Thursday, January 3, 2013

day1 | perjalanan baru bermula

Pagi Jumaat, aku bangun lebih awal dari biasa. Kepala masih lagi pening2 lalat sebab aku tidur kurang dari 4 jam. Dengan bag yang masih kosong, belum dipack. Aku betul2 malas nak packing, mood semua tenggelam di Laut China Selatan. Tanpa sebab, tanpa alasan.

Dalam tergesa2 packing, aku terlambat dan tak sempat nak singgah breakfast. Terus drive ke KLIA. Lepas parking si kekasih hati, aku bergegas ke bawah dan ambik bas ke LCCT. Mujur aku tercepat 2 minit, kalau tak aku kena tunggu bas lagi sejam dan aku orang terakhir sampai di antara kami bertiga. 

Selalu dengan Pak Tony aku selalu upsize baggage last minute. Bila naik Pak Ghimau, aku ingat samalah conceptnya. Rupa2nya kalau nak upsize baggage kena buat selewat2nya 3 hari sebelum. Maka ke kaunterlah aku, sudahnya hangus RM 71.00! Itulah padahnya kalau suka sangat buat kerja last minute.

Ada drama sebenarnya masa kami nak masuk ke boarding hall. Masa beratur untuk scanning lepas immigration check, ada sorang uncle tu bergaduh dengan custom officer. Dia bawak durian dalam beg, officer tu suruh buang sebab mana boleh bawak benda yang berbau dalam flight. Lama jugaklah Nani dan Izza tersangkut gara2 dia. Aku lepas sebab aku masuk lane lain. 

Perjalanan kami smooth, penumpang tak ramai mana, banyak seat kosong. Aku tidur je sepanjang penerbangan. Kejap2 terjaga pastu sambung tidur balik, mengantuk yang amat. Sampai di airport, semua urusan berjalan lancar, dari immigration, baggage collection hinggalah custom. Keluar je dari building memang banyaklah yang mendekat, tapi kami memang tak layan.

Asalnya plan kami nak ambik free shuttle ke Terminal 1B seperti saranan Zilla. Lepas 2 kali terlepas bas, orang ramai yang amat dan kami memang tak terdaya nak menyelit punya. Nani suggest untuk tanya teksi. Masa kat kaunter teksi tu, dorang suruh kitorang ambik bus direct ke Rawamangun. Kebetulan pulak bas baru sampai dan kami cepat2 lari naik bas lepas bayar tiket kat kaunter sebelah. 


Bas Damri dalam perjalanan dari bandara ke Rawamangun. Dalam bas ni ada sticker, free wifi. Aku tak sure ada ke tidak, sebab phone tak canggih aku memang tak boleh detect. Ada wifi ke tidak, tak memberi sebarang makna pun.

Masa bas berhenti kat traffic light, aku pindah ke depan. Masa tu dah ramai yang turun. Aku tanya driver tapi dia suruh refer dekat konduktor. Lepas pung pang pung dalam bahasa yang aku tak faham, dorang geleng kepala kata tak tahu kat mana tempat tu. Masa aku duduk, pak cik sebelah aku tanya nak ke mana.  Katanya tempat yang dituju ni terminal Rawamangun, kat area situ lah tempat aku nak tuju tu. Boleh pulak dia ingat aku dari Medan. 

Masa sampai di terminal yang tak macam terminal, hujan masih lebat. Masa dalam perjalanan tadi hujan dah turun sebenarnya. Kami tumpang berteduh kat kedai paling hujung, dengan beberapa orang lain yang sama2 turun dari bas yang sama dengan kami. Mujurlah kami tak dihalaunya. 

Aku dah ngantuk, nanti sambung lagi... Kalau tak sabar, pergilah jenguk ke rumah Nani, Zilla dan Izza. Dorang rajin, pantas je update. Aku malas banyak, hehehe.

footnote: malam sebelum aku ke tanah jawa, my friend fly ke satu tempat yang tersembunyi. Aku cuma mampu hantar dia dengan doa je lah. Kali terakhir kami communicate malam tu dan sampai sekarang tak ada berita lagi dari dia, aku berharap semoga dia selamat sampai dan sihat2 sahaja. 


3 comments:

  1. ke medan rupanya kawan aku nie..:)

    ReplyDelete
  2. sketsa durian tu mmg tak boleh tahan..agak2 kalau lepas, mau pitam semua penumpang, kan anne? :D

    ReplyDelete
  3. normi nieza,
    erk? bila masa aku ke medan pulak nih? itulah, baca tak habis dah kalut nak komen.. hehehe.

    zilla,
    itulah, semua orang bengang je. officer tu suruh buang dalam tong sampah kat luar, tapi dia degil pi buang dalam tong kat luar kedai. dibukaknya bungkusan tupperware tu.. time tu pun dah start berbau dah. peninglah sapa2 yang tak tahan tu..
    =|

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...