada selekoh sikit dan korang boleh nampak signboard Mountain Resthouse belah kiri.  


6 comments:

  1. kereta sewa kenakan cas berapa RM untuk sehari ?

    menarik tu travel sorang2 ...

    ReplyDelete
  2. kereta cuma RM 50 sehari...

    travel sorang sebab takde orang yang sudi ikut.. huhu

    ReplyDelete
  3. anne..

    i nk tgk cover utk backpack u.. s2makin kreatif dan inovatif.. sgt2 suke!!hehe..

    maketi

    ReplyDelete
  4. maketi, awat dah lama tak hapdet blog, lalang tu sumer pi tebas lah.. hehe.. letak gambar baby u, tau..

    alaa... i buat guna kain japanese cotton versi tebal je, lebih kurang macam rucksack, segan lah nak tunjuk sini, hehehe...

    ReplyDelete
  5. ahahaha.. kemalasan melampau la i skrg... sibuk mcm2 skrg.. nk start study semula plak june ni..
    anne, takziah ye .. abg ipar u ekk menggal..lau tak silap i bce entry lma u.. btl ke?kakak u dh ok ke? semoga dia dpt tabahkan hati dgn musibah dan dugaan ni..

    mak eti

    ReplyDelete
  6. ha'ah, dah okay dah.. thanks..

    hidup kita ni macam tu lah, semakin bertambah usia, makin dekat kita dengan kematian... renungan untuk i sebenarnya.. hehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...