Saturday, January 12, 2013

day3 | misi menerjah gua jomblang

Pukul 4 pagi, kami bertiga terjaga hampir serentak. Masing2 bertanya tentang Zilla. Sewaktu bersms dengan Zilla malam tadi, katanya dia akan terus ke hostel dari train station dalam pukul 4.30 pagi. Masing2 risau bila sms tidak berbalas. Kelakarnya, dalam bimbangkan Zilla, kami semua sempat menyambung tidur!

Sewaktu bangun untuk kali kedua pagi tu, Zilla dah menunggu di bawah. Kami bersiap dan check out pagi tu jugak dan kami akan dijemput jam 7.15 pagi untuk ke Gunungkidul bagi merealisasikan misi menerjah Gua Jomblang. Alhamdulillah, cuaca pagi tu memihak kepada kami. Risau jugak kalau2 hujan, mesti kami kempunan dan gigit jari lah nampaknya.


Dalam perjalanan, kami dihadiahkan dengan lambaian Gunung Merapi. Ini yang mampu aku capture, mungkin suatu hari nanti aku akan menyahut lambaian tu. Stamina ke laut ada hati nak daki merapi, haish! 


Perjalanan kami dari Jogja lancar sehinggalah masuk ke kawasan perkampungan. Masa lalu kat jalan ni, keadaan masih lagi okay. Tak rasa pape pun lagi.


Bila dah habis laluan yang kat atas sana, kami lalu ikut laluan ni pulak. Teroleng2 ke kanan dan ke kiri, terlambung pun ada. Masa ni sempatlah aku mengimbau kenangan drive sorang2 dari Kundasang ke Kudat April lepas. Bezanya masa tu aku drive sendiri dan keseorangan dan kali ni kami ada driver dan ramai. Jarak tak jauh mana tapi sebab condition jalan jadi lama. 

Kami sampai ke tempat dituju setelah dijamu kiri dan kanan jalan dengan tanaman jagung. Jalan memang muat2 satu kereta, bila ada motorsikal dari arah bertentangan mesti kena beralah ke tepi. Lepas tinggalkan beg, kami dibawa ke tapak kejadian. Suasana pagi memang nyaman, masih alami. Para crew terlibat dah ada, dorang tengah prepare peralatan untuk kami turun ke bawah.


Kami akan turun ke dalam gua ini, berjalan beberapa puluh meter sebelum masuk ke dalam gua dan berjalan lagi untuk menyaksikan ray of light. Kami akan masuk gua untuk masuk gua. Pening? Confuse?


Sementara menunggu crew buat preparation terakhir, kami dijamu dengan teh jasmine dan gula batu berwarna kuning. 


Mas Tawar yang manis turun dengan bekalan makanan untuk kami semua. Dia akan tunggu kitorang turun di bawah sana. 

Selepas dipakaikan dengan harness, helmet dan boot phua chu kang kami bersedia untuk diturunkan ke bawah. Time ni jenuh kupu2 duk berterbangan dalam perut. Macam2 duk fikir, semuanya kalau itu, kalau ini, haish! Aku dan Nani diturunkan serentak dan kami yang pertama menyahut seruan.


Macam tak percaya yang kitorang dah selamat turun dari atas sana!


Tergantung di tengah2 sebelum diturunkan sepenuhnya. Perasaan? Takjub dengan keindahan ciptaan Allah di sekeliling kami. Indahnya tak terkata. Jarak dari atas sana ke tempat kami diturunkan adalah 60 meter.


Dari tempat kami mendarat, dah boleh nampak pintu Gua Grubug yang akan kami masuk. Kami akan de tour untuk ke pintu masuk instead of terus terjun ke bawah.


Group kami disertai 4 cowok dari bandung. Memang havoc lah dengan perangai giler2 dorang. Yang berbaju merah tu Mas Pitik, crew yang menjaga kami bersama2 dengan Mas Tawar yang manis


Pintu masuk Gua Grubug yang baru je kitorang masuki. Kat dalam ni gelap, cuma berpandu pada torch light dan lampu yang dipasang di dinding. Itu pun samar2 je cahayanya. Memang kena extra careful sebab  dalam tu gelap dan licin ditambah laluan yang tak sekata.


Perasaan bertambah teruja bila dah nampak ini!


Di bawah tu ada sungai. Masa ni arus memang deras dan air pun keruh semacam. Nak jenguk lebih2 ke bawah pun aku cuak. Takut kalau2 tergelincir, nauzubillah.


Dan yang ditunggu2 pun tiba! Few times jugaklah kami dapat menyaksikan ray of light ni. Alhamdulillah, tercapai hasrat di hati. Ada jugak yang namakan cahaya ni sebagai cahaya dari syurga. Walau apa pun nama yang diberi, bagi aku pengalaman ini cukup indah untuk dikenang. Kaki yang masih sakit tak terasa sakitnya! Magis di dunia tersembunyi di bawah tanah.

Lepas dah puas berposing sakan, kami dijamu dengan makan tengah hari yang enak walaupun dah sejuk. Nasi dengan ayam goreng dan sayur lemak yang sedap. Ditambah pulak dengan perut kosong, memang tak fikir apa lagi dah. Makan sampai kenyang. 

Kalau sewaktu turun kami berdua, sewaktu ditarik ke atas kami sendirian. Dah tak boleh nak berborak sewaktu di perjalanan. Kami ditarik dengan tenaga orang kampung, termasuklah kanak2 yang aku kira dalam awal belasan tahun. Sungguh, aku terleka dan terlupa nak capture gambar dorang sewaktu tarik kami ke atas. 

Kami tak boleh berlama2 melepak di situ kerana Mas Lilik dan Pak Mursidi dah menunggu untuk bawak kami ke destinasi seterusnya. Kami harus mengejar masa kerana ada lagi aktiviti yang menanti. Kami tinggalkan tempat tu tanpa sempat berjumpa dengan Mas Tawar, hanya pesanan yang dititipkan. 

Sejujurnya, aku tak pernah tahu tentang Gua Jomblang mahupun Gua Grubug sehinggalah Zilla mengiklan diblognya. Segala planning dan urusan dilakukan oleh Zilla, aku sekadar bawak diri je. Tak membantu langsung, kan? 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...