Wednesday, January 9, 2013

day2 | bercanda ria hingga ke malam

Setelah kami selamat didaratkan di depan pintu masuk Taman Sari, dah bayar tambang dekat pak cik becak kami bergegas ke kaunter. Lagi 30 minit sebelum kaunter ditutup dan pengunjung tak boleh masuk dah ke dalam Taman Sari. Tiket masuk Rp 7000 per person. Jom kita tengok apa yang ada kat dalam tu.


Pandangan dari luar sebelum melangkah masuk ke dalam. Untuk masuk ke dalam ni kami decide untuk ambik guide dengan bayaran Rp 30,000. Malas dah nak tawar menawar, maklumlah kami semua excited terlebih dah nak masuk dan explore kat dalam tu.


Mendaki anak tangga menuju puncak ke tempat Sultan bersantai menonton tarian sambil ditemani gundik yang dipilih.



Dari tempat tadi tu boleh nampak kesan runtuhan Istana Lama atau Istana Atas Air kat hujung sebelah sana. Kami akan menapak ke sana jugak nanti. 


Inilah main point kat Taman sari ni. Kolam mandian ni ada 3  bahagian. Yang jelas kelihatan ni tempat gundik bermandi manda dan salah seorang akan dipilih Sultan untuk sama2 mandi dengan baginda kat kolam belah belakang bangunan sana. Sebelah kolam ni adalah kolam mandian untuk anak2.


Inilah kolam private Sultan dan gundik yang terpilih tu. Agak tersorok dan ada privacy.


Kami kemudiannya dibawa memasuki Gerbang Carik ni. Sebelah dalam ni ada perigi lama, tempat bersantap, bilik tidur dan jugak kamar mandi untuk Sultan dan semestinya dengan si gundik. Oh, kat dalam ni jugak ada taman bacaan. Lebih kurang macam mini kampunglah kat dalam tu. 


Batu berlumut belah kanan ni menurut guide kitorang, adalah benteng suatu ketika dahulu. Sebabnya kawasan ni memang dilimpahi air. Kami lalu di celah2 kehidupan rumah penduduk kampung untuk ke Masjid bawah tanah. 


Laluan masuk ke dalam masjid. Masjid ni letaknya bawah tanah dan bahagian luar masjid ni dahulunya ditenggelami air, menurut cerita guide kami tu. Masjid ni berbentuk sfera, dan ada 2 tingkat.


Kat bahagian tengah ada tangga ni yang menghubungkan tingkat bawah dan atas. Tangga 5 penjuru ni simbolik pada Rukun Islam, tangga yang menuju ke atas tu simbolik pada Rukun Islam yang ke 5, menunaikan haji. Masa kitorang sampai ni, riuh rendah dengan budak2 sekolah buat lawatan. Nak ambik gambar pun susah, pantang tala kamera, mesti ada muka2 dorang menghalang pandangan. Rimas!


Istana lama atas air ni juga diberi nama Pulau Cemeti menurut papan tanda yang aku baca kat tepi tu. Kesan runtuhan masih belum dibaikpulih sepenuhnya. Mungkin dana tak mencukupi kot.


Antara kesan yang masih tinggal, terselamat dari gempa.


Tempat ni jadi tempat anak2 yang tinggal di sekitar kawasan ni bermain2. Walaupun ada larangan memanjat bangunan, tapi macam tak dihiraukan pun. 


Dari sini boleh nampak bangunan Taman Sari. Kami dibawa ikut short cut kembali ke tempat kitorang masuk tadi. Kitorang ambik keputusan nak berjalan2 sahaja dan ignore je pelawaan pak cik becak. Bila dah berjalan tanpa peta, akhirnya kami kembali ke pangkal jalan laluan asal masa datang awalnya. 


Sempat masuk ke sini sekejap. Sebenarnya kat pintu masuk ni lah pak cik becak tu nak turunkan kitorang. Dari sini boleh nampak bangunan lama tu. Lepas ambik gambar dan aku rehatkan kaki sekejap, kami sambung perjalanan.


 
Korang mampu kipas sate guna kipas angin? 


Sempatlah kami merasa sate kat sini. Sate kambing dan ayam. Nasi impit tu dipanggil lontong. Masa nak order tu ada option nasi dengan lontong. Rupa2nya kalau nasi memang nasi betul, bukan nasi impit. Lontong kat Malaysia kan berkuah, tapi lontong kat sini rupanya begini. Agak lembik sedikit tapi best jugak. Sate ayam tu okay, tapi sate kambing tu tak best sebab tengah2 tu diletak daging berlemak. Kalau daging aje best lah jugak. Jangan hairan bila sate tu dituang kicap kat atasnya, pelik tapi sedap. Kenyanglah kami bertiga. 


Jumpa rumah comel ni masa on the way balik. Kami ikut jalan lain, tak ikut jalan masa datang tadi. 


Aku suka rumah ni, yang tak menariknya bila terconteng kat dinding. Ukiran kat bumbung yang simple dengan pagar tu nampak comel dan klasik.


Jalan Malioboro yang sesak. Kami tak terus balik ke hostel, tapi meneruskan langkah ke Jalan Malioboro. Saja nak menambah perisa pada kemeriahan di jalan yang menjadi tumpuan di malam hari.



Benteng Vredeburg dah tutup, jadinya kami hanya ambik gambar dari luar ajelah. Cantik jugak formation air dengan lampu warna warni kat kiri dan kanan jalan nak masuk ke entrance Benteng Vredeburg ni. Bangunan berseri dengan cahaya yang korang boleh nampak hujung sana tu adalah bangunan Pos Indonesia dan Bank Indonesia.

Kami seterusnya ke deretan kedai dan gerai sepanjang Jalan Malioboro. Hajat di hati nak cari souvenir kalau ada yang berkenan. Orang terlampau ramai, berbahang rasanya. Sudahnya kami langsung tak berjaya nak rembat pape. 


Penimbang serupa ini masih digunakan secara meluas di sini. Korang tahu camana nak guna? Kalau dia tipu timbangan pun, memang aku tak tahulah kena tipu.

Hujan renyai2 dan kami pun decide balik ajelah. Since masing2 dah ada poncho, boleh pulak kami bertiga berponcho di tengah malam. Padahal hujan yang turun tak lebat pun, orang lain relax je tak berpayung berteduh pun. Dan boleh je buat tak reti berjalan balik ke hostel walaupun memang kami jadi tumpuan sepanjang jalan. 


Balik hostel letrik tak ada, black out kat tingkat atas. Jadinya bersambunglah gosip dan sembang kat bawah ni sehinggalah letrik kembali bertugas. Hostel ni asalnya rumah yang ditransformkan menjadi hostel. Staff hostel ni okaylah, helpful jugak. Cuma yang kurang best dorm kami berbau kayu. Mungkin perabot tu masih baru agaknya. Apa pun, aku tidur lena malam tu setelah malam sebelumnya tak selesa tidur dalam bas. 


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...